Tuesday, October 31, 2006

:'(

Apabila Prinsip di Pegang

Kenapa???
Kenapa???

Kenapa???
Orang pompuan ISLAM kat opis aku nak salam ngan aku ngan alasan nak beraya????
Tak nampak kah dia sunnah nabi yang aku zahirkan di wajahku?
Tak fahamkah dia tentang email2 dakwah yang datang dari aku untuk mereka?
Tak mengertikah dia tentang betapa aku membenci dosa?
Mungkin dia nampak, iman aku tak sekuat mana...sebab itulah....sebab aku sendiri yang lalai serta leka sebelum2 ini.....Maka ini adalah dugaan buat aku.....padan muka aku....!!

Aku bengang!!! I feel harassed!!!
Aku BENGANG!!!
AKU HILANG KONSENTRASI NAK BUAT KERJA!!!

AKU TENSION!!!!
Ni semua angkara syaitan lah niiiii…..

Aku sediiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhh….
Kat sini je dapat aku luahkan……………………….
Mintak maap kalau tak berkaitan ngan pembaca yang tak berapa ramai ini…
SELEPAS TERMENUNG SEKETIKA, AKU DECIDE NAK LUAH KAT SINI, SUPAYA DAPAT MANFAAT KAT ORANG LAIN.

Ya Allah…..tidaklah seberat mana ujian mu ini..
TAPI AKU GAGALLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku lebih mementingkan pandangan orang yang tak paham agama dari pandanganMu..
Ampunilah aku, dan tambahkanlah kekuatanku,
Ampunilah aku, dan tambahkanlah kekuatanku,
Ampunilah aku, dan tambahkanlah kekuatanku,
Juga, Kau berikanlah kefahaman kepada mereka yang masih belum faham, dan hidayah serta taufiq kepada mereka yang enggan faham.

p/s – Aku telah tersalam hujung2 jari sepanjang 1-2cm setiap jari……..
Kalau korang tahu cam ner nak elak cara berhikmah…tolong bagitau aku……mintak tolong sangat2!!!!!!!!!!
-Aku yang iman senipis kulit bawang atau lebih nipis lagi- :’(

Monday, October 30, 2006

RAYA DAH HABISSSSSS.....syawal belum...

Sungguh lama aku bercuti raya di kampung wife di terengganu tahun ni.
Dari malam raya sampai malam hari raya ke-6.
Ada tiga reason kenapa aku beraya lama di rumah mertua:

1. Dah lebih 6 bulan tak balik KT.
2. Wife tengah sarat mengandung and nanti nak berpantang di sini (tak balik kampung)
3. Aku suami yang memahami dan merealisasikan kehendak zahir dan batin isteri..hehehhe..

Apa yang aku nak selampitkan kali ni ialah bagaimana aku observe raya tahun ini di rayakan.
Aku , seperti seorang buta yang baru mendapat tongkat, telah melihat dari satu perspektif yang amat berbeza dari tahun tahun lalu dan aku yakin bila aku dah faham, aku boleh beransur2 mengubahnye..InsyaAllah.


Amalan2 Rasulullah SAW yang aku abaikan agak banyak.
Walaupun ada yang aku cuba buat tapi orang akan rasa pelik.
Hehehe...orang tgk mulut aku terkumat kamit tengah naik sheikh baca takbir dalam kapal terbang…(takde la kuat pun...aku sorang je dgr). Sampai aku pulak naik segan sebab orang tu buat muka teramat heran…so, aku pun takbir lah dalam hati….hehehe
Mesti dia ingat aku first time naik aeroplan…and tgh cuak…..(actually setiap kali kapal terbang nak naik ngan turun aku memang saspen pun……)

And nasib baik si hamka ingatkan aku pasal lailatul jaizah.

Tapi aku tak pergi solat hari raya jalan kaki. Aku naik keta. Sib baik bini aku pun pegi. Kalau ikut jahil aku, ingat nak suh dia solat kat umah je macam solat2 fardhu lain je.
Tapi aku baru dapat ilmu seperti di bawah ini :

In a Hadith related by Umm `Atiyah, she said, " The Messenger of Allah commanded us to leave our homes for `Eidul Fitr and `Eidul-Adha prayers, including mature, menstruating women and virgins. As for the menstruating women, they should keep away from the place of worship but should participate in good deeds and du`a. `Umm `Atiyah interrupted: `O Messenger of Allah, some of us do not have the outer garment (Jalbab)!' He replied: `She may borrow it from her friend.'" (Riwayat Muslim & Bukhari)

Aku pun tak makan kurma sebelum pergi solat hari raya. Rugi..rugi..benda semudah itu pun tak terbuat. (tgk hadith di bawah)
Harap2 aku ingat la benda ni tahun depan…

"The Messenger of Allah SAW will not leave for `Eidul Fitr until he eats some dates in odd numbers." (Riwayat Ahmad & Bukhari)

Sebelum solat raya aku tiga beranak bermaafan.
Aku byk buat dosa kat isteri sebab byk menyesatkan dia dan teramat kurang membimbing dia selama ini.
HAK dia ialah utk aku membimbing. Alhamdulillah..dia maafkan dan bagi galakan untuk aku terus mencari IMAN dan ILMU serta memandu keluarga kami supaya MENGAMALKAN SETIAP ILMU dengan sebaik mungkin.
Moga kami sentiasa beristiqomah utk memperbaiki AMAL dan IMAN. Aminn…

Selepas sola sunat hari raya, maka bermulalah cabaran dan dugaan dalam mempertahankan amal ibadah yang di buat di bulan puasa……(actually masa naik airasia pun dah bermula daaahhhh)

Hari raya dan ziarah menziarahi tidak dapat dipisahkan.
Yang buat aku sedih ialah pergaulan bebas dimana2 saja tempat yang aku pergi.
Aurat, TV, artis, lagu dan kesemua benda yang MAMPU dan BOLEH menjejaskan amal ibadat kita. Kita yang bersih seperti bayi baru dilahirkan di cemari oleh tompok2 hitam di hati kita.
Cepat2lah beristighafar.

Lelaki dan perempuan berbual-bual, bertanya khabar, bergelak ketawa berconvoy, berkongsi kereta, beraya di rumah tunang, beraya bersama tunang, girlfriend, kawan sekolah rendah, jiran, sepupu, kakak angkat, abang angkat.
Abang ipar dan kakak ipar bertepuk tampar, usik mengusik, bercakap2 perkara lagha tanpa hadnye


Ada pulak yang MENGUMPAT baik besar kecik tua muda.
MENGUMPAT tanpa henti sambil mengunyah nasi himpit. Tak terasa ke yang bersama2 nasi himpit tu ialah daging manusia yang diumpat tuuuu???

Ada pulak kedengaran “ Cakap benda betul takpe….kalau benda tipu yang bahaya dah jadi fitnah” Berdesing telinga aku..nak sound…alamak..IMAN aku ni pegi mana masa tu???????


Makanan mewah untuk orang2 mewah adalah seburuk2 makanan.
Sepatutnye, SEMUANYA disalurkan untuk orang2 yang AMAT memerlukan seperti di PALESTIN – lebih2 lagi mereka yang mempertahankan tempat SUCI uamt ISLAM iaitu Masjidil Aqsa.
Ini tidak, makanan sedap2 yang bukan berkonsepkan ala-kadar. Malah berhabisan dan berhutang pula untuk menyediakan makanan untuk orang2 yang tidak memerlukan.
(Aku ni byk komen plak...aku jugak yang makan makanan2 tu.....alasan aku: ye la...dah makanan tu siap ada kat situ, lain la kalau takde, aku tak kan mintak punye..dah ada..makan je la...)


Masa solat pulak
Habis semua solat fardhu di masjid ketika awal waktu ditinggalkan.
Bilal syok sendiri azan kat masjid. Orang buat dono kat rumah. Buat2 tak dengar, or memang tak pernah perasan. Bunyi macam bunyi lalat kat telinga je..
Kata mereka, "Tetamu datang, tak kan nak gi masjid kot?"
Kata aku,
“Ye betul, kena jaga hati tetamu. Maka ajaklah tetamu tu pergi solat fardhu berjamaah dulu. Yang perempuan tak payah, takde tuntutan pun. Yang lelaki pergi laaaaaaa………”

Nasihat aku : Jangan la banyak sangat kona kona.
"Sami’na wa a to’na". Kami dengar dan Kami Taat. Sonang ba itu….

Yang tetamu tu pun satu. Kalau boleh observe waktu solat kan bagus.
Kita ada SMS, ada alarm, ada 1001 cara nak tahu waktu solat. So planlah perjalanan kita.
Jangan abaikan walau sesaat kalau dah dengar seruan azan.
(Memang susah nak perfect bab ni sebab IMAN kita belum kuat. Tapi kalau kita usaha dan istiqomah..InsyaAllah, ada pertolongan dari Allah kalau kita nak improvekan IMAN dan AMAL kita.)

Yang lelaki tu, jangan ingat berjamaah kat umah dah okay. (Sebagai penyedap hati sebab tak pergi masjid dengan sengaja (sengaja = tidak usaha bersungguh nak pergi))

Rasulullah SAW sendiri kalau boleh , nak bakar rumah orang lelaki yang tak pergi solat fardhu kat masjid ketika masuk waktu solat. Cuma sebab ada anak bini dalam rumah orang2 tu je Rasulullah tak leh nak bakar. Apa maksudnye tu????

Maka, jgnlah bagi 1001 alasan tak boleh nak berjemaah sebab nak mengeratkan silaturrahim dengan berziarah ke rumah orang masa solat fardhu.
Agak susah kalau kita berconvoy atau dalam rombongan dengan orang2 yang tidak faham.
Maka akan kedengaran lah ayat2 begini: (bukan berlaku pada aku…Cuma imaginasi dari pengalaman dan pemikiran lalu)

“Tak boleh ke solat kejap lagi?”

Apa yang kalut sangat? Kat umah kan boleh berjemaah?”
“Rilek laaa…asar lambat lagiiiiii”
“Ni apahal pegi masjid ni? Tak nampak orang ramai kat umah ni? Sapa nak tolong angkat pinggan, tambah lauk ni? Solat kat umah je..5 minit, settle. Ni mesti nak mengelat ni, rehat kat masjid”
“Ko piker ngko je nak solat, kitorang semua tak solat? Tunggu la sama2. kejap lagi kita pergi la. Janganlah rushing sangat. Kita jemaah ramai2 sat lagi…sempat punye, sekarang ni baru je masuk waktu 10 minit….”

"Ko nak gi solat sekarang? Kat masjid? Isyy.....apa pulak kata tuan rumah nanti..tunggu la dulu..baru sampai ni"

Dan bermacam2 lagi kata2 orang jahil. Orang yang sesat dan menyesatkan. Kesian. Harap2 aku , keluarga aku, anak2 aku, kawan2 aku tak jadi camni.
Ya Allah berilah kami hidayah, dan taufiq untuk mengAMALkan agamaMU.

Tu belum cakap bab puasa 6.
Nak puasa 2 syawal, nanti orang jemput makan kita puasa…keciiiikkkk hati orang tuu…
Hehehe….itulah payahnye….tapi takpe..berhikmah dalam berjuang dan berdakwah….


Mengapakah jauhnye kita dengan kehidupan dan tuntutan ISLAM??
Itukah cara beraya kita? Orang Melayu Malaysia?
Ya, telanlah hakikat itu. Memang itulah..memang itulah…
Sungguh besar pembaziran. Sungguh besar jugak penghinaan untuk umat akhir zaman ini.
Yang bestnye,
Aku tak sedar pun aku terlibat dalam pembaziran.
Aku tak sedar pun aku sedang dihina.
Aku tak sedar pun yang syaitan telah kembali dengan tipu dayanye yang bijaksana.
Sebab..aku sedang “merayakan kemenangan”
Sebab..aku sedang “beraya dengan gembira”
Sebab..aku sedang “beraya dengan kenyang” Bila kenyang , nafsu pun menguasai diri aku…..

Itulah..sedikit sebanyak macam mana aku sambut raya. Dan mengapa 2 syawal onwards menakutkan aku…(Apa yang aku takutkan dan gambarkan di akhir2 ramadhan menjadi kenyataan…walaupun , Alhamdulilah tak seteruk yang aku gambarkan)

Marilah kita perbaiki amalan ‘eidulfitr kita. Pulanglah pada tuhan..
Aku kata kat hati aku : “Pulangkan hidup aku!!!!!”

Lagu : Fatamorgana
by: Hijjaz

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Wednesday, October 18, 2006

DEEPARAYA dalam kenangan. (DEPA RAYA, KITA RAYA)

NOTE : Buat reminder untuk aku, aku dan aku dan sesapa yang nak amik buat reminder jugak

Lirik lagu raya original Annuar & Ellina (duo lagu popular kain pelekat):

Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira,

Ewah..ewah..sukenye ramdahan nak pergi….(aku la tu) ish ish ish…
Jahil tahap maksimum dah ni…

Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat siap menangisi pemergian Ramadhan, tapi aku siap menyanyi gumbira lagi..
This has to stop. STOP! STOP! Budus…

Since raya dah nak dekat, last day aku kat opis pun esok, ada baiknye aku post entry pasal raya, berkaitan raya agar aku dapat muhasabah dan mengingatkan diri aku TERUTAMANYA supaya TERSELAMAT dari GODAAN serangan bertali arus syaitan2 gondol nak mampos yang baru TERLEPAS!!!

A’udzubillaa himinasy syaithaoo nirrajeem..


Insya Allah, Aidilfitri tahun ni akan disambut (ingat..jgn konpiden sgt kita tak mati sebelum raya) rapat dengan Deepavali (raya jiran sebelah rumah abah aku). Sampai ada idea2 bernas yang suka sangat nak menyatukan dua perayaan ini. Kononnye atas dasar perpaduan dan toleransi. Atas dasar liberal. Atas dasar semangat setiakawan dan parti komponen (oppsss..jgn terlajak amsuk topik ni)

Kat mana2 ada Deeparaya, kat dajjal 4 segi, kat radio, papan iklan, surat khabar, shopping complex, dan macam2 lagi. Walaupun mufti dah kata HARAM. (note:Ada geng gi kata balik kat mufti :”ULAMAK JANGAN MERAPU” – al islam)

Tapi marah macam mana pun, ada benarnye jugak. Sebab walaupun phrase tu takde, kita dah lama DeepaRaya dan Kongsi Raya, dan Merry Raya.

1. Beberapa hari sebelum raya

Aku dah kecoh cakap pasal raya. Sibuk memanjang nak prepare raya. Baju, kuih, duit extra, business, name it. Semua pasal raya. Di tambah pulak dengan lagu raya.
Takde la nak enhance dan lipatgandakan ibadah utk 10 malam terakhir. Takde la nak heran pasal Ramadhan berlalu (menangisi jauh sekali). Bukan ke sama dengan mereka yang menyambut deepavali. Yang tau Cuma prepare nak raya, prepare nak raya, tiket balik raya dan segala raya. Deeparaya kan tu???

2. Malam raya.
Nak takbir raya? Reason untuk syahdu syahdan dan nostalgia je. Teringat raya kecik dulu…hehehe..Takbir pun sayuuuu je..padahal takbir tu takbir kemenangan
“La ila ha illa allahu wahdah, sodaqo wa’dah, wanasaro ‘abdah, wa a ‘azzajun dahu wa hamal ahzaaa bawahdah.” – perlu baca dgn penuh bersemangat, keras, tegas, benci kat Bush, Israel..eiii..gerammm (Sambil menggetap gigi – tu je boleh buat..nak ke medan perang? Wallahua’lam)
Maka sebab itu la takbir aku bertahan 10- 15 minit sebab terlalu sedih ikut perasaan (sebab tak menghayati makna sebenar takbir)
Padahal Rasulullah suruh bertasbih, tahmid dan bertakbir sepanjang malam sampai esok pagi.
Aku? Yang dari malam raya sampai pagi raya is koleksi lagu2 raya vol 1 – 5.
Hehehe…sama la gak ngan jiran sebelah rumah abah aku..dia pun meraikan malam raya dgn lagu2 raya dia….
Deeparaya lagi kah aku??

3. Bila tiba pagi raya.
Aku pun ziarah menziarahi. MAsuk umah orang pun cakap “SEMEKOMMM” atau “SAMEKUMMM” atau Assaamoekum. Ucaplah betul2 dengan ikhlas hucs oi..Macam ni : “ Assalamu ’alaikum” bunyikan ‘ain’ tu jelas2.
Tuan rumah pun keluar kata “komsalam...jemput masukkk”….sambil menghulurkan tangan bersalam dengan sesuka hati antara lelaki perempuan bukan muhrim.

Ah..memang raya sakaannn..dapat pegang tangan bini orang, anak dara orang, anak teruna jiran, salam ngan sepupu hensem, etc...tunggu raya setahun sekali je nak meraba secara legal ni.

Mak bapak zaman skang pun tak reti nak larang. Siap panggil anak2 dara kuar and kata “Angah!!, Along!!, meh kuar salam sepupu2 ngko ni haa..kang tak salam tak kenal pulak…..” Kalau sama2 muhrim takpe la..kalau bukan muhrim?? Kalau batal air sembahyang kalau bersentuh? Tapi still nak salam?? Aiiyyoo amma…ini sudah sama macam itu worrang punye raya la.itu pesta cahaya laaa…
Bertepuk tampar, bergelak ketawa ipar duai, biras, sepupu, dua pupu, keluarga angkat, cokek sana, cokek sini,,,,,,,pergh…

Maka bermulah kerosakan kepada amalan2 puasa sebulan. Diri yang tadinye seperti bayi baru dilahirkan (fitrah) jadi kotor, dimulakan dengan dosa2 ini semua. Nauzubillah.

4. Next is pasal makan.
Since dah puasa sebulan, so segala dendam pasal makanan (ye lah dah lama tak makan pagi2) pun diterjemahkan pada pagi raya. Meja sampai penuh. And perut pun memanggil2 agar kesemua makanan di’rasa’. Ye lah nak jaga hati tuan rumah. Dan makan free pulak. JAdi , makanlah aku sampai tak ingat dunia. Sampai sakit perut, rehat, makan pulak lagi. SUMBAT…tahu SUMBAT pun SUMBATTTTTT..selagi boleh bernafas.

Tu belum di soal pasal halal haram makanan tulagi. Murukku tu sapa buat? Orang ISLAM ke? Alamak….............
Aku pun slalu tengok jiran rumah sebelah abah aku memang makan tak ingat dunia time raya. So….sekali lagi semangat kejiranan berDeeparaya bersemarak dan tertegak!..Aiseeyyyyyyyyyyyyy

5. Jangan lupa pulak hiburan hiburan “khas/special aidilfitri”.
TV1, TV2, TV3, Astro RIA, Astro Vanakam, NTV7, 8TV, 9…dan macam2 lagu kat ERA, SINAR, THR, RADIO MUZIK, RMKL, HITZ, MIX, FLY, HOT FM…(hotter than hell ke ni?? Bukan kot) dan banyak lagi. 24 jam non-stop.
Ada selingan2 takbir raya sket2 kadang2 sebab nak touch up la kan.
Anak remaja dan kanak2 baya2 sekolah rendah lekat depan tv…malas nak ikut mak bapak raya. Malas nak ziarah, malas nak bermaaf-maafan.

Kalau hiburan tu kuliah agama ke..atau cerita pasal kebesaran Allah dan ISLAM ke..tak pela jugak.
Ini…….menjolok mata (tapi tak sakit pun?) aurat sana sini, seksi yang nak kena seksa, lagha, gelak ketawa keterlaluan, lucah, sesat, cerita sedih yang menginsafkan tapi hero dan heroin berpelukan.
Tapi itu semua biasala…HANYA LAKONAN. Tak main perasan….HANYA CERITA…..sungguh hebat tipu daya setan gondol di hari pertama dibebaskan…….

Tu belum segala jenis IKLAN yang penuh dengan pompuannnnnnn senyum2 je.
Samalah dengan penonton dekat rumah sebelah rumah abah aku. Maka jadilah Deeparaya jugak.

6. Benda2 lain pun banyak. Dari segi borosnye, bermegah2nye, sanggup berkorban apa sahaja hatta masa emas dalam ramadhan, dan lalai serta leka dan lagha dan byk lagi persamaan dengan perayaan2 orang lain.

Cuma satu je perbezaan raya aku dan raya jiran sebelah rumah abah aku.

Aku RAYA SEBULAN walaupun Nabi kata raya tu sehari je. Yang sebulan tu Syawal. Bukan suruh raya sampai nak kena tengok anak bulan Zulkaedah
MANAKALA
Jiran rumah sebelah abah aku amat patuh. RAYA SEHARI JE. Tak la lebih2 sangat kelalaian dan kelekaan mereka…

Sungguh notty aku ini…sungguh budus sebab termakan pujukan setan gondol dan bala tenteranya.

So, marilah kita sambut raya dengan sebenar2nye.

“Depa Raya Kita Raya”, baru betul. Hormat perayaan masing2. Cukup sekadar itu

“La Kum Deenu Kum Wa Li Ya Deen” (Al-Kafiruun ayat 6)

Lagu raya yang sudah diubah (dinyanyikan dengan nada sayu)

Berlalu lah sudah ramadhan,
Sebulan karnival pahala,
Bilalah nak jumpa ntahlakan,
Al mubarak yang mulia,

Anak muda tak hiraukan,
Pak dan maknye pun begitu jua
Ramadhan merajuk meninggalkan,
Kita yang sibuk nak beraya.

Bagaimana nak sambut aidilfitri yang sebenar? Aku pun tak reti sebenarnye.
Nanti lah aku carik kalau jumpa…Kalau jumpa bagitau aku..
Setakat yang aku tau :

1. Bertasbih, tahmid dan takbir hingga keesokkan hari
2. Meminta maaf dan memaafkan
3. Ziarah menziarahi mengikut syarak
4. Raya sampai ASAR jeeeeee……

Di kesempatan ini, aku nak mintak maap banyak2 kalau rasa tersindir. Niat aku cuma satu, nak relatekan real life experience aku supaya kita sama2 boleh beringat dan tersedar, dan mengamalkan ISLAM yang tiada HAD dan tiada HARI.
ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW Rasul dan Kekasih Allah.
Kalau tegas hukumnye, maka tegaslah kita mempertahankannya, dan kalau lembut hukumnya, maka bersyukurlah kerana ISLAM itu tidak membebankan kita.
Rasulullah SAW bersabda "Katakanlah benar walaupun pahit" dan "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat".

Semoga kita kelaur dari Ramadhan dalam keadaan fitrah. Amiin..

Selamat Menyambut EidulFitri. Maaf, Maaf, Maaf Zahir dan Batin.



Ada selingan dari kawan aku….email dari Syed Khalid:


Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Monday, October 16, 2006

Love. Am I in love?

Lagi-lagi tazkirah surau opis punye input…..hucs ni takde idea sendirik ke?

Selingan :
Sebelum aku mulakan cerita tok selampit aku, just nak share information dari Ustaz. Dia cerita pasal budak scholar Petronas (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang nak pegi study di France dan UK.

Budak2 ni, darjah 5, mak depa hantar ke sekolah tahfiz. Tak penah amik UPSR dan PMR (pompuan amik PMR). Yang aku nak citer ni yang lelaki.
Setahun setengah masuk tahfiz, Alhamdulillah, telah bergelar hafiz. Dan dia masih mengulang bacaan hafiz sampai lah umur 16 tahun utk bagi lagi expert. Sampai dah 30 kali kahbarnye.
Bila lagi setahun nak masuk umur 17 tahun, mak budak lelaki ni kata, tahun depan amik SPM. Dia kaget dan akur…
Dia hanya pergi tuition je…tak penah pegi sekolah…
Amik SPM (SPM kan skang sijil terbuka) dapat 13As

Subhanallah…….
Moral: Marilah hafal quran.(Nanti bleh amik SPM skali lagi dan score giler2 kalah amalina.) Mulakan dengan Al Fatihah. Kalau boleh hafal , maknanye bleh jadik hafiz la tu…InsyaAllah..janji jgn jemu…(mcm perli aku je)..

Ok..back tu the content of the Ustaz ‘s tazkirah.

Dia cerita pasal CINTA…jeng jeng jeng..bulat mata semua orang…

Katakan aku ada 4 orang bini: (ini hanya khayalan ngeri semata2)

1.Khadijah (bini paling tua)
2.Sumayyah (assistant chief)
3.Mastura – ganjaran
4.Diana (bini paling muda dan kiut)

Setiap kali balik ke rumah setiap bini, macam2 kerenah dapat di bandingkan.
Aku amik contoh balik kerja la….

Diana (bini paling muda)
Aku: Na, tolong bawak air kat abang…abang penat baru balik ni
Diana: Alaaa…abang ni..(muka mencuka sambil bawak air) Kan ke boleh amik sendiri. Na tgh tengok telenovela ni… Nanti lepas minum letak balik kat dapur

Mastura (bini #3)
Aku: Mas, tolong bawak air kat abang…abang penat baru balik ni
Mastura : (Sambil membawa air minum di tangan) Mas dah tolong abang, tapi nanti Abang kena tolong Mas pulak….ye..bawak Mas gi jalan2 petang ni

Sumayyah (bini #2)
Aku: Yah, tolong bawak air kat abang…abang penat baru balik ni
Sumayyah : Bb..bbbaaikkk bb..bb..aangg…(Sambil berlari kelam kabut ke dapur dan keluar membawa air) Ss ..ssee ddaa..p ke air bb baa..nngg? Kalau tak sedap jgn ler tidur rumah bini lain ye….Yah boleh buat kan yang lain….

Khadijah (bini tua yang dah season dan cool)
Aku: Jah, tolong bawak air kat abang…abang penat baru balik ni
Khadijah: Oh, dah siap dah airnye bang . Ni ha ada kuih sket Jah buat sebab tau abang nak balik. Abang lenguh kaki kan? MEh Jah picit sket…

O.k dalam banyak2 bini tu..sapa yang korang paling suka, paling redha, paling cinta, paling kasih?
Kalau kita pegi outstation, sapa yang kita paling ingat?
Aku pilih bini tua yang dah season tu. sebab tu aku tanak bini lebih dari satu..yihaaaa..

Moral : Ingat senang ke berbini lebih dari satu??

O.k…
Sekarang compare kita dengan Allah…

Adakah kita :
Rasa terpaksa seperti bini #4 yang paling muda yang acuh tak acuh dengan kita?
Harap ganjaran Allah seperti bini#3 mintak balasan dari kita?
Takut Allah seperti bini #2 takut ngan kita?
Cinta Allah seperti bini #1 tadi yang amat memahami dan kasih pada kita?

Kata2 orang yang rasa terpaksa:
“Esok puasa? Ye ke? Rasa baru je puasa.Nak buat macam mana..dah bulan puasa, puasa laaaa..”
“Alaaa…nak kena solat jamaah pulak…….”
“Aisey….Ustaz ni berceramah pulak…orang nak cepat ni”
“Isk…hari ni hari Jumaat, kena solat kat masjid…kacau timing betul laaaa”

Kata2 orang harap ganjaran:
“Aku nanti bila pergi umarah, depan kaabah, baru nak solat banyak2…tinggi sikit ganjarannye”
“Aku nak tgk fadhilat solat tarawikh malam ni. Kalau ganjaran dia kaw-kaw, aku nak buat 20 rakaat”
“Aku nak tunggu malam ganjil 10 terakhir, baru la work smart orang kata utk dapat malam lailatulqadr”
“Nanti aku bayar zakat ni, baru Allah murahkan rezeki aku”

Kata2 orang yang takut:
“Isk….masuk neraka kalau tak semayang”
“Abih la aku, Allah nanti marah sebab aku termengumpat tadi”
“Alamak!! Terlepas subuh. Takut!”

Kata2 orang yang Cinta Allah
“Astaghfirullahalazim…..tak terjaga aku waktu subuh tadi (sambil menangis sebab terlupa kepada yang di CINTAI)
“Tak sabar nak tido awal, malam ni ada ‘date’. Nak buat tahajjud”
“Oh Ramadhan datang lagi minggu depan. Tak sabar rasanya nak beribadat dalam ketenangan”
“Ya Allah, semoga Engkau redha dengan ku dan setiasa mengasihi ku sebagaimana aku cuba mengasihiMu”
“Aduh…sakitnye kena pisau. Tapi takpe Allah nak suruh aku ingat Dia dan dia nak ampun dosa2 kecil aku” (sambil senyum)

Jadi….marilah kita dapatkan CINTA ALLAH yang abadi itu…..

Friday, October 13, 2006

Tolong saya Kak Lina Joy...

Tima kasih greng, pengomen aktif di blog keretemayat utk idea.
Telah diolah untuk bagi gambaran terkini

Cerita 1
Kita kerja dengan satu company besar. Banyak cawangan.
Satu hari, bos besar datang melawat.
Dia kata, "Hari ni semua orang cuti. Sapa yang bekerja saya akan pecat dia!"
Semua pekerja suka.... yay!!!!!!
Tapi, tiba2....bila bos dah balik....anak bos kata. "No Cuti. Kerja"
(utk pengetahuan, anak bos ni kira supervisor kat site tu laa...)
So..cakap siapa yang korang ikut? Cakap bos ke atau cakap anak bos?
Reminder :Kalau bos tahu, dia akan pecat kita. So.....nak ikut cakap sapa?
Solution : Why not, kita pegi direct kat bos.....seek explanation...? Sebab dia yang own company tu kan..

Cerita 2
Masih dalam company yang sama.
Satu hari kita dah terbuat salah kat satu dokumen ni. Takutnye tak terkira sebab boss dah approve. Dah sign!
So, kita pun tanya la team lead kita. "Macam mana nak buat ni?"
Team Lead kata, : Takpe, You print document tuuu....nanti biar I yang jumpa bos. I citer kat dia. I mintak maapkan...and suruh bos re-sign"

Aku kata: bahaya ni..kang dia salah cakap apa ntah...boss salah paham. Boss ingat kita nak lari daripada mengaku buat salah depan boss..
Dah kes nayaaa..

Cerita 3
Satu hari, supervisor site (anak boss besar) kena bunuh. Ada orang tembak kat kepala dia..."piuunnggg!"........"Buk!" tergolek dog...
Mati la Supervisor site tu...Anak supervisor site (cucu boss besar) tu pun datang. Tiba2 dia nampak pistol yang membunuh bapak dia ada bawah almari.
Dia pun ambik , dan gantung pistol tu kat leher dia. Tanda penghormatan katanya. Macam dia bangga dengan pistol yang bunuh bapak dia tu...Macam tak masuk akal je kan????

Begitulah jugak.....apabila kita menyembah sesama makhluk.... mesti macam pelik sikit (di mata sayalah....tak tahu di mata Kak Lina macam mana..)

Azlina Jelani (Lina Joy) menyembah 'anak tuhan' (kata mereka) >>>Cerita 1
Kenapakah Kak Lina perlu menyembah anak tuhan sedangkan kita boleh je terus menyembah Tuhan?
Adakah tuhan memerlukan supervisor sebab dia busy dengan urusan lain. Kalau semua orang sembah 'anak tuhan', siapa pulak sembah tuhan?
Kalau tuhan ada anak? mungkin tuhan ada bapak atau emak? Di manakah mereka?
Kalau tuhan ada anak, mungkin tuhan ada abang ke, kakak ke, pak teh, pak long dan sebagainye?
Kalau tuhan ada anak, adakah yang melahirkan 'anak tuhan' itu 'isteri tuhan'???

Astaghfirullahalazim..


Kak Lina juga kata, ada orang kerja makan gaji kat gereja boleh ampunkan dosa2 dia. > >>Cerita 2
Kenapa ada orang lain yang boleh menghapuskan dosa kita sedangkan orang itu juga tak lari dari membuat dosa dan bukankah lebih baik kalau kita memohon ampun terus dari Tuhan?
Sapa pulak nak ampunkan dosa orang makan gaji tu? Orang dekat Vatican?
Sapa pulak nak maafkan kesalahan orang kat Vatican tu? Dia tu tak berdosa la ye agaknye menurut Kak Lina Joy???
A dakah di kira sebagai 'melangkah bendul' jika Kak Lina Joy minta maap terus pada Tuhan? atau 'isteri tuhan'? atau 'anak tuhan'?
Macam mana kalau orang yang nak tolong mintak maap tu tersalah mintak maap, atau terlupa?
Ataupun tiba2 orang yang nak tolong mintak maap tu termeninggal?
Macam mana nak tau maap kita tu dah di mintak oleh orang kat gereja tadi?

Saya agak pening nak pikir....Sebab tak nampak logiknye...
Adakah Kak Lina Joy terlalu takut dengan tuhan? Sampai tak boleh jumpa untuk mintak maap?
Bukankah tuhan itu penolong kita, pencipta kita? Dia yang beri izin. Dia yang tahu kelemahan kita.
Tak boleh ke kita mengadu direct kepadanya?


Kak Lina Joy juga mungkin memakai salib di leher (saya tak pasti) Tapi orang seagama baru Kak Lina Joy ramai yang pakai.
Mengapakah orang agama baru Kak Lina Joy suka pakai salib? Bukan benda tu ke yang bunuh 'anak tuhan' tadi? Kenapa berbangga pulak dengan salib itu?
Kenapa beri penghormatan kepada object yang digunakan untuk membunuh 'anak tuhan' kamu itu? >>> Cerita 3

Tolonglah bagi saya paham apa yang Kak Lina Joy cuba buat ni....?
Saya tak nampak logiknye..... Kalau boleh pahamkan saya, amatlah saya berbesar hati.

Terima Kasih.

Wednesday, October 11, 2006

Surat dari kekasih

Sempena NUZUL QURAN semalam

Kisah mungkin benar….(zaman orang lain remaja, bukan AKU tau!)

Kring!!..kring!!……bunyi loceng basikal…..
Oh sang posmen rupanya.
Maka berlari-larilah Aini mendapatkan posmen. Mesti ada surat dari ‘cik abangnye’ di kolumpo.
Soheh. Sampul surat berkaler biru (warna kegemaran ‘cik abangnye’) di hulur posmen.
Tersenyum simpul Aini….maklumlah dapat surat spesel…

Sebelum di buka, dibeleknye, takut ada cacat cela di bahagian luar..
Sebelum di buka juga, diciumnye beberapa kali…(macam la ada bau ‘cik abang’ dia..bau posmen ada la, tak pun bau stor surat, atau bau peti surat)

Dengan perasaan yang berbunga2 dan amat heppi sekali, dia pun bukak surat tu….
Waahhh….cantiknye tulisan ‘cik abang’ …
Waahhh....sedapnye ayat2 di dalam surat itu…
Waahhh... damainya hati baca surat itu.

Dibacanye berulang kali satu persatu dengan penuh tartil.
Paham segala kandungannya….
Indah rasa harinye….

Sebelum zohor, dibacanya, selepas zohor pun dibeleknye,
Sebelum asar dikajinya, selepas asar pulak ditafsirnye,
Sebelum maghrib didouble check nye, lepas maghrib direconfirmnye,
Sebelum isya' ditatap lagi, selepas isya direnungi lagi,
Sebelum tido di ikut pesanan cik abangye, dan berazam nak buat lepas bangun tido nanti…
Sebelum subuh esoknye digenggamnye lagi, lepas subuh dihayati pulak

Begitulah heppi dan seronoknya Aini dapat surat dari kekasihnya di kolumpo….

Alangkah baiknye…dalam bulan Ramadhan ni…..
Sempena Nuzul Quran,
Kita jadi macam Aini dengan surat kekasihnye,
Kita ubah persepsi kita terhadap Al-Quran.
Kita buat ia sebagai teman sejati…
Kita rujuk dan belajar dengan mereka yang mengetahui..
Banyak rahsia yang tersirat, malah rahsia yang tersurat pun ada tapi tak perasan..

Ramadhan ada lagi 12 hari…
Ambillah peluang utk mendekati, menghayati, memahami Al- Quran…
Setiap kali pegang, amik satu page…(at least)

Kalau solat 5 kali, pegang quran sebelum dan selepas, dah dapat 10 page..
Ok lah tu for a start…

Tahun depan InsyaAllah, sekali pegang 2 pages..(actually bulan depan dah bleh start) start raya kedua....so that bila sampai Ramadhan tahun depat dah rasa ringan sikit...

10 kali pegang = 20 pages (1 juzuk ada 20-22 pages (rasm uthmani) so, 1 hari 1 juzuk.
30 hari…khataaam……alhamdulillah..boleh buat pulut kuning (aku pun tak tau kenapa org buat pulut kuning khatam quran)

Kesimpulan : Ini yang membezakan kita dengan bukan ISLAM. Kitab yang tiada keraguan. Kitab mukjizat Rasul penutup. Kitab ISLAM yang SYUMUL.....
Kalau tak hayati, ambil pengajaran, ikut, taat, maka samalah kita dengan orang bukan ISLAM

Tuesday, October 10, 2006

AKIBAT TERLALU YAKIN

Tadi ada Ustaz dari tghanung bagi tazkirah ramadhan during lunch hour kat opis.
Dia cakap pekat tghanung, tapi tak sepekat orang2 tua di hulu tghanung.

Aku teringat kat kawan2 dan sedara mara dan isteri aku yang tghanung (bukan bermakna aku ada isteri yang bukan dari tganung jugok)

Satu benda simple yang aku nak highlight kat sini ialah part solat Jumaat. Walaupun dah penah dengor, tapi aku rasa tak salah nak mengingatkan. Lagipun kat alam cyber aku tak penah post lagi.

Kalau kita pegi penuhkan sejid (soseh soseh kedengaran dari jemaah orang kay ell : sejid? Psst..pstt..apa tu?) hari Jumaat sebelum Khatib naik mimbar, maka akan dapatlah pahala sebesar UNTA. Dan kalau lewat skek, dapat pahala sebesar, lembu, follow by kambing ayam…..etc..sampai lah ke teloq ayam…..(perumpamaan ye)

Jadi, kalau kita datang lepas khatib naik mimbar, maka sebesaq teloq ayam pun kita tak dapat. Kena pulak bercakap2 masa on the way nak ke masjid di mana khatib sedang baca khutbah. Langsung zero/sifar/yillek pahala solat jumaat kita pada hari tu..

Bayangkanlah, kita pergi walimatul urus pun dapat bawak balik teloq. Ini pegi masjid, rumah Allah, untuk beribadat, tak dapat pahala walau sebesar teloq? Dok ghok cetong kata Ustaz tu. Hehehe…

Di umpamakan lagi, kalau kita boleh nampak pahala tu, mesti tiap2 hari kita nampak orang bawak balik UNTA, AYAM, LEMBU dan ada yang berlenggang….
Lepas-lepas tu mesti orang pakat2 pegi awal sampai ada yang gamaqnye tidoq kat masjid dari malam sebelum tu…

Ni lah problengnye (problemnye) kalau kita tak cukup YAKIN. Beriman dengan benda ghaib tu kan salah satu rukun iman? PAHALA ni BENDA GHAIB LA
Ya, mungkin aku beriman, tapi keyakinan tak cukup. Sebab tak nampak, Al maklumlah, dulu belajar aliran sains. Nak nampak bukti/facts/proof baru nak percaya.

Kalau kita YAKIN dengan janji Allah mesti kita buat semua perkara.

Andaikan:
1) Masuk toilet kaki kiri – cash RM 100 menanti
2) Simpan janggut macam nabi – cash RM 100 sehari
3) Pakai serban macam nabi – cash RM 100 sehari
4) Makan macam nabi – cash RM 100 setiap kali makan
5) Kencing macam nabi – cash RM 100 setiap kali
Dan banyak lagi benda senang kita boleh buat tapi aku sendirik tak buat2

Tu belum lagi benda yang wajib2 dan fardhu punye pahala dan ganjaran. Subhanallah, tak cukup rumah nak park benda2 tuuuu....(kalau dimaterialkan ler)

Pergh…betapa kita akan berebut2 sampai kilang gillete dan super nacet tak berkarat pun buleh tutup lah kat mesia ni.

Masalahnye kita tak de YAKIN. Kita tak prepare ‘bekalan’ betul2. Kat dunia boleh lagi buat ‘loan’. Kat ‘sana’ nak loan macam mana?

Nampak sangat aku ni materialistik dan bukan pahalaistik..... sedeyyy :(
Padahal aku tahu sangat2 material tu semua akan MUSNAH dan takde membawa apa2 makna..

Tapi kalau pikir2 balik, kita sebenarnya terlalu YAKIN.
Iyee….terlalu YAKIN yang kejap lagi or esok or next week or next month kita belum duduk dalam kubur sorang2….tu yang “rileklaa……belum turn aku lagi”

Monday, October 09, 2006

Apa beza aku dengan mereka?

Sabda Nabi s.a.w (lebih kurang maksud): "Kalau nak kenal ISLAM, tengoklah pada muslim"

Kata kawan aku si Zul:
“Aku lah muslim…Adakah terdapat ISLAM pada aku????”

Pergh…memang ayat power. Kena tepat kat batang hidung aku…

Kalau kita paham ayat si Zul (yang bukan Ustaz Zul) kat atas, kita akan paham kenapa orang2 non-muslim tak nak hampir kepada ISLAM. Malah rasa kelakar dan pelik dengan orang yang mengaku ISLAM. Lebih2 konteks kat Malaysia ni…
Mereka yang belum muslim ini, jugak rasa takut dengan ISLAM.

Salah merekakah?
Salah keluarga merekakah?
Salah terrorist kah?
Salah Hollywood dan Bollywood kah?
Salah Astro kah?
Salah Yahudi kah?
Salah ISLAM kah?
Salah orang melayukah?

Jawapan : Salah aku dan aku.

Dan bila dah salah aku, maka aku pun bersalah dengan Allah sebab ‘mislead’ semua non muslim yang cuba ‘carik’ ISLAM dalam diri aku…….
Aku dah banyak ‘menyesatkan’ non muslim dengan imej dan peribadi aku….
Macam mana nak reverse balik ‘those damaged perception'??? Argghh….aku memang byk dosa….

Kat bawah ni ada list kenapa non muslim tak nampak ‘ISLAM’ pada muslim (version diri aku) Bukan semua la…tapi ramai la jugak

Melayu mengaku muslim bergelak ketawa macam diorang
Melayu mengaku muslim tengok movie macam diorang
Melayu mengaku muslim kencing macam diorang
Melayu mengaku muslim tak perform lebih hebat dari diorang kat tempat kerja
Melayu mengaku muslim ada masalah kewangan macam diorang
Melayu mengaku muslim tak amal makruf nahi mungkar macam diorang
Melayu mengaku muslim pegi masjid(rumah ibadat) hanya pada hari tertentu untuk acara formality, pun macam diorang jugak (raya, solat jumaat)
Melayu mengaku muslim sakan tengok bola macam diorang
Melayu mengaku muslim main bola pun gaduh giler2 tak macam diorang.
Melayu mengaku muslim makan mentekedarah lebih dari diorang (lebih2 lagi di bulan puasa) Melayu mengaku muslim yang berkuasa yang makan rasuah, mintak dirasuah dan suka dengan rasuah, MENGALAHKAN diorang.
Melayu mengaku muslim tak tutup aurat macam diorang
Melayu mengaku muslim merogol anak kandung MENGALAHKAN diorang
Melayu mengaku muslim merompak/mencurik jugak
Melayu mengaku muslim menindas orang
Melayu mengaku muslim salah guna kuasa/tak adil.
Melayu mengaku muslim yang berkuasa pulak, tidak berakhlak. Hinggakan diorang yang menjaga orang muslim yang tidak berkuasa
Melayu mengaku muslim tak jaga agama dan bahasa mereka, tak macam diorang
Melayu mengaku muslim malu dengan bahasa mereka
Melayu mengaku muslim tak tau baca jawi (tulis apatah lagi)
Melayu mengaku muslim takde jatidiri, tak macam diorang
Melayu mengaku muslim jadikan hiburan mazhab terbaru macam diorang jugak (disco, band orang kawin, akademi muzik, blaja piano)
Melayu mengaku muslim berkiblatkan satu(atau lebih) peti di setiap rumah (tv) macam diorang jugak2. (sanggup tangguh solat walaupun dah amik wudhu sebab nak tgk siaran langsung atau telenovela punye ending)
Melayu mengaku muslim bergaduh pasal nak guna ISLAM yang mana
Melayu mengaku muslim bercakaran sebab solat sunat tarawikh

Dan banyak lagi, dan lagi, dan lagi…..

Point aku pada hari ni, ialah kita dan mereka sama. Tak ada bezanya.
Sama2 shave janggut, sama2 tak pakai tutup kepala, sama2 tak pakai tudung dengan sempurna, sama2 pakai ketat2, sama2 takde maruah, sama2 pakai dedah, sama makan rasuah, sama2 kongsi raya, sama2 makan makanan haram, sama2 isap rokok, sama2 buang masa, sama2 bertuhankan duit, sama2 bertuhankan artis dan hiburan, sama2 mengumpat/fitnah, sama2 isap dadah, sama2 tengok cerita porno, sama2 tak hormat sunnah nabi, dan macam2 lagi sama.( banyak nye sama? patutlah tak nampak ISLAM!!!)

Kita masih ada masa. Kita masih ada tanggungjawab.Masih boleh menyumbang.
Jom ler kawan2 semua, kita PULANG KE PANGKAL JALAN.
Hari ni aku ingat kan korang, esok2 kalau aku lupa (nauzubillah) korang ingatkanlah aku. Maki lah aku, Sindir lah aku…Biar aku sedar semula.

Apa maksud pulang ke pangkal jalan?
Ikutlah SEMUA sunnah nabi selagi terdaya. Jangan pilih2. Kecil, besar, fardhu , sunnat, buatlah SEMUA…dan istiqamah.
Tak kan masuk toilet/keluar rumah kaki kiri pun tak leh nak buat. Semua tu habit je.
Mulakan dengan yang kecil dan ringan, Insya Allah akan ada kekuatan nak buat yang lain.
Hanya dengan sunnah nabi, kita boleh kembali kepada Pencipta kita, dan mengajak SELURUH manusia menyembah dan mentauhidkan Allah.

Final reminder untuk aku :

Jangan kata bentuk hiburan yang kita ambil sekarang tidak haram.
Jangan kata percakapan antara lelaki dan perempuan bukan ajnabi (muhrim) tidak haram, (walaupun chatting, IM, YM etc . Gelak2, emoticons, cakap takde paedah, cakap sia2, melawak2 macam aku, gatai)
Jangan kata tengok pompuan tak haram sebab dia tutup aurat.
Jangan kata amal kita dah okey…..
Jangan kata “Takpe, Allah paham, akhir zaman memang macam ni, susah sket nak ikut 100%” (Kalau 98% takpe jugak, ini, ntah2 20% pun tak sampai)

Dan macam2 jangan lagi…
Sebab kalau kita buat benda2 tu, tapi kita tahu dan agree benda tu haram - selamat lagi (walaupun tak selamat lah sebenarnye)
Tapi kalau kita buat benda2 tu, dan kita kata benda2 tu tak haram - kes bahaya ni.
So, dah tahu haram..kurang2kan dan stoplah...aku ni dah sesat jauh dah ni....

Lastly, Imagine :
"Kalau Allah takdirkan sehari Nabi datang dalam hidup kita, lepak ngan kita, tengok kita borak2 tak tentu hala, tengok tv, dan tv dan tv, dengar radio ERA, atau fly atau hitz, dengar azan buat tak tahu, alquran berdebu, kencing berdiri, update blog utk perkara sia2 macam diari, etc........"

Sanggupkah kita nak bersemuka dengan orang yang paling ambil berat pasal kita, tapi kita tak endah pun benda2 yang di suruh oleh orang itu."
Dah kalau macam tu, macam mana kita expect dia nak bantu kita di hari pemabalasan nanti??

Thursday, October 05, 2006

Makanan yang tak halal



Semalam ada ceramah PPIM by Setiausaha Agung, Dr Maamor kat surau opis....

Hari hari bangun pagi,
Gosok gigi guna kolget atau dali,
Tahukah tuan bijak bistari,
Kemungkinan ada sumber bangkai dan babi,
Yang menyebabkan doa dan hajat Allah tak penuhi,
Fardhu (WAJIB BG SETIAP INDIVIDU) bagi kamu untuk mencari yang suci.

Lepas gosok gigi-gigi putih berseri,
Breakfast pun di hidang sang isteri,
Makanan barat beserta air kopi,
Makanan segera pilihan hati,
Namun sudahkah di check yang ianya betul2 suci?
Kalau dah, Alhamdulillah…jemputlah makan, tambah lagi…

Bila dah tengahari,
Time lunch pulak mari,
Apalagaaa, carik kedai mamak kari,
Tak check pulak tangan depa ada rantai tali,
Peduli apa, dah lali,
Makan je la, tunggu apa lagi… ,
Nauzubillah harap ini tidak terjadi.

Bila petang menjelma,
Sempat lagi menjamu selera,
Cendol, ABC, air laici, macam macam ada,
Memang sedap buat hilang dahaga,
Tapi tahukah tuan yang bijaksana,
Banyak ingredient yang amat diragui kesuciannya,
Pilihlah makanan bukan hanya ikut selera,
Kalau tak sensitive, nanti menderita di 'sanaa'..

Bila hari dah gelap,
Perut bunyi lagi, geduk gedap geduk gedap,
Ini tanda makanan nak kena di hadap,
Maka carilah penjual makanan yang boleh diharap,
Jangan main bantai melahap,
Tak tau halal ke tidak apa yang di ngap,
Check la dulu, jangan jadi sangat bengap,
Nanti doa dan solat tak capai tahap,
Hati pun akan jadi gelap,
Kat akhirat nanti jadi geng abu lahab, (nauzubillah)
Masa tu tak guna dah tepuk dahi pap! Pap! pap!!

Maka kawan2ku sekalian,
Jadilah pengguna sensitif yang AMAT PENTINGKAN kesucian makanan,
Janganlah cincai-cincai atau man-man,
Tak kan tak sedar kita semua sedang dimainkan,
Bukan setakat cerita Hi 5 yang didiamkan,
Banyak lagi kalau kita betul2 nak perasan,
Cuma masalah kita tak nak main peranan,
Jom lah kita pakat2 tolong sesama ikhwan..
Supaya anak cucu kita tak merana di masa depan.

Mendaftarlah dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia - tanya diri anda apa yang boleh anda sumbang.
"BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA"

Tuesday, October 03, 2006

Sebab apa?

Sebab apa bila bulan posa aku rasa penat?
Sebab apa bila bulan posa aku rasa boring?
Sebab apa bila bulan posa aku rasa lapar tak sabar nak bukak?
Sebab apa bila bulan posa aku rasa tak sabar nak raya?
Sebab apa bila bulan posa aku rasa 'restricted'

Jawapannya hanya SATU : Sebab anggap bulan Ramadhan sebagai bulan pose, dan bukan bulan pahala yang didalamnye ada karnival surepahala/jompahala.

Masalah aku sejak dari dulu ialah sebab phrase 'bulan pose' so pose je lah yang difokuskan dan bukan nye aku nak fokus pada keberkatan Ramdhan keseluruhannya..

Di mana ibadat sunat diangkat pahalanya seperti ibadat wajib,
Di mana ibadat wajib diganda sebanyak 700 kali...

Kalau ada karnival pahala, dimana apa yang kita buat , berganda2 dapat pahala...
Kalau ada karnival pahala, yang takde syaitan menyibuk, bila buat amal ringan lah sikit rasa..
Kenalah aku yang banyak dosa ni amik peluang sebaik2nya...

Sama jugak phrase 'makan sahur'
Aku fokus pada makan sahaja...

Walhal, pada sahur itu:
bangunnya ada barakah,
duduknya ada barakah,
makannye ada barakah,
minumnye ada barakah,
baringnye ada barakah....

tapi aku anggap 'makan sahur'..tu yang lalai tu..tu yang rugi terlepas peluang tuu..aiseeyy..

Sama jugak sunnah2 nabi yang lain di bulan Ramadhan..

Berbuka dengan kurma segar atau tamar (kumar kering) atau air sejuk (air kosong)
Aku berbuka dengan tepung pelita, dengan segala buah manis dan manisan lain...dan air fresh oren dan jus tembikai....

Kalau aku sedar bulan ramadhan ialah bulan pahala mesti aku:

1.tak tinggal benda2 sunnah nabi buat
2.tak lepaskan waktu begitu sahaja
3.puasa bersungguh-sungguh, ibadat berganda2
4.tak tidooooooo je keja...
5.tak buat perkara makruh........
6.tak terpikir pasal raya.
7.tak rasa broing dan penat.

Bolehkah aku????
InsyaAllah.....aku kena acu cuba try test.....

p/s kenapa mulut bau kureeng bulan ramadhan? adakah Allah nak malukan orang yang berpuasa? Jawapannye, supaya kita sentiasa menutup mulut dari cakap perkara sia2 dan berbisik2 bercerita aib orang dan mereka2 fitnah...Cantik kan??

p/s 2 post ni kelam kabut sket...dah nak solat asar ni....takut tak sempat publish..

Monday, October 02, 2006

Satu SAAT pun tak bleh? Biar betul....

Assalamualaikum…
Sapa kat sini yakin yang lunch hari ni or malam ni dia belum mati?
Or Sapa kat sini yakin yang esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dia tak duduk dalam kubur sorang2?

Ok..since semua takde angkat tangan, aku assume semua yakin yang BILA2 pun kita boleh mati..
Wokkeh…(senang sikit nak citer)

TOPIC : Jangan lalai dari ingat Allah walau sesaat(untuk muslim sebab ni bulan puasa, so aku amik kesempatan sikit…non muslim nak baca takde salahnye, kalau konpius boleh tanyalah orang2 yang mengaku ISLAM berhampiran anda secara cyber or secara fizikal)

Bismillahirrahmanirrahim…
Kita dah tau mati itu satu proses....nak tak nak, sedia tak sedia, kita akan melalui prosess itu.....cepat atau lambat, giliran kita dah ditentukan.
Maka akan bermula hidup baru kekal abadi..(read: INFINITI)
Hidup baru ni, yang kekal abadi ni akan berbekalkan amalan kita di dunia (sekarang) – so, kalau ikut analogi, kita tengah buat bekal la ni…..cukup ke bekal aku? (bekal tu kena buat sekarang, tak boleh renew..tak bleh tambah…)

Contoh 1: Aku nak tengok final world cup. Walaupun hanya beberapa ratus minit sahaja, preparationnya boleh tahan jugak. Siang tidur cukup, prepare seat elok2, malam buat air nescafe/kopi cap kapal api/tongkat ali, makanan kerepek keropok, nasi goreng, air coke, dan macam2 juadah lagi...

Contoh 2:Masa kecik2, perjalanan kita ke sekolah….kejap je..beberapa jam je..Itupun mak dah risau..cukup ke bekal kamu? Nanti lapa nanti?
Kenapa sepatutnya tak payah risau sangat?: Tu tak pe la..ok lagi..sebab kalau abih pun bpetang dah balik umah emak…boleh makan..esok boleh renew bekal etc etc..

Contoh 3:Aku nak travel around the world...kira paling lama lah tu...
Persiapan? Subhanallah..berbulan2....kalau tak cukup duit, mungkin makan tahun nak prepare, ye la nak pegi Disneyland lagi…macam2 la kan
Duit, duit, duit, tempat tido, duit lagi dan lagi, makanan, pakaian, dan segala2nya..
Itu baru untuk round the world in 80 days tu.....
Kenapa sepatutnya tak payah risau sangat ? Teruk2 pun pokai, kena tahan, kena deport…..balik ke mesia balik..home sweet home. Boleh l atambah bekal mana2 tak cukup….Cuba kalau masa perjalanan tu ABADI????Selama-lamanya??? Cam ner nak bayang ek? sampai bila2 ...isk..payah betul nak imagine.
NeverEnding Story pun ada penutupnye..
Neverland pun ada penghujungnya..
Netherland pun ada sempadannye.
German2006 pun ada penghabisannya.
LigaM pun dah habih daah..
Akedemi Fantasia pun 3 bulan je..tu pun skang macam dah tak nak laku

So, berbalik kepada cerita kita nak BALIK ke kampung ASAL kita ni,
Berapa banyak kita nak packing? Cukup ke 30 tahun punye amal?, 40? 50? 60?
Tolak keja, tolak naik keta, tolak karaoke, tolak tv, tolak tengok CSI, tolak tengok cerita2 desperate, tolak tengok MISTERI, tolak tido tak baca bismillah, tolak majlis buka puasa tak ingat dunia makan all-you-can-eat, tolak movie, tolak cakap tepon, tolak tengok bola, tolak update blog, tolak amal yang tak berapa iklhas, yang tak berapa kualiti sebab takut termiss telenovela..tinggal la berapa je?? Cukup ke??

So…kenapa dan mengapa dan secara logik akalnye..
- aku boleh lagi tengok CSI? browse internet? dengar lagu?tengok wayang, layan kuch-kuch hota hai 3 jam?
- aku tahu bila2 aku boleh mati..aku yakin yang aku mungkin tak sempat berbuka hari ni pun..tak sempat nak tarawikh atau nak bertahajjud or nak qiamullail...tapi tak buat sebanyak-banyaknye
- aku memang yakin ibadat(read: bekal) aku tak cukup, aku tak tambah sungguh? Nak kebuloq ke aku ni?
- aku yakin dengan azab api neraka yang 70 kali ganda panas dari api kat bumi, aku tak bersungguh2 mintak jauh daripadanya, (kalau nak jumpa bos lepas buat salah, bersungguh2 mintak bos tak marah dalam hati?

Kenapa? Kenapa? aku pun tak berapa nak sure..Cuma yang aku tahu...mesti sebab tipu daya syaitan dah BERTAKHTA dan BERSARANG dalam hati aku...Syaitan dah tipu aku and kata macam ni:
“ Alaa….mati lambat lagi..ko kan muda lagi…”
“Alaa…sekali ni je”
“Alaaa..once in a lifetime ni..mana ada repeat lagi event ni, tengok live je best, tengok ulangan buat apa”

Atau paling teruk
“Alaa..ko kan dah ISLAM, apa2hal mesti masuk syurga punye, at least ko beriman)


Dipendekkan kan cerita, since ramadhan ni adalah madrasah untuk mensucikan hati..Aku kena la pergunakan masa sebaik2 mungkin......
Dah hari ke 9...dah 9 hari aku terbazir sebab tak buat ibadat sampai bersengkang mata..nak bangun malam pun terlajak...haw haw haw..beraat je mata...
Aku rasa kena terapkan semangat world cup la…
Bangun malam…..amik air semayang, solat 2, 4 or 6 rakaat…
Baca quran 2 -3 page…dah kira qiamullail sekali ngan tahajjud .
Total baru 30 min. World cup? MINIMUM 105 min. baru satu pertiga je….tu kalau satu game semalam..kalau 2-3 game?
Tapi…sebab hati aku masih sakit….belum pulih seperti fitrah…..
Amat payah…..uhuk.uhuk… :'(

Tapi aku masih ada masa.....
- ada shortcut dan bonus point lagi - contoh malam lailatulqadar)
- tinggal aku je nak doa agar jumpa malam tu, malam yang lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan) dengan amal ibadat yang ikhlas- RUGINYE....kalau “miss the boat”(phrase waktu berada dalam madrasah aku perasan nak ke amerika)

Tapi takpe lagi rugi sekarang..masih ada can.. (read:chance)
Kalau nak tau RUGI yang SEBENAR2 RUGI..bila dah duduk dalam kubur sorang2 nanti.......bila 'malam pertama' bersama mungkar dan nangkir..bila kena gertai, hambat, palu dan bantai, dan macam2 ada..
Masa tu sori la nak kata “aiman tak kisah”..tak sanggup beb…
Malatop kat dalam tu. “world” tak “world” nye..sendiri mau ingat la (nauzubillah)
Ada lagi ke senyum sokmo??

Masa tu dah terlambat...saat nadi masih berdenyut ni.. grablah kesempatan.....

Maka – bawak2 la bertaubatlah SELALU (nabi buat satu hari 70 x) , beristighafar lah dengan sebanyak banyak banyak banyaknye sehingga melebihai lemon2 yang melimpah dalam iklan tv tu...atau lebih banyak dari barang kontena iklan mega sale.

Mintak dijauhkan dari azab kubur dan api neraka...dan api neraka..dan api neraka
ASTAGHFIRULLAHALAZIM.....

Ada orang kata, I am a MUSLIM. Iman sebesar zarah pun boleh masuk syurga..walaupun banyak dosa..
Aku kata, ye benarrrr kata kao… tapi:

Pertama : Mana aku nak tau iman aku sebesar zarah? Betul ke ada IMAN in the first place. Sebab kita kena ingat dugaan masa sakaratul maut…? Dugaan yang paling hebat. Jeneral syaitan datang kacau and nak pesongkan kita. Menjelma dengan muka orang yang kita amat sayang, dan cuba menghasut kita berpaling dari Allah – Naudzubillah.
Bestnye mati bulan ramadhan, jeneral kena ikat, takde la kena kacao.
Aku dah prepare ke nak tangkis?Macam mana nak prepare??
Perbaiki iman sentiasa, Jangan, jangan, jangan tinggalkan ibadat fardhu, jangan tinggalkan ibadat solat muakkad, banyakkan solat2 sunat, ibadat2 sunat ‘kecil’ (kecil bak kata sesetengah orang, kalau dia nampak macam mana sunat kecil ni boleh hapuskan dosa2 kecil dia yang lain..mesti tak tinggal punyelah)
Contoh: Kalau kita masuk toilet langkah kaki kiri and keluar kaki kanan, tetiba balik ke tempat kita, nampak ada cash RM 1000, mesti kita tak tinggal buat benda tu kan? Sama gak dengan pahala...cuma tak nampak...ia tetap dikreditkan..cuma kita tak dapat penyata, sebab tu susah nak yakin and tambah point tuuu)

Kedua : Ye boleh masuk syurga..tapi kena masuk neraka dulu beb….Ada berani? Aku pengecut bab ni ...Although this is a free country and free web. I punye pasall lah (kata sesetengah orang)……tapi please be reminded, Allah tak bagi ni’mat utk free2 je….S

ekian lagi sekali dari aku yang agak free…

p/s - Ni kang, ada yang dapat email kata aku tiru blog orang lain..nak buat cam ner..dah sama…sabaarr je laaaa..

Ni lagu untuk orang yang rindu kat Allah dan KAMPUNG halaman:
(aku belum lagi bleh pakai lagu ni kot...tak ready maaaa. Korang OK kot??)

Siapa bilang mati tak menawan,
Tak menarik hati, Tiada memikat...
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik,
Kalaulah memang tak mungkin aku kan jatuh...

Aduhai..........
Lepaslah dugaan dunia,
Berehat lah sepuasnya,
Terang benderang kuburnya,
Aduh anggun dirinya....

Friday, September 29, 2006

SUCI DALAM DEBU Yang Bukan Kompolan IKLIM

SUCI DALAM DEBU

Aku rasa ramai tau lagu ni……Lagu famos kompolan IKLIM dari ganu kiteeerr..

Aku bukan nak tulis pasal lagu ni..
Cuma aku nak tulis pasal apa itu SUCI DALAM DEBU

Rumah aku dan korang mesti ada,
Satu , dua atau tiga bukan persoalaannya,
Kegunaannya sangat banyak,
Tapi ramai orang macam aku tak nampak,
Sebab itu di rumah kita semua ada,
Tapi di hati kita, dimanakah ia?

Bila orang kata rumah aku ada hantu,
Hidup aku terus jadi haru biru,
Aku pun terus carik SUCI DALAM DEBU,
Dengan harapan hantu tak kan ku temu.

Bila orang fitnah aku buat dosa besar,
Aku terus gelabah dan gusar,
Macam mana aku nak tangkis?,
Rasa macam nak menangis,
Tiba-tiba teringatkan SUCI DALAM DEBU,
Ah, selamatlah aku,
Orang mesti kata aku tak tipu,
Walaupun aku bersumpah palsu.

SUCI DALAM DEBU ni kulitnya cantik,
Ada yang kulitnye berlorek – lorek,
Memanglah, kalau nak beli mesti nampak menarik,
Ye lah benda penting, tak kan nak lebih kurang je dik…

Aku simpan SUCI DALAM DEBU di tempat yang tinggi,
Sebab orang kata ia perlu dihormati,
Bila dah letak tinggi sangat-sangat,
Lama-lama, langsung tak ingat,
Sebab tu la SUCI DALAM DEBU ia diberi pangkat.

SUCI DALAM DEBU sangatlah aku hormat,
Bilaku sentuh, mesti kuberi ciuman yang hangat,
Tapi apa yang buat aku terkilan,
Aku macam tak dapat apa2 pun pengajaran,
Adakah kerana salah syaitan?
Atau aku ni yang ada penyakit wahan? (penyakit cinta dunia, sayang harta, sayang hiburan)

Kini masanya aku buang debu-debu,
Yang meliputi Kitab Allah Yang Satu,
Ilmu di dalamnya meluas tidak terkira,
Kebijaksanaanya memang diperkata,
Pelajaran darinya harus ku timba,
Agar kuburku tidak gelap gelita,
Agar akhiratku tidak derita,
Agar hatta bila ku makan agar-agar pun, aku masih sentiasa ingat kepadaNYA. (ayat penyedap je)

SUCI DALAM DEBU lah penyelamatku,
Hadiah dari Muhammad anak yatim piatu,
Supaya dapat menjadi penunjuk jalanku,
Akan kan kupertahankan dengan air mata dan darahku!!!

Nyahlah debu-debu di badanmu,
Akan kuserlahkan kesucianmu.
Since kau diturunkan di dalam Ramadhan,
Dalam Ramadhan juga aku ingin kembali ke pangkal jalan.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk beristiqamah dalam memahami al-Quran

Al Furqan : 1- 2:
“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam”

“Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya “

SAJAK NUKILAN SENDIRI TAPI ISI DI CEDOK DARI PRESENTATION YANG DITERJEMAHKAN OLEH ALIF_LAM_MIM_117@yahoo.co.uk (tak nampak copyright pun? aku blasah la)

Wednesday, September 27, 2006

Ramadhan dalam kenangan.

Sekali sajak lagi daaaaaaa........
baru berjinak2...nampak pelik sket sajak ni...hehehe

1983,
Ramadhan memperkenalkan dirinya,
Tapi hanya separuh sahaja,
Aku kecik lagi katanya,
Aku kena berlatih dulu,
Takde la nanti buat malu.

1984,
Ramadhan kembali mejengah,
Masih lagi setengah setengah,
Namun ada yang berjaya ku lengkapkan,
Semata-mata menanti habuan,
RM 5 sehari menjadi rebutan,
Tak apalah, inikan latihan…

1985,
Ramadhan datang lagi,
Aku ternanti-nanti,
Kot-kot offer RM 5 ON lagi,
Seronok la aku di Aidilfitri..

1988,
Ramadhan kembali,
Setelah beberapa tahun aku layan separuh hati,
Kini, agak memuaskan,
Berjaya lengkapkan sebulan,
Walaupun orang kata “Ko puasa penuh darjah 5? Lambat tu pyan”
Aku tak amik pusing,
Asalkan aku tau aku dah boleh berjaya, tak perlulah aku runsing.

1989,
Sama

1990, 1991, 1992, 1993, 1994,
Di Sekolah Menengah
Ramadhan tak penah fail singgah,
Aku dah terel puasa – rasa megah,
Puasa setakat menahan lapar,
Tanpa sedar yang pahala menghampiri sifar,
Aku masih belum gusar….

1995, 1996, 1997, 1998, 1999
Aku masih aku,
Ramadhan datang dan berlalu,
Aku Maintain buat tak tahu,
Apa yang aku tau?
Pasar Ramadhan, Baazar Ramadhan, dan Jaga Badan (kes diet bulan puasa yang takpenah menjadi)

2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005
Sama seperti tahun sebelumnya,
Aku leka dengan dunia, keluarga dan kerja,
Kata aku “Tak apa, at least aku puasa”
Busuk-busuk pun, aku puasa, takde la kena qadha.
Sungguh bijak saki baki syaitan dalam diri bermain senjata,
Yang tak bijak, aku yang termakan kata.

2006
Aku bersyukur, Ramadhan masih sudi menemui ku,
Nasib baik belum sampai seru,
Aku berazam, nak jadikan Ramadhan yang terbaik sepanjang aku menumpang dibumiMu.
4 hari sudah berlalu…sungguh pantas Ramadhan meninggalkan aku..
Ah tidak!! Kali aku yang nak kena mula dulu…
Akan ku kejar kau Ramadhan…..Tunggguuuuuuuu!!!!!!

Ya Allah semoga Kau berikanlah keringanan dan istiqamah dalam ibadatku, serta perbaikilah amal ibadat dan iman ku di Ramadhan yang penuh rahmah dan barakah..
Ameen…

Tuesday, September 26, 2006

Aduhai isteriku

Aduhai isteriku,
Di luar sana rakanmu cantik dengan hiasan yang indah,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tidak cantik,
Malahan keayuanmu di hijab dari pandangan liar,
Malumu umpama perisai yang ampuh dari serangan noda.

Aduhai isteriku,
Di luar sana rakanmu riang berhibur dan berlagu,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna hatimu tidak terhibur,
Suamimu sudah cukup penghiburmu,
Malahan hatimu juga mudah terhibur oleh alunan wahyu yang Esa.

Aduhai isteriku,
Di luar sana rakanmu asyik beromantika di tempat elit bersama pasangan,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tiada cinta dari aku suamimu,
Malahan cintamu lebih bermakna di mana sahaja asalkan kita bersama,
Itulah cinta abadi kita, moga kekal ke akhirat.
Cintamu yang hakiki sepatutnya kepada Allah dan rasulNya.
Suamimu menumpang cinta mu hanya di dunia sementara


Aduhai isteriku,
Di luar sana rakanmu sibuk dengan tempahan kuih raya, baju raya
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tidak bersedia untuk merayakan Aidilfitri,
Namun tidaklah engkau menyibukkan diri dengan duniawi pada Ramadhan yang barakah ini,
Yang sepatutnya di sibukkan dan dikalutkan dengan perlumbaan mengejar ukhrawi,
Kepentingan Allah mengatasi kepentingan nafsumu,
Sabar menerima pesanan dan peringatan suamimu,
Taatmu umpama tali-temali pengikat persaudaraan,
"Sami' na wa a to'na" katamu,
Moga Allah memberkati hidupMu.

Jagalah dirimu wahai isteri solehah,
Semoga dikau beroleh kemenangan,
Semoga kita beroleh kemenangan,
Semoga keluarga kita beroleh kemenangan,
Apabila hidup kita berpaksikan ad deen,
Apabila tertegaknya keperibadian ISLAM dalam kehidupan....Insya Allah..Ameen


Di olah dari sajak Aduhai Puteriku, from www.karyamuslim.blogspot.com

Thursday, September 21, 2006

Ron Kaufman talks on Ramadhan

(Ahlan wa sahlan, wa marhaban ya Ramadhan al-Mubarak – smlm blaja ngan ustaz kat surau opis, kena ucap selamat datang macam ni kat Ramadhan)

I attended my department’s Teambuilding day yesterday. On the afternoon we had a two hour session from the world famous motivator/trainer or customer service GURU.
Yes we had Ron Kaufman for the talk session on our team building day.
The atmosphere was good, filled with high energy from the speakers and audience (especially when subjects discussed were using sexes related as examples)
It was really worth it and fun too. Before I realized, two hours has already passed.

Ok, that’s is not the point I am writing this..

I would like to re-cap the most important area of the talk. It is about how we serve our customers. Of course in the industry that I am in (IT) we always talk about giving services to customer with high quality etc etc..

According to Ron, there exist 5 acceptable levels of service quality (I don’t want to talk about the unacceptable level – being positive la ni….)

Let me try to explain what I have understood from the live (stand-up comedy) presentation in Kuala Lumpur Convention Center

(all of the examples to are to be seen from customer service perspective)
Basic:
You are trying to get a cab from airport to home. When you got the cab, the outside image was very bad (not well kept, and dented everywhere) The moment you step in, you could smell the odour from the cushion and carpet. Cigarettes smoke filled up the taxi atmostphere to the max. And to complete your bad day, the driver was not smiling and grumpy. BUT, he did sent you home safely. That is an example of BASIC service by the taxi company.

Expected:
You got a nice clean cab and a driver who smile and knows his way around. You just seat and relax while he drove you to your home sweet home. Kinda expected service, right?

Desired:
You got a VIP cab by luck, nice big cab with GPS, the interior is clean and smells good. The driver smells good too and was friendly and courteous. Don’t you desire this kind of service from a taxi company?

Supising:
You got a VIP cab by luck, nice big cab with GPS, the interior is clean and smells good. The driver smells good too and was friendly and courteous. Upon reaching your home, the driver opens the door, smile to the tired you, and help to pick up your luggage to your doorstep. WOW! This is indeed a suprising service. This must be a good taxi company with good attitude driver who loves their job.

Unbelievable:
After all the suprising services experience, you realized that you had left your camera in the cab. And that is only after 2 hours. As you were struggling to recall the cab registration number, then your doorbell rang. You open the door and pooff!!! Appeared the taxi driver with your camera with him. What an UNBELIEVABLE service!!!!…Kudos to the company coz they trained and employed honest taxi driver.

Ok. Up to this section. someone might ask now….." SO………….what’s the big deal about these services stories????? I don’t give a damn to my customer, as long as I got paid, and my boss is happy, I am fine"

Let me try to relate you to our (mine actually) live.

Since Ramadhan is coming, as a SERVANT to ALLAH, let me remind my self here, and share with you guys, our ‘service level’ to our creator and MASTER…Allah…
Using the same concept…

Penat aa aku pikir dalam English..tukar melayu plak ah…(bukan apa aku training tulis dalam English sebab nak improve English aku je..Tapi bab2 nak cakap pasal Ramadhan and agama ni, vocab aku kureeenggg banyak..takut tak samapi maksud..

BASIC:
Ramadhan menjelma. Aku pun siap2 lah nak puasa. Niat, sahur and berpuasalah aku
Tahan lapar, tahan dahaga. TAPI aku masih jugak continue buat dosa. Tak tutup aurat, MENGUMPAT, tengok pompuan, (siap analisa dan ulasan), lengah2kan solat or lagi buruk tinggal solat. Tapi bila berbuka , aku pun berbuka puasa. Konon2 lengkap lah satu hari aku berpuasa. Itulah betapa BASICnye ‘hadiah’ yang aku nak sembah kat Allah. Ada pahala ke puasa macam tu? Itu aku tak tau, itu keja Allah. Tapi memang basic lah.
Teringat Lagu Raihan (Tajuk: Sesungguhnya)
“Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMU. Tapi mungkin kerana kerana isinya, tidak sempurna tiada seri’.

EXPECTED:
Aku berpuasa. Dan aku tahan dari berbuat dosa, jaga adab2 puasa,jaga aurat, jaga mulut, jaga mata, jaga telinga. Jaga semua lah…..maklumlah..tak larat..puasa..letih..nafsu pun turun. Tapi itu lah yang expected untuk bulan puasa kan? Aku kena la bagi puasa yang berkualiti.
Lagu raihan (sambungan):
“Ku Cuba Menyiramnya, agar tumbuh dan berbunga. Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga Kautsar (nama telaga/sungai kat Syurga)
- Makna kat sini, aku cuba buat puasa yang terbaik, tapi masih tak SOLID lagi ‘hadiah’ (amalan puasa aku tu)


DESIRED:
Yang sepatutnya aku jadi macam ni lah (at least….)
Aku puasa. Dan aku pun jaga semua. Setiap solat fardhu aku cuba sebaik mungkin untuk berjamaah kat surau (sunat Muakkad – nabi tak pernah tinggal). Bukannya berjemaah kat rumah ngan anak bini. Unless kalau aku tak sempat la macam Subuh ngan Maghrib. (pegi and balik keja). Dah tu pulak, lepas letih berpuasa,malamnye aku pun bertarawikh…alhamdulillah…

SUPRISING:
Suprising level untuk aku lah..korang aku tak tau…
Aku puasa macam desired level, semayang fardhu jamaah kat surau/masjid,
tambahan : bertarawikh pulak berjamaah , 20 rakaat, 1 juzuk satu malam..and complete 30 juzuk sepanjang Ramadhan..

UNBELIEVABLE (but achievable)
Aku puasa macam desired level. Aku pegi tarawikh berjamaah yang 1 juzuk semalam, 20 rakaat. Balik rumah pulak aku tilawah al-Quran, siang pun tilawah lagi, sampai habis sejuzuk sehari semalam (baca sendiri, bukan yang masa solat tarawikh tu) and aku buat tahajjud pulak, qiammullail, solat dhuha. And cuba kejar lagi mana2 benda yang boleh mencantikkan ‘hadiah’ (amalan) aku. Blajar agama. Praktikkan apa yang aku belajar. Sebarkan apa yang aku belajar. Amal makruf nahi mungkar. Berpesan-pesan pulak dengan sabar dan benar. Dan banyak beristighafar. Pergh..unbelievable lah aku kalau bleh buat macam ni…..(Tapi kena usahalah sampai achieveable)

Itulah concept service by a SERVANT yang Ron Kaufman dah ajar aku bila nak Ramadhan ni…..Moga2 dia diberi hidayah dan taufiq oleh Allah subhanahu wata ‘ala untuk memahami dan memeluk ISLAM dan berbakti kepada ISLAM dengan skillnye tu..

TAPI part yang paling sedih…service quality level aku masih rendah…….
Masalah ni kalau agak2 Ron Kaufman nak comment, dia akan kata “Tak dapek den nak nolong ehh..”

Oh ye..Azmil Abdul Aziz pun dapat saham gak sebab dia yang berbalas email dgn Ron Kaufman ngan citer kelentong dia tu yang membuatkan Ron Kaufman pun rasa nak datang bagi talk and bagi discounted rate..hehehe..


SELAMAT BERPUASA. SEMOGA RAMADHAN INI AKAN MENJADI YANG TERBAIK DALAM HIDUP KITA SETAKAT INI. AMIIN…INSYAALLAH

Tuesday, September 19, 2006

TALKIN - versi baru

Aku dah mintak izin tapi belum dapat approval, tapi aku guna jugak karya mamat ni
Sebab aku nak share ngan all my friends here...so that kita nanti tak menyalahkan orang lain di akhirat kelak..


Apa itu TALKIN?
(dari blog www.keretamayat.blogspot.com)
Wahai mayat, tahukah engkau, apa yang kubur akan buat atas engkau?
Kubur akan koyakkan kain kafan engkau,
Kubur akan hancurkan tubuh engkau hingga menjadi keping-kepingan…
Kubur akan hisap darah engkau sampai kering
Kubur akan meratah daging di setiap tubuhmu…

Wahai mayat, tahukah engkau, apa yang kubur akan buat atas persendian-persendian di tubuh engkau?
Kubur akan pisahkan tangan engkau dari bahu,
Tangan dari lengan,
Punggung dari tubuh,
Paha dari punggung,
Lutut dari paha,
Betis dari lutut, dan kaki dari betis…

Wahai mayat, tahukah engkau?,
kehidupan di dunia dulu terlalu singkat,
Dan dunia telah banyak menipu engkau…
Yang hebat di dunia, hina di akhirat…Y
ang kaya di dunia, fakir di akhirat…
Muda di dunia, cepat menjadi tua…
Yang kau tinggalkan tak lama lagi akan jadi mayat macam engkau jugak…
Kau telah biarkan dunia menipu engkau, dengan menarik perhatian engkau
Padahal, engkau selalu melihat betapa cepat dunia berpaling dari pemuja dan pecintanya..
Yang bodoh bangang sahaja mudah terpedaya dan terperangkap oleh dunia…

Di manakah engkau pencinta pecinta dunia yang telah mendirikan rumah yang besar…?
Yang telah berjaya menhabiskan bayar loan kereta yang mewah itu?
Yang telah berjaya menyimpan sejumlah wang yang besar dalam bank?
Engkau telah hidup di dunia selama masa yang terlalu sedikit lalu pergi dari sini dengan meninggalkan segala-galanya yang telah engkau penat kumpulkan dan bersusah payah memiliki…
Semasa hidup di dunia, engaku telah menikmati kehidupan yang sihat sempurna serta kekuatan jasmani yang memperdayakan engkau sehingga engkau mulai hidup dengan mengikut hawa nafsu serta melakukan dosa dosa!!!

Demi Allah!Engkau telah di cemburui di dunia kerana memiliki harta yang banyak…
Engkau menghadapi bermacam-macam halangan untuk mencari harta, namun demikan, akhirnya engkau berjaya mengumpulkan harta yang banyak…
Orang lain di dunia merasai hasad dengki terhadap engkau…
Tetapi engkau tidak hairan dan tanpa peduli engkau terus mengumpulkan harta sambil menahan segala jenis kesusahan dan kepayahan dengan rela hati…
Tetapi, lihatlah hari ini..bagaimana tubuh engkau di seksa oleh bumi dan bagaimana keadaan persendian-persendian di tubuh engkau, dan tulang tulang engkau di makan ulat…

Semasa di dunia engkau berehat di atas sofa yang lembut lagi mewah dan di kelilingi oleh kekasih-kekasih dan sahabat sahabat.Kawan kawan, anak isteri, saudara mara, jiran jiran sentiasa mengikut kehendak engkau..
Tetapi sekarang, apakah yang sedang berlaku..?
Kami bertanya engkau wahai mayat dengan suara yang kuat!
“Bagaimana keadaan engkau sekarang ini?”

Orang kaya jadi mayat orang kaya, orang miskin jadi mayat orang miskin,
Dan semuanya terbaring dalam padang yang sama

.Wahai mayat orang kaya…
Apakah harta engkau sedang memberi manfaat kepada engkau?
Wahai mayat orang miskin…
Apakah kemiskinan engkau sedang memberi mudarat kepada engkau?
Wahai mayat..Bagaimana keadaan lidah engkau yang selalu hebat berhujah itu?
Bagaimana keadaan mata engkau yang selalu memandang ke segala arah itu?
Bagaimana keadaan wajah engkau yang cantik itu?
Adakah ulat-ulat di kubur berbuat apa apa?
Ya! Wajah engkau sudah menjadi hitam!
Daging engkau sudah habis di makan!
Wajah engkau menjadi hodoh ditekan tanah!A
nggota tubuh engkau sudah terputus putus dan sendi sendi engkaupun sudah terpisah satu dari yang lain…!!!
Oh! Di manakah isteri engkau yang sentiasa menyahut.. “ya, bang..”
Di manakah tilam sepertiduran engkau dan isteri tersayang?
Di manakah buku simpanan yang engkau begitu ambil berat dengan jumlah angkanya dulu?
Di manakah wang insuran yang telah engkau korbankan setiap bulan?
Adakah harta engkau sedang membantu engkau sekarang?
Dalam liang kubur ini, tidak di hamparkan alas tidur,Tidak di sediakan bantal,Di baringkan atas tanah begitu sahaja…Alangkah sedihnya!
Engkau di tinggalkan seorang, dalam gelap gelita…
Dalam himpitan tekanan tanah…

Kini, siang dan malam menjadi serupa bagi engkau…
Engkau tidak dapat berjumpa dengan kawan kawan lagi…
Dan kawan kawan juga tidak dapat menziarahi engkau lagi…
Alangkah begitu ramai mayat dalam kubur…
Semasa hidup di dunia mempunyai tubuh yang lembut lagi cantik,
Mempunyai rambut yang kuat, pipi yang gebu, gigi yang putih bersinar..

Wahai mayat lelaki kacak dan mayat wanita jelita..
Kini tubuh engkau hancur, anggota anggota badan sudah terpisah satu dari yang lain,
Mata yang cantik dulu, kini terkeluar dari tempatnya dan mungkin di atas pipi..
Bahu sudah menjadi asing dari tubuh,
Mulut penuh air busuk dan nanah,
Binatang binatang melata sedang bergerak di seluruh tubuh engkau
Engkau di tinggalkan dalam keadaan sedih begini sedangkan pasangan engkau bakal berkahwin dengan orang lain, anak anak sudah mengambil alih harta yang engkau kumpulkan itu..
Waris waris sudah membahagikan hartanya…

Namun wahai si mayat…

Sekiranya di dunia dulu engkau tidak lupa dengan rumah yang asli ini,
dan engkau selalu mengutamakan akhirat daripada dunia,
dan engkau selalu mengumpulkan bekalan di sini sebelum engkau sendiri yang datang,
maka dengan wajah mayat yang segar dan cantik, berehatlah engkau di dalam ini kubur dengan penuh keseronokkan dan kesejahteraan..
Nanti satu pintu shurga akan di buka untukmu..,
lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman shurga yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi…"

(Kemudian imam berpusing dari duduk di hadapan kubur lalu mengadap kepada orang ramai yang datang menghantar jenazah..lalu mula membebel macam mak nenek..imam berkata..)Talkin Sesi kedua: untuk bakal mayat..

Wahai korang semua yang bakal jadi mayat dan yang pasti esok akan masuk kubur!
Apakah yang menjadikan korang terperangkap dalam urusan duniawi?
Adakah korang harap dunia yang penipu ini akan sentiasa bersama korang?
Rumah korang yang besar, kereta yang besar, pangkat yang besar..malaikat maut tak pedulipun..Malaikat maut diperintahkan untuk menjadikan korang mayat buat selama-lamanya,…tapi korang jika boleh mintak ditangguhkan selama beberapa tahun lagi bagi membuat persiapan…Tahun?
Satu saat pun Allah tak bagi…malaikat maut tak layan ‘surat menyurat’….
Kerana itu ada mayat yg ditemui dalam berbagai2 keadaan.

Ada Mayat yg nasi penuh nasi kat mulut..
Ada Mayat tg tengah mandi
Ada Mayat yg baru nak berserapan
Ada Mayat yg sedang bersetubuh
Ada Mayat yg sedang memasak
(Ada Mayat yg sedang baca blog..)
Macam2mayat ada -(sila rujuk bilik mayat)…

Takde makanan selama 7 hari mungkin kita menjadi mayat..
Takde minuman selama 3 hari mungkin kita menjadi mayat
Takde udara selama 10 minit mungkin kita menjadi mayat
Takde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selama-lamanya tanpa jadi mayat…!

Sebelum jadi mayat, buatlah usaha atas iman..…
Tak payan nak pening kepala,
Hanya dua usaha perlu buat di dunia ini sebelum jadi mayat….

1. Buat usaha selamatkan diri dari api neraka
2. Buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.

Dan.. hari ini telah berlalu satu hari dan semakin sempit masa untuk selamatkan diri dari api neraka
Dan… hari ini telah berlalu satu hari dan semakin sempit masa untuk buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.perisriwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita semakin ke depan…
Ingatlah…
Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat
Wahai ahli keluarga yang hari ini menutupkan mata saudaramu yang sudah jadi mayat,
wahai yang sudah memberi mandi kepada mayat,
yang sudah menghulurkan kain kafan pada mayat,
yang menghantar mayat ke kubur ini,
lepas ni siapa pulak yang akan jadi mayat…huh!
Tentu korang terbayang dlm otak fikiran akan siapakah yang paling tua dan sakit kat kampong korang lalu buat keputusan, iaitu tak lama lagi pakcik tu pulak..
Hello!!!!Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini….entah entah esok, aku jumpa mayat korang…bla bla bla bla…etc etc

(walaubagaimanapun… akhirnya pak imam sajer yang tinggal seorang diri membebel macam mak nenek, sebab korang semua perasan sibuk ada hal..,
maklumlah drama bersiri tak habis tengok lagi,
malam karang nak tengok CD Hindustan disc 3,
hmm, dengar kata ada jualan murah sempena ramadhan esok!,
baju raya tak tempah lagi,
hujung minggu ni nak kena up date lagu popular di carta radio,
Majalah sukan dan hiburan yang di beli minggu lepaspun tak habis baca lagi,
lagipun nak kena up date blog pulak hari ni,
hari tu dah kalah main futsal, malam ni mesti lawan balik,
nak balik kampung raya ni ingat nak kena tukar sport rim baru ler..,
eh, lagipun aku sibuk cari kerja yang gaji mahal tapi kerja senang ,
sibuk cari isteri cantik jelita macam artis tapi taat macam hamba,
aku sibuk cari suami hensem dan kaya raya tapi beriman..
ni yang perasan sibuk ni, nak kena cari semua tu, maklumlah,
berusahalah kamu macam hidup seribu tahun..bla bla bla blah blahhhhh)

Ok, semua orang dah boleh balik rumah masing masing..tinggalah mayat seorang diri…ps: Semua orang akan menjadi mayat…