Tuesday, August 14, 2007

Joni Ke Jepun (Kenapa Aku Di Bumi?? -part 2)

Joni bekerja disebuah syarikat yang biasa-biasa je. Tak lah besor sangat, tak lah kecik sangat.
Satu hari Joni diarahkan oleh big boss nye utk ke melihat sebuah mesin di Jepun. Joni perlu menilai sama ada mesin itu sesuai utk digunakan oleh syarikatnya, dari segi cost, kesesuaian, cuaca, maintenance, dan productivity.

Tersangatlah gembiranya Joni kerana berpeluang ke Jepun. Khabarnya dia nak singgah ke Disneyland Tokyo. Lepas tu nak berjumpa dengan Doraemaon, Ultraman, dan byk lagi superhero termasuk watak kesukaannya sekeluarga iaitu Sin-Chan. Bukan apa, setakat nak bergambar dan berautograph jer..

Tiba masa, sehari sebelum sebelum berangkat, Joni pun berjumpa dengan boss nye.

Joni Tanya,
“ Boss, masa di Jepun nanti boleh tak saya bersiar2?”

“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnye

“Boss, di Jepun nanti boleh tak saya nak jumpa Sin Chan, Doraemon dan Ultraman?”

“Boleh..apa salahnya”, jawab bossnye

“Boss, di Jepun nanti boleh tak saya nak shopping utk souvenir buat anak2 dan isteri saya? Nanti saya beli la kat boss jugak.”

“Boleh..apa salahnya”,
jawab bossnye

Tiba di Jepun, lengkap dengan pakaian ala koporat dan beg briefcase ala James Bond, Joni melangkah bergaya.

Hari pertama di Jepun, Joni sibuk membeli belah. Al maklumlah takut tak sempat. Bukan senang nak datang Jepun free ni..Ada jugak barang murah, dan byk la jugak barang2 pelik kat Jepun tu..

Hari kedua dan ketiga dia sibuk ke Disneyland, berenjoy sakan di taman tema tersebut, jumpa mickey mouse, Donald duck, Snow white, Pluto, goofie, dan ramai lagi..Sungguh meriah.

Hari2 seterusnya dia terus leka dengan keunikan budaya Jepun, mengambil foto beribu2, dan bersiar2 menikmati pemandangan.

Hinggalah tiba hari untuk dia berangkat.

Aisehhh!!!! Aku lupa nak tengok mesin tuuu…Boss dah pesan, aku leka dan lalai..
Tak sempat dah ni….Dah la itu tujuan utama aku kat Jepun ni….Waduuhhhh!!!..Harap2 boss tak marah kat aku….mati la aku kalau tidak……!!”

Namun kedegilan hatinya sempat memujuk..

“Alaaa..boss bukannya satu..carik la kerja lain..tukar boss pulak lepas ni…HAHAHA”, dia tergelak seperti dirasuk syaitan…

Begitulah lalainya Joni ketika berada di Jepun. Lupa segala perintah bossnye. Ingkar segala arahan bossnye. Benda lain dibuatnye bersungguh2. Benda yang UTAMA di lupakan dan tidak diendahkan akibat lalai dan bersenang lenang dek keseronokan berada di Jepun yang sementara itu.

Adakah BOSSnya akan memaafkannya yang sengaja lupa dan lalai?
Apakah yang akan terjadi kepada Joni? Biarlah cerita Joni itu dengan labu-labunya.

Mari kita lihat cerita kita.

Allah hantar kita ke bumi untuk beribadat dan menyembah kepadanya.
Dan sebagai ummat Muhammad SAW yang special, di mana tidak akan masuk syurga ummat lain sebelum ummat Muhammad masuk syurga, kita pun ada tanggungjawab dihantar ke bumi.
DI Alam Roh, kita telah mengakui Allahlah Rob kita...

Allah hantar kita untuk berdakwah. FULL TIME bukan part TIME
NAbi SAW dah takde, dah lebih 1400 tahun. Dulu2..asal wafat je NAbi, Allah hantar Nabi baru utk berdakwah. Sebab tu ada 123 000 Nabi di hantar oleh Allah. Kampung sebelah ada, Negeri sebelah ada…Banyak ada..

Sekarang, kampong sebelah takde, negara sebelah pun takde NAbi takde, kat PBB juga takde..
Maka kitalah kena jadi pembantu Nabi SAW. Berdakwah. Itulah KERJA Nabi SAW dan KERJA kita.

Kita tak dihantar untuk:
- Cari duit giler2 tak tahu malam siang weekend tak weekend.
- Cari kestabilan karier sampai takde masa utk berdakwah secara konsisten
- Kerja giler2 sebab nak beli kereta mewah, rumah mewah dan percutian mewah
- Bermain sukan, minum sukan, makan sukan, tidur sukan.
- Menonton movie, tv secara marathon
- Menonton konsert live, tak cukup dengan itu , tape konsert, dan siaran ulangan.

- Direct selling tak ingat anak bini dan masjid, cuma ingat komisyen dan bonus je
- Kerja taat boss membabi buta sampai tak ingat nak solat dan lewatkan solat sebab tengah mesyuarat.

- Hidup bahagia anak beranak dan tak 'kacau' orang tanpa menghiraukan jiran
- Leka dengan keseronokan dunia hingga tidak ada bimbang ke atas ummat dan keadaan ISLAM hari ini.

Perkara UTAMA kita kena buat dalam hidup kita ialah DAKWAH.
Itulah KERJA kita.

Solat, Puasa, Zakat, dan segala perkara pokok dan fardhu ain ialah tanggungjawab kita. Itulah pakaian kita.

Kalau polis, pakai baju polis, ada pistol, ada wisel, walkie-talkie, motor kuda putih, boot, jaket kalis peluru, topi dan segala kelengkapan untuk membuat KERJA POLIS.

TAPI bila ada orang buat jenayah, dia relax je. Dia kata banyak polis lain ada boleh buat.
Maka dia telah tak menjalankan KERJA dia. Memang rupa macam polis, tapi tak buat KERJA POLIS.

Sama cam kita,

Solat buat, Puasa, Zakat, tutup aurat, nyanyi nasheed, tuntut ilmu syariah, tuntut ilmu usuluddin, macam2 ilmu agama, belajar arab sana sini. Memang nampak macam orang ISLAM.

Tapi KERJA ORANG ISLAM kita tak buat iaitu dakwah. Mengajak manusia kepada Allah.Rumah Allah kosong dan lengan..kita relaaaakkksss..je…Syaitan tipu kita kata itu kerja JAKIM, Jabatan Agama, Siak masjid, nazir masjid, imam masjid, ustaz…..Padahal itu KERJA SETIAP ORANG ISLAM.

Itulah yang kita takut. Takut jadi macam Joni. Takut kena hasut dengan syaitan yang kata “takpe…ada ‘BOSS’ lain”. Takut lalai. Takut Allah murka sebab tak menjalankan KERJA UTAMA dan SEBAB KITA DIHANTAR ke alam dunia yang AMAT, AMAT, sementara.

Dengan kerja dakwah, Allah akan jaga keturunan dan Negara. Bala Alalh akan tertangguh. Rahmat Allah akan turun. Ummah akan bersatu. HAti2 mereka bersatu. Masjid dan rumah Allah akan penuh. Insha Allah.


-

No comments: