Thursday, August 20, 2009

Salaam Romadhon 1430 H

Workshop & Kursus

(Nota dahi: Sila abaikan nilai sastera...Moga manfaat)

Di Workshop Abang Epol,
Enjin kereta di overhaul,
Piston, gasket semua check yang dah foul,
Tukar spare part dan lincirkan yang karat,
Lepas tu cat body sampai kilat,
Hilang habuk, najis dan tar yang terlekat,
Biar semua hebat,
Barulah cantik dan selamat.
Walaupun model tahun lapan puluh empat.

***************************************

Setiap tahun pergi kursus,
Tingkatkan ilmu, yang obsolete kena lupus,
Paradigmnshift kata Orang negara Bush,
Supaya pemikiran sentiasa dinamik,
Berdaya saing dan tak kolot macam tok nenek,
Setiap tahun perlu ada peningkatan,
Barulah ada nampak perubahan,
Ada motivasi untuk pergi lebih jauh lagi,
Barulah sentiasa ada innovasi,
Yang akan buat kompeni tak rugi,
Boss tengok profit graph, senyum nampak gigi,
Barulah cerah peluang naik gaji lagi

*****************************************

Kereta, Mesin, semua boleh adjust
Masuk workshop, tukar parts baru, langsung takde dust,
Enjin semua baik, on the road nanti no more fuss!


Dan untuk pembangunan modal insan,
Kompeni hantar kursus untuk upgrade pengetahuan,
Fresh mind, fresh idea, itulah harapan.


Tapi untuk Iman........
Ye Iman.. Yang kita baca ...Percaya kepada Tuhan
Di mana Workshopnye?
Di mana Kursusnye?
Ada alamatnye?
Berikan lerrrr.........


Workshopnye di dalam Ramadhan,
Kursusnye di waktu Ramadhan,
Allah pencipta Insan,
Juga mencipta Ramadhan,
Tempat dan waktu membaiki Iman,
Juga bulan memohon keampunan,
"Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan namun tidak mendapat keampunan,"
Itulah salah satu Doa dari Ketua Malaikat,
Di Aminkan oleh Kekasih Allah Dunia Akhirat,
Di hadapan para sahabat yang sebaik baik ummat.
Untuk renungan kita agar selamat di akhirat


Ya Allah,
Terimalah Kemaafan dari dosa-dosa Kami
Bentuklah akhlak kami,
Bentuklah Iman Kami,
Betulkanlah Hati Kami,
Peganglah Hati Kami,
Tetapkanlah Hati Kami
Sempurnakanlah Ibadat Kami
Terimalah Ibadat Kami,
Di dalam Ramadhan kali ini,

Dan kekalkan sehingga akhir hayat kami,
Juga tambahkanlah kebaikan Kami.

Agar KAU REDHA dengan kami,
Agar Redha mu menjadi asbab Syurga ke atas Kami
Dan Haram Api Neraka hatta asapnya pun ke atas Kami.
Ameen. Ameen. Ameen.


Salam Romadhon AL-Mubaarok

-Abu SH a.k.a Abu Harraz-