Jinjang
Satu hari, Siti jalan2 kat pekan Jinjang bersama anaknya Sata. Dah lama Siti tak ke Jinjang. Last sekali Siti pergi Jinjang pun sebab dia tersesat naik salah bas masa zaman kolejnye dulu.
Namun Jinjang tak banyak berubah. Jinjang yang banyak berubah dari dulu sampai sekarang ialah jinjang pelamin..har har har...tak lawak nye..
Tengah jalan2 dengan anak nya Sata, tiba-tiba perut terasa lapar. Mana nak carik makan sebab walaupun banyak restoran kat Jinjang, tapi kebanyakan restoran cina bukan muslim yang makan semua dia laut kecuali kapal selam dan semua yang berkaki empat di darat kecuali kerusi dan meja.
Dengan perut yang lapar, Siti menapak selangkah demi selangkah. Anaknya Sata sudah lembik keletihan.
"Hish...lecehlah Sata ni, merengek mintak di dukung" rungut Siti yang amat tension. "Dah lah pagi tadi tak breakfast, ni tengah lapar, penat, anak pulak mintak di dukung."
Dalam hatinya Siti terfikir ada baiknya dia tinggalkan Sata kat mana2 sekejap, tumpang rumah orang ke, tumpang kedai orang ke, tumpang gerai orang ke....At least mudah la sikit dia menapak utk carik makanan yang ditanggung halal.
Itu pendapat yang ok la jugak walaupun ada sikit tak masuk akal dari segi safety.
Dalam hati Siti pun ada terpikir jugak.
"Alah...tinggal je la budak ni..lecehlah...meragam, merengek, mintak dokong, ngada2 je lebih...Aku yang lapar ni sapa nak dokong? Aku ada satu idea. Aku jalan cepat2 sikit..
Kalau dah jumpa makanan nanti, aku makan dulu, lepas tu aku back track..guna jalan yang sama, patah balik carik anak aku si Sata tu. Aku tak tahan lapar sangat dah ni..."
Dan utk kesimpulan cerita yang buruk dan tak menarik ni...memang idea yang kedua itulah yang dilakukan Siti....hahaha...apa punya cerita daaaa...
Mesti ramai akan kata...
"ek elleeeeyy..apa ke bengong si mak budak ni.....giler penting diri sendiri"
atau
"apa la cerita ni...tak logik langsung..mana ada emak buat anak lagu tu....?"
atau
"ini rekaaan punye cerita, bukan realiti. Tak kan sebab perut lapar boleh tinggalkan anak merata?"
hehehe....
sebelum kita menyumpah Siti, cerita ini atau penglipur lara cerita tak best ini (aku lah tu!)....baik kita renungkan......perkara di bawah ini.... takut termenyumpah diri sendiri
Jinjing dan Junjung...
Kalau kita ditanya mana yang patut kita junjung? Agama atau Perkara dunia yang sementara?
Kita dengan konfiden dan bersemangat jawab "AGAMA!"
Dan kalau kita di tanya lagi yang mana satu patut kita jinjing? Agama atau Perkara dunia yang sementara?
Dengan selamba, kerek, eksyen dan amat mudah sekali kita menjawab "Tak kan Agama kot...."
Tapi banyak yang cakap tak serupa bikin..
Para Sahabat Rasulullah SAW Junjung AGAMA dan Jinjing DUNIA.
Bila AGAMA goyah, dilepaskan dunia dan difokuskan kepada AGAMA agar AGAMA ISLAM tetap utuh dan tertegak.
Walaupun hubungan suami isteri yang amat nikmat dan bersenang lenag bersama anak2 amat menyeronokkan (KEPERLUAN DUNIA - Juga Ibadah..jgn salah paham), tapi bila ada panggilan keluar ke jalan Allah (AGAMA - JIHAD - Ibadah yang amat tinggi), isteri yang menawan dan menggairahkan ditinggalkan begitu sahaja dan anak2 yang comel dibiarkan juga.
Ye mereka junjung AGAMA dan lepaskan DUNIA yang mereka jinjing.
Ada sorang sahabat ni (tak ingat plak nama dia).
Dia nak kawin, Takde duit. Bila dapat pinjam duit (atau ada orang bagi duit) dia cukup seronok.
Pergi ke pasar utk beli barang kahwin, tapi terdengar ada panggilan Jihad.
Terus sahabat ni, beli barangan kelengkapan berperang guna duit kawin dia.
Wah.....biaor betul.......
Itulah konsep Junjung AGAMA, Jinjing Dunia.
Macam kita kerja. Kerja ialah keperluan di dunia. Ia satu perintah. Tak bleh la tak kerja kan...Nak makan apa? Semua benda tak free. Kena beli.
Tetapi WAJIB ingat, sepatutnya, jka kerja kita menggoyahkan AGAMA yang kita kata kita JUNJUNG, maka tingalkanlah kerja kita yang sementara itu.
Contoh : Solat Fardhu Berjemaah bila masuk waktu solat. Janganlah sambil lewa mendahulukan kerja yang nak siap tu, dan mengabaikan solat jemaah.
Ataupun bila kita sibuk dengan kerja, kita dah tak sempat nak balik rumah utk solat maghrib atau Isya' di surau atau masjid rumah kita. Kita kena berusaha atasi masalah itu dan bagi masa untuk AGAMA yang kita kata kita JUNJUNG itu.
Kalau kita tak berusaha sungguh2 dan dengan senang wenang hati je me'let-go'kan' solat kita, solat jemaah kita, maka kita dah salah paham. Konsep kita pada waktu itu ialah AGAMA DIJINJING, KERJA DIJUNJUNG.
Mungkin kerana kita rasa KERJA kita yang bagi rezeki, increment, bonus, perks dan macam2 lagi. Kita TERTIPU...Kalau kita meremehkan AGAMA kerana kita 'SIBUK' bekerja, maka kita telah ditipu. atau kita menipu diri sendiri. Takde keberkatan dalam rezeki.
Baiklah, ada nampak kena mengena dengan cerita Siti dan Sata di pekan Jinjang tadi?
Ye ada.
Kalau kita 'SIBUK' dengan kerja hingga tak bersungguh2 dalam ibadah (atau meng'second-class'kan tuntutan AGAMA), maka samalah kita dengan SITI tadi dari segi tak logik.
Tak logik sebab tak letak priority.
Anak Siti yang bernama Sata itulah priority bagi SITI, bukan perutnya yang lapar baru 4 jam
AGAMA itulah priority bagi kita, bukan 'kerja' kita yang bila2 masa boleh kena buang kerja.
Kalau ikut cerita Siti tadi, lepas kenyang baru nak carik balik anak dia..
Kalau ikut cerita orang kerja sampai tak ingat nak solat...kerja dah selesai dan dapat pujian boss, baru terhegeh2 nak solat 2 minit sebelum waktu tamat.
Kalau ikut cerita orang kerja tapi tak nak stop utk solat bila tepat masuk waktu, tunngu dah siap kerja kemas rumah atau cuci kereta, baru nak solat 2 minit sebelum habis waktu.
Kalau ikut cerita Siti lagi, kalau masa back track tak jumpa anak dia macam mana?
Kalau ikut cerita orang yang pentingkan kerja dari agama, kalau MATI tak sempat solat dan bertaubat macam mana?
MATI beb....MATI....bukan boleh tangguh atau reverse timing...
MATI.......takde 2nd chance..
MATI.......sia2 je mati KATAK sebab TAK JUNJUNG AGAMA (walaupun perasan mengaku junjung)
MATI......sia2 je mati tu sebab JINJING AGAMA. Amik tak endah dengan peringatan dari AlQuran, Hadith, Rasul, Ustaz, Ustazah, Mak, Ayah, kawan-kawan (siap kata ko pedulik hapa nak ceramah orang pulak, cam bagus...)
MATI. FULL STOP. Tapi bukan semestinya dapat STOP. Takut2 bermula azab yang tak STOP sampai bila-bila. Forever and Ever. Never Ending Story. Naudzubillah.
Orang kata bila MATI selesai masalah hutang, kenaikan pangkat, kereta baru, bini tiga, rahsia kerajaan, diburu polis...ye memang selesai. PENAMAT segala masalah dunia.
Tapi kalau MATI banyak dosa, tak sempat taubat, KUFUR, ENGKAR, DEGIL, BONGKAK, EKSYEN, maka, akan bermulalah MASALAH paling besar.
Tak ada kesusahan yang paling besar di dunia ini dari kesusahan seorang AHLI KUBUR....renungkan.....
Meskipun dikumpulkan kesusahan para Nabi dari Adam A.S hingga Muhammad S.A.W.
Meskipun dikumpulkan kesusahan semua orang, mangsa hiroshima dan nagasaki ke, tawanan perang ke, mangsa rogol ke, pelajar yang tengah peperikassan akhir tapi tak pernah study ke, orang sakit tak boleh buang air besar dan macam2 lagi.....tak boleh lawan kesusahan SEORANG AHLI KUBUR.
Maka berazamlah utk jadi bakal Ahli kubur yang tak bermasalah. Insya Allah. Ameen.
habih dah aku melalut..dari pekan Jinjang ke kubur...
Salaam..
No comments:
Post a Comment