Tuesday, August 07, 2007

KENAPA AKU DIBUMI INI??

Amacam geng? Sibuk kerja? Waktu rileks? Buat-buat sibuk? Hehe. Gurau je. Aku ni la ni dok ambil five minutes break, sambil-sambil tu communicate sket ngan korang.

Kadang-kadang kita ada rasa macam totally swamped dalam arus dunia.
Ada hamba Allah cakap - kerja itu Ibadah. Aku cakap ye. Kerja pun Ibadah.
Kalau direnungkan lagi, pergi tandas pun Ibadah.
Tandas adalah satu keperluan.
Kerja pun keperluan.
Sama. Takde beza. Keperluan dan hak diri kita untuk dipenuhi.HANYA KEPERLUAN.

Sebab tu kita tidak duduk dalam tandas satu hari.
Sama juga, kerja pun kerja la jugak, tapi otak, tenaga, kebijaksanaan dan kudrat kita bukan utk kerja je. Kerja seharian. Kita tak patut hidup untuk kerja je. Tak kan hidup 60-70 tahun itu je kerja kita untuk masuk syurga. Tak pelik ke?

Kita ada tanggungjawab lain. We have our specific, individual and community obligations in Deen.
Kewajipan utk Agama.

KERJA AGAMA. USAHAKAN AGAMA.
SEPERTI MANA KITA USAHAKAN KERJA UNTUK DAPAT DUIT, MACAM TU JUGA MALAH LEBIH LAGI KITA KENA KERJA UNTUK AGAMA UNTUK DAPAT JAMINAN SYURGA ALLAH.

IA ADALAH MAKSUD KITA DIJADIKAN.

BUKAN UTK MEMENUHI KEPERLUAN HIDUP. TAPI UNTUK BERIBADAT DAN MENYAMPAIKAN i.e DAKWAH. Tak perlu jadik pandai baru nak dakwah. Jadik pandai tu untuk jadi GURU. Nak jadik pendakwah semua dah layak, asalkan nama ummat Nabi Muhammad SAW. Apa ilmu yang Allah dah bagi kat diri kita, manfaatkanlah kepada diri sendiri dan orang lain, dakwahkanlah. Amar Makruf Nahi Mungkar.
But of course at the same time, kena mantap dan tambahkan ilmu untuk berdakwah. Parallel.

Kalau korang tengok coklat Din Dang masa kita kecil-kecil dulu, we buy the box sebab nak kan mainannya. Kita bukan minat sangat coklat tu. Makan pun takde semangat. But we get fascinated with the toys.

Sama lah juga la ni - Allah SWT hantar kita ke bumi ni - ada misi dunia, ada misi Akhirat. Tapi kita pilih yang dunia je, ignore misi Akhirat kita. Misi akhirat lebih besar, maka, waktu yang dituntut utk berkorban bagi misi akhirat lebih banyak.

Kalau kita kata kita bagi masa untuk agama, is this true? Indirect-indirect ways macam sayang bini, sayang anak, beli barang rumah tetangga, kerja, jimak dengan bini, cakap sopan santun pun Ibadah.

However we must be joking that just with this we will enter a dimension of unthinkable, unimaginable superiority yakni Paradise.
SYURGA: Part-timers buleh kah?

Nak masuk syurga dengan buat kerja part time? Buat Ibadah Keperluan Sahaja?Abis yang Nabi dan para sahabat semua susah payah tu, diri kita nak letak tahap mana?Kekasih Allah pun cedera, di hina, dipulau dan sebagainya..
So bagi reason kenapa kita senang2 je nak dapat syurga?

Rasa cukup dan selamat itu lah tak selamat. Rasa dosa kurang dan amal dah cukup2 tu lah penyakit paling besar dan tiket untuk masuk neraka (Naudzubillah)

So kengkawan - kena kasi booster lah. Kasi paham sket, remind sket. That's the purpose of our life. Remind each other.

Sapa genuinely sibuk, takpelah, (although kena usahakan dan doa untuk korban lebih masa untuk Allah) tapi sapa yang masih ada masa layan movie, drama, konsert, teater, youtube, borak2 kosong, main game tu, please lah pikir pasal modal masa yang Allah bagi.

Allah hantar kat dunia ni , lebih2 lagi sebagai ummat Nabi Muhammad SAW ialah untuk kita berdakwah dan mengajak manusia kepada Allah.
Semua tau berdakwah tu wajib , tapi bila kita berdakwah? Sehari berapa jam? Konsisten ke tidak? Kalu konsisten, baguslah. Kalau tak, nak jawab apa depan Allah nanti?


If you have the genuine ease of ability to dakwah, tapi tak buat sebab malas dan rasa tak bes, itu satu penyakit brader. Aku remind diri aku sendiri je ni. So lu kena ubati penyakit lu sebelum mati. Mati pulak tak tau bila.Iman tak tahu bila naik, bila turun.So cepat2 lah bertindak bila dapat hidayah atau pesanan.

We have to mix with people who always ponder about the purpose of life.
Sit in a jamaah. Hidupkan Jamaah.
Look at how they perceive life. How they use their time for Allah. Takkanlah nak hidup cam tu sampai ke tua dok? Kena improve dok? In such missions, bukan tengok kiri, tengok kanan, tengok depan, tengok belakang - tapi tengok diri sendiri.

Rumah dah ada, kereta dah ada, bini dah ada, anak dah ada, apa lagi tak cukup - yang boleh memiliki prioriti yang lebih tinggi daripada beri masa spesifik untuk agama?

La ni Email aku selalu penuh. MAcam2 forward. Yang manfaat campur yang tak manfaat. However, please bear in mind, all these emails, one by one, letter by letter, content by content, intention by intention Allah ingat; dan akan dihisab Allah nanti on the Day of Judgement.

Tak ke kesian seseorang Hamba Allah tu - semua specs dan provision nak masuk syurga dah macam nak cukup, tapi kena humban masuk neraka sebab kata-kata dia kat email or email forward dia yang memfitnah orang lain?

Aku remind diri aku lah. I remind myself that kita punya cakap dan fikiran... apatah lagi perbuatan akan dihisab Allah nanti. Kalau kita kantol kat Yaumul Masyhar (Naudzubillah) - sapa boleh tolong kita? Bapak aku tak boleh tolong, bapak siapa pun tak boleh tolong.

When there is no help, then restless assure that Allah SWT is Most Fair - sapa masuk Syurga akan masuk Syurga. Sapa masuk Neraka akan masuk Neraka.

Aku harap semua yang baca ni masuk syurga lah. Janganlah ada statistik yang buruk. Janganlah menjadi sebahagian dari statistisk
Anda mampu mengubahnya..............

Tuan-tuan yang mulia. I remind us all to humble down to the provisions that Allah SWT has bestowed us with, and take opportunity to hardly, deeply think the purpose of our life.

p/s :
Mintak maaflah bahasa yang sempoi dan direct ni. Kadang2 kita kena di tarheeb (peringatan berbentuk warning dan menakutkan serta keras), but most of the time memang kena targheeb (peringatan tentang nikmat dan rahmat dan rahim Allah).
So nampaknya post kali ni berbentuk tarheeb.

3 comments:

UmmuSarah said...

ALhamdulillah,

Kalau ada org yg bagi peringatan tu maknanya "there is someone who cares". Zaman sekarang nie, kita segan nak ajak org lain utk buat baik dan tinggalkan yg buruk sebab kita takut org ingat kita busy body. Dahlah tu, depa ingat kita nie kolot. Astaghfirllahalazim...lemahnya iman saya nie. Tak memberi kesan pada org sekeliling. Semoga Allah ampun saya.

kawaii_desu said...

salam abg pyan!

kerja tu pun satu ibadah kan?
tanggungjawab jugak...
kira 2 in 1 la kan.
tapi jgn leka sampai tinggalkan yg wajib..

meeting sampai miss waktu solat,
appoinment di malam jumaat bila sepatutnya time tu blh nak buat bacaan yassin, extra ibadah...

jgn lbh bagi priority pd kerja... kerja itu penting tapi kena bentuk culture/budaya mementingkan our Islamic practices no matter where we r and with whom...

peringatan ini comply to myself jugak

Abu S.H said...

again...
kerja tu jadi ibadah selagi mana ia menjadi priority kedua selepas kefardhuan agama. yakni benda2 wajib dalam agama.

yassin malam jumaat tu bukan sunnah ye..

baca al quran pada malam or hari jumaat, itu sunnah...

again..kerja itu sekadar keperluan dunia...
agama itu kepentingan abadi..

tandas itu keperluan...
kerja pun macam tandas...

berak pun ibadah
kerja pun ibadah
ibadah keperluan.

tak buat pun boleh dosa.
saja2 taknak pergi berak pun tak leh..
saja2 tak nak kerja pun tak leh..

saja2 berak 4 - 5jam pun tak leh..sekadar perlu
saja2 kerja 12 -18 jam sebab nak maju dan kaya dan tinggalkan kerja untuk agama (dakwah dan ibadat khusus) pun tak boleh...kerja sekadar perlu..