Wednesday, November 01, 2006

Masihkah kau ingat?

MATI

Satu perkataan yang menakutkan. Dikaitkan dengan hantu. Di kaitkan dengan seram. Di selubungi dengan……. misssterriiiii……

Ya, memang misteri. Sungguh misteri yang bukan hanya nusantara..tapi di seluruh dunia ini. Semua orang, bangsa takut mati. Eeii…ngeri……

Sungguh misteri sekali mati itu hinggakan orang tak nak ingat. Kalau boleh tak nak sebut. Kalau boleh jangan sebut. Kalau boleh takde perkataan tu pun takpe.
So bila jadi macam tu,orang selalu lupa.
Orang dah tak ingat betapa signicantnye mati tu dalam kita menjalani hidup kat dunia.
Betapa TERAMAT pentingnye mengingati mati itu..

Padahal Rasulullah SAW sabda,” Orang yang paling bijak antara kamu ialah mereka yang sentiasa mengingati mati”

Kalau kita kerja engineer, kita ni PHD, kita ni ahli akademik di universiti tersohor, kita ni akauntan bertauliah, kita ni terer merempit, terer cakap belit, kita ni cendikiawan, kita ni doctor pakar tapi kita tidak selalu mengingati mati, maka takde lah terel mana dan tak lah bijak mana.

So kalau kita tak dapat jadi seperti pakar2 yang tersebut di atas tu, atau kita tak dapat anugerah cemerlang masa kat skolah or kat universiti, inilah masa nye kita nak jadi pandai dan bijak (mengikut definisi Rasulullah SAW, Kekasih Allah)

Mengingati mati secara konsisten akan dijamin dari mengelakkan berbuat dosa dan kejahatan. Baik dalam toilet sorang2, dalam selimut berduaan, dalam bilik hotel, dalam rumah urut, dalam kepala otak, di tempat kerja, di dalam kereta, di rumah, di majlis pesta keramaian, di hari raya, tengah instant message, tgh chatting dan di mana-mana pun…

Pesan Rasulullah SAW lagi, mengingati mati boleh mengatasi keriangan dan keseronokan.

Ye la, bayangkan kalau kita ingat kita nak mati bila2, seminit lagi ke, dua minit lagi ke, sejam, sebulan, even setahun kita tak kan rasa nak bergumbira. Mesti kita beramal ibadat tanpa henti……sob sob..sob…menangis setiap kali berdoa.

Lagi pesan Rasulullah (lebih kurang maksud) “Kalau kamu tahu apa yang aku tahu (tentang pembalasan hari akhirat) tentu kamu akan lebih banyak menangis dan kurang ketawa/bersuka.”

Tapi kalau tak ingat mati, kita akan rasa dunia untuk keseronokan, kesenangan dan hiburan. Hiburaaaaaannnnn tak habih2…..

Rasulullah SAW sabda lagi, mafhum “Hidup di dunia ini seperti seorang musafir”

Nabi Isa pulak sabda “Dunia ini adalah seperti jambatan. Seberangilah ia dan jangan lah kamu membuat binaan di atasnye (lebih kurang maksud)

Are you ready? Macam mana nak ready?

Budak sekolah pandai macam mana pun, genius ke , gifted ke, mesti sedikit sebanyak buat preparation bila nak SPM. Habis2 malas belajar pun, solat hajat, doa, mintak berkat guru, dan macam2 lagi.Macam kat opis aku, semua orang pandai belake, pun gelabah gak prepare nak audit.
Sama jugak untuk MATI. Kita mesti prepare untuk mati dan kehidupan selepas mati.
Banyak exam, audit nak kena lepas. Yang payahnye, tak tau datenye bila.
Tarikh sessi soal jawab dan audit tu takde orang bagi tahu.
Oleh sebab tu, lebih lebih lagilah kita kena prepare.
Kita kena prepare untuk kehidupan selepas mati LEBIH dari kehidupan sebelum mati.

“Carilah bahagianmu di akhirat, jgn lupa bahagianmu di dunia.”

Beramal seperti kau akan mati esok hari dan bekerjalah seperti kau akan hidup selamanya.”

Dalam al-quran pun byk mention pasal mati dulu, baru pasal hayat (hidup). Allah sengaja sebut MATI kat depan ayat, baru sebut pasal hidup.
Mesti ada sebabnye. Nak suruh kita mendahului mengingati mati daripada ingat hidup.

Mati sebagai seorang mukmin
Sungguh beruntung orang yang tau bila dia nak mati dan sedar serta kembali kepada Allah.
At least orang yang tau dia nak mati..boleh bertaubat bersungguh sebab pintu taubat masih terbukak untuk dia.
Takde lah kena spot check macam kebanyakan mat rempit yang mati katak dan tak sempat nak prepare (mungkin ada yang dah prepare kot)

Macam mana nak lari dari MATI? Boleh ke?
Ada cerita tradisi dari Kuthaimah RA.
Ada sekali tu, pada zaman Nabi Sulaiman, malaikatul maut (Izraeel AS) menjelmakan diri dalam bentuk manusia dan merenung tanpa henti kepada seorang mamat ni. Lama ditenungnye sampai akhirnye mamat tu pun tanya la Nabi Sulaiman
“Siapa orang tu?”
"Malaikat maut", jawab Nabi Sulaiman
“Kenapa dia tenung aku macam nak cabut nyawa aku?
“Apa yang ko nak sekarang?” Tanya Nabi Sulaiman

“Bawa aku lari ke India. Aku tak nak tengok malaikat maut tu”
Nabi Sulaiman pun memerintahkan awan untuk mengangkat mamat tu ke India.

Bila mamat tu dah pergi, Nabi Sulaiman Tanya malaikat maut,
“Kenapa yang ko pegi tenung mamat tu?”

Jawab malaikat maut,
“Aku tadi heran apsal Allah suruh aku cabut nyawa mamat tu kat India, padahal dia ada kat sini bersama mu Sulaiman..”

Moral of the story: Memang ajal maut tarikh dan tempat dah ditentukan. Tak leh nak elak.

Marilah kita mula mengingati mati setiap hari, detik dan saat.
Dengannya hati akan jadi tenang.
Tapi itu bukan alasan untuk malas berkerja dan berusaha. Cuma ia boleh dijadikan sempadan untuk rehat dari bekerja dan tidak mendahului boss daripada Allah.
Maksud rehat bekerja kat sini ialah,

1) 9 pagi pergi solat Dhuha
2) 12.30 tghri baca Al Quran/Kitab2 Ilmu/Tazkirah surau and prepare untuk berjemaah Zuhur
3) 1.15 ptg solat Zohor berjemaah awal waktu
4) 4.15 ptg solat Asar berjemaah awal waktu
5) 7.15 ptg solat maghrib berjemaah awal waktu (walaupun tgh sibuk bekerja, plan lah kerja tu elok2)
6) 8.30 ptg solat Isya’ berjemaah awal waktu (kalau dah kat rumah tu pegi la masjid/surau. Kalau yang masih kat ofis, make sure berhenti kerja luangkanlah masa untuk menyahut seruan Allah. Kalau yang dah nak balik, tunggu la kejap, solat dulu, manatau eksiden ke karang….
7) Lepas isya’ bacalah Al quran, kitab2 ilmu, ta’alim kepada anak bini, kelas agama

My point : Luangkanlah masa untuk Allah sebab kata ahli neraka, (lebih kurang maksud)
"Ya Allah, keluarkanlah kami kedunia barang seketika untuk kami bertaubat, beribadat dan menyembah dan mengesakan kanMu"

Tapi jawab malaikat Zabaniah,
“ Itu semua omong kosong, Masa untuk beribadat telah berlalu, Nah sekarang terimalah balasan dan siksaan ini atas perbuatanMu”

Ye la..dulu dah beri peringatan atas dunia. Dah diberitahu, ada kesihatan, waras, tapi tak amalkan jugak sepenuhnye seruan dari Allah.
Orang yang beri peringatan tu pulak kita pandang slack.

-JUMUD lah,
-ketinggalan zaman,
-perasan alim,
-kubur kita lain2 tau,
-apa jaga tepi kain orang,
-macam dia bagus sangat,
-asyik solat je tak produktif langsung,
-menganggu orang nak tido la azan ni
-janggut nabi panjang sebab takde shaver Gillette
-makan pakai tangan, eii jijik.
-Jilat tangan pulak tuu..eeii…pengotor..
-Minum pun pakai tangan kanan, abis la kotor gelas ttuu..eei..tak senonoh..
-Janggut panjang…eeii..geli..berbulu sana sini….tak hensem
-Buruk benor pakai seluar senteng ni?
-Baju dah lusuh pun pakai lagi?
-Apa la pakai tudung kat budak2 kecik?
-Nak borak ngan bini dia pun jeles
-Apsal tak nak salam ni? Orang nak beraya, nak mintak maaf (pompuan kata kat lelaki – vice versa)
-Pakai kopiah macam orang tua (hallo..apasal org tua je boleh pakai kopiah?Sebab dia nak mati??? Kita? Tau bila mati??..)
-Pakai serban perasan macam ulamak konon
-Pakai jubah macam orang alim,
-Asyik cakap apsal agama, mati, siksa kubur, siksa neraka, syurga…rimaslah…tak de ceirta lagi sensasi ke? Up to date lah sketttttt..
-Blog ngko ni boring aa..dulu best..skang asyik citer ntahapahantah…
-Aku dah tau, tak payah nak ingatkan aku pasal hukum,
-Tak habih2 benda sama…borrrriingg..
-Apa ni? Kawin pun tak bleh sanding? Kawin apa namanye?
-Nantilah aku solat zuhur, err..asar kul bape ek?aku ..tengah concentrate buat kerja ni.
-This is my most produktif time, ko ajak gi solat dhuha plak

-DAN MACAM2 LAGI KATA2 ANGKUH dan MACAM PANDAI TAPI BODOH…oops..JAHIL (kang kata bodoh marah…)

Untuk selamat, setiap apa yang kita buat….mestilah ada kaitan dengan hari sesudah mati….

SUDAHKAH KAU INGAT?...

p/s - aku dah ingatkannnn....
p/p/s - bila aku dah mati, ingatkan nak aku untuk doakan untuk aku

9 comments:

Incognito Anonymous Pseudonymous said...

hucs.. tima kasih kerana mengingatkan tentang mati.. mmg manusia akhir zaman ni lebih kepada keseronokan.. kengkadang aku pun terpikir apsal la aku boleh jadi camni..

oh ye.. exact date time kita mati tu mmg telah ditentukan Allah.. the only takdir yg 'carved in stone' if you want to put it that way.. betul ke nih?

konot said...

pyan..
aku agree dgn analogy mati dgn audit. kalau kita dah prepare keje elok2, buat keje ikut arahan, sure audit tak de problem. tak payah kalut2 nak prepare utk audit. ni, nak dekat audit, baru kelam kabut. tu bagus la tahu bila audit nak dtg. kalau tak tahu, lagi naya. tak sempat nak prepare langsung. Sama mcm mati, kalau tgh sakit, baru sibuk nak bertaubat. Untungla sakit Allah kasi nak remindkan kita. Kalau tak, mati dtg tak de warning, tak sempat nak prepare.. hmm.. anyway aku suka baca blog ko pyan..

abu_harraz said...

incognito,
sama2..
sama2lah kita sama2 ingat meningatkan (berapa byk sama2 dan ingat daaa)
memang date tu Allah je yang tahu..aku cerita lebih kepada perspective kita ni yang tak penah tahu...

kornot,
aku pun suka baca pasal balkish...hehe...petah lagi kiut serta cleber cam mak nye..
apa2 hal....jgn lupa kepaa mati..kawan yang tak pernah tinggalkan/lupakan kita...tapi dia dtg bila je tak tau...

Anonymous said...

Sungguh sesuai dengan masa, anda menulis agar kita selalu ingat mati hucs.. Ummat sekarang dah ramai dah tak ingat mati. Ingat nak menongkat langit kot? Masjid dan surau dah mula sepi kembali, pesta makan pula banyak di sana sini.
Tentang mamat tu yang berkata “Bawa aku lari ke India. Aku tak nak tengok malaikat maut tu”, saya dengar pulau lain pula... tapi maksudnya sama saja dia nak pegi ke tempat yang amat jauhdari malaikak maut tu..(he he he)
Tentang ingat mati ni, orang non-muslim pun ingat mati, tapi diorang ingat dengan menempah kawasan kubur je lah.
Walaubagaimana satu hari lagi telah di delete dari waktu mati kita nak sampai....
(Ya Allah Matikanlah aku dalam Islam dan Beriman)

abu_harraz said...

uncle zabs..selamat raya..lama menghilang..? hehehe

ye..sekarang ni orang mati-mati ingat dia mati lambat lagi. tu yang hati jadi mati tu. dan open house pulak buat orang kenyang macam nak mati, maka bertambah laghalah...

p/s - errk..mcm aku je kenyang cam nak mati tuu...

blackbutterfly said...

aku pun takut n risau sgt.. :(

abu_harraz said...

blackbutterfly....
semoga kita sentiasa di dalam rahmatnye...

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (benar)"
Al Fatihah , 6

Ya Allah.berilah kekuatan dan panduan kepada kawanku sorang ni..
Amiiinn...

Hamka said...

Tahniah, dan terima kasih kerana berkongsi kebahagian anda,
Hucs baru menimang cahaya mata jam 4 pagi tadi…
Seorang pembantu ugama telah lahir…

Semoga semua selamat dan sejahtera..

kawaii_desu said...

nampak sangat la manusia lani lagi concern dgn hal dunia. semoga kita tak tergolong dlm kumpulan tu, Insya Allah...

Berkerjalah seolah-olah nak hidup lagi seribu tahun dan beribadahla seolah-olah esok maut menjelma...

hucs/abu harraz, tahniah atas kelahiran itu. teruskanlah usaha murni anda dgn blog ni, usah peuli apa org nak kata.