Saturday, December 31, 2005

Mastura kena perah

Asal : Surabaya
Umur : 19 tahun
Skill : Mengemas rumah dgn teramat terel dan cekapnye....

Aku kenal Mastura ni minggu lepas. Bos dia buat bisness kemas rumah orang dgn bayaran RM10 sejam. Memang berbaloi la sebab dia keja cekap. Berkilat rumah aku, habuk-free environment.

Lepas dia habih keja, sementara tunggu bos dia dtg, aku n wife berborak la dgn dia.

Dia kata dia dah dtg malaysia dah dekat 3 tahun (which means when she came she was only 16??!! berani sungguh..dah lah org nye kecil molek)

Sebenarnya dia keja umah boss as maid biasa. tapi yang buat aku terkejut beruk tu (sebenarnya aku tak paham kenapa org kata terkejut beruk..beruk punye terkejut lain daripada binatang lain ke?) ialah, dia dapat 100 ringgit extra je sebulan sbb keja rumah orang. and dah 3 tahun tak balik, and going to be four by next year, baru boss dia janji boleh balik kampung.

kira boss dia untung giler. mana tak nya, after kemas rumah boss pagi2, then boss dia start export dia buat keja kat umah orang. katanya sampai malam jugak lah.

o.k lah kata la dari 12 tgh - 9 mlm dia keja say..5 jam = RM5o sehari
kalau seminggu? RM350. sebulan? = 1400!! wow!! itu minimum punye kira2. maybe dia keja lebih dari 5 jam sehari. aku nak book je full. kena bagitau in 2-3 days in advance tuu...

memang kaya giler. sian aku dgr citer dia. rasa cam dah tak sanggup nak suh dia kemas umah aku lagi.
tapi sbb dia kata akan dapat sorang lagi kawan, so hopefully dia tak teruk sgt lah lepas ni. bleh aku upah dia lagi..hehehehe..kejam jugak ke aku dalam kes ni?

Selamat menjamu selera....

location : restoran warisan asli, bukit tinggi, klang
time : dinner

"Selamat menjamu selera" kata aishah sambil menoleh kat ku dan memberikan senyuman terayunye. waduss......tersentak sekejap aku. Tapi dengan keadaan penuh control, aku buat selamba kodok je (pinjam phrase afdlin jap). Mana tak nye, bini depa mata. Tapi sepandai-pandai kambing mengembek bila nak hujan, kena jugak hujan tu. Bini dah perasan aku dok usha budak tu from the beginning. tup tup..dia terus kata,

"Tengok la...yang ni boleh tengok. patutlah, comel."

uikss....??? biar betul apa aku dengar. bini aku kasik tengok anak dara? dia tak marah?
memang la budak tu nampak sopan, ayu, gadis kampung look (yang aku mmg minat).

aku pun cuba berpijak di bumi nyata. ini mesti dia nak reverse psycho aku balik. malunye aku. nampak sgt aku ni kaddang kaddang gatal tgk pompuan. weeeii..dah kawin pun nak usha tgk2 pompuan. tak baik tau..tapi mmg susah la nak kawal tabiat ni..heheheh...tapi dgn reverse psycho yang terbaru ni, aku rasa kena kawal and cover byk lagi lah.

bila dia kata boleh tgk, lagi la aku rasa nak tgk sbb bini aku ni tau taste aku cam ner. so aku confirm lah budak pelayan restoran ni mmg ayu muka kampung.
tapi....rasa tak sedap plak. mmglah kalau ikutkan buat muka tak malu je..tapi...? barulah aku tau penangan reverse pyshco dia ni...

at last aku pikir, bini aku ni la pompuan yg best dpt kat aku. jadi bini aku pun dah cukup baik. tersangat baik. aku ni yg slalu naughty. dua hari lepas genap 4 tahun anniversary. aku ni tak habih2 nak tgk anak dara lagi... or sometimes mak orang..hehehehe..depends la

so azam tahun baru, nak kurangkan tengok pompuan (boleh caya ke ni?). kena la kurangkan dulu, baru hilangkan... hehehehehe..
wallahua'lam...

Friday, December 30, 2005

Test power failed....too high demand and expectation

Jeng..jeng..jeng..dengan berkobar2 dan bangganya aku bukak blog aku sendiri hari ni. harap2 ada la org nak bagi comment ke.. selepas tujuh lapan belas kali refresh, i face the reality...takde sorang pun bagi comment kat blog aku...and aku rasa takde pun orang masuk kot?

memang non-akal acceptance betul la aku ni..baru mlm tadi setup, belum bagi tau sesapa..pastu expect org nak bagi comment. ye memang mengarut. giler pun ye. angguk-angguk pun boleh menggeleng sampai tak angguk angguk dah (apa itu sebenarnya tu angguk-annguk? ia sejenis spesis mengkarung kalau ikut kata org tganu....)

hari ni aku gi settle sekolah anak aku. penin nak carik sekolah budak 4 tahun ni. dapat satu sekolah ni, principal dia BBA UK, cakap omputih dgn aku. this place is called muslim child enrichment center. memang islamic and orang kat situ tu memang bagus (setakat ni la baru bape jam jumpa)

then bini aku dpt posting skolah kat ngan rumah.yabedabedu.jimat minyak keta lepas ni.

tapi yang aku hangin dgn kemeterian pelajaran/pendidikan ni - posting baru dapat tahu hari ni. the 2nd last day of the year, and the expectation is report for duty on th ethird day of next year. hilang akal betul. orang kata budak yang baru akil baligh = baru dapat akal. so maybe diorang ni belum akil baligh. maybe je..aku tak kata diorang cam tu lah. aku pun tak tau apa masalah diorang. buat keja ni tiap2 tahun tapi last minute gak posting. org nak arrange anak, rumah , transport and so on..sian kan??

o.k lah..orang kata aku kena realistic lah..dealing with gov sector. tapi betul ke kita kena maintain expectation towards gov sector cam tu? bukan kita ni customer ke? bukan la ku ni nak byk songeh..tapi mmg banyak kali ngadap benda2 cam ni...sigh...ntahlah..

apa yg Pak Lah kata betul. first class insfrastructure, third class mentality. tapi aku rasa ni sebab cara kerajaan potong pemikiran rakyat sejak berpuluh tahun dulu. suma kena sekat. kebebasan bersuara,mengkritik. You voice out, anak you tak dpt bantuan buku teks..kalau u protes, u kena posting kat hulu, jauh dari rumah u...kalau u komplen or disgaree...terimalah consequencesnye. hari tu MIC punye org kuat pun kena gantung sbb dia bela rakyat dia. disagree dalam dewan rakyat pun kena.sama2 parti pulak tu..kalau lain party..mati kering lah..

apa yang melalut pasal politics ni??..i'm done with all this politics actually...baik citer lain..buang karan kaddang-kaddang..tapi kena let out the steam jugak once a while.

o.k lah..nak smayang..nanti aku citer lagi ..idea tgh byk..tgh syok sendiri nih...sluurrp..(isk..meleleh plak ayaq liuq....tgh high nih)

Test power

Aku baru setup blog ni. aku tulih ni pun ntah sapa la yang nak baca. syok sendiri. tapi...aku suka baca blog orang. aku tak sure org baca tak blog aku ni.takpe tak try tak tau.
aku tengok orang tulih blog macam puas....maybe sbb diorang ni memang writer kot. aku ni bukan writer, cakap pun tak pandai. pendek kata comm skill memang hancus. tapi biarlah aku buat blog ni cam diari aku. aku sorang je baca. kalau orang nak baca pun, aku mesti remain anonymous. maybe lah..maybe bila blog ni tak laku, aku share la dgn org plak...aku bagitau la org2 tertentu suh gi blog ni, and blog hop org lain nye blog, paksa masuk sini....

hucs +ve : apa la aku ni...baru nak start dah demotivate

hucs neutral : a ah..lek aa...gelabah je tak tentu pasal

hucs -ve : dah mmg ko tu gelabah....citer pun bosan je....

hucs neutral : bagi la dia can..baru nak start dah kena writer's block kot....takpe...aku kasik sebulan

tu la yang dlm kepala hotak aku skang....tak sure betul ke aku nak terjun join bloggers lain. takpe..aku akan start membebel..soon.....tungguu.....