Monday, June 16, 2008

Puisi orang beratur amik rebate road tax

Sebuah karya yang amat boleh dipertikaikan dari sudut sasteranya....

Hari itu hari Ahad,
Aku ke rumah Osman Saad, (my abah punye nama la)
Bukan sebab father's day, aku pun tak teringat,
Saja ziarah abahku sementara (aku dan abah) masih sihat dan belum tenat.

Aku pun belek newspaper atas meja,
Wah ada cerita menarik pasal rakyat Malaysia,
Beratur di pejabat pos panjang berjela,
Nak kutip rebat road tax, kereta, pickup trak dan motor segala.

Orang paling belakang dalam barisan,
Masih boleh nampak apa didepan,
Dan juga tahu nombor giliran,
So takde masalah, tunggu je lah panggilan.

Cerita pasal orang beratur,
Teringat pulak yang kita semua pun tengah beratur,
Barisan yang panjang bukan maknanya proses tak teratur,
Itulah barisan nak masuk ke alam kubur.

Setiap hari ada orang cabut nombor ekor,
Setiap hari juga malaikat cabut nyawa,tamatkan umur,
Setiap hari juga kita yang masih tertidur,
Diulit uncertainty oleh syaitan yang berjuta ekor.

Dalam hati dok rasa duit tak cukup,
Dosa menggunung, pahala kurang - tak sedar bakal melingkup, (naudzubillah)
Preparation tak ada, hati semakin tertutup,
Dari melihat kebenaran,dan mengamalkan ISLAM yang tepat dalam hidup.


Kena bersedia sokmo untuk dipanggil,
Balik ke tempat asal, tak boleh nak degil,
Umur kita ni lembik macam bergedil,
Anytime, anywhere, turn nyawa kita pulak untuk malaikat diambil.

Email peringatan diforward selalu,
Hingga ke hari ini, dari dahulu,
Namun hidup kita masih melulu,
Memang susah nak ubah perangai dahulu,

Usaha sedikit demi sedikit,
Barulah boleh berjaya mendaki bukit,
Nak berubah adalah lah sakit sikit,
Berkat doa, sabar dan takutkan Allah, InshaAllah capai target.


Dari 2006 hingga 2008,
Tak banyak berubah, masih samakan?
Cuma kalau 2006 ada orang tu pakai kain kaftan,
2008 pula ada antara mereka yang dah pakai kain kafan....

Akhir kata bukan majulah sukan untuk negara,
Cuma majulah Iman untuk diri kita,
Allah cipta gua dan lu untuk SEMBAH Dia,
Bukan untuk layyyaaannn keinginan nafsu gua dan lu semata.


Ini bukan peringatan untuk ahli syurga,
Sebab sapa dah confirm ahli syurga relex je ler..
Tapi bagi sesiapa rasa belum confirm syurga atau neraka, (macam saya)
Semoga kita dapat sedikit kesedaran untuk bersedia.

InshaAllah dibukakan hati kita untuk lebih mendalami dan mengamalkan AGAMA. Ameen

Thursday, June 12, 2008

Iman yang berminyak? lari tajuk....

Marahkan nyamuk kelambu dibakar,
Marahkan lalat pakai ridsect, (ini adalah iklan racun perosak)
Marahkan anai-anai, ada pest control punya pakar,
Marahkan minyak naik...mari kita memaki hamun dan berpiket (tapi jgn bakar minyak pulak (contoh molotov cocktail) hehe

Sungguh naik angin sekali kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama ISLAM
Siapa tak marah minyak naik?

bukan orang miskin je marah,
orang kaya pun marah...

bukan orang naik kereta je marah,
orang jalan kaki dan naik beskal pun marah,

bukan pembangkang je marah,
penyokong kerajaan pun marah,

bukan pengundi berdaftar je marah,
pengundi hantu pun marah,

bukan kakitangan awam je marah,
kakitangan syarikat minyak pun marah,

marah..marah...marah....mari kita marah....
gerammmm..geramm...gerammm....
hentam....hentam...hentam...
maki hamun asam garam....


Yang tak marah ialah yang tukang naikkan harga minyak...
Dan semestinya dia la jugak yang kena marah...
Siaan...dah nasib diaaaa........ dan kitaaaaa..uwaaa!!

Maka bermacam2 lah perkara di dibincangkan..

Perancangan kerajaan suruh orang jimat cermat,
Perancangan pakatan rakyat jatuhkan kerajaan,
Perancangan bloggers untuk cara berjimat,
Perancangan orang tak pakai minyak untuk terus tak pakai minyak....

Tak ketinggalan..
Kupasan menarik di kedai kopi,
Kupasan tak kurang menarik di rumah coffee ,
Topik pagi era dan hot chat hot fm,
Wanita Hari Ini juga beri peluang semua bagi idea,
Suratkhabar siarkan pendapat cerdik pandai dan yang tak pandai,
Email pasal minyak pun tersebar dari sahabat handai.

Dengan kata lain..sungguh meriah Malaysia..
Orang tak kenal tepi jalan pun boleh menyapa,
bagi pendapat tanpa di tanya.

Yang memang sebelum ni dah tak cukup pendapatannya..
Lagilah rasa teraniaya,
Yang baru nak kawin tiga,
Tak terasa pulak agaknya....
Ye lah..nak kawin......pedulik hapa harga minyak..
jangan harga minyak lintah tapa naik udahhh..

Berbalik kepada ketidakpuasan hati dan keluh kesah rakyat malaysia..
Yang tidak ketinggalan diri ini juga...
Memang perit kehidupan di dunia sementara ini..
Tapi....
LEBIH PERIT KEHIDUPAN SEBENAR YANG MENANTI SELEPAS DIKAFAN NANTI
KALAU TAK BERSEDIA SEBELUM MATI, ATAU TAK CUKUP BERSEDIA..
MASUK KUBUR PUN DAH TERSEKSA,
APATAH LAGI SETENGAH HARI DI NERAKA - PUN TAK KAN TERTANGGUNG PUNYA,
YELAH BERSAMAAN 500 TAHUN DUNIA..


Sepatutnya kalau kita nak berpiket setiap minggu sebab minyak naik,
"Berpiketlah" jugalah setiap minggu sebab peratus maksiat naik,
Rancanglah apa diri kita nak buat untuk buat
Iman kita naik
Iman keluarga kita naik
Iman kawan2 kita naik,
Iman masyarakat kita naik...

Apakah action plan kita,
Sebagai individu, sebagai masyarakat,
Sebagai pemimpin keluarga, sebagai pemimpin pekerja,
Sebagai jurucakap media, sebagai jurucakap rumahtangga..
Sebagai ummat Nabi SAW, sebagai ummat manusia

Risaukah kita dengan naiknya peratusan masjid yang lengang?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan saf yang kurang?
Risaukah kita dengan
naiknya peratusan bayi terbuang?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan pergaulan bukan mahram sewenang-wenang?
Risaukah kita dengan
naiknya peratusan orang yang tak hiraukan azan?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan orang yang tak bersolat?


Baguslah kalau risau..
Tapi risau kena lebih dari risau harga minyak naik..
Baru la ada gaya Nabi SAW

Apakah tindakan seterusnya? Hanya sekadar risau?

Kita mesti cakap dan terus bercakap pasal kerisauan keadaan agama
Kita mesti mengajak dan terus mengajak manusia kepada agama
Kita mesti amalkan dan terus amalkan sebenar-benar tuntutan agama
Kita mesti tunaikan dan terus tunaikan amanah Allah pada kita
Kita mesti taat dan terus taat kehendak Allah pada kita, hak Allah


Berpesan-pesan dengan haq (kebenaran),
Berpesan pesan dengan sabar.

Itu yang Allah nak..
Kalau dah buat semua yang Allah nak...
barulah kita buat perkara dunia..

Perjuangkan yang perut kita
Perjuangkan keperluan kita di dunia
Perjuangkan hak kita/bahagian kita di dunia...

Piketlah....
Risaulah....
Marahlah....
Dengan kenaikan harga minyak....

HANYA selepas kita perjuangkan AGAMA kita....itu yang UTAMA..

Kalau tak..memang sah lah..kita cuma akan marah hanya jika

perut kita kempis,
perut dompet kita kempis,
perut akaun bank kempis,
perut tangki minyak kempis...

Dan langsung tak setimpal kerisauan kita tentang..
Keadaan AGAMA yang Allah amanahkan kita jaga
Keadaan AGAMA yang Allah suruh kita tunaikan dan amalkan
Keadaan AGAMA ISLAM kita
...

Renungkan
Siapakah kita sebenarnya?
Beragama ISLAM? Bernama ISLAM?
Hidup berkiblatkan minyak? Hidup mengharapkan REDHA Allah?
Mana yang lebih, kalau tersilap salah..adjust lekaih lekaih..
Sebelum...KITA DIJEMPUT/DIRENTAP PULANG

SESEORANG YANG MATI KEKOSONGAN PERUT DAN KELAPARAN KERANA TAK ADA MAKANAN
MAKA INSHA ALLAH MASIH ADA HARAPAN KE SYURGA


NAMUN

SESEORANG YANG MATI KEKOSONGAN HATI DAN JIWA TANPA HIDAYAT DAN IMAN
MAKA WAJIBLAH KEKAL DI DALAM NERAKA SELAMANYA..
(naudzubillah)

DOA.. (say with me..altogether..yeah..you at the back there...come...pray along...)
1. jauhkan dari api neraka dan azab kubur walau sesaat
2. kefahaman agama tepat seperti kehendak Allah dan Nabi SAW
3. minyak murah/mampu dibeli
4. harga barang tak naik

Ameen

Tuesday, June 03, 2008

Plagiat entry orang - Selamat panjang umur dan kaya raya


Idea asal dari www.keretamayat.blogspot.com - Sep 06. -( Hamka, sepemergian engkau menjalankan amanat Nabi SAW, amanat yang membuatkan umat ini amat dicemburui oleh semua para Nabi dan Rasul...... aku curik satu entry sebab aku rasa penting untuk dikongsikan....nanti ada masa aku belanja kepok leko tepi sekolah..kalau ingat la...hehe)

Bila ada orang kawin - kita ucap semoga bahagia dan murah rezeki
Bila ada orang sambut hari jadi - kita ucap semoga panjang umur dan murah rezeki
Bila ada orang sambut mothers day dan fathers day - kita ucap semoga panjang umur
Bila teachers day pulak - kita kata terima kasih cikgu, semoga murah rezeki cikgu
Bila ada orang mati - kita ucap daripadanya kita datang, kepadaNya kita kembali.....

Basically semua orang nak panjang umur dan murah rezeki

Dengan umur kita boleh bertaubat, dengan rezeki yang murah kita boleh membantu ahli keluarga dan masyarakat.

Namun, kebiasaannya...berapa percent dari seluruh umur kita digunakan untuk bertaubat dan beribadah? Umur yang kita selalu mintak byk2 tu...
100%? Bagus..atau
1 - 2 tahun? (ketika diberitahu mengidap penyakit kronik)

Juga, kebiasaannya...berapa percent dari seluruh harta dan rezeki yang Allah bagi free2 kat kita, digunakan untuk menolong orang, keluarga, masyarakat, AGAMA?
50%? Bagus - kongsilah rahsianya...atau
2.5 per cent? (zakat)
10 ringgit seminggu masa solat Jumaat?
atau RM 1000 setahun untuk duit raya budak2? (ni bukan kategori menolong ni..bukan sadaqah, tapi hadiah...)

Sebuah kisah fantasi dan imaginasi sendiri ketika menunggu bas di pagi hari..

Aku berjumpa dengan para remaja hip hop dan rockers serta punkers... dan bertanya...
Apa yang korang mahu?

Jawab mereka… (bukan semua)
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas.., barulah faham erti kebebasan..yoyo..yeah yeah!!

Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja , atau dah Isyak..nak witir dah.......lalu bertanya...
Apa yang Uncle dan Auntie mahu?

Jawab mereka yang tua-tua itu…(bukan semua)
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami menikmati erti hidup, merasai hasil penat lelah kami dulu…

Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai so-called intellectual and academicians and technocrats dan bertanya...
Apa yang Prof dan Dr2 mahu?

Jawab mereka…(bukan semua)
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun manusia, supaya manusia boleh hidup lebih lama dan kumpul lebih banyak harta

Hmmmmmm, tiga perkara di atas begitu penting sekali nampaknya…...
Sapa tak nak tiga perkara ni bukan?
-Harta
-Sihat
-Umur


Itu yang aku pun selalu doa: panjang umur murah rezeki ..hmmmmmm...

Baiklah, cuba kita pulang ke pangkal jalan sikit......tengok apa kata para sahabat r.a.hum
Apa yang mereka mahu?

Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud):
"Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?

Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah…(lebih kurang maksud):
"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa …, tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku…

Kata saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan…
(lebih kurang maksud)
"Hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah…
Nota: (wahai ‘pedang Allah’.. Allah telah muliakan ‘pedang Allah’ dengan tidak pernah jatuh akan ‘pedang Allah’ di jalan Allah..subhanAllah..)

Maka telah jelas, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Panjang umur dan Harta yang melimpah ruah...

Sekarang, aku nak tanya diri aku balik.....
Sekali lagi, apa yang aku mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki....
urggghhhh.......!!! sah didiagnosiskan sebagai terkena penyakit 'wahan' (cinta dunia & takut mati)

Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…?
Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU…

Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.)
Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku…, aku malu untuk minta sembuh…

Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael…
lebih kurang maksud…
"boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!"

Nabi Zakaria a.s ketika hendak digergaji hidup2 (dibunuh oleh ummatnya) telah diberi kata dua oleh Allah sama ada mahu kekal hidup dan ditarik pengiktirafan jadi Nabi atau mahu pasrah dan kekal dengan dugaan (iaitu dibunuh) Baginda telah memilih untuk mati kerana Allah.

Maka pembaca semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….

Sekarang, aku nak tanya sekali lagi…
Apa yang aku mahu sebenarnya?
-"errr.......l"
(Isk..isk…)

O.k, Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?
Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya!!)

Apa yang firaun mahu?
"aku mahu panjang umur"

Apa yang Qarun laknatullah mahu?
"aku mahu murah rezeki"

Apa yang aku mahu?
".....aiseeeyyyhhhh....." tertunduk malu....
(no komen…)

Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?
Apa yang Abu bakar r.a mahu?
"aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu"
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)

Apa yang Aisyah r.a mahu?
"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!

Apa yang Umar r.a mahu?
"aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung"
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)

Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!

Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak..
Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
"aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…"
Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!

Aku pulak?
Banyak betul masa yang ada untuk baca blog2 dan bacaan2 dan movie2, sinetron2, dan majalah hiburan, pancaindera, manggis, dan macam2 lagi yang TIDAK MENINGKATKAN IMAN..,

Jadi saya tanya awak semua pulak...(memandangkan usaha mendapat jawapan yang baik dari diri aku sendiri menemui jalan buntu)
Apa yang anda semua MAHU?
"err........chop......boleh tak jawab begini?":

"Ya Allah yang maha penyayang dan pemurah, kau
BERKATILAH umur ku,
BERKATILAH rezekiku,
BERKATILAH keluarga,
BERKATILAH kehidupanku,
Semoga ia menjadi sebab untuk aku TERLEPAS dari azab neraka Mu walau sesaat!"


InshaAllah boleh saya cuba...terima kasih atas cadangan tuan2 sekalian.


Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit "wahan" yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati…

Apa itu ‘wahan’?

Jawab nabi saw: "Cinta dunia dan takut mati!"
Dan ditambah sikit supaya kita (lebih2 lagi aku yang jahil ini), lebih memahami tentang apa itu "wahan"

Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan , di algebra dan dikalkuluskan, maka ianya dapatlah di buat kesimpulan bahawa itu adalah:

keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki.. adusss....

Tahukah kita bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah Iblis?
Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat..

Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka.

Akhir sekali, selaku bukan doktor, maka ada serba sedikit disertakan tanda tanda penyakit ‘wahan’,
Aku yang makan cili takkan orang lain terasa pedasnya kan?
Tanda tanda mungkin terkena penyakit ‘wahan’…

  • Mudah di tipu oleh skim cepat kaya…
  • Seronok bekerja hingga tak ingat solat jemaah
  • (Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang
  • Simpan duit banyak banyak dalam bank
  • Teringin nak jadi jutawan segera!!!
  • Nak jadi penyanyi
  • biarkan tanah perkuburan tuk nenek abah mak semak samun..
  • tengok Masjid kosong tak rasa apa apa.
  • Pergi pasar malam waktu azan
  • Pergi shopping hari Jumaat waktu azan zohor sedangkan belum datang bulan…
  • Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
  • Bercita cita nak tengok, spiderman part 3, superman return part 2, dan macam macam part lagi
  • Suka tengok drama TV yang bersambung…
  • Suka tengok hiburan atau sukan secara ‘live’ (sempat amik wudhuk, tapi tunggu iklan untuk solat secara express)
  • Malas baca Al-Quran
  • Malas solat jemaah
  • Selalu forward email merapu
  • Suka tengok bahagian dada perempuan.
  • Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
  • up date lagu terkini di carta TV/radio
  • Suka hias kereta
  • Suka kipas boss banyak2
  • uka jugak kalau boss kipas kita - tersipu2 senyum ke telinga
  • Suka bermain kata2
  • Up date blog hari hari - apa2 jelah asalkan update
  • Baca blog yang cerita hal dunia sahaja - keluarga, hobi, artis, hiburan, anak2 pergi sekolah, anak2 balik sekolah, pasal makan tempat mahal dan mewah etc..
  • Takut hantu
  • Takut melihat kereta mayat, rumah mayat, tempat mandi mayat
  • dan banyak lagi perkara yang LANGSUNG TAK MENINGKATKAN iman!

(clue: ingat tak ahli neraka mintak apa?) gunakan dengan baik..

Apa2 hal, bertaubatlah hari2 , Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang tidak akan letih menerima taubat kita, kita yang letih bertaubat dan letih buat dosa...

Sekian…


Ps: Jadi ahli kubur baru lah tahu apa yang di mahu…oh!.


p/ps : Kesusahan yang ditanggung oleh seorang ahli kubur, kalau nak dibandingkan dengan semua kesusahan semua umat manusia dari Adam a.s hingga ke manusia terakhir atas bumi dan dikumpul dan dijumlahkan, maka kesusahan seorang ahli kubur itu adalah lebih besar!