Tuesday, September 14, 2010

Kenapa mula puasa 2 Syawwal?

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, semoga kita semua kembali kepada fitrah, dan Allah redha dan memberkati hidup kita di atas dunia.

Selamat berpuasa sunnat 6 syawwal. Semoga allah memberikan ganjaran kepada pendukung2 sunnah nabi SAW.

Memang benar puasa sunat 6 syawal adalah sunat, dan boleh dibuat pada bila2 masa di bulan syawal.

Namun ada beberapa sebab kita sebaiknya menunaikannya seawal mungkin seperti nabi SAW selalu buat.

1. mulakan pada 2 syawal.
2. berturut2 selama 6 hari sehingga 7 syawal.

Mengapa?

1. Amalan ini sudah hampir pupus - hinggakan org yang berpuasa pada hari kedua syawal dikatakan tidak menghormati majlis/tuan rumah/tetamu ketika dalam keghairahan menyambut syawal. Amalan rasulullah SAW dan para sahabat r.ahum ini makin pupus, dan kita makin jauh dari sunnah ini.

Kenapa? Kerana kita beraya bukan sehari (juga amalan nabi SAW). Kita ada raya ke dua, ketiga, hatta, ke sepuluh. Sebab itu susah utk kita memulakan puasa sunat 6 syawal seawal mungkin. Dalam keadaan masyarakat tidak faham mengapa nabi SAW mulakan seawal mungkin, amatlah susah utk kita mendapat 'support' dan sokongan moral dari semua pihak.

Namun, bukankah Islam akan menjadi kembali asing di akhir zaman. Berpeganglah dengan sunnah nabi SAW. Berpeganglah dgn ajaran islam. "Gigitlah dengan gigi geraham"

Barangsiapa yg hidupkan Sunnah di zaman fasya'' dn mungkar (ketika umat memperlekehkan Sunnah), ALLAH SWT bg ganjaran 100pahala mati syahid.

2. Hikmah memulakannnya awal juga adalah utk mendidik kita dan pemahaman kita dan masyarakat sekeliling, betapa Islam menyarankan kita menyambut Eidul fitri sehari sahaja. Takbir dan tahmid juga hanya sehingga solat sunat aidilfitri. Jika kita berpuasa 6 syawal bermula pada 2 syawal, maka dengan sendirinya perkara ini akan terpelihara.

3. Memang ada hadith soheh ( kisah abu darda' dgn salman) dimana salman menyuruh abu darda berbuka (dari berpuasa sunat) bagi menghormatinya sebagai tetamu. Ini dibolehkan, tapi ia hanya bersifat harus. Lagi ramai yang berpuasa bermula 2 syawal, lagi kurang keberangkalian perkara sebegini terjadi.

Sekali lagi ingin saya jelaskan, ini bukannya wajib, tapi bagi kita memelihara sunnah rasulullah saw yang semakin terhakis (bukan setakat terhakisnya perlaksanaan, tetapi terhakis juga pemahaman berkenaan sunnah ini) adalah lebih baik kita yang selalu mendabik dada mengaku pencinta rasululah SAW bermuhasabah dan berebut2 menjadi pendukung sunnah, dan menjadi agen perubahan perkara yang batil di dalam masyarakat yang semakin jahil.

-TASBIH KAFFARAH-