Monday, November 27, 2006

Test your EQ

This is a simple experiment. Takes less than 10 seconds. Kesan dia. Subhanallah.

What to do:


1. Type your name on the screen of your computer, font besar:


e.g. my name...


Ahmad Suffian Osman







2. Lepas tu add this title in front of your name that you typed, so it becomes:












Allahyarham Ahmad Suffian Osman






3. Cuak kan?



Good. Mari ingat mati. Dunia ni 60-70 tahun or maybe lebih singkat dari tu.
Kehidupan selepas mati Trillion x Trillion x Trillion Tahun = Infiniti Tahun

Apakah BEKALAN ANDA? Kalau dah ada 'title' kat depan nama tu..end of story...that'it..MUKTAMAD.....

TAKOT!

Thursday, November 23, 2006

Aku boleh murtad??? Nauzubillah

Kali ini, aku yang kurang ilmu ni akan cuba mengupas isu murtad……
*yawn..yawn..yawn..* - kedengaranan suara orang menguap tanda boring dengan tajuk ni..hehehe…

Tapi…bagi menghilangkan mengantuk anda….
Ini ada berita baik..
Isu murtad di sini, isi pentingnye bukan si Minah masuk agama lain sebab pakwe/suami,
Or anak pak kali masuk agama lain sebab terpengaruh dengan gerakan gereja atau pak pin buat agama sendiri sbb boring dgn agama lama, atau si polan dapat ‘wahyu’ dalam mimpi or masa pergi bertapa.

Isu murtad di sini…ialah bagaimana nak elakkan diri kita dari murtad dan memahami yang kita pun bila2 boleh murtad dengan aktiviti seharian kita….nauzubillah…

Bismillaa hirrahmaa niirahiim.

Mukaddimah:

Kalau kita tanya pendakwah muaalaf, apakah benda yang paling bernilai?
Rata2 ramai akan jawab, hidayah ALLAH. Akidah Islamiyyah adalah nikmat yang tidak ternilai.
Sahabat nabi semua pun muallaf.

Muallaf ni….memang best…Sebab diorang dapat compare. Dan dengan itu, diorang yakin dan bertambah yakin. Dan diorang pun tak nak orang lain terus sesat, maka diorang akan bersungguh2 pelajari ilmu ALLAH dan sebarkan.
Mereka tahu batas2 yang akan menyebabkan akidah mereke tergelincir sebab mereka telah melalui benda2 tu…

Namun, perasaan ini tidak dapat aku rasa. Kurang sensitifnye aku dengan permasalahan ini. Aku TERLALU sibuk dengan ilmu2 lain seperti fekah, muamalah, munakahat, Tak dinafikan SEMUANYA AMAT PENTING.
Tetapi yang paling penting ialah MENDALAMI dan MEMAHAMI ilmu tauhid, akidah, usuluddin dan seangkatannya.
Bagi diri aku, aku paham Allah itu Esa. Aku dah paham segalanya.
Sebab itu aku lalai bab ini…
Aku kata, “Aku dah yakin dah Allah ni ..Nak paham apa lagi????”

Maka di situlah bermulanya masalah aku….
Masalah kaum aku..

Dalam entry ni, aku nak cerita,
1. Apakah kelemahan aku sampai ramai sahabat sebangsa murtad.

2. Bagaimanakah aku pun berpotensi untuk murtad DAN ADAKAH AKU SEDAR HAKIKAT ITU?

Kelemahan aku.

Banyak kes murtad bukan calang orang. Mereka yang berpendidikan agama. Datuk Imam, Bapak imam, dia sendiri Ustazah sekolah rendah. Tapi akhirnya murtad.
Sedih? Heran? Tak Mungkin? Tipu? Palsu?
Tidak…ini benar…….Janganlah sedih…tapi marahlah diri sendiri…….sebab kalau aku tak marah kat diri aku, mungkin aku pun bleh murtad sebab aku ni, datuk bukan imam, bapak pun bukan, aku pun bukan ustaz. Maka risiko lebih tinggi..??? Nauzubillah

Aku sendiri tidak menggerakkan usaha2 mencegah murtad. Serangan akidah bertalu2 pada zaman moden ini. Terus direct masuk ke rumah melalui dajjal 4 segi (TV).

Aku tak mantapkan diri aku dengan ilmu akidah. Takde persediaan langsung. Takde strategi nak menghadapi musuh.

Masalah kat sini ialah kita tak kenal musuh. Kalau kita tak kenal musuh dalam perang, maka macam mana nak menang?
Jangan tuding jari kepada mubaligh agama lain sebab dah itu kerja mereka.
Bolehkah kita salahkan syaitan sebab menggoda kita di dunia? Bukan kah itu kerja mereka?
Sama seperti serangan akidah yang masuk ke rumah kita, terus kepada anak2 kita secara tanpa kita sedari.
Macam mana cara nak mantapkan hati kita dan ahli keluarga kita dengan akidah yang padu? Aku takde ilmu ni. Ilmu berjimak mantap…ilmu TAUHID yang satu ni??? Pergh…aku tak carik pun sebab aku ingat tak bleh terjadi kat keluarga aku…
Aku ingat aku dah pandai. Keluarga aku dah pandai dan faham benda SIMPLE ni.
Maybe sebab aku dilahirkan dalam keadaan ISLAM , sebab itu aku relax je bab ni….
Itulah maksud tak kenal musuh…
Tak de ilmu nak kenal musuh. Maka tak de ilmu jugaklah nak melawan musuh.

MUSUH
Maka musuh kat sini ialah diri kita sendiri.
Kita yang membenarkan semua ini terjadi.
Kita benarkan bisikan syaitan.
Kita benarkan kata2 propaganda atas alasan logik akal.
Kita benarkan open minded yang tidak terkawal dan tidak mengikut batasan dan tertib syariah dalam perbincangan.
Kita benarkan pergaulan bebas atas dasar perpaduan masyarakat majmuk.
Kita benarkan diri kita dan keluarga kita tidak terdidik.
Kita benarkan anak kita menonton kartun jepun dan omputih 24 jam sehari.
Tak termasuk akademi2 lagu dan sifu yang kita angkat martabatnye untuk menjadi mentor dlm rancangan2 tertentu yang membuatkan hati tidak dapat menerima makrifat Allah.
Maka akan tepatkah pandangan hati2 itu?
Akan tepatkah hati yang sentiasa dibuai perkara sia2 seperti sinetron.
Akan tepatkah hati yang selalu dibuai dengan kata2 puisi dan lagu2 nasyid yang menyebabkan kurangnye peratusan kita mendengar dan mendendangkan ayat2 al quran dan zikir kepada allah?
Akan tepatkah hati yang selalu mendengar nyanyian dan kata2 manis artis dan model2 iklan. Aurat2 mereka? Senyum mereka?

Pokok pangkalnya, Hati kita kena jaga supaya bersih. Perkara sia2 akan memudarkan hati. Zikir akan melembutkan hati.
Kata2 puisi manis ciptaan manusia aku suka dengar. Ayat Allah lagi perfect tapi aku tak suka dengar/hafal/kaji…….jahilnye aku..
Lalu aku pun inginkan altrenatif. Maka nasyidlah alternatifnye….Boleh ke?
Oh ..ampunkan aku ya Allah…

Juga kalau aku ingat blog aku ni alternative kepada information tentang ISLAM, maka aku salah. Ini hanya tambahan, dan bukan alternative. Kalau bukan tambahan pun ia hanya launch pad, dan bukan alternative dari berguru direct dengan ulama dan mendengar ceramah/kuliah agama dari ulama.

Kalau semua di atas kita benarkan….maka..kitalah musuh kepada kita..
Maka kenal lah musuh ANDA….dan bagaimana nak menghadapi musuh2 ini.
Moga dapatlah kita mengatasi kelemahan kita dalam isu ini.

Contoh soalan ilmu tauhid yang susah aku nak tangkis:

1. Muhammad ada ibu bapa seperti kita. Tapi Isa takde bapa. Maka dia adalah Anak Allah.
2. Siapakah NAbi terakhir? Bukankah Isa akan turun pada hari2 terakhir alam dunia ini?
Buat yang belum tahu, jawapannye di akhir rancangan.

Disebabkan kelemahan ilmu tauhid lah, kita juga tidak berdakwah pada bukan islam. Contoh satu kampung melayu, satu keluarga cina…Turun temurun keluarga cina tu masih dengan agamanya sendiri.
Aku takut nak approach sebab keyakinan tak kuat. Sebab Ilmu tak ada. Aku tak pernah carik. Tak yakin pada Allah sebenar2 yakin. Takut dengan dugaan Allah. Takut orang bukan Islam tu saman sana, saman sini. Tindas sana sini. Takut ISA, Takut serba serbi. Maka layakkah aku kata aku ni sudah mantap akidah?
Lihat sejarah bagaimana mantapnye akidah Sumayyah dan Yaseer. Keluarga yang pertama syahid di jalan Allah. Subhanallah!

Aku berpotensi? Layak untuk murtad?

Ye, sememangya semua orang berpotensi dan layak untuk murtad.
Bezanya cuma risiko itu besar atau tidak.
Jika kita sentiasa sedar dengan perkara syirik, maka kita akan agak terselamat. Namun berdoa2lah hari2 supaya kita mati dalam keadaan yan g baik (husnul khotimah)
Cuma, masalahnye, bila sebut syirik, kita akan ingat syirik besar seperti sembah berhala dan mintak pertolongan dari syaitan/jin

Syirik Kecil
Bagaimana dengan syirik kecil? Riak? Takabbur? Bagaimana dengan amalan masyarakat. Apakah yang mencemarkan akidah dan sekaligus boleh membatalkannya? Adakah aku tau????? Aku tak tau… L

Sifat riak dan takabbur ini amat perlu diperhalusi. Sentiasa lah beristighafar. Ingat allah banyak bila lintasan riak dan takabbur itu menjelma. Jangan suburkan ia dengan melayan dan memberi seribu alasan untuk membenarkan rasa riak dan takabbur itu.

Kurang rasa yakin pada janji Allah dan bersangka buruk dengan Allah juga amat bahaya.
Kata2 seperti

"Ya Allah, kenapakah kau uji aku macam ni," atau
"Ya Allah berat sangatkah dosa aku hingga kau tak tunaikan permintaan aku," atau,
"Ya Allah kalau kau MAHA mendengar permintaan aku, maka ko tunaikanlah hajat ko sebelum esok, atau macam2 ayat lain lagi."

Allah tak heran dengan ugutan kita untuk ‘menunjukkan’ kekuasaan atau kewujudannye. Janganlah kita bagi ‘kata dua’ pada Allah. Wajiblah kita yakin dengan apa jua keputusan Allah adalah untuk kebaikan kita.

Juga kalau kita baca apa2 ayat Allah or even buat solat hajat, jangan bergantung pada ayat tu (yang ni semua orang tahu) Cuma apa yang aku baru tahu ialah:
Buat semata2 kerana Allah suruh buat.
Baca semata2 nabi mengajarkan itulah caranya untuk Allah tolong
Itu cara paling selamat.

Kurang yakin juga dapat kita paham dengan contoh2 ini:
Aku buat kerja sebab nak amik hati bos, baru bleh gaji naik.
Aku tak boleh pegi solat dhuha waktu pagi sebab waktu tu paling best kita focus kerja
Aku tak boleh solat berjemaah sebab nanti tak khusyu
Aku tak boleh tegur orang sebab takut orang tu kecik hati
Aku tak boleh jaga kain orang sebab nanti orang tu kata aku nak tunjuk pandai
Aku tak boleh confident dengan apa yang aku tahu sebab nanti aku salah.
Aku tak boleh yakin 100% sekarang sebab kelak, in future aku kena jilat balik ludah aku. etc…………..

Nasihat aku untuk aku :
Usahakan dengan ikhlas apa yang aku ada/tahu pada hari ini, dan Allah akan tambahkan pemahaman dan iman aku..InsyaAllah

Amalan masyarakat
Masyarakat kita juga masih dengan bomoh, tangkal, horoskop dan sebagainya. Adat melayu misalnya terlalu totok dengan perkara2 yang berkaitan (read: menyamai) agama hindu. Bersanding umpamanya. Menepung tawar. Itu semua bukan budaya orang India, tapi amalan keagamaan hindu.

Ada yang ‘pandai’ ni kata,” Alaa….kita tiru je, bukan niat apa2 pun…dah adat, bukan kita ikut agama hindu, kita buat je..takde maksud apa”

Kalau begitu aku kata, “ Kalau aku letak satu berhala, pastu kau pergi depan berhala tu, rapat dua tapak tangan, letak kat dada, and tunduk sikit (macam hindu semayang), tapi jangan niat apa2..boleh ke?”

Membenarkan seusatu itu adalah dengan
Hati
Lidah
Perbuatan

Nah…..skang macam mana? Nak bersanding dan menepung tawar lagi ke?
Aku takut…..sebab dah boleh tergelincir akidah ini macam.
Amatlah bahaya bagi orang yang dah murtad, tapi tak sedar…Nauzubillah

Tu belum lagi tepung tawar rumah, gantung paku, kain kuning, letak quran/yassin bawh bantal bayi, letak gunting, pulut kuning, hantu malam, hantu maghrib, jembalang, budak meracau nanti, tak bleh tengok, tak bleh angkat macam ni, peganng macam ni, taboo…dan byk lagiiiiii arghhhh..pening akuuuuu……
(aku baru dapat anak , maka banyaklah benda2 mengarut 100% yang dicadangkan untuk diamalkan. Terpaksalah aku explain satu persatu..dan mulanya menjadi koflik, namun lama2 semua pencadang tadi boleh terima ..hehehe…Alhamdulillah…)

Marilah kita me-renew syahadah kita skang jugak dan bencilah kepada atas segala benda yang telah kita lakukan terdahulu, yang menyekutukan Allah, secara kita sedar atau tidak.

“Ash ha du alla ila ha il lallah, wa ash ha du anna muhammadar rasulullah”



Oh ye..sebagai penutup, ni jawapan kepada soalan tauhid tadi…
(Aku pernah try explain ni dengan seorang non-muslim dan seorang muallaf. Dua2 dapat terima benda ni dengan positif sekali. Sebab ilmu tauhid itu mesti guna logik akal, tapi ilmu syariah tidak)

1.Nabi Adam dan Siti Hawa juga tidak ada bapa. Malah mereka tidak ada ibu . Adakah mereka ini anak tuhan? Kristian tidak menganggap mereka anak tuhan…kenapa pulak? bukankah kejadian ini lebih pelik dari Isa yang ada ibu? Kenapa mereka tidak dianggap anak2 tuhan yang sulung???

2.Sebagai contoh, saya ada dua anak lelaki. Ahmad dan Ali. Abang nama Ahmad. Abang pegi oversea. Ali (adik) meninggal. Lepas tu abang (Ahmad) balik semula ke Negara. Adakah abang (Ahmad) itu anak terakhir? Bukankah adik (Ali) tetap anak terkakhir?

p/s – aku yang selalu rushing dlm membuat entry..maafkan daku sebab keja byk and kat umah busy jaga bini dalam pantang…

Monday, November 20, 2006

Dengar ye Harraz...

Mukaddimah :

Tipooooooo,
Tahu benda tu tipu,
Tapi masih kena tipu,
Tahu kena tipu,
Tapi masih suka kena tipu,
Bukan saja suka kena tipu,
Tapi diri sendiri pulak di tipu,

Kalau orang kata kita BODOH SEBODOH-BODOHNYE, maraaahhh….
Kalau orang ingatkan, banyak pulak kita punye helah,
Kalau orang tegur agar jangan dibiarkan ditipu, kita kata boleh blah!
Kalau orang tegah pulak, nanti kita nak belasah!!
Last2 orang pulak kata boleh blah lah…..tinggal lah kita sorang yang kena tipu dengan parah…


Sesungguhnya dunia ini adalah tipu daya. Sementara. Akan musnah. Akan hancur.
Yillek.Zero.NOTHINGGGG..GG..GGG…
Akhiratlah yang kekal selama-lamanya..

Arakian, tanggal 17 Syawal 1427 Hijriah, bersamaan 9 November 2006 Masehi, lahirlah seorang lagi umat Islam ke dunia ini.
Setelah berada di alam ruh, dan alam rahim, maka inilah alam ketiga buat Shabil Harraz.
Di Alam inilah medan ujian yang berat sedang menanti Harraz. Di Alam yang penuh sarat dengan tipu daya syaitan…..awwwaaasss….

Pesan Abu Harraz kepada Ibnu Ahmad Suffian: (ala2 pesan Luqman kepada anaknye, versi buat sendiri – segala yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan sendiri, namun hakikatnye dari Allah jua)

Wahai Harraz,
Junjunglah kehidupan akhirat yang abadi, dan jinjinglah kehidupan di dunia yang sementara dan dianggap seperti bangkai ini.
Berpegang teguh lah dengan tali Allah dan JAUHILAH BIDA’AH dan ISLAM MODEN/KONTEMPORARI.
Basahilah lidah mu dan terangilah hatimu dengan Al-Quran sentiasa.
Ikutlah panduan Al-Quran dan Sunnah Kekasih Allah.
Carilah guru yang hakiki dan ilmu Allah.
Bergaullah dengan orang2 yang warak.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.

Wahai Harraz,
Sentiasalah mengingati mati dan bercita2lah untuk syahid di jalan Allah. Janganlah kau takut mati dan cinta dunia seperti baki sifat buruk yang masih wujud dalam diri ayahandamu.
Berpesan2lah kita agar sentiasa mengigati Allah bagi mendapat keredhaannya.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.

Wahai Harraz,
Usahalah atas agama Allah dengan sebenar2 yakin dan bersungguh.
Sampaikanlah ayat2 Allah dan Sabda2 Muhammad SAW.
Luangkanlah masamu untuk agama Allah.
Terhegeh2lah kau mendampingi Agama Allah dan bukannye mengharapkan agama itu datang kepada mu dalam kelas agama kat skolah atau kelas fardhu ain, atau internet.
Carilah ilmu Allah dan sebarkanlah.
Semoga kau hidup dalam jemaah dan kau menjadi sinar kepada jemaah yang kau perjuangkan.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.

Wahai Harraz,
Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga ini, Maka adalah tanggungjawab untuk kau menjadi pelindung kepada ummi dan kakak serta adik2 mu (InsyaAllah)
Kau patut menjadi contoh dan teladan serta pembimbing mereka selepas ayahandamu.
Maka dengan itu wajiblah kau menuntut segala ilmu akhirat dan secebis ilmu dunia untuk kau menyiapkan diri kearah itu.
Tuntutlah daripada ayahandamu, bondamu dan guru2 mu. Dan jangan sekali2 kau tidak mengamalkan apa yang kau telah tahu.
Serta kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.


Wahai Harraz,
Jika kau nampak permainan yang mahal2 ingatlah bahawa ayahandamu tidak akan membelikannye, kerana bersedekah kepada yang memerlukan adalah amat dituntut. Walaupun kau boleh assume ayah yang pokai, tapi hakikatnye, harta tidak patut dibelanjakan ke arah permaianan yang mahal2 yang boleh menghalang anak2 dari mengingati Allah dan memahami agama.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.

Wahai Harraz,
Jika kau mahukan percutian2 yang hebat (seperti ke gold coast ostolia, south afrika 2010 (world cup), dan juga ke Disneyland, hatta ke sunway lagoon sekalipun ingatlah bahawa ayahandamu tidak berkehenddakkan itu semua kerana melakukan usaha pada agama Allah itu lebih utama dari percutian di dunia sementara ini.
Sesungguhnya itu telah menyimpang dari jalan yang ditunjukkan oleh Kekasih Allah, SAW.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.

Wahai Harraz,
Jika kau nampak kereta2 mewah dan rumah2 mewah, janganlah kau idamkannya seperti yang pernah ayahanda dan bondamu idamkan. Sesungguhnya itu semua adalah tipu daya dunia ini ke atas insan di dunia yang sering lupa ini. Semua itu tiada kebaikan selain dari tujuan bermegah dan memuaskan diri sendiri.
Berbakti dan tolong menolong dan berkorban pada agama Allah adalah lebih wajib tuntutannye.
Apa2 hal pun, lain kali, pegi haji dulu baru beli rumah tau!..
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.


Wahai Harraz,
Jika kau nampak aweks2 berkeliaran dan pakaian yang canggih , hatta yang bertudung litup, janganlah kau pandang lama2 (terpaku) atau kau syok pulak.
Hendaklah kau alihkan pandangan mu dan rendahkanlah sentiasa.
Kalau kau bukak dajjal 4 segi (tv) kau mesti selalu nampak manusia berpakaian tapi hakikatnye berbogel. Beristighafarlah banyak2…
Itulah fitnah dajjal 4 segi. Maka ayahandamu sarankan, kau jauhkanlah dirimu dari dajjal 4 segi.
Kalau kau pergi ke pasar, belilah yang perlu sahaja dan teruslah pulang ke rumah. Janganlah kau biarkan dirimu berada lama2 di tempat fitnah dunia.
Aweks sekarang, perghh………..seksiiiiiii (read: seksaaaa Allah amat berat!!!)
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.

Wahai Harraz,
Jagalah hatimu. Jangan biarkan titik hitam mengeruhkan hatimu untuk menerima cahaya makrifat dari Allah…Peliharalah ia sebaik mungkin…
Di dalam diri seseorang terdapat seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah diri orang itu dan sebaliknye.
Daging itu adalah HATI
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.

Wahai Harraz,
Since abi buat pesanan ni spontan (kurang 1/ 2 jam)….maka, apa2 yang tak cukup, kalau ingat, nanti abi tambah lah…kalau tak, lain2 boleh tanya bila masa untuk bertanya tiba..wokkeh…

Salam perjuangan.....
Abu Harraz.

Friday, November 10, 2006

SHABIL HARRAZ BIN AHMAD SUFFIAN

Salams...

Dear readers....(ramai ke?)

This is to announce the arrival of SHABIL HARRAZ BIN AHMAD SUFFIAN on 17 SYAWAL 1407 (09/11/06) to this world of deceiving.....temporary world...and medan ujian....

Please pray for him for his health. He is just 35weeks old (normal mature baby should be at least 36 weeks)

He is recovering well ( and not to forget the mother as well.)

I will be away for these 2 - 3 days...

Jangan nakal2, jangan main hujan...hati2...tengok kiri kanan...majuuu....

Be good, remember Allah...always...now...now...now + 1 second, now + 2 second, ..........now + n second, where n is infiniti.....

Please oso pray that Harraz will be a good da'i and benefits people around him with knowledge and reminder of life after death...

Like the name...Shabil Harraz.....Bintang yang Warak...
Amiiin...

p/s - The water will go upstairs in my head around 40 -60 days.... :)

Thursday, November 02, 2006

Marilah menghargai barang mainan dan berkongsi bersama anak jiran

Kisah ini berlaku di negeri ISSOTONGBOLA

Abdul Wahub ada seorang anak yang bernama Suleiman Akhlaken.
Suleiman baru berusia 6 tahun. Tapi dai sangat petah bercakap.

Abdul Wahub teramat sayang akan Suleiman dan menjaganya seperti menatang (bukan binatang ckp bahasa ganung) minyak yang penuh.
Segala kemahuannya dituruti.
Al Maklumlah, anak lelaki sulung seorang.

Hari2 Suleiman akan suruh Abdul Wahub belikan barang permainan. Since dia I kaya dan jutawan serta hartawan, takde la masalah utk dia beli kan anak dia.

Sampai lah satu hari, Abdul Wahub pergi ke store rumahnye untuk mengambil barang lama. Dah lebih 6 bulan dia tak pegi store sebab orang gaji je yang kemas and jaga store.

Bila dia bukak pintu store, habis semua barang jatuh ke atasnya. PENUH dan padat rupanya store rumah dia. DIPENUHI barang2 mainan si Suleiman.

Isk..isk..isk……pening kepala si Abdul Wahub sebab dia ingat kat bilik Suleiman je dah penuh barang mainan. Rupenye kat store pun dia buat personal storage barang mainan dia.

Maka, terpikirlah dia betapa banyak nye barang mainan Abdul Wahub. Dah lah tu..tak pernah main pun..masuk store jeeee…..
Nak buat apa mainan banyak2 ni? Nak bagi kat adik, si Suleiman ni dah takde adik. Ye lah, mak Suleiman ni, si Enon tak nak beranak lagi dah..nak jaga badan katanye…

So dia pun panggil lah si Suleiman, untuk menerangkan masalah ini.

Abdul Wahub, “ Sulei, aboh tengok banyok doh barang mainang mung…penuh habih ghumoh kite. Store pung dok muak doh?”

Suleiman, “Alaa….aboh…tu semua doh beh doh…doh lame….doh bughok, outdated kate orang kolumpo”

Abdul Wahub, “ Ginilah Sulei. Aboh sujjeh (suggest) kita dok yoh beli lagiloh mainang banyok2 ning. Bazir. Paka hok ade2 dulu. Nok banyok2 nok wak mende? Nanti bile2 kite gi tamboh lagi deh? Hok ade tu pung, bukangnye nok share ngang jirang….”

Dengan selamba si Suleiman mematahkan kata2 bapanye..,” Alaaa..aboh ning…same le kite…aboh ngan Sulei dua2 nak benda lebih, tapi dok paka…dok share pung ngan kitorang”

Abdul Wahub,”Mende pulok? Nok bende lebih, tapi dok paka? Aboh ada satu bini je. Mok mung tu le..Nok share kemende?”

Suleiman, “ Ish..ke situ pulok….aboh tu, gi sejid (masjid) dengor kulioh agama, bace buku agame, bace kitak (kitab), bace kur ang (al quran), bace hadith, tgk al kuliyyah dan macang2 lagi sebab nok tamboh ilmu. Banyok doh ilmu aboh, tapi Sulei tengok aboh macang tu jugok. Dok buak pun hok ilmu2 tu suruh.. Doh guane?
Aboh nok sipang (simpan) sapa bile? Syok kumpul ilmu, tapi dok amal hok ade2 ..dok buleh gitu aboh…."

GULP………terkedu Abdul Wahub.
Memang benar kata anaknye…….
Sunnguh banyak ilmu yang dia dapat dari pembacaan dan pembelajaran.
Tapi berapa peratus yang dia amalkan?
Addusss……..

Contoh ilmu si Abdul Wahub:
1. Mengumpat itu HARAM dan berdosa serta menghapuskan amalan kebaikan.
Maka jauhilah mengumpat.
Kalau terbuat – Istighafar, mintak maaf

2.Haram melambat2kan solat dengan sengaja seperti tengok tv, berbual, bekerja
Maka solatlah awal waktu
Kalau terlewat, bila teringat2, cepat2 istighafar dan bersegeralah

3. Tengok perempuan (muka, mata, bibir, hidung, dada dan buah-buahannya, belakang, rambut, bontot, kaki, tangan, perut, tudung) Semua tu menghapuskan amalan kebaikan
Maka bila tertengok, or tersengaja tengok, beristighafarlah cepat2….dan berpalinglah, serta beringatlah akan siksa Allah segera…

4. Tengok TV( Drama, Movie , rancangan hiburan, iklan – yang ada unsur2 dedah aurat, menjolok mata, lagha, dunia, perempuan cantik, lucah, lalai, leka)
Semua tu dah terang-terangan berdosa.
Maka elakkanlah dari melihat rancangan2 yang tak memberi faedah, malah berdosa pula.

5. Dengar lagu (Suara2 lunak datin2 dan dato2 yang menyanyi, lagu memuji paras rupa dan kecantikan wanita, lagu2 ghairah, lagu2 cinta kepada bukan isteri , ibu, ayah, nenek, datuk, kakak, abang, adik atau anak.)
Semua tu nyata dan jelas dosa.

6.Pergi majlis hiburan, berkaraoke, campur gaul lelaki perempuan tidak berbatas, kata2 manis perempuan, IM, YM dan chatting.

7. Isteri tak pakai tudung. Minyak wangi menusuk hidung lelaki lain, lipstick merah menyala.

Itu baru 7 ilmu…banyak lagi ilmu Abdul Wahub yang simple2…dan ilmu yang berat2 pun banyak…

Tapi tak satu pun dalam yang tujuh ni Abdul Wahub buat…
Sibuk nak baca kitab lagi, nak carik ilmu lagi..hadith lagi, jejak rasul lah….
Tapi yang memang dah ada…..tak amalkan…..

Nanti ILMU tu akan memakan diri sebab tak di amalkan. ngap..ngap..ngap..

Apakah jenis peringatan lagi yang Abdul Wahub dan kawan2nye yang membaca blog ni nak????????????(termasuk aku..aku la kawan abdul wahub)
Aku pun samaaaaaa……Aku punnnnn….. Apa yang payah sangat nak paham dan buat????????
Itulah….selagi tiada hidayah dan taufiq dari Allah….
Selagi itulah Syaitan akan bermaharajalela dan menipu kita….

Cam mana nak dapat hidayah Allah supaya diberi kekuatan???
Niat dengan ikhlas, ingin memperbaiki diri dan mengakui semua dosa. Taubat nasuha. Barsegera kembali kepada Allah….dan jangan berpaling lagi…

Marilah….marilah….marilah…bersama mengamalkan ILMU supaya dapat menambah ketakwaan dalam diri dan menaikkan IMAN…

Jangan tunggu lama2…….

p/s – aku yang sedih sebab ramai orang di sekeliling abdul wahub meremehkan peringatan-peringatan ‘picisan’ seperti ini (mungkin)

Ya Allah, kurniakanlah, aku, dan mereka yang membaca blog ini, KEKUATAN untuk MENGAMALKAN ILMU yang Kau HADIAHKAN, dan supaya kami sentiasa beristiqamah.
Setelah itu Kau tambahkanlah ILMU dan IMAN kami dan tambahkanlah KEKUATAN supaya Kau tetap “TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS, JALAN YANG ENGKAU BERI NIKMAT PETUNJUK, DAN BUKAN JALAN ORANG YANG KAU MURKAI DAN JALAN ORANG2 YANG SESAT” (1:6-7)

Semoga kami dan keluarga kami sempat bertaubat dan kembali kepadamu sebelum kau memanggil kami kesisiMU

KAULAH YANG MAHA MEGKEHENDAKI

Adakah Suleiman akan meminta barang mainan baru tanpa menghargai barang mainan lama? Dan adakah dia akan berkongsi mainannye bersama rakan2 sejiran?

.......adakah akan bersambung di episod akan datang??

Wednesday, November 01, 2006

Masihkah kau ingat?

MATI

Satu perkataan yang menakutkan. Dikaitkan dengan hantu. Di kaitkan dengan seram. Di selubungi dengan……. misssterriiiii……

Ya, memang misteri. Sungguh misteri yang bukan hanya nusantara..tapi di seluruh dunia ini. Semua orang, bangsa takut mati. Eeii…ngeri……

Sungguh misteri sekali mati itu hinggakan orang tak nak ingat. Kalau boleh tak nak sebut. Kalau boleh jangan sebut. Kalau boleh takde perkataan tu pun takpe.
So bila jadi macam tu,orang selalu lupa.
Orang dah tak ingat betapa signicantnye mati tu dalam kita menjalani hidup kat dunia.
Betapa TERAMAT pentingnye mengingati mati itu..

Padahal Rasulullah SAW sabda,” Orang yang paling bijak antara kamu ialah mereka yang sentiasa mengingati mati”

Kalau kita kerja engineer, kita ni PHD, kita ni ahli akademik di universiti tersohor, kita ni akauntan bertauliah, kita ni terer merempit, terer cakap belit, kita ni cendikiawan, kita ni doctor pakar tapi kita tidak selalu mengingati mati, maka takde lah terel mana dan tak lah bijak mana.

So kalau kita tak dapat jadi seperti pakar2 yang tersebut di atas tu, atau kita tak dapat anugerah cemerlang masa kat skolah or kat universiti, inilah masa nye kita nak jadi pandai dan bijak (mengikut definisi Rasulullah SAW, Kekasih Allah)

Mengingati mati secara konsisten akan dijamin dari mengelakkan berbuat dosa dan kejahatan. Baik dalam toilet sorang2, dalam selimut berduaan, dalam bilik hotel, dalam rumah urut, dalam kepala otak, di tempat kerja, di dalam kereta, di rumah, di majlis pesta keramaian, di hari raya, tengah instant message, tgh chatting dan di mana-mana pun…

Pesan Rasulullah SAW lagi, mengingati mati boleh mengatasi keriangan dan keseronokan.

Ye la, bayangkan kalau kita ingat kita nak mati bila2, seminit lagi ke, dua minit lagi ke, sejam, sebulan, even setahun kita tak kan rasa nak bergumbira. Mesti kita beramal ibadat tanpa henti……sob sob..sob…menangis setiap kali berdoa.

Lagi pesan Rasulullah (lebih kurang maksud) “Kalau kamu tahu apa yang aku tahu (tentang pembalasan hari akhirat) tentu kamu akan lebih banyak menangis dan kurang ketawa/bersuka.”

Tapi kalau tak ingat mati, kita akan rasa dunia untuk keseronokan, kesenangan dan hiburan. Hiburaaaaaannnnn tak habih2…..

Rasulullah SAW sabda lagi, mafhum “Hidup di dunia ini seperti seorang musafir”

Nabi Isa pulak sabda “Dunia ini adalah seperti jambatan. Seberangilah ia dan jangan lah kamu membuat binaan di atasnye (lebih kurang maksud)

Are you ready? Macam mana nak ready?

Budak sekolah pandai macam mana pun, genius ke , gifted ke, mesti sedikit sebanyak buat preparation bila nak SPM. Habis2 malas belajar pun, solat hajat, doa, mintak berkat guru, dan macam2 lagi.Macam kat opis aku, semua orang pandai belake, pun gelabah gak prepare nak audit.
Sama jugak untuk MATI. Kita mesti prepare untuk mati dan kehidupan selepas mati.
Banyak exam, audit nak kena lepas. Yang payahnye, tak tau datenye bila.
Tarikh sessi soal jawab dan audit tu takde orang bagi tahu.
Oleh sebab tu, lebih lebih lagilah kita kena prepare.
Kita kena prepare untuk kehidupan selepas mati LEBIH dari kehidupan sebelum mati.

“Carilah bahagianmu di akhirat, jgn lupa bahagianmu di dunia.”

Beramal seperti kau akan mati esok hari dan bekerjalah seperti kau akan hidup selamanya.”

Dalam al-quran pun byk mention pasal mati dulu, baru pasal hayat (hidup). Allah sengaja sebut MATI kat depan ayat, baru sebut pasal hidup.
Mesti ada sebabnye. Nak suruh kita mendahului mengingati mati daripada ingat hidup.

Mati sebagai seorang mukmin
Sungguh beruntung orang yang tau bila dia nak mati dan sedar serta kembali kepada Allah.
At least orang yang tau dia nak mati..boleh bertaubat bersungguh sebab pintu taubat masih terbukak untuk dia.
Takde lah kena spot check macam kebanyakan mat rempit yang mati katak dan tak sempat nak prepare (mungkin ada yang dah prepare kot)

Macam mana nak lari dari MATI? Boleh ke?
Ada cerita tradisi dari Kuthaimah RA.
Ada sekali tu, pada zaman Nabi Sulaiman, malaikatul maut (Izraeel AS) menjelmakan diri dalam bentuk manusia dan merenung tanpa henti kepada seorang mamat ni. Lama ditenungnye sampai akhirnye mamat tu pun tanya la Nabi Sulaiman
“Siapa orang tu?”
"Malaikat maut", jawab Nabi Sulaiman
“Kenapa dia tenung aku macam nak cabut nyawa aku?
“Apa yang ko nak sekarang?” Tanya Nabi Sulaiman

“Bawa aku lari ke India. Aku tak nak tengok malaikat maut tu”
Nabi Sulaiman pun memerintahkan awan untuk mengangkat mamat tu ke India.

Bila mamat tu dah pergi, Nabi Sulaiman Tanya malaikat maut,
“Kenapa yang ko pegi tenung mamat tu?”

Jawab malaikat maut,
“Aku tadi heran apsal Allah suruh aku cabut nyawa mamat tu kat India, padahal dia ada kat sini bersama mu Sulaiman..”

Moral of the story: Memang ajal maut tarikh dan tempat dah ditentukan. Tak leh nak elak.

Marilah kita mula mengingati mati setiap hari, detik dan saat.
Dengannya hati akan jadi tenang.
Tapi itu bukan alasan untuk malas berkerja dan berusaha. Cuma ia boleh dijadikan sempadan untuk rehat dari bekerja dan tidak mendahului boss daripada Allah.
Maksud rehat bekerja kat sini ialah,

1) 9 pagi pergi solat Dhuha
2) 12.30 tghri baca Al Quran/Kitab2 Ilmu/Tazkirah surau and prepare untuk berjemaah Zuhur
3) 1.15 ptg solat Zohor berjemaah awal waktu
4) 4.15 ptg solat Asar berjemaah awal waktu
5) 7.15 ptg solat maghrib berjemaah awal waktu (walaupun tgh sibuk bekerja, plan lah kerja tu elok2)
6) 8.30 ptg solat Isya’ berjemaah awal waktu (kalau dah kat rumah tu pegi la masjid/surau. Kalau yang masih kat ofis, make sure berhenti kerja luangkanlah masa untuk menyahut seruan Allah. Kalau yang dah nak balik, tunggu la kejap, solat dulu, manatau eksiden ke karang….
7) Lepas isya’ bacalah Al quran, kitab2 ilmu, ta’alim kepada anak bini, kelas agama

My point : Luangkanlah masa untuk Allah sebab kata ahli neraka, (lebih kurang maksud)
"Ya Allah, keluarkanlah kami kedunia barang seketika untuk kami bertaubat, beribadat dan menyembah dan mengesakan kanMu"

Tapi jawab malaikat Zabaniah,
“ Itu semua omong kosong, Masa untuk beribadat telah berlalu, Nah sekarang terimalah balasan dan siksaan ini atas perbuatanMu”

Ye la..dulu dah beri peringatan atas dunia. Dah diberitahu, ada kesihatan, waras, tapi tak amalkan jugak sepenuhnye seruan dari Allah.
Orang yang beri peringatan tu pulak kita pandang slack.

-JUMUD lah,
-ketinggalan zaman,
-perasan alim,
-kubur kita lain2 tau,
-apa jaga tepi kain orang,
-macam dia bagus sangat,
-asyik solat je tak produktif langsung,
-menganggu orang nak tido la azan ni
-janggut nabi panjang sebab takde shaver Gillette
-makan pakai tangan, eii jijik.
-Jilat tangan pulak tuu..eeii…pengotor..
-Minum pun pakai tangan kanan, abis la kotor gelas ttuu..eei..tak senonoh..
-Janggut panjang…eeii..geli..berbulu sana sini….tak hensem
-Buruk benor pakai seluar senteng ni?
-Baju dah lusuh pun pakai lagi?
-Apa la pakai tudung kat budak2 kecik?
-Nak borak ngan bini dia pun jeles
-Apsal tak nak salam ni? Orang nak beraya, nak mintak maaf (pompuan kata kat lelaki – vice versa)
-Pakai kopiah macam orang tua (hallo..apasal org tua je boleh pakai kopiah?Sebab dia nak mati??? Kita? Tau bila mati??..)
-Pakai serban perasan macam ulamak konon
-Pakai jubah macam orang alim,
-Asyik cakap apsal agama, mati, siksa kubur, siksa neraka, syurga…rimaslah…tak de ceirta lagi sensasi ke? Up to date lah sketttttt..
-Blog ngko ni boring aa..dulu best..skang asyik citer ntahapahantah…
-Aku dah tau, tak payah nak ingatkan aku pasal hukum,
-Tak habih2 benda sama…borrrriingg..
-Apa ni? Kawin pun tak bleh sanding? Kawin apa namanye?
-Nantilah aku solat zuhur, err..asar kul bape ek?aku ..tengah concentrate buat kerja ni.
-This is my most produktif time, ko ajak gi solat dhuha plak

-DAN MACAM2 LAGI KATA2 ANGKUH dan MACAM PANDAI TAPI BODOH…oops..JAHIL (kang kata bodoh marah…)

Untuk selamat, setiap apa yang kita buat….mestilah ada kaitan dengan hari sesudah mati….

SUDAHKAH KAU INGAT?...

p/s - aku dah ingatkannnn....
p/p/s - bila aku dah mati, ingatkan nak aku untuk doakan untuk aku