Thursday, August 23, 2007

Ala-ala Dr SAM Rasputin

Sempena bulan kemerdekaan..byk sungguh lagu2 cintakan negara..


1977
Bulan Seploh aku nampak dunia,
Disebuah Hospital yang diberi nama,
Hospital Assunta.

Selepas itu aku mula membesar,
Di Bandar Di Raja,
Aku sekolah di sekolah mubaligh,
Nama sekolah nama mat salleh.

Saaaa...yaaaa ummat Muhammad (saw)
Saayaa ummat Muhammad (saw)
Saayaa ummat Muhammad (saw)
Saayaa ummat Muhammad (saw)

Mula bekerja aku merayau,
Negeri Mat Salleh aku merantau,
Budaya orang nampak syok sekali
Tapi Ad Deen tetap di hati.

Saaaaa...yaaaa ummat Muhammad (SAW)
Saayaa ummat Muhammad (SAW)
Saayaa ummat Muhammad (SAW)
Saayaa ummat Muhammad (saw)


Sampai masa aku pun 'celik',
Biniku tengok dia pelik,
Dia kata abang nak jadi apa,
Aku kata ummat Muhammad punya kerja.

Saaaa...yaaaa ummat Muhammad (SAW)
Saayaa ummat Muhammad (SAW)
Saayaa ummat Muhammad (SAW)

Saayaa ummat Muhammad (SAW)

Lemah Lembut sopan santun,
Akhlak mulia cara berdakwah,
Walaupun aku kekok nak tiru,
Islam sentiasa membimbing aku. (InshaAllah)


Saaaa...yaaaa ummat Muhammad (SAW)
Saayaa ummat Muhammad (SAW)
Saayaa ummat Muhammad (SAW)
Saayaa ummat Muhammad (SAW)

Ulang tahun kemerdekaan ke 50?

Sempena bulan kemerdekaan...

Ikut rentak lagu Merdeka - Sila nyanyikan tanpa iringan alat muzik ya...


Tanggal Ti-i-ga Belas,
Bulan 9, 2007,
Ramadhan! Ramadhan!
Kembalilah Ramadhan,
Ia pasti menjadi barakah.

Tanggal Ti-i-ga Belas,
Bulan 9, 2007
Hari yang mulia,
Hari bahagia,
Sambut dengan syukur kepadaNya.

*Chorus

Mari muslimin muslimat semuanya,
Ramai-ramai menyambut bulan Ramadhan, RAMADHAN!

Tiga belas bulan sembilan,
Dua ribu tujuh,
Hari mulia,
Negara ku Ramadhan...

(Ulang *chorus sampai bulan depan) ;)

Monday, August 20, 2007

Paranoid?

Pada satu malam yang dingin, aku lalu di depan sebuah gereja terkemuka di Klang.
Wah sudah 'expand' ye gereja ini bisik hatiku sedikit rasa 'tergugat'. 3 kali ganda saiz asal.....hmmm.......aku mula paranaoid tak tentu pasal...

Sebenarnya gereja dan perkarangan gereja itu bukan asing untuk aku.
Di situlah aku memulakan alam persekolahan (prasekolah) iaitu di La Salle Kindergarten.
Di dalam kawasan gereja. Selalu aku tgk orang menyanyi waktu pada waktu rehat tadika aku.

Ya, zaman itu ramai ibu bapa muslim turut menghantar anak2 mereka ke tadika di perkarangan gereja yang paling tersohor di klang itu. Begitu risky dan bahayanya akidah anak2 yang di hantar ke gereja ini.

Tapi itu dulu. Di ketika kefahaman Islam belum benar2 kukuh. Tiada yang bersangka buruk kepada tadika di perkarangan gereja. Mungkin ada, tapi tidak ramai.

Namun di zaman ini, masih ada juga ibu bapa muslim yang menghantar anak mereka ke tadika tersebut. Bukan itu sahaja, tadika bukan milik orang Islam pun masih menjadi pilihan ramai ibu bapa muslim. Fikir2kanlah bahayanya. Amat bahaya sebenarnya

Alamak..melalut pulak. Bukan kisah tadika kat gereja yang aku nak cerita kali ni.
Tapi perkara yang aku terfikirkan apabila aku melewati depan gereja itu pada suatu malam itu…

Aku terpikir, orang Islam dan melayu khasnya cukup pantang dengan gereja. Ia bagaikan phobia. Kita namakan Churchphobia lah konon-kononnya.
Ada baiknya juga…tapi ramai juga yang terlebih-lebih sampai peringkat membenci dan menyakitkan hati penganut agama kristian.

Bukan sahaja Churchphobia, juga tokongphobia dan kuilphobia.
Sesetengah orang dalam masyarakat amat sensistif kalau bab-bab kuil, tokong dan gereja.
Kalau tokong tu coloknya keluarkan asap, mereka kata busuk. Kalau kuil tu bunyi loceng waktu maghrib mereka kata bising, anak nak tido, etc. Kalau kemenyan, busuk. Kalau ada buah-buahan , nanti kita kata panggil lalat, kalau hari ahad keta banyak park kat gereja, kita kata buat jam jer.. dan macam2 lagi kata2 sinis dan lawak mengata mereka dan amalan mereka.

Tapi bila Namewee membuat kata2 sinis ke atas orang melayu dan Islam, ramai marah. Ada antara mereka yang marah giler2 ni jugalah yang menyindir dan mengata agama lain. Marah tu baguslah sebab mempertahankan kesucian agama. Namun, kita perlu jugak mengkaji kerana apa ia berlaku? Kerana apa kita diperlekehkan? Adakah kerana kita juga menyumbang kepada rasa sakit hati Namewee.
Kita kena juga melihat diri kita dalam2, adakah kita juga mempersendakan agama mereka secara langsung ataupun tidak?
"What goes around comes around", kata omputih.

Adil lah diorang begitu sebab kita pun kadang2 semacam “membenci”mereka.

Islam mengajar kita HORMAT agama lain. Hormat dalam erti kata jangan memperkecilkan mereka, jangan mengata, jangan mempersendakan agama mereka. HORMAT.
Kalau dalam hati kita memang dah ada perasaan tu,maka amat tak baguslah. Buangkan lah sikap ”aku lebih baik,maka aku boleh katakan apa2 kat depa”

Ada jugak sesetengah pihak dari kita cukup memandang sinis (atau marah?) kalau kawan2 kita dari agama lain nak besarkan gereja, besarkan tokong, besarkan kuil.

Dah bilangan mereka makin ramai, mestilah mereka perlukan bangunan/kawasan yang lebih besar. Operasi mereka meningkat. Jangan salahkan mereka, Salahkan diri sendiri dulu. Sayalah tu..Aku…abu harraz. Salahkan aku.

Kenapa?
Sebab kita sibuk iri hati mereka nak besarkan dan penuhkan rumah ibadat mereka. Kita tak selesa. Kita tak sokong pun. Kita rasa pelik dan agak jeles mungkin?
Oklah..bukan korang. Aku. Kita = Aku. Mulai dari sekarang ye..

Tapi bila masjid2 dan surau2 kita kosong, tak pulak kita marah dan risau.
Mengapa surau dan masjid kita kosong?
Lengang…..dan ada banyak yang berkunci walaupun ketika waktu2 solat fardhu.

Sebab ada masalah sikit dengan diri kita sendiri. Kita tak ajak keluarga, rakan dan jiran kita penuhkan masjid setiap kali solat fardhu.
Kita tak buat kerja kita, tapi nak marah orang kalau mereka buat kerja mereka.
Kalau kita buat kerja kita seperti disarankan Nabi SAW, yakni "berpesan2 dengan hak (perkara benar) dan sabar supaya tak kerugian.." nescaya kebatilan akan terhapus dengan sendirinya melalui pertolongan dari Allah. Insha Allah

Itu yang kita patut marah. Jangan sibuk kalau orang agama lain nak beribadat. Jangan heran kalau rumah ibadat mereka besar.
Masjid kita lagi besar…..ada 30 saf, satu saf 50 orang….in average lah..

Diorang akan jeles kalau kita pun sama2 jeles.
Diorang tak kan kacau kalau kita tak kacau diorang.

Kita kena ‘kacau’ keluarga, rakan dan jiran kita dulu…..
‘Kacau’ mereka dari tidur mereka,
dari kesenagan mereka,
dari relax mereka,
dari tak apa mereka,
dari comfort zone mereka,
dari rasa selamat dari api neraka mereka,
dari pentingkan diri mereka dan tak lupa juga
dari hobi2 dunia mereka yang memakan masa dengan banyaknya itu…….

Bila muslim dah teguh dan rapat, dah satu hati, Insha Allah segalanya akan jadi lebih mudah.
Suasana agama terbentuk.
Persekitaran agama wujud.
Cakap2 agama akan selalu didengar.
Amalan agama tersebar dan hidup.
Pendek kata semuanya dalam lingkungan agama.
Pada masa tu orang islam boleh berdakwah dengan akhlak. Boleh kata “Look at me…”
Sekarang, kalau kata “look at me” pun takde orang nak ikut..oh aku yang lemah…..:(

Memang takde orang nak ikut aku lagi dengan adanya
amarah aku,
nafsu aku,
hasil kerja aku,
perkataan aku,
kurang sabar aku,
degil aku,
close minded aku,
cakap tak serupa bikin aku,
ego aku, sombong aku,
perasan bagus aku dan
1001 sifat mazmumah yang masih tebal dalam diri aku.

Asyik cerita pasal aku pulak…

Apa yang nak dikatakan di sini ialah..
Setiap kita ada tanggungjawab pada ummah, pada sekalian ummat manusia.
Allah bagi kita hidayat.
Allah bagi kita faham.
Allah bagi kita rasa.
Allah bagi kita ‘nampak’
Allah bagi kita ilmu.
Allah bagi kita dapat kebenaran.
Allah bagi kita nikmat kemanisan ISLAM.

Kita kena lah kongsi…
Bagi tau semua orang kebaikan ISLAM, baik dari segi kata2, atau akhlak.
Biarpun kita belum ‘sempurna akhlaknya’
Biarpun kita belum ‘sempurna ilmunya’
Biarpun kita belum 'sempurna kekayaannya'
Biarpun kita belum 'sempurna kejayaannya'

Apa yang kita ada kita amalkan.
Apa yang kita ada kita sampaikan.
Bukan untuk kegunaan di masa depan.
Atau bukan untuk kegunaan di saat kematian
.

Gunanya ilmu itu…sekarang.
Gunanya kefahaman itu..sekarang
Gunanya kebenaran itu…sekarang.

Marilah kita kembali 100% kepada seruan Allah dan RasulNya.
Marilah kita betulkan mana2 yang tersilap.
Niat kita, sikap kita, FIKIR kita, tujuan kita, akhlak kita, cara hidup kita, objektif kita dan semua yang belum tepat….sebelum terlambat..

Insha Allah, Doa saya untuk saya dan sesiapa yang membaca dan berniat untuk berubah.

Mati bukan penamat kehidupan.
Matilah permulaan kehidupan.
Hidup di dunia ialah pra kehidupan.
Maka persiapkanlah bekalan, untuk enjoy di masa depan.....

Semoga allah merahmati tuan-tuan dan puan-puan dan cik-cik.
Ameen.

Tuesday, August 14, 2007

Kertas, Kain dan Benang.

Ada sekeping kertas.
Mula2 ditulis nota2 pelajaran yang bernas,
Kemudian disimpan didalam almari bahagian atas,
Sudah beberapa tahun apabila hendak dikemas kemas,
Terjumpalah semula sekeping kertas,
Lalu di beri kepada anak2 asyik bermain tak puas2,
Untuk di buat kapal terbang kertas,
Itulah nasib sekeping kertas.

Ada sehelai kain satin,
Memang cantiknya bukan main,
Dibeli orang untuk pakaian pengantin,
Setelah hari bersanding, tak di pakai lagi baju satin,
Terperap beberapa tahun tak berguna sesen,
Akhirnya jadiklah kain buruk mengelap lantai dan cermin.

Ada segulung benang baldu,
Di buat kapet warna merah jambu,
Terbentang luas di ruang tamu,
Memang gah namun nasib belum tentu,
Sebab tetamu semua pakai sepatu,
Memijak tanpa segan silu,
Hinanya si kapet baldu.

Begitulah nasib tiga benda di atas.
Tiada mendapat ia kemuliaan,
Hanya diguna dan dilupakan,
Hayat habis dikandung badan,
Jasa tak dikenang malah terbiar tanpa layanan.


Namun..
Jika kertas yang sama,
Di tulis ayat suci al-quran,
Lihat saja bagaimana ia dimuliakan,
Jika maksud kejadian sesuatu perkara itu adalah HANYA untuk agama dan ummat sekalian.

Juga..
Jika kain tadi hendak Allah 'angkat'
Di buat telekung untuk bersolat,
Alangkah mulianya dijaga dan dilipat,
Kemas dan bersih lagi suci,
Semuanya terpeihara pasti,
HANYA kerana ia digunakan untuk agama Illahi.

Last but not least..
Benang baldu yang merah,
Jika dibuat sejadah,
Dimuliakan orang, tiada yang amik mudah,
Diguna manusia untuk menyembah dan sujud kepada Allah,
Maka lihatlah bagaimana jika sesuatu kejadian itu HANYA untuk Allah.

Begitulah juga kita,
Jika Allah pilih diri kita yang banyak dosa,
Untuk dimuliakan,
Maka berdoalah sentiasa,
Agar sentiasa Allah 'gunakan'
Untuk menyampaikan seruan agama,
Mulialah kita disisi Allah dan seluruh manusia sekalian,
Maka harap dapat menjadi bekalan,
Di Kubur, Mahsyar dan Hari Pengadilan.

Insha Allah. Gunakanlah diri kita untuk agama.
Belum guna? Inilah masanya.
Inilah 'shift'nya sementara kita masih hidup.
Sekarang zaman kita.
Rebutlah janji dan tagihlah rahmat dan redha Allah selagi belum tutup mata.
Semoga kita sentiasa di beri hidayah dan taufik dariNya.

Ya Allah, berilah kami kefahaman dan kekuatan untuk amalkan apa yang kami faham. Ameen


Jom...!

Joni Ke Jepun (Kenapa Aku Di Bumi?? -part 2)

Joni bekerja disebuah syarikat yang biasa-biasa je. Tak lah besor sangat, tak lah kecik sangat.
Satu hari Joni diarahkan oleh big boss nye utk ke melihat sebuah mesin di Jepun. Joni perlu menilai sama ada mesin itu sesuai utk digunakan oleh syarikatnya, dari segi cost, kesesuaian, cuaca, maintenance, dan productivity.

Tersangatlah gembiranya Joni kerana berpeluang ke Jepun. Khabarnya dia nak singgah ke Disneyland Tokyo. Lepas tu nak berjumpa dengan Doraemaon, Ultraman, dan byk lagi superhero termasuk watak kesukaannya sekeluarga iaitu Sin-Chan. Bukan apa, setakat nak bergambar dan berautograph jer..

Tiba masa, sehari sebelum sebelum berangkat, Joni pun berjumpa dengan boss nye.

Joni Tanya,
“ Boss, masa di Jepun nanti boleh tak saya bersiar2?”

“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnye

“Boss, di Jepun nanti boleh tak saya nak jumpa Sin Chan, Doraemon dan Ultraman?”

“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnye

“Boss, di Jepun nanti boleh tak saya nak shopping utk souvenir buat anak2 dan isteri saya? Nanti saya beli la kat boss jugak.”

“Boleh..apa salahnya”,
jawab bossnye

Tiba di Jepun, lengkap dengan pakaian ala koporat dan beg briefcase ala James Bond, Joni melangkah bergaya.

Hari pertama di Jepun, Joni sibuk membeli belah. Al maklumlah takut tak sempat. Bukan senang nak datang Jepun free ni..Ada jugak barang murah, dan byk la jugak barang2 pelik kat Jepun tu..

Hari kedua dan ketiga dia sibuk ke Disneyland, berenjoy sakan di taman tema tersebut, jumpa mickey mouse, Donald duck, Snow white, Pluto, goofie, dan ramai lagi..Sungguh meriah.

Hari2 seterusnya dia terus leka dengan keunikan budaya Jepun, mengambil foto beribu2, dan bersiar2 menikmati pemandangan.

Hinggalah tiba hari untuk dia berangkat.

Aisehhh!!!! Aku lupa nak tengok mesin tuuu…Boss dah pesan, aku leka dan lalai..
Tak sempat dah ni….Dah la itu tujuan utama aku kat Jepun ni….Waduuhhhh!!!..Harap2 boss tak marah kat aku….mati la aku kalau tidak……!!”

Namun kedegilan hatinya sempat memujuk..

“Alaaa..boss bukannya satu..carik la kerja lain..tukar boss pulak lepas ni…HAHAHA”, dia tergelak seperti dirasuk syaitan…

Begitulah lalainya Joni ketika berada di Jepun. Lupa segala perintah bossnye. Ingkar segala arahan bossnye. Benda lain dibuatnye bersungguh2. Benda yang UTAMA di lupakan dan tidak diendahkan akibat lalai dan bersenang lenang dek keseronokan berada di Jepun yang sementara itu.

Adakah BOSSnya akan memaafkannya yang sengaja lupa dan lalai?
Apakah yang akan terjadi kepada Joni? Biarlah cerita Joni itu dengan labu-labunya.

Mari kita lihat cerita kita.

Allah hantar kita ke bumi untuk beribadat dan menyembah kepadanya.
Dan sebagai ummat Muhammad SAW yang special, di mana tidak akan masuk syurga ummat lain sebelum ummat Muhammad masuk syurga, kita pun ada tanggungjawab dihantar ke bumi.
DI Alam Roh, kita telah mengakui Allahlah Rob kita...

Allah hantar kita untuk berdakwah. FULL TIME bukan part TIME
NAbi SAW dah takde, dah lebih 1400 tahun. Dulu2..asal wafat je NAbi, Allah hantar Nabi baru utk berdakwah. Sebab tu ada 123 000 Nabi di hantar oleh Allah. Kampung sebelah ada, Negeri sebelah ada…Banyak ada..

Sekarang, kampong sebelah takde, negara sebelah pun takde NAbi takde, kat PBB juga takde..
Maka kitalah kena jadi pembantu Nabi SAW. Berdakwah. Itulah KERJA Nabi SAW dan KERJA kita.

Kita tak dihantar untuk:
- Cari duit giler2 tak tahu malam siang weekend tak weekend.
- Cari kestabilan karier sampai takde masa utk berdakwah secara konsisten
- Kerja giler2 sebab nak beli kereta mewah, rumah mewah dan percutian mewah
- Bermain sukan, minum sukan, makan sukan, tidur sukan.
- Menonton movie, tv secara marathon
- Menonton konsert live, tak cukup dengan itu , tape konsert, dan siaran ulangan.

- Direct selling tak ingat anak bini dan masjid, cuma ingat komisyen dan bonus je
- Kerja taat boss membabi buta sampai tak ingat nak solat dan lewatkan solat sebab tengah mesyuarat.

- Hidup bahagia anak beranak dan tak 'kacau' orang tanpa menghiraukan jiran
- Leka dengan keseronokan dunia hingga tidak ada bimbang ke atas ummat dan keadaan ISLAM hari ini.

Perkara UTAMA kita kena buat dalam hidup kita ialah DAKWAH.
Itulah KERJA kita.

Solat, Puasa, Zakat, dan segala perkara pokok dan fardhu ain ialah tanggungjawab kita. Itulah pakaian kita.

Kalau polis, pakai baju polis, ada pistol, ada wisel, walkie-talkie, motor kuda putih, boot, jaket kalis peluru, topi dan segala kelengkapan untuk membuat KERJA POLIS.

TAPI bila ada orang buat jenayah, dia relax je. Dia kata banyak polis lain ada boleh buat.
Maka dia telah tak menjalankan KERJA dia. Memang rupa macam polis, tapi tak buat KERJA POLIS.

Sama cam kita,

Solat buat, Puasa, Zakat, tutup aurat, nyanyi nasheed, tuntut ilmu syariah, tuntut ilmu usuluddin, macam2 ilmu agama, belajar arab sana sini. Memang nampak macam orang ISLAM.

Tapi KERJA ORANG ISLAM kita tak buat iaitu dakwah. Mengajak manusia kepada Allah.Rumah Allah kosong dan lengan..kita relaaaakkksss..je…Syaitan tipu kita kata itu kerja JAKIM, Jabatan Agama, Siak masjid, nazir masjid, imam masjid, ustaz…..Padahal itu KERJA SETIAP ORANG ISLAM.

Itulah yang kita takut. Takut jadi macam Joni. Takut kena hasut dengan syaitan yang kata “takpe…ada ‘BOSS’ lain”. Takut lalai. Takut Allah murka sebab tak menjalankan KERJA UTAMA dan SEBAB KITA DIHANTAR ke alam dunia yang AMAT, AMAT, sementara.

Dengan kerja dakwah, Allah akan jaga keturunan dan Negara. Bala Alalh akan tertangguh. Rahmat Allah akan turun. Ummah akan bersatu. HAti2 mereka bersatu. Masjid dan rumah Allah akan penuh. Insha Allah.


-

Tuesday, August 07, 2007

KENAPA AKU DIBUMI INI??

Amacam geng? Sibuk kerja? Waktu rileks? Buat-buat sibuk? Hehe. Gurau je. Aku ni la ni dok ambil five minutes break, sambil-sambil tu communicate sket ngan korang.

Kadang-kadang kita ada rasa macam totally swamped dalam arus dunia.
Ada hamba Allah cakap - kerja itu Ibadah. Aku cakap ye. Kerja pun Ibadah.
Kalau direnungkan lagi, pergi tandas pun Ibadah.
Tandas adalah satu keperluan.
Kerja pun keperluan.
Sama. Takde beza. Keperluan dan hak diri kita untuk dipenuhi.HANYA KEPERLUAN.

Sebab tu kita tidak duduk dalam tandas satu hari.
Sama juga, kerja pun kerja la jugak, tapi otak, tenaga, kebijaksanaan dan kudrat kita bukan utk kerja je. Kerja seharian. Kita tak patut hidup untuk kerja je. Tak kan hidup 60-70 tahun itu je kerja kita untuk masuk syurga. Tak pelik ke?

Kita ada tanggungjawab lain. We have our specific, individual and community obligations in Deen.
Kewajipan utk Agama.

KERJA AGAMA. USAHAKAN AGAMA.
SEPERTI MANA KITA USAHAKAN KERJA UNTUK DAPAT DUIT, MACAM TU JUGA MALAH LEBIH LAGI KITA KENA KERJA UNTUK AGAMA UNTUK DAPAT JAMINAN SYURGA ALLAH.

IA ADALAH MAKSUD KITA DIJADIKAN.

BUKAN UTK MEMENUHI KEPERLUAN HIDUP. TAPI UNTUK BERIBADAT DAN MENYAMPAIKAN i.e DAKWAH. Tak perlu jadik pandai baru nak dakwah. Jadik pandai tu untuk jadi GURU. Nak jadik pendakwah semua dah layak, asalkan nama ummat Nabi Muhammad SAW. Apa ilmu yang Allah dah bagi kat diri kita, manfaatkanlah kepada diri sendiri dan orang lain, dakwahkanlah. Amar Makruf Nahi Mungkar.
But of course at the same time, kena mantap dan tambahkan ilmu untuk berdakwah. Parallel.

Kalau korang tengok coklat Din Dang masa kita kecil-kecil dulu, we buy the box sebab nak kan mainannya. Kita bukan minat sangat coklat tu. Makan pun takde semangat. But we get fascinated with the toys.

Sama lah juga la ni - Allah SWT hantar kita ke bumi ni - ada misi dunia, ada misi Akhirat. Tapi kita pilih yang dunia je, ignore misi Akhirat kita. Misi akhirat lebih besar, maka, waktu yang dituntut utk berkorban bagi misi akhirat lebih banyak.

Kalau kita kata kita bagi masa untuk agama, is this true? Indirect-indirect ways macam sayang bini, sayang anak, beli barang rumah tetangga, kerja, jimak dengan bini, cakap sopan santun pun Ibadah.

However we must be joking that just with this we will enter a dimension of unthinkable, unimaginable superiority yakni Paradise.
SYURGA: Part-timers buleh kah?

Nak masuk syurga dengan buat kerja part time? Buat Ibadah Keperluan Sahaja?Abis yang Nabi dan para sahabat semua susah payah tu, diri kita nak letak tahap mana?Kekasih Allah pun cedera, di hina, dipulau dan sebagainya..
So bagi reason kenapa kita senang2 je nak dapat syurga?

Rasa cukup dan selamat itu lah tak selamat. Rasa dosa kurang dan amal dah cukup2 tu lah penyakit paling besar dan tiket untuk masuk neraka (Naudzubillah)

So kengkawan - kena kasi booster lah. Kasi paham sket, remind sket. That's the purpose of our life. Remind each other.

Sapa genuinely sibuk, takpelah, (although kena usahakan dan doa untuk korban lebih masa untuk Allah) tapi sapa yang masih ada masa layan movie, drama, konsert, teater, youtube, borak2 kosong, main game tu, please lah pikir pasal modal masa yang Allah bagi.

Allah hantar kat dunia ni , lebih2 lagi sebagai ummat Nabi Muhammad SAW ialah untuk kita berdakwah dan mengajak manusia kepada Allah.
Semua tau berdakwah tu wajib , tapi bila kita berdakwah? Sehari berapa jam? Konsisten ke tidak? Kalu konsisten, baguslah. Kalau tak, nak jawab apa depan Allah nanti?


If you have the genuine ease of ability to dakwah, tapi tak buat sebab malas dan rasa tak bes, itu satu penyakit brader. Aku remind diri aku sendiri je ni. So lu kena ubati penyakit lu sebelum mati. Mati pulak tak tau bila.Iman tak tahu bila naik, bila turun.So cepat2 lah bertindak bila dapat hidayah atau pesanan.

We have to mix with people who always ponder about the purpose of life.
Sit in a jamaah. Hidupkan Jamaah.
Look at how they perceive life. How they use their time for Allah. Takkanlah nak hidup cam tu sampai ke tua dok? Kena improve dok? In such missions, bukan tengok kiri, tengok kanan, tengok depan, tengok belakang - tapi tengok diri sendiri.

Rumah dah ada, kereta dah ada, bini dah ada, anak dah ada, apa lagi tak cukup - yang boleh memiliki prioriti yang lebih tinggi daripada beri masa spesifik untuk agama?

La ni Email aku selalu penuh. MAcam2 forward. Yang manfaat campur yang tak manfaat. However, please bear in mind, all these emails, one by one, letter by letter, content by content, intention by intention Allah ingat; dan akan dihisab Allah nanti on the Day of Judgement.

Tak ke kesian seseorang Hamba Allah tu - semua specs dan provision nak masuk syurga dah macam nak cukup, tapi kena humban masuk neraka sebab kata-kata dia kat email or email forward dia yang memfitnah orang lain?

Aku remind diri aku lah. I remind myself that kita punya cakap dan fikiran... apatah lagi perbuatan akan dihisab Allah nanti. Kalau kita kantol kat Yaumul Masyhar (Naudzubillah) - sapa boleh tolong kita? Bapak aku tak boleh tolong, bapak siapa pun tak boleh tolong.

When there is no help, then restless assure that Allah SWT is Most Fair - sapa masuk Syurga akan masuk Syurga. Sapa masuk Neraka akan masuk Neraka.

Aku harap semua yang baca ni masuk syurga lah. Janganlah ada statistik yang buruk. Janganlah menjadi sebahagian dari statistisk
Anda mampu mengubahnya..............

Tuan-tuan yang mulia. I remind us all to humble down to the provisions that Allah SWT has bestowed us with, and take opportunity to hardly, deeply think the purpose of our life.

p/s :
Mintak maaflah bahasa yang sempoi dan direct ni. Kadang2 kita kena di tarheeb (peringatan berbentuk warning dan menakutkan serta keras), but most of the time memang kena targheeb (peringatan tentang nikmat dan rahmat dan rahim Allah).
So nampaknya post kali ni berbentuk tarheeb.