Tuesday, November 06, 2007

SIAPA TAK TAHU BABI TU HARAM LAGI MUGHOLLAZOH?






Memang menghairankan.

Hairan Abu Ajaib.
Daging babi yang ada cop halal.


Mungkin kita terasa marah sebab mempersendakan agama ISLAM
Mungkin juga rasa gelihati sebab memang kelakar, benda cam tu boleh terjadi.
Tak masuk akal, Dah gerenti HARAM daging babi tu…DAH JELAS HARAM daging babi tu. Kat mana yang boleh jadi halalnye??

Samalah juga dalam kehidupan seharian kita.
Banyak perkara dah JELAS HARAM. Tak boleh HALAL punye.
Tapi kita masih lagi kata bolehlah, oklah, takpelah, dan macam2 lagi.

Jadi, kalau kita ada rasa marah bila tengok gambar di atas, maka marahlah diri sendiri juga.

Kalau kita rasa gelihati sebab gambar di atas tak masuk akal, gelakkanlah diri sendiri yang buat benda tak masuk akal. Walau apa pun alasannya.

DISCLAIMER:

Aku pun sama gak…Nanti ada orang kata aku macam bagus sebab macam tegur orang.
Apa yang aku tulis dalam blog ni, sebenarnya pertama sekali untuk mengingatkan diri aku sendiri.
Kalau tak buat nota, tak ingat. Bila tulis, rephrase, bagi contoh, ingat lama sikit. Okay? Jangan marah aku lagi. Aku pun lemah. Sama sama kita belajar improve diri.


Bila tengok keburukan orang istighafarlah sebab kita pun ada keburukan kita.
Bila tengok kebaikan orang, doalah supaya kita juga dapat membuat kebaikan yang sama.

Sila tengok perangai sendiri. Inikah alasan kita kelak didepan Rabbul Jalil?
Di depan Allah Yang Maha Pengasih?

Bila pasal:

Tak tutup aurat = takpe hati I baik
Tak tutup aurat = belum sampai seru
Dah tutup aurat = tak sempurna, ketat sana, kebarung sini, bentuk sini, benjol sana, jarang sini, nipis sana, seluar pendek sini, swimming trunk sana.
Dah tutup aurat = Aku Ok lagi apa..at least…………aku tutup….
Tundukkan pandangan = Nanti jalan langgar depan pulak
Solat awal waktu = Nak tengok ending cerita tv dulu
Solat awal waktu = at least…aku solat…
Bersalam bukan muhrim = Tak nak kecikkanhati/malukan orang tu
Sembang bukan muhrim = Bukan bernafsu pun
Sembang bukan muhrim = kitorang memang macam adik beradik
Mulut celupar = Dah dia kurang hajau….sapa suruh
Suka provokasi = Aku nak test je..muahahahaha
Suka marah = Aku ni memang genetically pemarah, nak buat macam mana
Suka salahkan orang = I am always right!
Tengok rancangan TV yang ada perempuan = Untuk ilmu pengetahuan
Study group bercampur = menuntut ilmu dengan orang berilmu takpe
Solat berjemaah = I busy, masa sgt berharga untuk I
Dengar ceramah = Ustaz tu cakap benda sama
Sedekah = Aku pun makan cukup2 je
Mengumpat = dia memang jahat, perangai burok, mestilah oran akan mengata
Mengumpat = aku tau la dosa..yang dosa dia buat kat aku boleh pulak?
Mengumpat = aku cakap benda betul, bukan tipu.
Dengar lagu cinta dan tak cinta = tak mengkhayalkan tak apa.
Bersanding = nak gembirakan hati mak bapak
Bersanding = untuk ambik gambar je
Bersanding = kawin ni sekali seumur hidup
Makan banyak = I lapar ni. Memang diri ini selalu lapar nak buat macam mana.
Tak tahajjud = I tak boleh bangun. I ni bukan morning person.
Tak sahur di akhir waktu = I ok je tak sahur. Takde beza pun.
Hukum hudud = nanti byk orang makan sup tulang
Tengok filem atau gambar lucah = Sex Education

Dakwah = tu kerja ustaz dan orang alim , I tak pandai
Dakwah = Tak kuasa aku nak pesan2 kat orang, aku tak perfect lagi
Dakwah = Zaman dakwah dah berlalu, sekarang zaman angkat senjata je
Dakwah = Aku dah hantar email pasal sirah Rasulullah SAW pada 1000 email address.
Dakwah = Cara moden lebih effektif, tanpa susah payah. Guna otak la brader. Jangan kuno sangat.

Dan banyak lagi dan lagi dan lagi alasan kita yang EGO!!!!!


Lihatlah tuan-puan bagaimana syaitan sudah berjaya, Tak payah hasut, kita akan terus lakukan perkara sedemikian hatta ketika syaitan di ikat.

Pasal babi memang kita faham, kot mana pun ia tetap HARAM.
Pasal perkara di atas, sebenarnya kita memang dah faham, saja degil. Takde alasan lain dah.

Lihatlah juga, bagaimana kita terpedaya.
Keliru.
Celaru.
Kerana dah sebati dalam budaya dan kehidupan.
Benda yang JELAS kita patut tinggalkan, benda itulah yang kita BUAT.
Allahuakbar….!

Salahkan iman yang lemah, jangan salahkan keadaan.
Andaikan duduk dalam kubur sorang2 depan malaikat, boleh ke loyar buruk lagi?

Nak ke mana kita ni…….??????? Oh..takutnye…

Namun on the positive side, jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Pintu taubat masih terbuka.
Teruskan hidup baru. Hijrah. Berubah dengan Istiqamah.
Sedikit2 ikut kemampuan, jangan ikut semangat berkobar. Nanti cepat jemu dan rasa berat.


Bak kata Tam Spider:

“Naik bukit kasi pelan2 kayuh, baru ngam ho orang panggil hero!”


-TASBIH KAFFARAH-


Friday, November 02, 2007

Kejap laaaaaaaaaaa!!!! Tak boleh ke???

Jika semalam,
Kita,

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, minum kopi, makan roti (weh solat subuh mana ? opss..siapa la buat lagu ni?…takde include solat pun…hish propaganda ke atas kanak2)
Kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja.
Smart card, identity card,handphone, bluetooth, kunci kereta, kunci laci opis, dan macam2 lagi.Nasib baik tak lupa.
Bini cium tangan suami, Anak cium tangan daddy.

Di Jalan raya,
Pantang kereta di depan lambat gerak, hon menjadi pengganti diri menyapa pemandu di depan.
Lewat, serabut, hangin satu badan.
Dah habis menempuh kesesakan baru sampai di opis, disambut kedinginan air cond. Lega sikit.

KRIINGG!!! Waduh…Baru nak breakfast, telefon dah berdering.
Email ternanti2 reply, sedang diri baru nak menarik nafas panjang.
Tapi, dah itu kerja kita. Carik nafkah. Macam tu la. Nak merungut apa lagi.
Habis kerja, bawak roh dan badan balik rumah,

Di depan pintu rumah isteri setia menanti,
Makanan panas pun dah terhidang di bawah saji.
Enak sekali air tangan isteri.
Penat seharian belum habis lagi, nak melayan kerenah anak lagi.
Apa nak buat, bapa mithali.
Kejap lagi dah nak tidur pulak, berehat berbual bersama isteri sambil menonton tv.
Kadangkala ada geli-geli,
Sungguh bahagia masa quality.
Takpe, kalau tak sempat menyapa jiran bertanya khabar, atau ke surau berjemaah, atau berdakwah, esok kan ada lagi.


Jika hari ini,
Kita,

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, minum kopi, makan roti (weh solat subuhmana ? opss..siapa la buat lagu ni?…takde include solat pun…hish..propaganda ke atas kanak2....)

Kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja. Smart card, identity card,handphone, Bluetooth, kunci kereta, kunci laci opis, dan macam2 lagi. Nasib baik tak lupa.
Bini cium tangan suami, Anak cium tangan daddy.

Di Jalan raya,
Pantang kereta di depan lambat gerak, hon menjadi pengganti diri menyapa pemandu di depan.
Lewat, serabut, hangin satu badan.
Dah habis menempuh kesesakan baru sampai di opis, disambut kedinginan air cond. Lega sikit.

KRIINGG!!! Waduh…Baru nak breakfast, telefon dah berdering. Email ternanti2 reply,sedang kita baru nak menarik nafas panjang.
Aiseyyy sama je macam semalam?
Letih la kalau gini.


Apa kata kita tukar script ?

Tiba2, jantung terasa terhenti.
Panik menjalar keseluruh pelusuk diri.
Badan kaku, sakit bukan kepalang.
Jantungku diserang!!!….Jantungku diserang !!!
Mata terbuntang, teringat kan hutang.

Hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi, hutang qada solat,
Hutang hak tak tertunai sesama manusia
Tersungkur, atau Terlentangg……bersama dompet, kunci kereta, kunci laci, IDcard, dan macam2 lagi.
Keluarlah roh dari badan dengan susah payah.
Sakit yang tak pernah dirasai.
Habis….Tamat….hanya sekian banyak itulah masa diberi.
Modal untuk beribadah di alam duniawi. Sorrryyyyyy…

Memang tiba-tiba dan tidak prepare pun,
Eh sekarang ke!!??? Aku muda lagi...anak aku kecik lagi..
Eh?! apa ni pegang-pegang?? rentap-rentap??!!!
jap laaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tinggallah segala kunci, swipe card, laptop, mp3 player.
Tinggallah segala hilai tawa bersama kawan-kawan.
Tinggallah usik-usik awek freshie di opis.
Tinggallah email forward dan lawak lucah dan seksi.
Tinggallah kerja yang menggunung tinggi , yang kononnya tak bolehternanti.
Tinggallah segala ulasan cerita tv malam tadi,
Tinggallah umpatan ke atas bos, rakan, artis yang tak disenangi.
Tinggallah ilmu di dalam dada yang belum amali.
Tinggallah Quran yang suci dalam debu di dalam almari.

Jika Hari ini,
Roh keluar dari opis tanpa swipe card.
Badan pun keluar tanpa swipe card.
Tapi melalui dua jalan berasingan.
Satu, mungkin diheret malaikai maut, atau terbang melayang melayang
Satu lagi, diusung sahabat-sahabat yang tersayang.

Isteri di rumah macam biasa setia menanti.
Mana abang ni tak balik2 lagi ?
Anak2 pun tak mengerti…sibuk tgk kartun di tv
Makanan panas dah jadi sejuk…belum basi…bawah tudung saji
Takde orang nak amik peduli..
Berita sampai ke rumah, menggoncang dunia isteri.
Orang ramai berbondong datang untuk persiapan rapi.
Tolong mana boleh sana sini,
Jiran yang tak pernah kenal pun datang tunjuk simpati.

Harta ada, rumah ada, kereta ada, cheque book ada, duit cash pun ada,pakaian banyak.
Tapi, esok pagi….
Pakai kain putih je…Kain kafan menutup diri.
Kain kafan teman sejati, selain amalan yang dikumpul sebelum mati.

Oh ye..Amalan………….Mana dia ? Kan dah banyak buat amalan?
Kan dah banyak buat sedekah, dan macam2?

Tak cukupkah?

Oh ye..tak ikhlas, syirik, riak…
Oh ye…kan ke banyak dosa?….dah terhapus segala amalan nampaknya.
Oh ye, segala kata2 yang main lepas sahaja,
Oh ye, segala buruk sangka....

Ah, alangkah bagusnya kalau banyak bertaubat dan banyak amalan sunnat.

Di manakah amalan sunnat?
Alamak..takde…
Keji orang buat sunnah yang banyak.
Diri tak nak buat, perlekeh orang yang ikhlas dan cuba nak buat.
Diri yang tak mampu, mengata orang riak secara melulu.
Diri yang segan, menyindir orang yang cuba cubaan.

Esok…
Pagi tak payah gosok gigi atau nak minum kopi.
Pagi..tak payah nak bangun2. sebab bukan pun tido dari malam tadi.
Kena seksa, kena palu, kena rejam.
Menjeritttttttttt……jauh sekali nak aman tenteram.
Tak payah ingat swipe card , kunci , dompet atau traffic jam.

Cuma ingat nak taubat dan tak buat.
Menyesal tak sudah..menyesal lagi dan lagi…menyesal yang abadiiiii....eiiii....

Kalaulah tahu macam ni..
Confirm tak buat benda lain lagi..
Berzikir dan bertaubat, dibibir meniti setiap detik dan hari..
Nak tampung segala dosa dan amalan jahat dengan amalan sunnat.
Berdakwah, menyempurnakan hak setiap manusia dan ummat.
Berdakwah, agar dapat membentuk peribadi dan akhlak mulia.

Sentiasa cakap kebesaran Allah tanpa jemu dan pilih bulu.
Ingatkan semua rakan dan sekutu.
Daripada cakap2 lagha tak henti dan takde hala tuju.
Ada saja nak diusik dan digelakkan.
Padahal tahu ia kesukaan syaitan.


Jangan risau pembaca sekalian.
Bukan saya ni berani sangat nak mati.
Diri sendiri pun tak pernah ready.
Dunia dalam diri hampir nak sebati.
Tolonglah kami Ya Allah, Ya Rabbi.
Cuma nak jadi bijak seperti yang di approve Nabi (SAW)

Mafhum hadith Nabi SAW.
Orang yang cerdik ialah mereka yang selalu mengingati mati dan bersedia ke arahnya.

***************************************************************************

Entry ini didedikasi kepada rakan2 yang dikenali yang telah pergi menemui pencipta di usia muda.

Allahyarham Kamal Erfan 1976 – 1994 - Malay College Class of 93
Allahyarham Wan Nasril 1977 – 1996 - Malay College Class of 94

Allahyarham Muhammad Jeffry Abdul Rahim 1976 - 2003 - PPP/UiTM ADP3
Allahyarham Mahrizal Asaari 1977 – 2004 - PPP/UiTM ADP3
Allahyarham Shahrol Nizam Yusoff 1976 – 2007 - Malay College Class of 93

Jazakumullah Khairan Kathira kepada arwah-arwah seperti diatas yang telah memberi peringatan kepada kami yang masih hidup.

Ingatlah….

Mati tak tunggu tua,
Maut tak tunggu sakit,
Jangan sampai ajal datang ketika leka,
Takut-Takut dosa banyak, amal pulak sikit.

AL FAATIHAH….