Friday, July 11, 2008
Terkenang semasa dulu....
Belajar agama disekolah rendahku,
Satu hari satu waktu,
Satu waktu 30 minit je tuuu,
So, adalah 2.5 jam seminggu.
Terkenang semasa dulu,
Belajar alQuran dengan ustazahku,
Kayuh basikal BMX dalam gelap laju-laju,
Tajwid, makhraj kena perfect, tapi tak berlagu,
Itu pun 3 kali seminggu.
Terkenang semasa dulu,
Sambung belajar agama di sekolah orang2 melayu,
Takde banyak beza balik2 ulang tuuu..
Sirah, akhlak, shariah dan perkara fardhu
Cuma detail sikit dari kecik2 dulu,
Dan itupun.setakat 3.5 jam seminggu.
Terkenang semasa dulu,
Masih kat sekolah orang melayu tu,
Ada usrah, ada program anjuran BRU (Badan Revolusi Ugama)
Tapi most of the time aku buat tak tahu,
Sebab program (donia) lain pun banyak yang baru-baru,
Tak nak lah jadi bawah tempurung punya katak puru.
Terkenang semasa dulu,
Sambung pulak kat Institut Tolong Melayu,
Satu semester subjek agama mesti ada satu,
Belajar lebih mendalam sikit dari yang terdahulu,
Bab Munakahat Ustazah pun tersipu,
Niat di hati supaya CGPA dapat dibantu,
Bukan apa, tak susah sangat nak score subjek sebegitu.
Terkenang semasa dulu,
Ekonomi jatuh, kerajaan tak dpt nak bantu,
Sambung belajar di tanah melayu,
Tak merasa kehidupan di obesea punya U,
Kalau tak makin sesat hidup aku,
Yang asalnya memang dah keliru,
Dengan identiti, jatidiri dan halatuju,
Ada hikmah disebaliknya, aku setuju.
Terkenang semasa dulu,
Tak pernah perkara agama menjadi nombor satu,
Selalunya mesti perkara lain yang di pursue,
Hiburan, trend semasa, sukan, dan tak lupa carta lagu,
Agama? Mungkin sebab rasa aku dah tahu,
Berapa lama aku belajar? sejak dari darjah satu,
Sekarang, it's time for exploring the world infront of you,
Mula2 pakai buku, then pakai yahoo!
Terkenang kisah dulu,
Cukupkah segala ilmu?
Memadaikah setakat itu?
Bekalan untuk bertemu Yang Satu,
Untuk bekalan hidup berkarierku,
Berbelas tahun kudrat dipacu,
Namun bila pasal agamaMu
Lebih kurang, begini begitu,
Tiada komitment yang jitu,
Atau semangat yang padu,
Ibarat melepas batuk di tangga batu.
Zaman sudah berlalu,
Dulu muda sekarang dah kurang bulu (tua = botak?)
Masih samakah sikap macam dulu?
Tidak kah kita tersedu-sedu?
Mengimbau perangai lalu macam kutu?
Bila lagi nak tambah mutu?
Dalam perkara agama yang akan menjadi penentu,
Tambahkanlah usaha dan masa selagi ada waktu,
Bertaubatlah dan berhenti dari amalkan ISLAM yang baru,
Yang moden, yang simple dan yang palsu,
Yang tidak tepat dan tidak tentu.
Cukuplah Tipah sahaja yang tertipu.
Zaman sekarang zaman baru,
Juga nampak macam zaman batu (pemandangan dari opis)
Bukan setakat bangunan pencakar langit biru,
Orang pun dah macam hantu,
Jangan tuding orang lagu itu,
Aku tengah cakap pasal aku,
Bangkitlah kita semua dari beradu,
Tak sedar yang sudah sampai waktu,
Kita dalami, kaji dan verify ilmu,
Jangan perjudikan nasib akhirat dengan ilmu darjah satu,
Semua dah baligh kena buat check point selalu,
Berdampinglah dengan ulama' dan orang yang tahu,
Agar usaha perbaiki diri kita Allah bantu,
Barulah dapat faham dan amal dengan padu!.
Zaman sekarang sedang kita lalu,
Masih ada nyawa dan masih terbukak taubat punye pintu,
Kita memerlukan ilmu,
Amalkan tanpa jemu,
Kembalilah kepada guru,
Hidayah dari Allah hendaklah kita rayu,
Taufik dariNya amat kita perlu,
Agar tidak hidup dalam keadaan buntu,
Agar mati nanti hanya jasad yang kaku,
Roh keluar tanpa rasa resah dan haru,
Ameen ya Allah ya Tuhanku!
Tuesday, July 08, 2008
Pengakuan Bersumpah - Statutory Declaration
Bukan musim durian,
Bukan pula musim hujan,
Bukan juga musim berkhatan.
Tapi musim dugaan dan ujian.
Musim ini,
Bukan musim mubahalah,
Bukan pula musim beralah,
Bukan juga musim mengaku salah,
Tapi musim berbalah.
Musim ini,
Bukan musim Malaysia dilawat,
Bukan pula musim alQuran tilawat,
Bukan juga musim kenduri soa selamat,
Tapi musim ralat
Musim ini,
Musim Akuan Bersumpah
Musim "Satutory Declaration" kata orang putihnyelah
Musim mengatakan yang benar itu benarlah
Musim mengatakan yang salah tetaplah salah.
Tapi dunia ini macam2 bolehlah...
Maka,
Sempena musim ini,
Tak ketinggalan diri ini,
Akuan bersumpahku dijadikan bukti,
Di hadapan Allah nanti,
Agar at least aku telah berpesan-pesan,
Dengan kebenaran dan kesabaran,
Jika ada iktibar dan kebaikan,
Samalah kita mengajarkan,
Diri kita sendiri dari berkawan,
Dan terpedaya dengan syaitan.
Harapanku,
Kami semua sempat beristighafar kepada Mu,
Menyatakan kesal dosa lalu,
Tidak mengulangi kesilapan itu,
Agar hati kembali bersih sesuci salju Katmandu,
Supaya mudah mendapat hidayah (petunjuk) dan taufik (kekuatan untuk beramal) Mu
Jika terdapat kekasaran di dalam akuan ini,
Haraplah dimaafi,
Kerana apa yang penting sekali
Kesalahan diingati,
Kebenaran disukai,
Kehendak Allah di taati,
Supaya senang bila nak mati,
Dan senang selepas mati,
Sebab hidup dan mati hanya sekali.
Akhir kata,
Harapnya aku tak membuat Akuan Bersumpah Kedua
Kerana mungkin boleh lepas didunia,
Tetapi tidak di mahkhamah Allah disana,
Teruk nanti kena! (naudzubillah)
Saya, Abu Harraz dengan ini membuat pengakuan bersumpah dihadapan screen komputer saya, beralamat dirumah saya yang saiznye sedang-sedang saja.
Dengan ini menyatakan bahawa apa yang akan saya nukilkan adalah yang benar dan tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka.
Jika ada kesalahan berbanding dengan apa yang dihukumkan Allah, adalah amat tidak disengajakan dan saya memohon ampun kepada Allah, dan memohon maaf dari pembaca.
TASBIH KAFFARAH.
1. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan, walaupun sekadar bercakap telefon mengada2 atau tidak tanpa sebab penting (kerja/emergency) adalah HARAM kot mana sekalipun
2. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan atas nama lunch break, pantry break, or lunch partner tanpa sebenar2 keperluan kerja atau emergency boleh dengan mudahnya mengundang kemarahan Allah kerana boleh diklasifikasikan sebagai bermaksiat kepada Allah
3. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan, atas nama beriadah untuk menyihatkan diri, walaupun menutup aurat boleh dengan selambanya badaknya mengundang kemurkaan Allah
4. Ketahuilah, penutupan aurat itu adalah seperti yang di dalam solat, dimana segala yang ketat, seksi, seksa, dan tidak longgar, boleh membatalkan solat. Oleh itu kalau diluar solat juga disyorkan supaya menutup aurat dengan sempurna.
5. Ketahuilah bahawa, isteri akan menjadi Pendakwa Raya No 1 di akhirat kelak, mereka akan menuntut agar segala dosa mereka, juga sama2 dipikul oleh suami.
6. Ketahuilah bahawa jika para isteri mencintai suami mereka sepenuh jiwa raga hingga ke akhirat, suruh2 lah suami korang tu mendalami agama dan mengamal dan mengajarkan agama agar korang sekeluarga boleh taat.
7. Ketahuilah bahawa, si suami janganlah malas dan berdegil utk mendalami agama untuk membimbing keluarga dan isteri kerana takut2 nanti takde peguambela di akhirat kelak.
8. Ketahulah bahawa anak2 hendaklah berkhidmat untuk ibu bapanya, jangan si adik mengharap abang tolong emak/ayah atau abang pulak harap kakak dan jadi lah satu repetitive loop (bahasa programmer computer) yang tak berkesudahan. Patutnya, masing2 perlu berebut menjaga mereka, tanpa rasa susah dan dengan rasa ikhlas.
9. Ketahuilah, mengumpat/mendengar/mengiyakan umpatan ke atas bos-bos walaupun kita teraniaya dan best adalah salah dan tetap salah.
10. Ketahuilah mengumpat/mendengar/mengiyakan umpatan ke atas sesiapa sahaja walaupun syok dan kelakar atau "yg ni last..." atau " yg ni aku tak tahan" adalah dosa yang benar dan hanya boleh ampun jika dimaafkan oleh orang yang diumpat.
11. Ketahuilah, kita semua kena hari2 beristighafar sebab banyak dosa yang kita tak kira dan hitung sendiri seperti dosa riba, dosa mata, dosa mulut, dosa telinga, dosa hidung (bau parfume jantina lain), dosa buat kerja tak sempura, dosa buang masa tgk movie, tv dan drama bersiri, dosa itu dan dosa ini.
12. Ketahuilah bahawa, walaupun aku pencinta wanita( bini aku) aku juga pendosa, hanya Nabi2 yang maksum. Peringatan ini bukan kerana aku tak ada dosa, hanya kerana amar makruf nahi mungkar dan berpesan2 dengan hak dan sabar WAJIB dilaksanakan.
13. Ketahuilah, sesungguhnya banyak lagi yang boleh disumpah-sumpahkan. Namun dek kerana aku perasan sibuk dengan urusan dunia, dan letih buat perkara baik, maka, dicadangkan anda rujuklah guru2 yang makrifat, ustaz dan ustazah atau kitab-kitab di toko toko buku berhampiran. Sementara stok masih ada!
Kalau selalu buat,
Kadang2 buat,
Pernah buat,
Atau bercadang nak buat...
Cepat lah cepat..
bawak bawak BERTAUBAT...
InshaAllah diterima....
Ditandatangani secara on-line di hadapan screen laptop 15”
Monday, June 16, 2008
Puisi orang beratur amik rebate road tax
Hari itu hari Ahad,
Aku ke rumah Osman Saad, (my abah punye nama la)
Bukan sebab father's day, aku pun tak teringat,
Saja ziarah abahku sementara (aku dan abah) masih sihat dan belum tenat.
Aku pun belek newspaper atas meja,
Wah ada cerita menarik pasal rakyat Malaysia,
Beratur di pejabat pos panjang berjela,
Nak kutip rebat road tax, kereta, pickup trak dan motor segala.
Orang paling belakang dalam barisan,
Masih boleh nampak apa didepan,
Dan juga tahu nombor giliran,
So takde masalah, tunggu je lah panggilan.
Cerita pasal orang beratur,
Teringat pulak yang kita semua pun tengah beratur,
Barisan yang panjang bukan maknanya proses tak teratur,
Itulah barisan nak masuk ke alam kubur.
Setiap hari ada orang cabut nombor ekor,
Setiap hari juga malaikat cabut nyawa,tamatkan umur,
Setiap hari juga kita yang masih tertidur,
Diulit uncertainty oleh syaitan yang berjuta ekor.
Dalam hati dok rasa duit tak cukup,
Dosa menggunung, pahala kurang - tak sedar bakal melingkup, (naudzubillah)
Preparation tak ada, hati semakin tertutup,
Dari melihat kebenaran,dan mengamalkan ISLAM yang tepat dalam hidup.
Kena bersedia sokmo untuk dipanggil,
Balik ke tempat asal, tak boleh nak degil,
Umur kita ni lembik macam bergedil,
Anytime, anywhere, turn nyawa kita pulak untuk malaikat diambil.
Email peringatan diforward selalu,
Hingga ke hari ini, dari dahulu,
Namun hidup kita masih melulu,
Memang susah nak ubah perangai dahulu,
Usaha sedikit demi sedikit,
Barulah boleh berjaya mendaki bukit,
Nak berubah adalah lah sakit sikit,
Berkat doa, sabar dan takutkan Allah, InshaAllah capai target.
Dari 2006 hingga 2008,
Tak banyak berubah, masih samakan?
Cuma kalau 2006 ada orang tu pakai kain kaftan,
2008 pula ada antara mereka yang dah pakai kain kafan....
Akhir kata bukan majulah sukan untuk negara,
Cuma majulah Iman untuk diri kita,
Allah cipta gua dan lu untuk SEMBAH Dia,
Bukan untuk layyyaaannn keinginan nafsu gua dan lu semata.
Ini bukan peringatan untuk ahli syurga,
Sebab sapa dah confirm ahli syurga relex je ler..
Tapi bagi sesiapa rasa belum confirm syurga atau neraka, (macam saya)
Semoga kita dapat sedikit kesedaran untuk bersedia.
InshaAllah dibukakan hati kita untuk lebih mendalami dan mengamalkan AGAMA. Ameen
Thursday, June 12, 2008
Iman yang berminyak? lari tajuk....
Marahkan lalat pakai ridsect, (ini adalah iklan racun perosak)
Marahkan anai-anai, ada pest control punya pakar,
Marahkan minyak naik...mari kita memaki hamun dan berpiket (tapi jgn bakar minyak pulak (contoh molotov cocktail) hehe
Sungguh naik angin sekali kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama ISLAM
Siapa tak marah minyak naik?
bukan orang miskin je marah,
orang kaya pun marah...
bukan orang naik kereta je marah,
orang jalan kaki dan naik beskal pun marah,
bukan pembangkang je marah,
penyokong kerajaan pun marah,
bukan pengundi berdaftar je marah,
pengundi hantu pun marah,
bukan kakitangan awam je marah,
kakitangan syarikat minyak pun marah,
marah..marah...marah....mari kita marah....
gerammmm..geramm...gerammm....
hentam....hentam...hentam...
maki hamun asam garam....
Yang tak marah ialah yang tukang naikkan harga minyak...
Dan semestinya dia la jugak yang kena marah...
Siaan...dah nasib diaaaa........ dan kitaaaaa..uwaaa!!
Maka bermacam2 lah perkara di dibincangkan..
Perancangan kerajaan suruh orang jimat cermat,
Perancangan pakatan rakyat jatuhkan kerajaan,
Perancangan bloggers untuk cara berjimat,
Perancangan orang tak pakai minyak untuk terus tak pakai minyak....
Tak ketinggalan..
Kupasan menarik di kedai kopi,
Kupasan tak kurang menarik di rumah coffee ,
Topik pagi era dan hot chat hot fm,
Wanita Hari Ini juga beri peluang semua bagi idea,
Suratkhabar siarkan pendapat cerdik pandai dan yang tak pandai,
Email pasal minyak pun tersebar dari sahabat handai.
Dengan kata lain..sungguh meriah Malaysia..
Orang tak kenal tepi jalan pun boleh menyapa,
bagi pendapat tanpa di tanya.
Yang memang sebelum ni dah tak cukup pendapatannya..
Lagilah rasa teraniaya,
Yang baru nak kawin tiga,
Tak terasa pulak agaknya....
Ye lah..nak kawin......pedulik hapa harga minyak..
jangan harga minyak lintah tapa naik udahhh..
Berbalik kepada ketidakpuasan hati dan keluh kesah rakyat malaysia..
Yang tidak ketinggalan diri ini juga...
Memang perit kehidupan di dunia sementara ini..
Tapi....
LEBIH PERIT KEHIDUPAN SEBENAR YANG MENANTI SELEPAS DIKAFAN NANTI
KALAU TAK BERSEDIA SEBELUM MATI, ATAU TAK CUKUP BERSEDIA..
MASUK KUBUR PUN DAH TERSEKSA,
APATAH LAGI SETENGAH HARI DI NERAKA - PUN TAK KAN TERTANGGUNG PUNYA,
YELAH BERSAMAAN 500 TAHUN DUNIA..
Sepatutnya kalau kita nak berpiket setiap minggu sebab minyak naik,
"Berpiketlah" jugalah setiap minggu sebab peratus maksiat naik,
Rancanglah apa diri kita nak buat untuk buat
Iman kita naik
Iman keluarga kita naik
Iman kawan2 kita naik,
Iman masyarakat kita naik...
Apakah action plan kita,
Sebagai individu, sebagai masyarakat,
Sebagai pemimpin keluarga, sebagai pemimpin pekerja,
Sebagai jurucakap media, sebagai jurucakap rumahtangga..
Sebagai ummat Nabi SAW, sebagai ummat manusia
Risaukah kita dengan naiknya peratusan masjid yang lengang?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan saf yang kurang?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan bayi terbuang?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan pergaulan bukan mahram sewenang-wenang?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan orang yang tak hiraukan azan?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan orang yang tak bersolat?
Baguslah kalau risau..
Tapi risau kena lebih dari risau harga minyak naik..
Baru la ada gaya Nabi SAW
Apakah tindakan seterusnya? Hanya sekadar risau?
Kita mesti cakap dan terus bercakap pasal kerisauan keadaan agama
Kita mesti mengajak dan terus mengajak manusia kepada agama
Kita mesti amalkan dan terus amalkan sebenar-benar tuntutan agama
Kita mesti tunaikan dan terus tunaikan amanah Allah pada kita
Kita mesti taat dan terus taat kehendak Allah pada kita, hak Allah
Berpesan-pesan dengan haq (kebenaran),
Berpesan pesan dengan sabar.
Itu yang Allah nak..
Kalau dah buat semua yang Allah nak...
barulah kita buat perkara dunia..
Perjuangkan yang perut kita
Perjuangkan keperluan kita di dunia
Perjuangkan hak kita/bahagian kita di dunia...
Piketlah....
Risaulah....
Marahlah....
Dengan kenaikan harga minyak....
HANYA selepas kita perjuangkan AGAMA kita....itu yang UTAMA..
Kalau tak..memang sah lah..kita cuma akan marah hanya jika
perut kita kempis,
perut dompet kita kempis,
perut akaun bank kempis,
perut tangki minyak kempis...
Dan langsung tak setimpal kerisauan kita tentang..
Keadaan AGAMA yang Allah amanahkan kita jaga
Keadaan AGAMA yang Allah suruh kita tunaikan dan amalkan
Keadaan AGAMA ISLAM kita...
Renungkan
Siapakah kita sebenarnya?
Beragama ISLAM? Bernama ISLAM?
Hidup berkiblatkan minyak? Hidup mengharapkan REDHA Allah?
Mana yang lebih, kalau tersilap salah..adjust lekaih lekaih..
Sebelum...KITA DIJEMPUT/DIRENTAP PULANG
SESEORANG YANG MATI KEKOSONGAN PERUT DAN KELAPARAN KERANA TAK ADA MAKANAN
MAKA INSHA ALLAH MASIH ADA HARAPAN KE SYURGA
NAMUN
SESEORANG YANG MATI KEKOSONGAN HATI DAN JIWA TANPA HIDAYAT DAN IMAN
MAKA WAJIBLAH KEKAL DI DALAM NERAKA SELAMANYA.. (naudzubillah)
DOA.. (say with me..altogether..yeah..you at the back there...come...pray along...)
1. jauhkan dari api neraka dan azab kubur walau sesaat
2. kefahaman agama tepat seperti kehendak Allah dan Nabi SAW
3. minyak murah/mampu dibeli
4. harga barang tak naik
Ameen
Tuesday, June 03, 2008
Plagiat entry orang - Selamat panjang umur dan kaya raya
Idea asal dari www.keretamayat.blogspot.com - Sep 06. -( Hamka, sepemergian engkau menjalankan amanat Nabi SAW, amanat yang membuatkan umat ini amat dicemburui oleh semua para Nabi dan Rasul...... aku curik satu entry sebab aku rasa penting untuk dikongsikan....nanti ada masa aku belanja kepok leko tepi sekolah..kalau ingat la...hehe)
Bila ada orang kawin - kita ucap semoga bahagia dan murah rezeki
Bila ada orang sambut hari jadi - kita ucap semoga panjang umur dan murah rezeki
Bila ada orang sambut mothers day dan fathers day - kita ucap semoga panjang umur
Bila teachers day pulak - kita kata terima kasih cikgu, semoga murah rezeki cikgu
Bila ada orang mati - kita ucap daripadanya kita datang, kepadaNya kita kembali.....
Basically semua orang nak panjang umur dan murah rezeki
Dengan umur kita boleh bertaubat, dengan rezeki yang murah kita boleh membantu ahli keluarga dan masyarakat.
Namun, kebiasaannya...berapa percent dari seluruh umur kita digunakan untuk bertaubat dan beribadah? Umur yang kita selalu mintak byk2 tu...
100%? Bagus..atau
1 - 2 tahun? (ketika diberitahu mengidap penyakit kronik)
Juga, kebiasaannya...berapa percent dari seluruh harta dan rezeki yang Allah bagi free2 kat kita, digunakan untuk menolong orang, keluarga, masyarakat, AGAMA?
50%? Bagus - kongsilah rahsianya...atau
2.5 per cent? (zakat)
10 ringgit seminggu masa solat Jumaat?
atau RM 1000 setahun untuk duit raya budak2? (ni bukan kategori menolong ni..bukan sadaqah, tapi hadiah...)
Sebuah kisah fantasi dan imaginasi sendiri ketika menunggu bas di pagi hari..
Aku berjumpa dengan para remaja hip hop dan rockers serta punkers... dan bertanya...
Apa yang korang mahu?
Jawab mereka… (bukan semua)
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas.., barulah faham erti kebebasan..yoyo..yeah yeah!!
Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja , atau dah Isyak..nak witir dah.......lalu bertanya...
Apa yang Uncle dan Auntie mahu?
Jawab mereka yang tua-tua itu…(bukan semua)
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami menikmati erti hidup, merasai hasil penat lelah kami dulu…
Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai so-called intellectual and academicians and technocrats dan bertanya...
Apa yang Prof dan Dr2 mahu?
Jawab mereka…(bukan semua)
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun manusia, supaya manusia boleh hidup lebih lama dan kumpul lebih banyak harta…
Hmmmmmm, tiga perkara di atas begitu penting sekali nampaknya…...
Sapa tak nak tiga perkara ni bukan?
-Harta
-Sihat
-Umur
Itu yang aku pun selalu doa: panjang umur murah rezeki ..hmmmmmm...
Baiklah, cuba kita pulang ke pangkal jalan sikit......tengok apa kata para sahabat r.a.hum
Apa yang mereka mahu?
Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud):
"Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?
Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah…(lebih kurang maksud):
"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa …, tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku…
Kata saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan…
(lebih kurang maksud)
"Hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah…
Nota: (wahai ‘pedang Allah’.. Allah telah muliakan ‘pedang Allah’ dengan tidak pernah jatuh akan ‘pedang Allah’ di jalan Allah..subhanAllah..)
Maka telah jelas, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Panjang umur dan Harta yang melimpah ruah...
Sekarang, aku nak tanya diri aku balik.....
Sekali lagi, apa yang aku mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki....
urggghhhh.......!!! sah didiagnosiskan sebagai terkena penyakit 'wahan' (cinta dunia & takut mati)
Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…?
Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU…
Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.)
Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku…, aku malu untuk minta sembuh…
Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael…
lebih kurang maksud…
"boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!"
Nabi Zakaria a.s ketika hendak digergaji hidup2 (dibunuh oleh ummatnya) telah diberi kata dua oleh Allah sama ada mahu kekal hidup dan ditarik pengiktirafan jadi Nabi atau mahu pasrah dan kekal dengan dugaan (iaitu dibunuh) Baginda telah memilih untuk mati kerana Allah.
Maka pembaca semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….
Sekarang, aku nak tanya sekali lagi…
Apa yang aku mahu sebenarnya?
-"errr.......l"
(Isk..isk…)
O.k, Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?
Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya!!)
Apa yang firaun mahu?
"aku mahu panjang umur"
Apa yang Qarun laknatullah mahu?
"aku mahu murah rezeki"
Apa yang aku mahu?
".....aiseeeyyyhhhh....." tertunduk malu....
(no komen…)
Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?
Apa yang Abu bakar r.a mahu?
"aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu"
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)
Apa yang Aisyah r.a mahu?
"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!
Apa yang Umar r.a mahu?
"aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung"
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)
Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!
Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak..
Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
"aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…"
Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!
Aku pulak?
Banyak betul masa yang ada untuk baca blog2 dan bacaan2 dan movie2, sinetron2, dan majalah hiburan, pancaindera, manggis, dan macam2 lagi yang TIDAK MENINGKATKAN IMAN..,
Jadi saya tanya awak semua pulak...(memandangkan usaha mendapat jawapan yang baik dari diri aku sendiri menemui jalan buntu)
Apa yang anda semua MAHU?
"err........chop......boleh tak jawab begini?":
"Ya Allah yang maha penyayang dan pemurah, kau
BERKATILAH umur ku,
BERKATILAH rezekiku,
BERKATILAH keluarga,
BERKATILAH kehidupanku,
Semoga ia menjadi sebab untuk aku TERLEPAS dari azab neraka Mu walau sesaat!"
InshaAllah boleh saya cuba...terima kasih atas cadangan tuan2 sekalian.
Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit "wahan" yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati…
Apa itu ‘wahan’?
Jawab nabi saw: "Cinta dunia dan takut mati!"
Dan ditambah sikit supaya kita (lebih2 lagi aku yang jahil ini), lebih memahami tentang apa itu "wahan"
Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan , di algebra dan dikalkuluskan, maka ianya dapatlah di buat kesimpulan bahawa itu adalah:
keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki.. adusss....
Tahukah kita bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah Iblis?
Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat..
Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka.
Akhir sekali, selaku bukan doktor, maka ada serba sedikit disertakan tanda tanda penyakit ‘wahan’,
Aku yang makan cili takkan orang lain terasa pedasnya kan?
Tanda tanda mungkin terkena penyakit ‘wahan’…
- Mudah di tipu oleh skim cepat kaya…
- Seronok bekerja hingga tak ingat solat jemaah
- (Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang
- Simpan duit banyak banyak dalam bank
- Teringin nak jadi jutawan segera!!!
- Nak jadi penyanyi
- biarkan tanah perkuburan tuk nenek abah mak semak samun..
- tengok Masjid kosong tak rasa apa apa.
- Pergi pasar malam waktu azan
- Pergi shopping hari Jumaat waktu azan zohor sedangkan belum datang bulan…
- Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
- Bercita cita nak tengok, spiderman part 3, superman return part 2, dan macam macam part lagi
- Suka tengok drama TV yang bersambung…
- Suka tengok hiburan atau sukan secara ‘live’ (sempat amik wudhuk, tapi tunggu iklan untuk solat secara express)
- Malas baca Al-Quran
- Malas solat jemaah
- Selalu forward email merapu
- Suka tengok bahagian dada perempuan.
- Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
- up date lagu terkini di carta TV/radio
- Suka hias kereta
- Suka kipas boss banyak2
- uka jugak kalau boss kipas kita - tersipu2 senyum ke telinga
- Suka bermain kata2
- Up date blog hari hari - apa2 jelah asalkan update
- Baca blog yang cerita hal dunia sahaja - keluarga, hobi, artis, hiburan, anak2 pergi sekolah, anak2 balik sekolah, pasal makan tempat mahal dan mewah etc..
- Takut hantu
- Takut melihat kereta mayat, rumah mayat, tempat mandi mayat
- dan banyak lagi perkara yang LANGSUNG TAK MENINGKATKAN iman!
(clue: ingat tak ahli neraka mintak apa?) gunakan dengan baik..
Apa2 hal, bertaubatlah hari2 , Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang tidak akan letih menerima taubat kita, kita yang letih bertaubat dan letih buat dosa...
Sekian…
Ps: Jadi ahli kubur baru lah tahu apa yang di mahu…oh!.
p/ps : Kesusahan yang ditanggung oleh seorang ahli kubur, kalau nak dibandingkan dengan semua kesusahan semua umat manusia dari Adam a.s hingga ke manusia terakhir atas bumi dan dikumpul dan dijumlahkan, maka kesusahan seorang ahli kubur itu adalah lebih besar!
Friday, May 16, 2008
Siapa Anak Murid Cemerlang , Gemilang dan Terbilang
Hari ni hari guru utk tahun ini.
Siapakah guru kita? Dimanakah mereka?
Kalau dirumah, sihatkah mereka? Tengah buat apa ye?
Kalau di hospital, tengah kena operate ke? Doakan mereka selamat.
Kalau dalam kubur, doakan kesejahteraan mereka.
Harap tidak terseksa, kerana mereka banyak berjasa pada nusa dan bangsa.
Ce wahh..
Sejak aku ditiduri oleh seorang yang bergelar cikgu tiga tahun lalu, aku semakin memahami perasaan seorang cikgu.
Memahami apa dipikiran mereka.
Apa yang mereka sukakan, apa yang membuat mereka tersenyum, apa yang membuatkan mereka menangis
Apa yang mereka gusarkan, khuatirkan, harapkan.
Kalau sakit pun nak MC rasa berat sebab "next week budak nak periksa"
Kalau letih tak tidur malam sebab "kena tanda paper ni sebab diorang nak tahu markah diorang esok, so ada masa nak buat post morterm"
Kalau dah nak pengsan, tapi pergi jugak program tuisyen PIBG pasa waktu malamnya sebab "diorang berharap sangat, kesian budak nak belajar"
Dan macam2 kebimbangan seorang cikgu.
Tahniah dan terima kasih cikgu2 yang berdedikasi sekalian.
Namun, ada jugak cikgu yang berdedikasi, tapi sgt tak bagus.
Nama dia Syaitan.
Dia byk jadi cikgu kita , ajar itu dan ini.
Ajar supaya jgn ikut sunnah Nabi SAW, malah perlekehkan pula.
Cikgu Syaitan ada macam2 dan sgt licik.
Mendampingi kita di kala kita tidak ingat Allah (kalau dalam 24 jam sehari, majority time tu kita tak ingat Allah, itulah cikgu kita - jgn lupa bagi bunga ye sempena hari guru.)
Ikutlah "Cikgu" yang Allah turunkan untuk diteladani dan diikuti.
Dah lah dari jenis makhluk terbaik, pulak tu, manusia agung.
Sahabat yang hidup dizamannya dikatakan sebaik baik ummat.
Itulah "Cikgu" yang sentiasa teringatkan kita, risaukan kita hingga dah nak wafat pun masih sebut pasal kita.
Risaunya Muhammad SAW pada kita, mengalahkan risaunya cikgu2 kita atas perangai dan pendidikan kita.
Kalau cikgu yang saya tiduri itu risau anak muridnya tak score exam, atau tak tahu membacatulis utk kehidupan yang amat sementara ini,
apatah lagi kerisauan baginda SAW terhadap umatnya iaitu kita untuk menghadapi barzakh, mahsyar, titian sirat...
Namun sering kali kita yang macam tak risaukan diri kita..Buat relaks je.....Mati lambat lagi.......................
*Pernah tak bila kita lalu kawasan kubur, kita terpikir, dulu orang dalam kubur tu pun lalu tepi kubur macam aku skang ni jugak, last2 masuk kubur..
Nanti aku pun cam tu jugak...
Kalau guru2 dapat hadiah sempena hari guru, untuk "Cikgu" terulung, marilah kita basahkan bibir kita dengan selawat ke atas Nabi SAW, dan tajamkan fikir kita, mengikut cara fikir dan kehendak Nabi SAW.
O.k lah pendek saja kali ni, al maklumlah..busyyyy (konon)
Gua sibuk. Lu pun sibuk.
Tapi jangan lah kita sibuk sampai takde masa langsung untk ingat Allah dan melebihkan masa untuk Allah.
Jgn busy sekarang dan busy dimahsyar.
Biar busy dgn kerja yang Allah perintahkan (dakwah) agar tenang dan rehat di akhirat.
Allah is Most Merciful.
Marilah kita berlumba-lumba merebut Mercy-Nya.
We'll need it kat Masyhar nanti gua cakap lu.
Silamat hali gulu.
Babai dulu.
"Wassalamu"
p/s - oh ya, jgn lupa pada cikgu sekolah memandu....
Thursday, May 08, 2008
Kapal Korek, Kapal Selam dan Kapal biasa2 je
Tagline yang amat femes bagi mereka yang pernah menonton filem Titanic ala hollywood.
Errrr..tapi bagi yg tak pernah tengok...tak payah la pulak nak tgk ye...
dan ...eerrrghh...Yang dah pernah tertengok tu, doa2lah diampunkan Allah kalau ada perkara2 yang Allah tak suka dalam filem tu..(banyak....aurat, aurat lagi, dan aurat, urat, zina, zina lagi, dan lagi... pergaulan bebas, judi, melukis guna model yang tuuutt..., ayat2 bunuh diri sebab cinta makhluk, dan macam2 lagi...arghhh...semua dosa belaka..so tak payah tengok..)
Sebenarnya, apa yg nak diceritakan bukanlah pasal filem titanic..
Nak cerita pasal kapal....
Tapi sebelum cerita pasal kapal yang belayar di samudera raya yang menjaga nama ibu pertiwi dari angkara murka....kita masuk dulu ke dalam kapal ala2 time machine....utk mengembara ke zaman sebelum dan selepas hijrah Rasulullah dan Abu Bakar As Siddiq.
To be exact..nak cerita pasal Abu Bakar RadiallahuAnh (RA - RedhaAllah ke atas dirinya).
Auta:
Nama Abu Bakar ialah Abu Bakar
Fakta:
Nama sebenar dia bukan Abu Bakar tetapi ialah Abdullah ibni Abi Quhaafah
dan nama panggilan dia pun bukan Abu Bakar, tetapi Abu Bakr..
Auta:
As Siddiq ialah nama bapak atau nama keluarga dia
Fakta:
As Siddiq ialah gelarannya kerana sentiasa yakin dengan kebenaran Nabi, dari segi apa pun...
O.k...
Serba sedikit tentang Abu Bakr RA..(kalau nak tulis semua, tak tidur lah aku malam ni (sebab aku pun tak tau semua..hehehe)...pi baca sendiri kat internet ke..ngaji ngan Ustaz ka..)
- Orang pertama selepas Nabi SAW yang membuat kerja dakwah, menyampaikan agama kepada kaum yang sgt buruk akhlak dan sudah jauh terpesong
- Pernah dipukul hingga pengsan, tetapi selepas bangun dari pengsan terus menanyakan tentang keselamatan Rasulullah SAW, hingga menyuruh ibunya memapahnya untuk berjumpa Rasulullah SAW
- Dia seorang hartawan, businessman, namun dia telah mengorban hartanya untuk HIJRAH
Mengorbankan SELURUH (rumah licin, tinggal habuk je..macam cerita tiga abdul yang kedai kena lelong ) hartanya untuk perang Tabuk sehinggakan baju yang dipakai dibuat dari guni dan butangnya dari duri2 tumbuhan. Diriwayatkan, ketika Jibrail alaihissalam turun untuk berjumpa Nabi SAW , baginda telah terkejut melihat Jibrail memakai pakaian seperti Abu Bakr (baju dari guni dan duri utk butangnya) JIbrail menerangkan, Allah teramat gembira dengan pengorbanan Abu Bakr sehinggakan seluruh penghuni langit diarahkan utk memakai pakaian seperti Abu Bakr RA!!! Subhanallah
Kenapa dihighlightkan Abu Bakr RA pada kali ini?
Kerana agama ini memerlukan pengorbanan. Hanya dengan pengorbanan kita akan lebih FAHAM agama.
Jangan selalu tanya :
- kenapa aku nak buat baik, tapi aku tak dapat buat baik?
- kenapa aku tahu, tapi macam tak faham macam mana nak buat sebab aku tak selesa dan malu.
- kenapa orang tu boleh bangun solat tahajjud atau subuh, tapi aku ngantuk dan tak tersedar?
dan macam2 kenapa lagi..
Kerana Abu Bakr RA byk berkorban dan paling banyak berkorban....
Kefahaman Abu Bakr RA tentang ISLAM adalah sgt berbeza dari sahabat RA yang lain...one level higher kata org putih, dan kadang2 hitam atau kemerah-merahan.
Allah bagi kita pemahaman berbeza, mengikut perngorbanan kita yang ikhlas mengikut cara tertib dan sunnah Rasulullah SAW.
Contoh
- Ketika Nabi SAW bagitau yang Allah dah sempurnakan agama, sahabat RA yang lain semua bergembira kerana agama telah lengkap di zaman mereka, namun Abu Bakr RA menangis. Bila ditanya oleh mereka yang ala2 "tak tercapai akalku" itu, Abu Bakr RA berkata, dia nangis sebab Allah SWT akan memanggil balik RasulNya SAW kerana tugas sudah selesai. Nabi SAW akan wafat tak lama lagi. Maka ketika itu barulah sahabat RA yg lain menangis. Abu Bakr RA yang faham dulu.....! Hanya akal dia yang tercapai dahulu!!
- Ketika Nabi SAW wafat, Umar AL Khattab RA tidak boleh terima kenyataan. Dia akan pancung sapa yg kata Rasullah SAW wafat. Uthman bin Affan jadik tak keruan, sedih hingga mengasingkan diri di dalam rumah. Namun Abu Bakr yang bersaiz kecil telah menumbuk didada Umar yang gagah perkasa dan menarik janggut Umar (utk menyedarkan Umar) dan mengatakan kepada sahabat RA yang lain, (mafhum) "Barangsiapa yang menyembah Muhammad SAW, maka Muhammad telah mati, namun barangsiapa yang menyembah Allah Ia tak akan pernah mati."
Dia faham kehendak Nabi SAW, dan kehendak Allah dek kerana pengorbanannya kepada Nabi SAW, kepada Agama!
Sekarang di manakah pemahaman kita dalam agama? Banyak bercelaru? Banyak Tak endah? Banyak tak kisah? Banyak confuse? Banyak soal/songeh?
Banyak alternative? Banyak khilaf? Banyak tak sama? Banyak mengelak? Banyak nak ambil mudah? Tak nak berkorban susah payah utntuk agama? Susah nak berkorban?
Berat jika suami nak pergi kelas agama atau bagi komitmen dekat surau/masjid?
Harap kita bukan macam tu....
Diriwayatkan, ketika hari kiamat, dan pengadilan hendak bermula, KEMURKAAN Allah sedang berada di kemuncaknya...
Semua Nabi takut untuk berjumpa Allah....masing2 sibuk menghitung nasib masing..
Nabi Ibrahim AS risau akan tiga perkara.....salah satu ialah sebab dia menipu mengatakan bahawa berhala yang paling besar yang memecahkan berhala yang lain di dalam kaabah....(sampai begitu sekali kerisauan ketika dihari pengadilan....kita kena risau la ye dak?)
Dan Nabi2 lain juga...
Namun tatkala disebut dan dihadapkan Abu Bakr RA didepan Allah, kemurkaan Allah telah pudar, dan umat Muhammad SAW telah dibicarakan dahulu sebelum umat2 yang lain.
Kenapa?
Kerana Allah telah turunkan hidayat ke bumi dek kera permulaan usaha Abu Bakr RA.
Dia telah membuat kerja para Nabi-Nabi. Dia orang pertama yang bukan Nabi yang menyampaikan. Berdakwah dengan yakin tanpa rasa takut.
Banyak pahala orang ISLAM, dia mendapat sahamnya....kerana dia memulakan..memang multilevel marketing yang sgt berbaloi! Kalah Beautiful atau BioLife Water punya MLM. Memanglah boleh dapat Toyota Wish.....
Wah..beruntunglah dia.....beruntunglah dia...
Itulah nikmat pengorbanan...Diberi kefahaman tentang agama dan kehendak Allah....
DAN PENGORBANAN MENGIKUT CARA YANG PALING MIRIP SEPERTI YANG DIANJURKAN DALAM SUNNAH2 RASULULLAH SAW adalah pengorbanan yang InshaAllah diterima dan paling disukai
Maksud menjadi muslim ialah...
Ketika kita berbuat apa saja termasuk buang air kecil, kita faham dan kita tunaikan kehendak Allah di saat itu...itu saja.....(dalam nih!)
Kapal memerlukan air untuk berlayar...
Apakah erti kapal kalau tidak dapat berada di atas air dan belayar?
Kalau di darat, ada kapal jadi museum atau bahan pameran, dan ada yang jadi restoran....
Maka tidak berfungsilah Kapal itu...
Air amat diperlukan untuk sesebuah kapal menuju destinasi, satu tujuan, satu harapan...
Tapi kalau air masuk dalam kapal..maka nahaslah...kapal akan karam, dan tenggelam, tak sampai destinasi, tak sampai tujuan, cuma jadi tukun tiruan...
Begitu juga kita...manusia
Dunia amat kita perlukan..untuk sampai ke destinasi kita - SYURGA
Tapi kita akan KARAM jika dunia telah masuk ke dalam diri kita...
Ambil sikit2 sudahlah..yang perlu2...boleh nak cantik dan berharga, tapi ikut kemampuan, jgn nak bergaya, kalau berkualiti apa salahnya..jadilah pengguna bijak!
Jangan kumpul harta menimbun sebab itu bukan cara Rasulullah SAW dan ABu Bakr RA...
Jangan karam sebelum sampai destinasi....
Ambillah sekadar perlu..Jangan tamak lalu gunakan sepenuh masa dan kudrat yang ada untuk DUNIA.
Lebihkan masa untuk agama, bukan seimbang..tapi lebihkan!
Abu Bakr RA yang kaya raya sangat berhati2..
"Air" yang banyak....tak pernah diambil..cuma digunakan utk Allah dan agama..
Sejuta dollar Amerika (yang jatuh nilainya) kalau berada didalam akaun kita...Allah tak pernah marah.
Namun jika hanya satu bhat Thai berada di dalam hati kita..itulah yang Allah murka!!!
Jangan sayang sgt kat dunia dan harta benda, berjimat dan cermat itu dituntut, tap ibyk kes jadi terlalu sayang sampai takut bagi pinjam kat org, takut hilang, rosak dan sebagainya! Bukankah itu semua dari ALLAH!?
Janganlah jadi kapal korek, berada di darat, menggunakan air utk beroperasi, tapi tak bergerak2 menuju apa2 destinasi
Jangan juga jadi macam kapal selam, tenggelam dalam air, last minute nak sampai baru nak timbul.....itu pun kalau sampai
Janganlah kita karam di lautan DUNIA....ya kawan2..
Thursday, January 24, 2008
Tom Yam Ayam ke Tom Yam Seafood?
Sungguh menggiurkan bila lunch pukul 4 petang ni. Lapar tersangat2. Semua benda nampak sedap.
Aku dan emak kepada anak2 aku pergi makan berdua je, tanpa anak2. Mesti syok makan tanpa gangguan. Ada feel.....
Sambil mengorder, aku usik mengusik isteri ku yang sudah lali dgn lawak basi aku. Sesekali perut berbunyi, tanda kelaparan yang amat sangat. Nafsu makan memuncak. Tahap maksima. Mesti impak maksima bila makanan masuk nanti.
Dan selepas 10 minit menunggu dengan sabar, makanan pun sampai.....
Tatkala melihat makanan yang baru sampai, hati ku berkata,
"Apa!!?? Tom Yam sea food??"
"Aiseh...potong la pulak....aku order tom yam ayam. Sejak bila ayam duduk dalam air? Kalau iya pun, air masin ke air tawar, atau ayam kolam pancing ni?" Hati jahat ku bernada sinis.....
Melihatkan aku berkerut dengan buruk sekali, isteri ku senyum, sebab sudah masak dgn perangai aku.
Dia pun kata," Takpelah bang. Ok je"
Aku terus jadik sejuk dan cool...Asalkan isteri aku bahagia...aku Ok je...hehe
Dan aku terus menginsafi diri ku...
Mula2 kalau ikut hati aku yang belum bersih ni, ingat nak komplen, nak panggil manager, nak saman dan macam2 lagi.
Astaghfirullahalazim. Mudah sungguh syaitan menjentik nafsu amarah aku.
Nasib baik tak jadi macam ada filem dolu-dolu yang ada si suami nak pancung leher bini sebab masak sambal tak bubuh belacann....Appaaaa daaa..
Persoalan di sini.
Yang aku nak marah tu apa hal?
Ingat Allah tak tahu yang aku order tom yam ayam?
Kalau aku dah tahu yang Allah tahu aku order tom yam ayam, apsal aku dapat tom yam sea food?
Adakah Allah saja2 nak naikkan kemarahan aku?
Adakah perlu aku marahkan dan susahkan si pengambil order yang tersilap?
Adakah memang ayam sekarang sudah benar2 duduk dalam air dan dikategorikan sebagai seafood?
Oh...
Dunia ini tempat ujian, akhirat jualah tempat yang kekal abadi.
Allah Maha Pengasih, Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Adil. Maha Suci Allah.
Allah Maha Pengasih sebab dia telah selamatkan aku dari membuatkan hidup orang lain susah dengan komplen macam bagus aku..
Allah Maha Bijaksana kerana Dia telah menghantar klu melalui isteri aku supaya aku tak marah setelah saja2 diuji dengan tom yam yang salah.
Allah Maha Adil kerana dia nak mengingatkan aku, bahawasanya, Aku LAGI BANYAK MEMBUAT SALAH KEPADANYA, namun dia tetap kasihankan aku dengan beri aku rezeki, kesihatan, kesejahteraan, keamanan. Maka aku juga sepatutnya berbuat benda yang baik kepada orang lain, tidak kira macam mana salahnya orang itu.
Maha Suci Allah yang telah beri aku ujian yang sama padan untuk aku yang lemah diuji ini. Dan Alhamdulillah kerana telah memberi kefahaman dengan peristiwa ini.
Aku yang kurang sabar pada mulanya.
Kalau kita mahu Allah pandang kita dengan pandangan ihsan, maka kita juga kena kasihankan orang lain.
Dalam kes ini, kita boleh belajar memaafkan orang lain, memudahkan urusan orang lain, melupakan kesalahan orang lain, supaya dengan kebaikan kita itu, Allah juga akan mudah memaafkan kita, memudahkan urusan kita di mahsyar nanti dan 'melupakan' kesalahan kita yang amat banyak ini.
Ampunkan kami Ya Allah, dan masukkan kami kedalam syurgaMu, tanpa sesaat pun berada ni nerakaMu, hatta walau hanya untuk asap Neraka itu pun.
Baru2 ini, aku kesusahan. Namun ada insan yang sudi menolong. Secepat kilat bantuan diberikan. Sungguh ikhlas, Sungguh mengharukan. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada hidupnya, keluarganya dan ibu bapanya. Ameen.
Insha Allah, jika kita buat benda baik kerana Allah, Dia akan hantar pembantu dan tolong selesaikan masalah kita. Kepada Allah jualah tempat mengadu.
Kita ini sebenarnya tidak ada apa2. Semuanya hak Allah. Diri kita ini diharamkan untuk sombong dan ego. Pantang ada orang lain salah, kita cepat je nak menghukum, dari memaafkan.
kalau maaf pun, dalam hati kata..."takpe, aku kasi can"
Kalau nak marah, ada cara dan tempatnya. Ada perkara kita wajib marah, dan ada perkara kita wajib tahan marah. Lelaki yang macho ialah lelaki yg dapat kawal kemarahannya.
Nabi SAW tak marah bila Aisyah isterinya mengatakan kepadanya "Jangan berbohong". Hanya kerana Aisyah sedang berhadapan dengannya sebagai individu, bukan sebagai Rasulullah. Personal matter. Tapi Aisyah dapat jugaklah sedas dari bapanya sendiri (Abu Bakar RA) kerana bohong itu ialah sifat mustahil bagi Rasulullah SAW.
Nabi SAW tak marah bila penduduk Taif baling batu bertubi2 sampai dirinya luka kerana hanya dirinya sendiri yang luka-luka.
Nabi SAW tak marah bila baginda dikasari oleh seorang Yahudi ketika menuntut hutang, malah menyuruh Umar RA membayar lebih sebab Umar RA ada mengugut Yahudi itu setelah Yahudi itu bersikap kasar kepada Rasulullah SAW.
Nabi SAW tak marah terhadap orang buta yang mengatakan baginda penipu, malah setiap hari baginda menyuap orang tua itu makan dengan begitu kasih sekali.
Namun Nabi SAW amat marah bila Aisyah memfitnah madunya yang lain. Kerana perbuatan fitnah itu menyalahi agama.
Nabi SAW juga amat marah ketika Raja Kisra mengoyak surat utusan dari seorang Rasul Allah (surat utusan Allah dan bukan surat peribadi)
Maka renungkanlah....apakah punca2 kemarahan kita???
Sikap sombong dan meninggi diri kalau ada dalam diri, maka Nerakalah tempatnya. Walau sebesar zarah. Ingatlah, kita dapat berfikir dan berkata2 pun dengan izin dan ihsan Allah.Sedarlah siapa kita, maka kuranglah rasa nak marah kita. Rendah diri. Be humble.
Kalau kita jadi customer yang always right pun, janganlah nak pandang lekeh waiter yang tersalah.
Kalau kita jadi boss yang I am da boss pun, janganlah suka2 nak tengking, marah dan hina orang lain yang di bawah kita. Menyakiti hati seorang muslim itu HARAM.
Kalau kita jadi suami yang mengetuai keluarga pun , jangan sewenang2nya nak marah isteri. Dia tu kan teman tidur kita, dan mengharap didikan kita.
Kalau kita jadi anak yang telah berjaya dalam hidup, jangan kita pandang remeh permintaan keanak-anakan orang tua kita. Sabarlah melayan mereka.Orang yang paling rugi ialah orang yang dewasa dan hidup bersama orang tuanya di penghujung usia mereka, tapi tak dapat berbakti semaksimum mungkin kepada mereka.
Kalau kita jadi pemandu bas yang super coach, jangan ingat orang naik bas tu semua faham perjalanan bas kita sampai tak boleh salah sikit, kena tengking.
Kalau kita jadi orang yang approve itu dan ini pun janganlah orang yang tersalah isi borang kita perli atau maki.
Allah hantar semua perkara yang bercanggah dengan nafsu dan kehendak personal kita ialah semata2 untuk menguji kita.
Allah dengar doa kita, Allah faham doa kita, Allah mengerti kemahuan kita.
Tapi Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.
Kita perlukan didikan untuk berjaya ke syurga. Kita perlu belajar sabar untuk menjadi ahli syurga. Kita perlu berkasih sayang dan kasihankan orang lain untuk memudahkan mendapat syurga.
Kita sebenarnya kadangkala lebih memerlukan tom yam seafood daripada tomyam ayam walaupun kita order tomyam ayam.
Kita yang tak tahu. Tapi selalu tak ingat dan perasan tahu.
Allah Maha Mengetahui. Istighafar........
Thursday, January 03, 2008
Bila Iman nak meningkat? Bila......?
Kawan-kawan saya
Atau bukan kawan-kawan saya
Yang juga saudara saudara seislam saya
Yang juga seperti saya – hamba abdi Allah, yang akan dipertanggungjawabkan – bagaimana kita semua menghabiskan masa di dunia ini – dengan kita menjawab SEMUA soalan - satu persatu – di hari pengadilan kelak – di mana masing2 akan mendapat balasan dan habuan masing2, untuk SELAMA-LAMANYA…bukan sampai bila2..actually tak ‘sampai’ bila2 pun..infiniti..
Saudara-saudaraku yang dikasihi sekalian
Macam mana anda bernafas hari ini? Baik? Bagus? – Alhamdulillah – itulah rahmat Allah, sangat hebat sehingga kita lupa akan rahmatNya.
Ingat tak bila kali terakhir kita kena selsema? Hidung tersumbat? Batuk! Batuk! batuk! ?
Mesti kita bawak sapu tangan atau kotak tisu kemana jua.
Urut2 dada (sendiri) bila sakit sebab batuk, gosok kerongkong, komplen pasal buat keja pun jadi slow, nak berjalan pun tak larat, moody.
Itu semua sebenarnya kawan-kawanku, percikan-percikan amat kecil dari Neraka Jahannam, yang Allah bagi kita supaya dapat ‘cuba2 rasa sakit’ untuk menghapus dosa kita, yang telah kita buat secara sedar atau pun tidak dalam hidup kita hari2.
Namun kita rasa ianya biasa..nanti pulihlah…takde pelik pun..semua orang kena…kan.
Kita memang tak berapa nak nampak ‘peringatan’/’hint’/’clue’ dari Allah.
Allah sayang kita, lalu Dia dengan MAHA bijaksana, beri kita sakit. Kita yang selalu tak bijaksana dengan mengeluh dan tak ambil iktibar.
Kita merasakan kesihatan kita, keselamatan kita dan kesejahteraan kita, dan kesihatan keluarga kita, keselamatan keluarga kita dan kesejahteraan keluarga kita, kita yang jaga atau family doctor yang jaga, atau company doctor yang jaga, atau Jaga yang jaga.
Amat jaghang-jaghang sekali kita fikirkan hidup kita.
“Get a life” kata owang putih. Ya, get a good akhirat life! Itulah maksud yang kita patut terjemahkan.
Saya bukan nak cakap pasal karier kita, atau cakap pasal umur 40 nanti saya dah jadi macam ni, macam tu, ada benda ni , ada benda tu. Juga bukan pasal cita-cita untuk ‘berjaya’.
Bukan tak nak cakap, tapi memang dah ramai yang cakap, kawan2 kita, sedara mara kita, boss kita- semua cakap pasal tu, seperti apa yang Fortune magazine selalu huraikan.
Saya nak cakap pasal Kejayaan Sebenar bila pulang ke kampung halaman nanti.
Ye lah..Kejayaan yang diterima, disukai, diredhai Allah, dan bukan kejayaan yang didefinasikan oleh Fortune magazine.
Fitrah dunia ini ialah – atas apa benda kecil atau besar di sisi Allah, biasanya kita tak kan dapat pulangan yang serta merta (ada kes2 terpencil di mana Allah saja nak beri tunjuk)
Ia telah disimpan oleh Allah untuk Dunia (alam) yang lagi satu. Yang kekal abadi.
Ganjaran kepada setiap perkara selalunya tidak ditunjukkan di dunia ini.
Allah mahukan kita percaya tanpa melihat. Allah mahu kita yakin tanpa melihat. Itulah Iman.
Itulah sebab rukun Iman ada kata percaya kepada…percaya kepada.
Dan Iman ini disokong oleh kelakuan kita dan cara kita menjalani kehidupan di dunia ini.
Kita semua tahu Solat berjemaah di masjid atau surau adalah 27 ganda lebih dari solat secara solo atau single. Tapi kita tak nampak hasilnya kan?
Tapi cubalah bayangkan, lepas solat kat rumah, masa nak lipat sejadah tu, ternampak di bawah sejadah ada RM 1.00. Orang malas pun akan solat kalau macam tu kan?
Dan, cuba bayangkan, bila kita solat secara berjamaah, angkat sejadah, di bawahnya akan dapat RM 27.00. Wah!!! Pasti restoran, kedai makan, pusat mega sale, café akan kosong dan lengang di waktu makan tengahari, maghrib dan Isya’ dan lain2 waktu juga.
Masjid pula akan penuh oleh orang lelaki. Padat. Mungkin kena buat tambahan. 5 tingkat. Surau roboh sebab ramai sangat berebut nak solat. Takpe tengah padang pun boleh. Air cond atau tidak? Tak menjadi masalah.
Perempuan pula berebut solat awal waktu di rumah. Yang tengah memasak pun matikan api, yang tengah menyiang ikan terus basuh tangan, yang tengah sidai baju berlari ambil wudhu’.
Bagi yang ingkar pulak, yang melengahkan solat, meremehkan berjemaah, satu minit lengah dengan sengaja kita akan terasa ada tahi terpalit atas kepala, busuknya boleh cium hingga 1 kilometer. Nak hilang bau amat payah. Jadi, bila terjadi macam tu, baru ramai-ramai akan elak dari lewat bersolat. Apatah lagi meninggalkan solat!
Itulah – fitrah kita. Kita dah biasa dengan hasil. Nampak hasil. Nak tengok hasil. Nak rasa hasil. Kita tak mahu dengar janji. (tapi kadang2 janji gores dan menang kita dengar pulak...hehe) Ini yang kita nak. Nak tengok dulu.
Namun Allah dengan kebijaksanaan tahap lebih jauh MAHA hebat dari tahap gaban, berkata mafhum bahawa Dia mahu lihat sama ada kita percaya apa yang Dia janjikan, barulah akan dia anugerahkan kelak. Adakah kita percaya?
Iman dan Yakin adalah dua perkara yang amat kurang dalam diri masyarakat sekarang, termasuk diri saya. Bila Iman tipis, yakin kurang, maka kita tak akan nampak kepentingan menurut segala perintah Allah lagi. Kita tak berminat dengan agama LANGSUNG. Agama remeh, leceh, sellow, sempit, kuno, boring, tak berevolusi, tak dinamik dan sebagainya.
Solat jadi lesu, lemah, layu, takde roh, takde semangat, takde hati, takde khusyu, takde ketaatan, takde minat. – semuanya pasal Iman dan yakin yang lemah.
Kita tak nampak perbezaan ambik riba/ beri riba (credit card) dan jauhkan riba, jauhkan zina (remember sambutan tahun baru yang lalu?), jauhi zina mata, tangan, mulut, telingat, hati, fikiran dan juga meremehkan jaga lidah (mengumpat).
Ramai yang secara merendah diri cakap…ya, benar, “Iman saya lemah”..”Iman saya lemah” . Tapi tak ramai yang mengaku :
“Ya Iman saya lemah, tapi saya sebenarnya tak kisah pun. Sebab tu Iman saya tak pernah improve dalam tiga, empat, lapan, duabelas tahun kebelakangan ni. Saya sama seperti 5 tahun dulu. Secara jujurnya hanya mulut yang berkata, tapi hati saya tak kisah pun pasal Iman saya sebab tu masih ditakuk lama.
Yang saya kisahkan ialah gaji tambah berapa, saya dan keluarga gembira, dan ramai kenalan serta popular. Hidup riang ria. Happy sampai takut nak pikir mati. Mati lambat lagi.
Itulah lumrahnya...itulah hakikatnya yang berlaku..
Kawan-kawanku tersayang,
Saya dan anda semua kena bagi masa. Carik masa, Jadi kreatif, curik masa,(jangan bagi syaitan curik), create masa untuk meluangkan diri kepada agama Allah, bagi memperbaiki diri.
Kita dapat lihat kesungguhan di tempat kerja, di padang futsal, di reunion-reunion. Marilah kita juga letak kan motivasi yang lebih lagi dan kesungguhan pada Agama juga. Insha Allah..Ameen.
Tahun baru 1429 hijrah semakin hampir. Tak perlu disambut. Boleh digunakan untuk muhasabah.
Berazam. Berani Berubah kata Proton….apa kata anda??
p/s - yang menulis memang belum perfect. kalau nak tunggu perfect, gamaknya takde lah yang menulis atau mengingatkan, sebab kita human ni kan perfectly imperfect...
Monday, December 31, 2007
Melihat kematian ketika membeli Panadol di 7-Eleven
4!
3!
2!
1!......
Happy New Year!!!!...disusuli dengan seperti bunyi kentut2 kecil (bunyi mercun dari jauh)
”Kedengaran jiran2 berbangsa bukan melayu dan beragama bukan ISLAM menjerit bagaikan histeria. Disusuli pula dengan lagu “Auld Lang Syne”..
“Should all acquaintance be forgot and never brought to mind…….”
Wah..sungguh meriah mereka menyambutnya. Biarlah, itu CARA MEREKA.
Baguslah jika kita yang MENGAKU ISLAM menyongsang arus perdana yang amat hebat ini.
Janganlah diikuti, walaupun sedikit2 seperti menyokong dari sisi dan tepi. Jauhilah….berbanggalah mengamalkan ISLAM sejati….
Jauhilah….ingatlah Allah yang sentiasa merahmati
Jauhilah…syukurlah dengan sebanyak-banyaknya kerana Allah memberi kita ISLAM dan faham.
Jauhilah….bukan sekadar faham..Allah telah memberi kita kekuatan untuk menjauhinya..
Fikiranku menyorot kembali kepada 3!, 4!, 5! jam yang lalu.
Jam di tangan menunjukkan pukul 7:55pm
Setelah berpenat lelah , bersaspen, dan berdebar, akhirnya telah selamat incident yang berlaku di opis tadi aku handover kepada shift dari US. Aku boleh tidur lena.
Memang hebat penangan di ofis pada hari terakhir 2007. Dianggarkan 1259 orang tak boleh connect to network di opis KL….Sungguh besar impaknya..
Ahh..bukan pasal itu yang hendak dingomelkan kali ni
Aku pun berjalan keluar dari opis. Perut lapar. Dahaga. Last makan/minum lepas zohor tadi.
Aku berjalan lesu. Sungguh ramai orang di luar. Bagaikan pesta. Semuanya berjalan ke arah bertentangan dengan aku. Oh ya ada stage besar di sebelah opis. Nanti ada olang nyannyi nyannyi…..
Dari budak dalam kandungan, dalam dukungan, hinggalah ke anak dara dalam pelukan, semuanya ada. Semua menuju ke stage besar itu.
Konsert menyambut tahun baru calendar Gregorian.
Sekali sekala mataku tertangkap imej seksi dan ketat. Tak ketinggalan kelakuan yang ganaz dan melampau. Juga ada aksi tunjuk macho dan manja. Pakaian fesyen terkini yang jarang dilihat di majalah fesyen. Sungguh dahsyat trend yang melanda sekarang ini.
Pusat pusat (orang) Islam sungguh banyak terdedah.
Keturunan Adam dan keturunan Hawa bercampur gaul dan bergaul macam nasik campur. Sebati sekali.
Kadang2 macam nasi goring pun ada.
Sungguh sekata.
Cukuplah….tak tertulis dengan perkataan segala situasi dan gambaran yang nak dijelaskan.
Cuma nak citer, tak nampak sangat olang cinner dan worrang yindia….semua melayu belaka, tak pun bumiputera selain melayu, tak pun jowo, tak pun aceh, tak pun minang, tak pun banjau, tak pun orang asli.
Aku terus menyonsang arus. Makin lama makin hebat kelakuan2 mereka terpapar. Ada yang menari sumbang mabuk, ada yang botol di tangan, ada yang memainkan gitar sambil berjalan, sambil kawan2 lain menyanyi. Ada yang berkucupan, ada yang dicelah2 kaki (ayat manis sikit), ada kumbang yang menghisap madu di waktu malam, ada sepah2 yang pernah dibuang tahun lalu, kini berisi madu semula, dan macam2 lagi…
Sudah…
Aku terus ke LRT KLCC.
Masih menyongsang arus…tak ramai yang nak ke arah Kelana Jaya.
Ada tempat duduk kosong…Aku terlelap….
KRINGG!!!!!..KRINGGG!!!!!..handphone ku menjerit keseronokan sebab berjaya mengganggu lelapku..
“Abang…” kedengaran suara lemah isteri yang setia menanti di rumah..
“Nanti tolong beli panadol ye….”
Dalam mamai aku menjawab…. ”O.k..”
Aku sambung tidur…
Sampai LRT, amik keta kecilku yang berbunyi pon pon pon pon pon pon pon pon pon.
Traffic jam…!!
Alamak…..kat sini jam jugak…
Biasalah..tahun baru……aiseh..dah lah penat ni..Nak wak guanne??
Main brek dan pedal minyak je lah….
KRINGG!!!KRING!!!!
Kedengaran pula suara anak sulungku, Indah...
"Abi, dah kat mana ni? Jangan lupa beli panadol untuk Ummi..Ummi demam ni"
"Ok. " jawabku pendek. Kang kena saman kang...
Aku sampai di stesen minyak Esso yang juga pemandu seperti kita semua..
"Dik, panadol ada?"
"Habis lah bang"(..dia panggil aku abang.....ada can nih..isy ..fokus..fokus..)
Takde panadol.
Ku teruskan perjalanan, kutinggalkan impian (seketika sahaja – impian untuk beli panadol)
Terus bawak laju….120km/j yang menggegarkan kereta kecilku yang bukan untuk ke rumah nenek.
Sampai di kawasan perumahan, aku pun terus singgah ke 7-eleven. Carik panadol.
Tiba2….
Satu perkara menyayat dan menyiat hati berlaku…
Sedang aku di kaunter pembayaran……ada kematian…
Bukan kematian jasad…tapi kematian hati…
Ada remaja Melayu sedang beratur untuk membayar 2 botol paling besar arak cap Guinness…
Dengan selamba dan taat dia berdisplin beratur…
Aku beristighafar secara penuh dlm hati…sungguh mengejutkan kerana seawal 10 malam mereka sudah berani terang-terangan membeli arak di kawasan perumahan.
Mungkin aku nampak macam “itupun nak kecoh..biasa la tu..zaman sekarang”…tapi memang aku kecoh.
Aku terus bayar dan blah….
Iman ku amat nipis untuk menegur remaja itu…
Aku sedih kali kedua..
Dalam hati, aku berdoa, mengajak kita semua berdoa agar generasi kita, generasi selepas kita, dan seterusnya dijauhkan dari perkara sebegini.
Mungkin juga aku silap...mungkin dia kena paksa tolong belikan untuk jiran dia yang tidak beragama ISLAM....Harapnye begitulah...
Keruntuhan akhlak ISLAM
Keruntuhan akhlak orang ISLAM
Bermula dari ringan2kan dan anggap enteng kalimah syahadah…
Bermula dari ringan2kan solat…
Bermula dari ringan2kan dakwah…
Bermula dari ringan2kan sunnah….
Sekarang kita mungkin tak minum arak..
Lambat laun, (naudzubillah) anak2 kita boleh jadi minum arak….JIKA..
Kita yang tahu dan faham tak menyeru kepada kebaikan dan melarang keburukan.
Bagaimana mungkin?
Contoh:
Anak kita masuk universiti.
Anak remaja beli arak tadi pun masuk universiti
(assume anak bongsu kita dengan anak sulung dia lah ni….)
Mereka berkawan baik, sama sedarjah,
Belajar bersama main bersama…
Dan akhirnya anak kita terpengaruh..dengan gaya hidup anak remaja tadi
(dengan anggapan perangai anak remaja tadi sama cam bapaknya)
Lebih kurang secara kasarnya macam tu lah..
Sebab kita kena takut kalau tidak berdakwah..
Itu secara amat simple lah….
Maka dengan itu…
Jauhilah perkara2 yang menjauhkan kita dari HIDAYAH (FAHAM) dan TAUFIK (KEKUATAN) dari ALLAH.
Perkara seperti berparti, bergaul bukan muhrim untuk sambut tahun baru, konsert, hiburan, dan mengagung – agungkan budaya selain dari budaya Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Ambillah bahagian secara serious dan konsisten dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sampaikanlah dari Nabi SAW walaupun sepotong ayat.
Sama2 kita bangun dari tidur berdengkur yang amat lena yang sangat panjang..
Ayuh roh ISLAM semua……..kamu ada peranan dalam masyarakat….
Cukuplah hiburan, cukuplah kekalutan, cukuplah kebisingan, cukuplah keseronokan..
Kesilapan serupa, tak akan ku ulangi.
Cukuplah sekali….
Oh...dah lewat malam..aku nak titon..
Salam..
Friday, December 28, 2007
Apa ada dengan tahun baru ?
kini ia akan berlalu, bersama seribu satu
kenangan .. yg pastinya mendewasakan jiwa-jiwa yg berjalan.
waktu datang dan pergi dengan pelbagai sukatan hati-hati
yg sentiasa mencari nafas baru kehidupan ini.
ada yg berkira kira akan tahun yg bersilih ganti,
ada yg menghitung bulan-bulan purnama ..
... namun makin sedikit yg menilai...
... waktu dari celah-celah solat yg lima....
biar apa pun ukuran kita ..
kenalilah diri kita dgn kehidupan ini..
kerana hidup inilah yg akan ditanya ..
kemana yg TELAH dibawa??
ke arah kemurkaan Tuhan, maka pastilah neraka tempat kembalinya.
atau
kearah keredhaan Ilahi, semoga dikurniakan nikmat syurgawi.
pernah ditanya,
"bagaimanakah titian sirat yg amat halus, bagaikan rambut dibelah tujuh itu?",
jawabnya ..
itulah kehidupan didunia ini ..
yg amat perlu kita berhati-hati dlm perjalanannya.
tersilap langkah .. hilanglah keseimbangan diri,
hingga merana kita dineraka nanti.
waktu yg lepas, walaupun sesaat .. sudah menjadi takdir Ilahi.
terimalah dgn redha dihati.
maksiat ataupun taat .. telah terjadi.
waktu yg mendatang, walaupun sesaat ..
tetap dlm takdir Tuhan, berharaplah semoga kita ditakdirkan beroleh keuntungan.
waktu ini, walau sesaat .. dlm ilmuNya,
namun kita diberi pilihan .. menitilah dgn penuh perhatian,
kerana
rambut yg dibelah tujuh, amat mudah untuk kita terjatuh ..
yang pasti dgn RahmatNya kita dijadikan,
dan
dengan RahmatNya kita diilmukan bersama paham yg diberi.
pohonlah kepadaNya, akan Rahmat kekuatan untuk mengabdikan diri...
kerana hanya dengan RahmatNya
kita mampu kembali ke kampung halaman.
tempat moyang kita Adam dijadikan ..
telah berlalu puluhan saat untuk ini ..
semoga kita masih meniti dgn penuh teliti.
Allahumma Ya Amiin.
Terima Kasih Zul
Wednesday, December 19, 2007
Sudahkah anda mencarum?
Jawapan salah #1 : BERSIH
Jawapan salah #2 : HINDRAF
Jawapan salah # 3 : KOTOR
Maaf tak lawak...pagi2 ni takde idea, tapi cuba nak melawak gak..inilah hasilnya
Jawapan : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Bagi yang makan gaji, setiap bulan mencarum di KWSP. Ada caruman pekerja, ada caruman majikan.
Wah..Simpanan Untuk Hari Tua Anda kononnya. Baguslah..ada effort, usaha nak paksa menyimpan.
Ada akta pulak tu nak jaga supaya kita tak senang2 boleh keluar duit dan boros.
Tapi kalau kita tak sampai tua? Bolehlah digunakan utk anak isteri atau ibu bapa di kampung.
Ada akaun 1, ada akaun 2.
70% ke akaun 1, 30% ke akaun 2.
Bila dah pencen boleh guna akaun 1 untuk bahagiakan isteri yang satu.
Juga boleh guna akaun 2 untuk isteri ke dua.
Kalau ada akaun tiga, tak bolehlah isteri pertama atau isteri kedua selalu merajuk....(rujuk lagu filem madu 3)
Oklah, bukan nak cerita pasal madu, khasiat madu, kemanisan madu, asal usul madu, kesedapan madu etc..
Nak cerita pasal KPDSA.
Apakah KPDSA?
Teka teki : Dalam banyak2 kumpulan, kumpulan apa yang kekal, tak kan bersurai walaupun di sembur pemedih mata atau cecair berasid water canon?
Jawapan salah #1 : BERSIH
Jawapan salah #2 : HINDRAF
Jawapan salah # 3 : KOTOR
Jawapan: Kumpulan Pahala Dosa Simpanan Akhirat (KPDSA)
Jikalau kita mencarum di KWSP ada akaun 1 dan akaun 2, untuk KPDSA ada jugak 2 akaun. Akaun Syurga dan Akaun Neraka.
Maka kalau KWSP ada caruman setiap bulan dari pekerja dan majikan, di KPDSA ada caruman setiap saat dari dua punca juga iaitu :
- DIRI SENDIRI dan
- ORANG LAIN (MUAMALAT)
Dan berita lebih baik sikit berbanding KWSP - Caruman KPDSA tidak akan berkurang (boleh berkurang dgn cara tertentu sebenarnya tapi memerlukan usaha yang berterusan dan ikhlas), cuma akaun 1 dan akaun 2 saling berlumba mencari kemenangan.
Dan kemenangan mana2 akaun itu kita yang rela dan redha sebab hari2 tiap saat ada caruman dari kita sendiri dan orang yang dikeliling kita.
Wah nampak baiik punye plan..orang lain pun boleh mencarum sesuka hati untuk akaun kita.
Namun awwas....
Beri pendidikan kepada orang lain tu agar sentiasa mencarum di akaun 1 iaitu akaun Syurga. Mintak jauh lah dari mencarum ke akaun 2 iaitu akaun Neraka.
MAcam mana nak beri 'pendidikan' kepada orang lain? Berbuat baik kepada mereka. Tunaikan HAK mereka (berpesan kepada kebaikan, bagi salam, baik akhlak, amanah)
Setiap saat kita akan mencarum kepada KPDSA. Apa2 modal yang diberi akan digunakan 100% untuk mencarum.
Ia adalah Modal MASA.
Berapa banyak MASA yang telah kita tidak carum ke akaun yang betul?
MASA berborak kosong,
MASA berborak ada isi.
MASA berborak mengumpat.
MASA berborak FITNAH (sebab nak tambah kesedapan pada cerita..kalau tak, tak syok)
MASA menonton TV, WAYANG
MASA mendengar LAGU
MASA mencarik DUIT yang tak pernah cukup.
Dah kerja opis 10 jam sehari pun buat insurance lagi, tak cukup dengan direct selling, ada pula jutawan internet in the making etc.
Dan banyak lagi yang nak disenaraikan.
Apa yang nak disampaikan dalam kuliah fikir pada pagi ini yang disampaikan oleh kuli Allah..hamba Allah yang hina ini ialah
Atas setiap saat dan masa, kita akan mencarum untuk simpanan pahala/dosa di akhirat nanti. Kehidupan yang sebenar.
Dalam bahasa lagi mudah, apa yang kita buat sekarang, akan menentukan rumah kita di syurga atau neraka.
Besar atau kecik,
Cepat atau lambat dapat kunci
Boleh extend dapur tak?
Ada aircond ke ada unggun api
Ada minuman dari sungai madu atau ada Nanah Ais Limau
Ada bidadari atau ada Malaikat Zabaniah...
Dan dari segi bahasa yang lagi mudah....make sure apa yg kau tgh buat masuk akaun 1.
Nak cakap macam mana lagi?
Tak de akaun 1.5
Takde tengah2.
Takde perkara yang ......boleylahhh...
Takde perkara yang ...... halal kot makanan ni.
Takde perkara yang ......boleh kot bisnes cara ni.
Takde..takde..
Semua yang 1.5 akan dibundarkan jadik 2.
Hah!...2 itu Neraka!...
Nak ke tak nak?
Sebenarnya dunia ini adalah tempat ujian, dewan besar peperiksaan. Boleh meniru. Tapi tak ramai yang tiru orang pandai. Ramai yang tiru orang bodoh.
2 X bodoh..
Masa kat alam roh allah tanya:
"Adakah aku tuhan kepada kamu?" (mafhum maksud)"
Kita dengan konfiden jawab
"Kaulah Rob kami"
Pastu Allah hantar ke alam dunia
Bagi macam2..
Bagi duit, pangkat, kereta, rumah, bini cantik, bini tak cantik, anak sihat, anak tak sihat, bagi macam2 lah....(tak kan nak list barang satu dunia kot)
Dah habis masa, ujian tamattt.....
Kita pun dipanggil balik...
Allah tanya semula (malaikat tukang tanya)
"Maa rabbukaaaa?" (siapakah rob (sembahan) kamu)
Kita dengan malu2 kucing dan segan2 silu cuba jawab sebab dah banyak kali dengar masa kat dunia......tapi tak keluar..macam CD rosak..ziqg ziqg..
Yang keluar...ialah...
"Bini no 2"
"Kereta smart for 7"
"Gudang2 aku"
"Manager Organisation aku"
"Sales aku"
"Body six pack aku"
"Keseksian dan keanjalan payu dara aku"
"Cerita HERO"
"Anak Halal"
"Aweks kat opis"
dan macam jawapan yang kononnya kita sendiri rasa pelik sebab jawab merapu meraban...
Tapi itulah hakikatnya di dalam hati kita.
Banyak kali kita tidak menyembah Allah kerana perkara di atas..dan mungkin banyak lagi.
Banyak kali kita jaga air muka depan orang dari depan Allah
Banyak kali kita AMAT AMAT AMAT pentingkan perkara SELAIN dari PENTINGKAN ALLAH!!...OHHHHHH!!!!!
So dah dapat lah jawapan..siapa yang taat janji di alam roh, siapa yang mungkir janji.
Satu lori tin sardin...sarat dengan tin sardin macam tin sardin jugak.
Padat , penuh, mampat, cekap, jitu, padu dengan tin sardin.
Sekali eksiden.
Teka teki : Apa yang keluar?
Jawapan : Tin sardin atau ikan sardin bersos tomato.
Satu badan..ada hati..
Dalam hati sarat dengan naik gaji , performance bonus
Penuh dalam tekad, semangant, niat, azam untuk kerja tersangat kuat. Fikir kepada gaji dan duit serta reward.
Sekali eksiden. Disuruh mengucap
Teka teki: Apa yang keluar?
Jawapan : Idea untuk memantapkan performance dan takut dpt reward yang sikit sebab eksiden, patah kaki, cuti lama.
Satu badan..ada hati, ada akal.
Dalam hati dan akal sarat untuk berkorban untuk Allah, azam, susah payah, hanya kerana Allah.
Sekali eksiden. Tak disuruh mengucap, tapi mulutnya mengeluarkan perkataan
Teka teki: Apa yang keluar?
Jawapan : Allah...Allah..Allah....
Maka carumlah betul2 di KPDSA. Hati2...Penuhkan akaun 1, target sifar untuk akaun 2.
Modal dah tinggal sikit. Bagi aku dah 16 tahun dihabiskan.......banyak tu..
Dapatkah 15 tahun lagi? Walalhua'lam..
Monday, December 10, 2007
KARAM
Aku ada dengar lagu KARAM nyanyian kumpulan Zabarjad..
Rock leleh zaman dulu2...90s...
Pergh...lellleyyyhhh....syahdu...
Tapi bila dihayati liriknya....
Aku jadi sedih...sebab aku juga selalu KARAM..
marilah kita tengok2 kot2 boleh bawak manfaat..
KARAM - ZABARJAD
Dapatkah putik kan menjadi bunga
DAPATKAH USAHA KITA YANG SIKIT DIDUNIA MEMBUAHKAN HASIL
UNTUK DISEMAI TANPA PERLU USAHA LAGI DI AKHIRAT
Kiranya cuaca sering gerhana
KALAU MASA KAT DUNIA NI MALAS, MURAM, SURAM JE DARI MERAMAIKAN MASJID ALLAH DAN BERAMAL SERTA SENTIASA MENGINGATI ALLAH DAN MALAS MENGAJAK MANUSIA KEPADA ALLAH
Dapatkah kasih bersemi selamanya
BOLEH BERTAHANKAH RASA KASIH DAN CINTA PADA ALLAH HINNGA KE AKHIR
HAYAT
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
ATAU NAK SHORT CUT, PIKIR "ALAA..ASALKAN ISLAM..AKHIRNYA MASUK SYURGA JUGAK" ? My headbrain
Yang Maha Esa
Mestikah ada satu perngorbanan
PERLUKAH KITA MENGORBANKAN CINTA DAN JANJI PADA ALLAH
Sehingga terjadinya perpisahan
SEHINGGA HILANG RAHMAT ALLAH PADA KITA
Kiranya itu satu permintaan
JIKA ITU SATU PERMINTAAN DAN AJAKAN SYAITAN
Perlukah kau dan ku merelakan
PERLUKAH AKU RELA ???? Stoopidlah kalau cam tu
Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
SELALU HARAP RAHMAT ALLAH, TAPI SEDIKIT PUN TAK BERUSAHA
Suatu yang indah dalam percintaan
NAK MUDAH , NAK SENANG, TAGIH JANJI ALLAH TAPI TAK TUNAIKAN HAK ALLAH DAN HAK DIRI KITA SERTA HAK ORANG LAIN
Di kala tiba dugaan mendatang
TAPI BILA ALLAH UJI SIKIT DENGAN KESENANGAN, ATAU UJI SIKIT DENGAN SUSAH PAYAH
Engkau ku tinggalkan
KITA DAH LALAI ATAU KITA DAH MERUNGUT
Karam aku di lautan duka
HANYUT DI LAUTAN DOSA DAN MAKSIAT
Bila wajahmu hilang di mata
BILA SUASANA AGAMA TAK ADA,
Tiada berita pengubat rindu
TIADA SIAPA YANG YANG NAK INGATKAN ATAU TEGUR
Di kala sendu
DI KALA NAFSU BERMAHARAJALELA
Kubiarkan luka di hati berdarah
KUBIARKAN DOSA BERBARAH
Sehingga kering dimamah mentari
SEHINGGA KERAS DIDALAM HATI – JADI DEGIL, ANGKUH, EKSYEN
Apakah salahku
LALU LAGI AKU NAK TANYA DALAM DOA…APA SALAH KU YA ALLAH ?
Disakiti begini
KETIKA BILA AKU DITIMPA MUSIBAH..
Perlukah aku terus mengharapkan
MALUNYA AKU MASIH MENGHARAPKAN CINTA, RAHMAT ALLAH
Camar yang hilang kembali ke sarang
JANJI SEMASA DI ALAM ROH ,SEBELUM DITURUNKAN KE BUMI TAK PERNAH KU ENDAH
Apakah masih ada kerinduan
ADAKAH MASIH ADA SISA KEAMPUNAN UNTUKKU YA ALLAH ?
Yang tersimpan di hatimu sayang...
BERKAT RAHIM MU….BERKAT KASIH MU….AMPUNILAH AKU YANG KARAM……
Tuesday, December 04, 2007
Sapa fiq? Apa buktinya?
Senikata amat halus dan dalam, tapi simple...
Ntah sapa penyanyi nye..fiq ? fiq who? fiq mentor ? apa tu?
Aku google…jumpa ‘3 malam tanpa bintang’..tgk lirik..eh ? bukan yang ni ..
Carik lagi….
Dan akhirnya jumpa liriknye…
Memang ada (double meaning) kalau kita fikir hanya utk Allah…
Keluh kesah di hadapan Allah…
Hati inginkan keredhaanNya, tapi
Hati amat payah dipujuk untuk mencintaiNya
Degil kerana pengaruh sebaya
Degil kerana environment keluarga
Degil kerana rakan ketawa
Degil kerana perasan esok masih ada.
Angkuh untuk berubah kerana belum ‘merasa’
Andai tahu esok akan mati…adakah kelakuan kita masih sama?
Masalahnya..tahukah kita bila kita akan dipanggilNya?
Jangan main2 brada..dan sista..
Bukti - Fiq (ada tukar 3 - 4 perkataan je)
Dalam lembah yang gelita
Tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah (utk bersiar-siar di syurga)
Merangkak pun payah (usaha mendapatkan Allah semasa di dunia amat jarang sekali)
Percik api menyala
Bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba
Dalam jiwa yang cedera
Tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira (di syurga)
Tersenyum pun paksa (senyum hanya kerana Allah semasa di dunia)
Bibit kasihmu Yang Esa
Susah mana pun aku
Akan menyusurinya (bantulah aku yang amat lemah)
Oh...
(korus)
Airmata tak dapat ku tahan
Mengalir lesu dalam kalbu
Dingin lalu membeku
Menjadi bukti luhur niatku
Dalam hidup yang gelora
Tak nampak dosa (merasakan dosa sikit)
Apatah nak bercinta (konon kata sayang pada Allah)
Merindu pun dera (hati, mulut dan kelakuan serupa tak ingat langsung kat Allah)
Kerdip sinar di mata
Bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja (Memang nak Allah betul2…cumaa……tak kuat – maybe tak cukup kuat berusaha/berkorban)
Oh...
(ulang korus)
Hanya kepadaMu
Tinggal harapan Kasih
Buat diri ini
Kembali bertaqwa
(ulang korus)
Oh...
Menjadi bukti luhur niatku
Oh...
Menjadi bukti luhur niatku
Tuesday, November 06, 2007
SIAPA TAK TAHU BABI TU HARAM LAGI MUGHOLLAZOH?

Daging babi yang ada cop halal.
Mungkin kita terasa marah sebab mempersendakan agama ISLAM
Mungkin juga rasa gelihati sebab memang kelakar, benda cam tu boleh terjadi.
Tak masuk akal, Dah gerenti HARAM daging babi tu…DAH JELAS HARAM daging babi tu. Kat mana yang boleh jadi halalnye??
Samalah juga dalam kehidupan seharian kita.
Banyak perkara dah JELAS HARAM. Tak boleh HALAL punye.
Tapi kita masih lagi kata bolehlah, oklah, takpelah, dan macam2 lagi.
Jadi, kalau kita ada rasa marah bila tengok gambar di atas, maka marahlah diri sendiri juga.
Kalau kita rasa gelihati sebab gambar di atas tak masuk akal, gelakkanlah diri sendiri yang buat benda tak masuk akal. Walau apa pun alasannya.
Apa yang aku tulis dalam blog ni, sebenarnya pertama sekali untuk mengingatkan diri aku sendiri.
Kalau tak buat nota, tak ingat. Bila tulis, rephrase, bagi contoh, ingat lama sikit. Okay? Jangan marah aku lagi. Aku pun lemah. Sama sama kita belajar improve diri.
Bila tengok keburukan orang istighafarlah sebab kita pun ada keburukan kita.
Bila tengok kebaikan orang, doalah supaya kita juga dapat membuat kebaikan yang sama.
Sila tengok perangai sendiri. Inikah alasan kita kelak didepan Rabbul Jalil?
Di depan Allah Yang Maha Pengasih?
Bila pasal:
Tak tutup aurat = takpe hati I baik
Tak tutup aurat = belum sampai seru
Dah tutup aurat = tak sempurna, ketat sana, kebarung sini, bentuk sini, benjol sana, jarang sini, nipis sana, seluar pendek sini, swimming trunk sana.
Dah tutup aurat = Aku Ok lagi apa..at least…………aku tutup….
Tundukkan pandangan = Nanti jalan langgar depan pulak
Solat awal waktu = Nak tengok ending cerita tv dulu
Solat awal waktu = at least…aku solat…
Bersalam bukan muhrim = Tak nak kecikkanhati/malukan orang tu
Sembang bukan muhrim = Bukan bernafsu pun
Sembang bukan muhrim = kitorang memang macam adik beradik
Mulut celupar = Dah dia kurang hajau….sapa suruh
Suka provokasi = Aku nak test je..muahahahaha
Suka marah = Aku ni memang genetically pemarah, nak buat macam mana
Suka salahkan orang = I am always right!
Tengok rancangan TV yang ada perempuan = Untuk ilmu pengetahuan
Study group bercampur = menuntut ilmu dengan orang berilmu takpe
Solat berjemaah = I busy, masa sgt berharga untuk I
Dengar ceramah = Ustaz tu cakap benda sama
Sedekah = Aku pun makan cukup2 je
Mengumpat = dia memang jahat, perangai burok, mestilah oran akan mengata
Mengumpat = aku tau la dosa..yang dosa dia buat kat aku boleh pulak?
Mengumpat = aku cakap benda betul, bukan tipu.
Dengar lagu cinta dan tak cinta = tak mengkhayalkan tak apa.
Bersanding = nak gembirakan hati mak bapak
Bersanding = untuk ambik gambar je
Bersanding = kawin ni sekali seumur hidup
Makan banyak = I lapar ni. Memang diri ini selalu lapar nak buat macam mana.
Tak tahajjud = I tak boleh bangun. I ni bukan morning person.
Tak sahur di akhir waktu = I ok je tak sahur. Takde beza pun.
Hukum hudud = nanti byk orang makan sup tulang
Tengok filem atau gambar lucah = Sex Education
Dakwah = tu kerja ustaz dan orang alim , I tak pandai
Dakwah = Tak kuasa aku nak pesan2 kat orang, aku tak perfect lagi
Dakwah = Zaman dakwah dah berlalu, sekarang zaman angkat senjata je
Dakwah = Aku dah hantar email pasal sirah Rasulullah SAW pada 1000 email address.
Dakwah = Cara moden lebih effektif, tanpa susah payah. Guna otak la brader. Jangan kuno sangat.
Dan banyak lagi dan lagi dan lagi alasan kita yang EGO!!!!!
Lihatlah tuan-puan bagaimana syaitan sudah berjaya, Tak payah hasut, kita akan terus lakukan perkara sedemikian hatta ketika syaitan di ikat.
Pasal babi memang kita faham, kot mana pun ia tetap HARAM.
Pasal perkara di atas, sebenarnya kita memang dah faham, saja degil. Takde alasan lain dah.
Lihatlah juga, bagaimana kita terpedaya.
Keliru.
Celaru.
Kerana dah sebati dalam budaya dan kehidupan.
Benda yang JELAS kita patut tinggalkan, benda itulah yang kita BUAT.
Allahuakbar….!
Salahkan iman yang lemah, jangan salahkan keadaan.
Andaikan duduk dalam kubur sorang2 depan malaikat, boleh ke loyar buruk lagi?
Nak ke mana kita ni…….??????? Oh..takutnye…
Namun on the positive side, jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Pintu taubat masih terbuka.
Teruskan hidup baru. Hijrah. Berubah dengan Istiqamah.
Sedikit2 ikut kemampuan, jangan ikut semangat berkobar. Nanti cepat jemu dan rasa berat.
Bak kata Tam Spider:
-TASBIH KAFFARAH-
Friday, November 02, 2007
Kejap laaaaaaaaaaa!!!! Tak boleh ke???
Kita,
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, minum kopi, makan roti (weh solat subuh mana ? opss..siapa la buat lagu ni?…takde include solat pun…hish propaganda ke atas kanak2)
Kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja.
Smart card, identity card,handphone, bluetooth, kunci kereta, kunci laci opis, dan macam2 lagi.Nasib baik tak lupa.
Bini cium tangan suami, Anak cium tangan daddy.
Di Jalan raya,
Pantang kereta di depan lambat gerak, hon menjadi pengganti diri menyapa pemandu di depan.
Lewat, serabut, hangin satu badan.
Dah habis menempuh kesesakan baru sampai di opis, disambut kedinginan air cond. Lega sikit.
KRIINGG!!! Waduh…Baru nak breakfast, telefon dah berdering.
Email ternanti2 reply, sedang diri baru nak menarik nafas panjang.
Tapi, dah itu kerja kita. Carik nafkah. Macam tu la. Nak merungut apa lagi.
Habis kerja, bawak roh dan badan balik rumah,
Di depan pintu rumah isteri setia menanti,
Makanan panas pun dah terhidang di bawah saji.
Enak sekali air tangan isteri.
Penat seharian belum habis lagi, nak melayan kerenah anak lagi.
Apa nak buat, bapa mithali.
Kejap lagi dah nak tidur pulak, berehat berbual bersama isteri sambil menonton tv.
Kadangkala ada geli-geli,
Sungguh bahagia masa quality.
Takpe, kalau tak sempat menyapa jiran bertanya khabar, atau ke surau berjemaah, atau berdakwah, esok kan ada lagi.
Jika hari ini,
Kita,
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, minum kopi, makan roti (weh solat subuhmana ? opss..siapa la buat lagu ni?…takde include solat pun…hish..propaganda ke atas kanak2....)
Kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja. Smart card, identity card,handphone, Bluetooth, kunci kereta, kunci laci opis, dan macam2 lagi. Nasib baik tak lupa.
Bini cium tangan suami, Anak cium tangan daddy.
Di Jalan raya,
Pantang kereta di depan lambat gerak, hon menjadi pengganti diri menyapa pemandu di depan.
Lewat, serabut, hangin satu badan.
Dah habis menempuh kesesakan baru sampai di opis, disambut kedinginan air cond. Lega sikit.
KRIINGG!!! Waduh…Baru nak breakfast, telefon dah berdering. Email ternanti2 reply,sedang kita baru nak menarik nafas panjang.
Aiseyyy sama je macam semalam?
Letih la kalau gini.
Apa kata kita tukar script ?
Tiba2, jantung terasa terhenti.
Panik menjalar keseluruh pelusuk diri.
Badan kaku, sakit bukan kepalang.
Jantungku diserang!!!….Jantungku diserang !!!
Mata terbuntang, teringat kan hutang.
Hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi, hutang qada solat,
Hutang hak tak tertunai sesama manusia…
Tersungkur, atau Terlentangg……bersama dompet, kunci kereta, kunci laci, IDcard, dan macam2 lagi.
Keluarlah roh dari badan dengan susah payah.
Sakit yang tak pernah dirasai.
Habis….Tamat….hanya sekian banyak itulah masa diberi.
Modal untuk beribadah di alam duniawi. Sorrryyyyyy…
Memang tiba-tiba dan tidak prepare pun,
Eh sekarang ke!!??? Aku muda lagi...anak aku kecik lagi..
Eh?! apa ni pegang-pegang?? rentap-rentap??!!!
jap laaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tinggallah segala kunci, swipe card, laptop, mp3 player.
Tinggallah segala hilai tawa bersama kawan-kawan.
Tinggallah usik-usik awek freshie di opis.
Tinggallah email forward dan lawak lucah dan seksi.
Tinggallah kerja yang menggunung tinggi , yang kononnya tak bolehternanti.
Tinggallah segala ulasan cerita tv malam tadi,
Tinggallah umpatan ke atas bos, rakan, artis yang tak disenangi.
Tinggallah ilmu di dalam dada yang belum amali.
Tinggallah Quran yang suci dalam debu di dalam almari.
Jika Hari ini,
Roh keluar dari opis tanpa swipe card.
Badan pun keluar tanpa swipe card.
Tapi melalui dua jalan berasingan.
Satu, mungkin diheret malaikai maut, atau terbang melayang melayang
Satu lagi, diusung sahabat-sahabat yang tersayang.
Isteri di rumah macam biasa setia menanti.
Mana abang ni tak balik2 lagi ?
Anak2 pun tak mengerti…sibuk tgk kartun di tv
Makanan panas dah jadi sejuk…belum basi…bawah tudung saji
Takde orang nak amik peduli..
Berita sampai ke rumah, menggoncang dunia isteri.
Orang ramai berbondong datang untuk persiapan rapi.
Tolong mana boleh sana sini,
Jiran yang tak pernah kenal pun datang tunjuk simpati.
Harta ada, rumah ada, kereta ada, cheque book ada, duit cash pun ada,pakaian banyak.
Tapi, esok pagi….
Pakai kain putih je…Kain kafan menutup diri.
Kain kafan teman sejati, selain amalan yang dikumpul sebelum mati.
Oh ye..Amalan………….Mana dia ? Kan dah banyak buat amalan?
Kan dah banyak buat sedekah, dan macam2?
Tak cukupkah?
Oh ye..tak ikhlas, syirik, riak…
Oh ye…kan ke banyak dosa?….dah terhapus segala amalan nampaknya.
Oh ye, segala kata2 yang main lepas sahaja,
Oh ye, segala buruk sangka....
Ah, alangkah bagusnya kalau banyak bertaubat dan banyak amalan sunnat.
Di manakah amalan sunnat?
Alamak..takde…
Keji orang buat sunnah yang banyak.
Diri tak nak buat, perlekeh orang yang ikhlas dan cuba nak buat.
Diri yang tak mampu, mengata orang riak secara melulu.
Diri yang segan, menyindir orang yang cuba cubaan.
Esok…
Pagi tak payah gosok gigi atau nak minum kopi.
Pagi..tak payah nak bangun2. sebab bukan pun tido dari malam tadi.
Kena seksa, kena palu, kena rejam.
Menjeritttttttttt……jauh sekali nak aman tenteram.
Tak payah ingat swipe card , kunci , dompet atau traffic jam.
Cuma ingat nak taubat dan tak buat.
Menyesal tak sudah..menyesal lagi dan lagi…menyesal yang abadiiiii....eiiii....
Kalaulah tahu macam ni..
Confirm tak buat benda lain lagi..
Berzikir dan bertaubat, dibibir meniti setiap detik dan hari..
Nak tampung segala dosa dan amalan jahat dengan amalan sunnat.
Berdakwah, menyempurnakan hak setiap manusia dan ummat.
Berdakwah, agar dapat membentuk peribadi dan akhlak mulia.
Sentiasa cakap kebesaran Allah tanpa jemu dan pilih bulu.
Ingatkan semua rakan dan sekutu.
Daripada cakap2 lagha tak henti dan takde hala tuju.
Ada saja nak diusik dan digelakkan.
Padahal tahu ia kesukaan syaitan.
Jangan risau pembaca sekalian.
Bukan saya ni berani sangat nak mati.
Diri sendiri pun tak pernah ready.
Dunia dalam diri hampir nak sebati.
Tolonglah kami Ya Allah, Ya Rabbi.
Cuma nak jadi bijak seperti yang di approve Nabi (SAW)
Mafhum hadith Nabi SAW.
Orang yang cerdik ialah mereka yang selalu mengingati mati dan bersedia ke arahnya.
***************************************************************************
Entry ini didedikasi kepada rakan2 yang dikenali yang telah pergi menemui pencipta di usia muda.
Allahyarham Kamal Erfan 1976 – 1994 - Malay College Class of 93
Allahyarham Wan Nasril 1977 – 1996 - Malay College Class of 94
Allahyarham Muhammad Jeffry Abdul Rahim 1976 - 2003 - PPP/UiTM ADP3
Allahyarham Mahrizal Asaari 1977 – 2004 - PPP/UiTM ADP3
Allahyarham Shahrol Nizam Yusoff 1976 – 2007 - Malay College Class of 93
Jazakumullah Khairan Kathira kepada arwah-arwah seperti diatas yang telah memberi peringatan kepada kami yang masih hidup.
Ingatlah….
Mati tak tunggu tua,
Maut tak tunggu sakit,
Jangan sampai ajal datang ketika leka,
Takut-Takut dosa banyak, amal pulak sikit.
AL FAATIHAH….