MukaddimahBanyak email yang diforwardkan, mengatakan Umat ISLAM tertindas kerana IQ mereka yang rendah.
"Kenapa Yahudi Bijak","Kenapa Islam Lemah", "Kenapa Ekonomi Islam Gagal", dan macam2 tajuk lagi.
Semua penulisan ini menunjukkan betapa teruk keadaan umat ISLAM hari ini.
Kita mengangguk bila membaca penulisan sebegini. Kita akui 'kebijaksanaan' dan 'kekuasaan' MUSUH ISLAM.
Ya betul , Hari ini, Allah telah hinakan orang ISLAM.Ceritalah pasal mana2 golongan yang tertindas secara terang-terangan. Kebanyakkan ISLAM.
Kenapa ini terjadi?
Tidak FahamBila orang islam tak faham kenapa mereka orang ISLAM
Untuk apa mereka jadi orang ISLAM
Kenapa mereka ada di dunia ini?Apa matlamat hidup seorang ISLAM?
Memegang kuasa politik? Berpengaruh dalam kuasa tentera dunia?Menguasai ekonomi dunia?Menguasai perubatan dan bidang angkasa lepas? Menguasai Universiti Dunia?
Itu semua adalah result dari perkara yang patut orang ISLAM lakukan.
Dunia akan tunduk.
Semua itu akan datang.
Hanya apabila Orang ISLAM faham apa yang kena buat sebagai orang ISLAM
Orang selalu kata, Baliklah kepada ISLAM? Apa maknanya??
Gini ceritanya........
Anak angkat Kambing.Kajian Sains TempatanKambing adalah seekor binatang yang lemah, yang menjaai makanan binatang pemangsa yang lain.
Lain pula halnya dengan harimau, haiwan pemangsa yang mampu menggerunkan kambing. AUUUUUMMMM!!!!...sekali mengaum, berteraburan lari kambing2 yang khusyu' meragut rumput. Sekali dengan gembala kambing pun lari!!!
Bermula AlkisahCerita fiksyen ini bermula di sebuah kawasan yang subur. Waktu ia berlaku adalah sepanjang zaman....
Sejarah memang selalu berulang...
Pisang berbuah lebih dari sekali.....
Di satu pagi, sekumpulan harimau sedang berehat2, menjilat kuku dan taring, sambil bertasbih memuji Allah dalam bahasa Harimau.
(Bukan AUM yang kita tengok kat belakang kereta sesetengah penganut agama)
Dalam kumpulan harimau itu, ada seekor anak harimau yang masih muda dan mentah.
Namanya Aidi. (= ID >> Identiti) Aidi selalu bermain bersendirian.
Tengah asyik khusyu' Aidi memerhatikan sekumpulan haiwan meragut rumput, jauh dari tempat keluarganya berehat, tiba-tiba Aidi sedar yang perutnya lapar. Terus dia teringatkan keluarganya dan ingin pulang utk tea hari itu.
Namun, cubaanya buntu. Puas di hidu jalan pulang tapi tidak berjaya . Nyatalah kini dia telah terasing dari kumpulannya.Dia kini telah tersesat. Dengan perut yang lapar, dia menangis mengenang nasib diri.
Tiba2 Aidi terasa dia sedang diperhatikan. Ditoleh ke kiri dan kanan, dan amat terkejut sekali dia telah dikelilingi oleh sekawan makhluk ciptaan Allah yang berjanggut tetapi berbogel.
Dan mempunyai gaya bahasa yang amat pelik..."Mbeeeekkkkk" itulah sahaja bunyinya.
Ya, Aidi telah dijumpai oleh sekumpulan kambing. Dan dipendekkan cerita, Aidi telah diselamatkan oleh kawanan kambing itu.
Sejak dari itu Aidi telah menjadi anak angkat keluarga kambing yang besar itu.Amalan dan cara hidupMemakan rumput telah menjadi sebati dalam hidupnya. Juga mengembek...amat serasi bagi dirinya.
Kini Aidi telah meningkat dewasa. Dia amat selesa dengan kehidupannya. Semuanya OK belaka.
Namun HANYA satu perkara yang selalu membuatkan Aidi berkecil hati.
Dia asyik kalah bila bermain permainan tradisi dan hobi kambing.
Laga tanduk.
Aidi seronok tapi apakan daya dia tiada tanduk.
Dia rasa terhina dan tertindas.
Seronok bertukar menjadi sedih.
Sedih berubah kepada geram.
Geram boleh jadi marah.
Hidupnya tampak tak sempurna.
DoaDia pun berdoa.
"YA Allah, kalau kau berikan aku sepasang tanduk yang cantik dan gagah, nescaya aku boleh menang dalam permainan ini."Hari2 Aidi berdoa, namun tetap tanduk tak tumbuh.
Doa yang salah, kerana berlawanan dengan fitrah Aidi menyebabkan ia tidak diperkenan.
Ia berlawanan dengan maksud kejadian Aidi, seekor harimau.
Krisis identitiAidi tidak mengenali dirinya.Aidi tidak faham akan
maksud kejadian dirinya di muka bumi.
Aidi tak tahu menggunakan kuku dan taringnya yang jauh lebih efektif dan hebat.
Aidi mengalami krisi identiti.
Aidi mahukan tanduk kambing.
Aidi sentiasa memasukkan dalam hatinya bahawa HANYA tanduk yang boleh membuatkan dia berjaya.(bersambung..)
***************************************************************************
MuslimTuan-tuan.
Aidi ibarat seorang muslim.Yang asalnya gagah perkasa, ditakuti dan dihormati penghuni dunia.Muslim adalah Khalifah Allah.
Apabila muslim faham kejadian dirinya, mengapa ia dijadikan dan diturunkan, apa tugasan mereka,
apa KERJAYA mereka.Hidup mereka dan mati mereka untuk apa, barulah dia menjadi muslim.
Barulah muslim itu berbeza dengan non-muslim.
Non MuslimDan kambing itu ialah golongan selain muslim.
Yang asalnya lemah, namun berjaya mempengaruhi harimau tadi.
Harimau yang lupa asal usul, dan tidak tahu dirinya harimau, tidak mengamalkan cara hidup dan KERJAYA seekor harimau.
Aidi, hari2 mengembek seperti kambing, mengagungkan cara hidup dan budaya kambing,
Politik kambing, fesyen kambing, ekonomi kambing, hiburan kambing dan macam2 lagi.Aidi ibarat umat ISLAM sekarang,
Yang cara hidup seperti bukan ISLAM. Terpengaruh dengan cara hidup bukan islam.
Malah bangga meniru selain dari ISLAM.
Dalam hati mengatakan inilah cara hidup moden.
Inilah cara untuk hidup zaman ini.
Dek kerana lupa tugasan di bumi.Maksud hidup orang yang
tiada kefahaman agama adalah berbeza dengan
maksud hidup orang yang
faham kehendak Allah dan Nabi SAW.
"Aku dilahirkan sebagai doktor dan hidup matiku ialah doktor""Aku ialah lawyer, majistret, akauntan, IT analyst, lecturer, guru..maka hidup mati aku adalah sebegitu."
Kefahaman yang salah inilah..yang merosakkan cara kita jalani kehidupan kita di dunia.TugasKita WAJIB faham.
Aku orang ISLAM dan hidup matiku HANYA untuk ALLAH dan buat tugasan aku di bumi.
Apakah tugasannya?" Mengajak semua manusia kepada Allah.
Tugas syaitan - menjauhkan manusia dari Allah.Tugas Muslim - Mengajak manusia kepada Allah.Barulah namanya MUSUH YANG NYATA.
Macam main bola - sekumpulan nak bawak kepada gol belah kanan, sekumpulan lagi nak bawak ke gol belah kiri
'Tanduk'Berbalik kepada Aidi.
Aidi memerlukan tanduk, sedangkan dia mempunyai kuku dan taring.
Bagi Aidi, hanya tanduk yang boleh memberikan kejayaan, dan menjadi sama level dengan kambing.
Juga bagi Aidi, kuku dan taring itu
tidak relevan "buat masa ini" kerana pada masa ini orang semua pakai
'tanduk'!Walhal, Aidi hanya perlu disedarkan akan keupayaan taring dan kuku, asah dan praktis, Insya Allah, itulah senjata terbaik buat Aidi.
Aidi mengalimi krisis identiti yang hebat!
KitaItu lah kita.
Hari2 kita berdoa, hendakkan jalan singkat kemenangan untuk ISLAM di dunia ini.
Mintak senjata, mintak kuasa politik, mintak kuasa ekonomi, barulah kita boleh mengalahkan musuh ISLAM.Kita berdoa, dan bermunajat, qunut nazilah tak tinggal, namun cara hidup kita masih macam Aidi. Macam kambing.
Kita katakan pada semua orang, bahawa
'zaman sekarang ni, inilah cara untuk menang negara ISLAM, kita ikut rentak/jalan yang ada ni dulu'Kita pakai ekonomi, infaq, undi, demokrasi, politik, iklan, banner, internet, dan sebagainya, namun tetap tak guna pendekatan perlahan tetapi mujarab dan stabil seperti yang digunapakai oleh Rasulullah SAW.Nabi SAW telah masukkan ISLAM dalam hati setiap umat Baginda SAW.
Allah akan berikan negara yang aman, dan pemimpin yang adil.
Kita TERLALU inginkan 'tanduk' untuk menang. Kita berdoa untuk dapat 'tanduk'
Kita berdiskusi, bermesyuarat, berdemo, berbantah, berforum, berperang - HANYA untuk dapat 'tanduk'
Sedangkan kita sudah ada cara yang tepat seperti yang ditunjukkan Nabi SAW.
First step masih tak ikut sunnah. Tapi nak mintak Allah berikan kemenangan.
Nabi SAWSemasa perang badar, Nabi SAW tak berdoa untuk mintak senjata canggih atau bala tentera yang ramai
Cukuplah Allah sebagai pembantu. Perancangan Allah lebih hebat.
Masa di Makkah, Nabi SAW tak hairan dengan tawaran kuasa dan pangkat serta kedudukan.
Nabi SAW TAK HAIRAN DENGAN 'TANDUK'!!!Kerana Nabi SAW faham dan buat apa yang Allah nak.
Allah suruh dakwah dan bukan suruh order senjata dan upah askar.
Allah suruh dakwah dan jangan tinggalkan KERJA kita di bumi ni.
Itu perintah ALLAH - Jangan abaikan dakwah, lalu berharap pada senjata, politik atau ekonomi untuk mengalahkan musuh!
Jangan terburu2 nak menang kalau dah lama tak buat apa yang Allah perintahkan.Build balik hati umat Islam, bentuk masyarkat ISLAM yang HANYA takutkan Allah, yang HANYA yakin dengan ALLAH dengan cara yang ditunjukkan Nabi SAW, sedikit demi sedikit, dan sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.BezaDakwah ada beza dengan ibadat.
Sebut Allahuakbar semasa azan - Syaitan akan lari lintang pukang hingga terkentut-kentut
Sebut Allahuakbar semasa solat, Syaitan akan datang beramai2 untuk menghasut.
Beza?
Azan itu mengajak manusia kepada Allah - Dakwah.
Solat itu ibadat kepada Allah.
Kuku dan taring AidiJadi kuku dan taring Aidi perlu digunakan dengan efektif.
Muslim sudah ada lesen dan senjata terbaik.
Dakwah tanpa jemu, komited dan bersungguh,adalah asbab untuk kejayaan ISLAM di dunia.
Dakwah yang bukan bermusim. Dakwah yang istiqamah. Dakwah yang turun padang. Seperti Nabi SAW. Dakwah mengatasi perkara lain seperti. Dakwah comes first.
Dengan kefahaman yang jelas dalam menegakkan perintah Allah yang agung ini, Insha Allah, dunia akan tunduk kepada kita.
Ekonomi., kuasa dan politik akan jatuh melutut kepada orang ISLAM.
Dunia akan mengejar bila mana kefahaman sudah jelas, dan di amalkan dengan ikhlas dan komited.
Umat ISLAM tidak akan tertindas. Umat ISLAM sekarang tertindas dan dihina sebab KERJA yang Allah perintah kepada umat hari ini tidak dilaksanakan dan telah ditinggalkan oleh MAJORITI umat ISLAM.Tak habis2 dengan tanduk, tanduk dan tanduk!
********************************************************************
(...sambungan..)
Hinggalah pada suatu hari, sekumpulan harimau telah datang ke kawasan kambing dan menyerang kambing2.
Ada yang berlari lintang pukang, ada yang menyorok bawah selimut, ada yang masuk ke dalam tandas, ada yang bagi alasan "err saya dah lewat" dan macam2 lagi...
Semuanya menyelamatkan diri dari 'HARIMAU-HARIMAU'
Namun Aidi tertangkap.
Harimau semua berasa pelik melihat Aidi.
Mereka MENYEDARKAN dan MENGINGATKAN Aidi bahawa dia adalah seekor harimau.
Aidi disuruh mengaum..
"MMBBEEKKKKKKKKKK!!!!" bunyi Aidi...
Itulah bunyi "DUNIA" kambing yang telah melekat didalam hati Aidi.Tiada lagi bunyi "FITRAH" HARIMAU...Namun, Harimau semua tak berputus asa.
Mereka terus menerus 'BERDAKWAH" kepada Aidi dan menerangkan kehebatan senjata taring dan kuku yang dimiliki Aidi.
Mereka terus menerus MENGELUARKAN DUNIA kambing dari dalam diri Aidi.
Aidi terdiam..tunduk..menginsafi diri...
Aidi menangis mengenangkan doanya yang sering meminta TANDUK yang sebenarnya tak diperlukan LANGSUNG!!
Aidi berazam untuk menjadi HARIMAU yang digeruni. Aidi nekad mengasah skill taring dan kuku.
Aidi kini seekor HARIMAU yang telah sedar dan faham akan tugasnya di bumi.
Kini Aidi tidak lagi HINA dan TERTINDAS oleh kambing. Gaya hidup kambing memang tak sesuai.
Aidi sudah menemui ID (identiti) nya.
Semoga Allah memberi ganjaran kepada 'HARIMAU-HARIMAU' yang sentiasa tanpa jemu mengingatkan KEKUATAN KUKU DAN TARING dalam diri harimau-harimau yang telah hanyut didalam DUNIA kambing.
Nota : Antara pintu dakwah yang terbuka luas untuk ISLAM berdakwah kepada bukan ISLAM ialah melalui akhlak. PAda masa ini , Iman kita yang lemah tak mampu mengajak secara direct seperti Nabi SAW ajak Abu Jahal. Sama2lah kita memperbaiki akhlak dan mualamalat kita dengan bukan ISLAM sebagai salah satu cara berdakwah yang termampu. InshaAllah akan dibantu kalau niat yang tepat dan jitu.
-TASBIH KAFFARAH-