Pada satu malam yang dingin, aku lalu di depan sebuah gereja terkemuka di Klang.
Wah sudah 'expand' ye gereja ini bisik hatiku sedikit rasa 'tergugat'. 3 kali ganda saiz asal.....hmmm.......aku mula paranaoid tak tentu pasal...
Sebenarnya gereja dan perkarangan gereja itu bukan asing untuk aku.
Di situlah aku memulakan alam persekolahan (prasekolah) iaitu di La Salle Kindergarten.
Di dalam kawasan gereja. Selalu aku tgk orang menyanyi waktu pada waktu rehat tadika aku.
Ya, zaman itu ramai ibu bapa muslim turut menghantar anak2 mereka ke tadika di perkarangan gereja yang paling tersohor di klang itu. Begitu risky dan bahayanya akidah anak2 yang di hantar ke gereja ini.
Tapi itu dulu. Di ketika kefahaman Islam belum benar2 kukuh. Tiada yang bersangka buruk kepada tadika di perkarangan gereja. Mungkin ada, tapi tidak ramai.
Namun di zaman ini, masih ada juga ibu bapa muslim yang menghantar anak mereka ke tadika tersebut. Bukan itu sahaja, tadika bukan milik orang Islam pun masih menjadi pilihan ramai ibu bapa muslim. Fikir2kanlah bahayanya. Amat bahaya sebenarnya
Alamak..melalut pulak. Bukan kisah tadika kat gereja yang aku nak cerita kali ni.
Tapi perkara yang aku terfikirkan apabila aku melewati depan gereja itu pada suatu malam itu…
Aku terpikir, orang Islam dan melayu khasnya cukup pantang dengan gereja. Ia bagaikan phobia. Kita namakan Churchphobia lah konon-kononnya.
Ada baiknya juga…tapi ramai juga yang terlebih-lebih sampai peringkat membenci dan menyakitkan hati penganut agama kristian.
Bukan sahaja Churchphobia, juga tokongphobia dan kuilphobia.
Sesetengah orang dalam masyarakat amat sensistif kalau bab-bab kuil, tokong dan gereja.
Kalau tokong tu coloknya keluarkan asap, mereka kata busuk. Kalau kuil tu bunyi loceng waktu maghrib mereka kata bising, anak nak tido, etc. Kalau kemenyan, busuk. Kalau ada buah-buahan , nanti kita kata panggil lalat, kalau hari ahad keta banyak park kat gereja, kita kata buat jam jer.. dan macam2 lagi kata2 sinis dan lawak mengata mereka dan amalan mereka.
Tapi bila Namewee membuat kata2 sinis ke atas orang melayu dan Islam, ramai marah. Ada antara mereka yang marah giler2 ni jugalah yang menyindir dan mengata agama lain. Marah tu baguslah sebab mempertahankan kesucian agama. Namun, kita perlu jugak mengkaji kerana apa ia berlaku? Kerana apa kita diperlekehkan? Adakah kerana kita juga menyumbang kepada rasa sakit hati Namewee.
Kita kena juga melihat diri kita dalam2, adakah kita juga mempersendakan agama mereka secara langsung ataupun tidak?
"What goes around comes around", kata omputih.
Adil lah diorang begitu sebab kita pun kadang2 semacam “membenci”mereka.
Islam mengajar kita HORMAT agama lain. Hormat dalam erti kata jangan memperkecilkan mereka, jangan mengata, jangan mempersendakan agama mereka. HORMAT.
Kalau dalam hati kita memang dah ada perasaan tu,maka amat tak baguslah. Buangkan lah sikap ”aku lebih baik,maka aku boleh katakan apa2 kat depa”
Ada jugak sesetengah pihak dari kita cukup memandang sinis (atau marah?) kalau kawan2 kita dari agama lain nak besarkan gereja, besarkan tokong, besarkan kuil.
Dah bilangan mereka makin ramai, mestilah mereka perlukan bangunan/kawasan yang lebih besar. Operasi mereka meningkat. Jangan salahkan mereka, Salahkan diri sendiri dulu. Sayalah tu..Aku…abu harraz. Salahkan aku.
Kenapa?
Sebab kita sibuk iri hati mereka nak besarkan dan penuhkan rumah ibadat mereka. Kita tak selesa. Kita tak sokong pun. Kita rasa pelik dan agak jeles mungkin?
Oklah..bukan korang. Aku. Kita = Aku. Mulai dari sekarang ye..
Tapi bila masjid2 dan surau2 kita kosong, tak pulak kita marah dan risau.
Mengapa surau dan masjid kita kosong?
Lengang…..dan ada banyak yang berkunci walaupun ketika waktu2 solat fardhu.
Sebab ada masalah sikit dengan diri kita sendiri. Kita tak ajak keluarga, rakan dan jiran kita penuhkan masjid setiap kali solat fardhu.
Kita tak buat kerja kita, tapi nak marah orang kalau mereka buat kerja mereka.
Kalau kita buat kerja kita seperti disarankan Nabi SAW, yakni "berpesan2 dengan hak (perkara benar) dan sabar supaya tak kerugian.." nescaya kebatilan akan terhapus dengan sendirinya melalui pertolongan dari Allah. Insha Allah
Itu yang kita patut marah. Jangan sibuk kalau orang agama lain nak beribadat. Jangan heran kalau rumah ibadat mereka besar.
Masjid kita lagi besar…..ada 30 saf, satu saf 50 orang….in average lah..
Diorang akan jeles kalau kita pun sama2 jeles.
Diorang tak kan kacau kalau kita tak kacau diorang.
Kita kena ‘kacau’ keluarga, rakan dan jiran kita dulu…..
‘Kacau’ mereka dari tidur mereka,
dari kesenagan mereka,
dari relax mereka,
dari tak apa mereka,
dari comfort zone mereka,
dari rasa selamat dari api neraka mereka,
dari pentingkan diri mereka dan tak lupa juga
dari hobi2 dunia mereka yang memakan masa dengan banyaknya itu…….
Bila muslim dah teguh dan rapat, dah satu hati, Insha Allah segalanya akan jadi lebih mudah.
Suasana agama terbentuk.
Persekitaran agama wujud.
Cakap2 agama akan selalu didengar.
Amalan agama tersebar dan hidup.
Pendek kata semuanya dalam lingkungan agama.
Pada masa tu orang islam boleh berdakwah dengan akhlak. Boleh kata “Look at me…”
Sekarang, kalau kata “look at me” pun takde orang nak ikut..oh aku yang lemah…..:(
Memang takde orang nak ikut aku lagi dengan adanya
amarah aku,
nafsu aku,
hasil kerja aku,
perkataan aku,
kurang sabar aku,
degil aku,
close minded aku,
cakap tak serupa bikin aku,
ego aku, sombong aku,
perasan bagus aku dan
1001 sifat mazmumah yang masih tebal dalam diri aku.
Asyik cerita pasal aku pulak…
Apa yang nak dikatakan di sini ialah..
Setiap kita ada tanggungjawab pada ummah, pada sekalian ummat manusia.
Allah bagi kita hidayat.
Allah bagi kita faham.
Allah bagi kita rasa.
Allah bagi kita ‘nampak’
Allah bagi kita ilmu.
Allah bagi kita dapat kebenaran.
Allah bagi kita nikmat kemanisan ISLAM.
Kita kena lah kongsi…
Bagi tau semua orang kebaikan ISLAM, baik dari segi kata2, atau akhlak.
Biarpun kita belum ‘sempurna akhlaknya’
Biarpun kita belum ‘sempurna ilmunya’
Biarpun kita belum 'sempurna kekayaannya'
Biarpun kita belum 'sempurna kejayaannya'
Apa yang kita ada kita amalkan.
Apa yang kita ada kita sampaikan.
Bukan untuk kegunaan di masa depan.
Atau bukan untuk kegunaan di saat kematian.
Gunanya ilmu itu…sekarang.
Gunanya kefahaman itu..sekarang
Gunanya kebenaran itu…sekarang.
Marilah kita kembali 100% kepada seruan Allah dan RasulNya.
Marilah kita betulkan mana2 yang tersilap.
Niat kita, sikap kita, FIKIR kita, tujuan kita, akhlak kita, cara hidup kita, objektif kita dan semua yang belum tepat….sebelum terlambat..
Insha Allah, Doa saya untuk saya dan sesiapa yang membaca dan berniat untuk berubah.
Mati bukan penamat kehidupan.
Matilah permulaan kehidupan.
Hidup di dunia ialah pra kehidupan.
Maka persiapkanlah bekalan, untuk enjoy di masa depan.....
Semoga allah merahmati tuan-tuan dan puan-puan dan cik-cik.
Ameen.
No comments:
Post a Comment