Monday, April 30, 2007

Anugerah Industri Blog (AIG)

Aku telah ter'update' bahawa AIM (Anugerah Industri Muzik) baru je berlangsung beberapa hari lalu.
Maka bersempena AIM tahun ini, aku mempersembahkan....dua lagu asal kompolan kepak-kepak. (Wings) - maaf lawak kurang bermutu ini disengajakan.

Bernafas Dalam Lumpur
Lagu Asal: Wings

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku

Relax apa lagi
Hendak ku katakan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Asal kita beza
Sama pada gaya
Itu cara sesat kau yang ajar

Memang kejadian
Kita yang berbeza
Yang penting kita saling musuh memusuhi
Kau Syaitan

Kita tak dapat bersama
Walau kita juga hambaNya
Kita punya beza citarasa
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Tak kan ku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana hasutan
Semoga aku dilindungi dan diredhai Allah
Oh Syaitan


Di Ambang Mati
Lagu Asal: Wings

Yang putih bersih
Dalam suatu kamar
Si Khaliq yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insaffffff…….

Di ambang mati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru syahadah
Sehangat nyawa bergelora.

Terbuka hendaknya segala pintu syurga,
Bukan lubang neraka, naudzubillah….

Kembali mengharap redha Penciptanya
Mengotakan janji silam…..

Sang Iblis kejar mengejar
Mengganggu sepanjang hari beredar
Sang Iblis kejar mengejar
Mengajak selain Allah

Sang Iblis kejar mengejar
Mengganggu sepanjang hari beredar
Menunggu panggilan Ilahi
Menghitung detik perpisahan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Meraung dalam kesunyian.

4 comments:

UmmuSarah said...

Aduss...terasanya diri akak nie bersalah. Mamang dah tahu keburukan tv tapi tak terdaya membuangnya jauh. Semalam pi Jusco, nampak display plasma tv and home entertainment set. Terasa dlm hati keinginan menbuak-buak utk beli.Ini kalau ada kat rumah ini mestilah best...baru boleh layan movie dgn sound effect dgn feeling sekali ...Tak teringat perangai buruk tu nanti akan beri kesan pada anak2. Iyalah, sekrg "high end entertainment set" tu kan ibarat "toys" for big kids. tekankan ajele nafsu tu.
Yang ada tv kat rumah tu pun tak terkawal masanya, apatah lagi kalau kat rumah dah ada pawagam besar. Itulah rumah kita hari nie, bukannya nak jadi madrasah tapi dah jadi Cineplex. Lemahnye imannnnn. Doakanlah kami ini.Ya ALLah jauhkanlah dari hati kami keinginan kearah perkara2 yg membawa kpd kemungkaran.

Abu S.H said...

Amin...

Kalau boleh list kan kebaikan dan keburukan TV secara jujur dari hati yang takut kepada Allah...Semua kebaikan akan bertukar jadi keburukan....

Carik program ilmu yang takde org bukak aurat, atau perempuan jadi host. susah nak jumpa.....

tidak akan halal sesuatu yang bercampur dengan haram, hatta ilmu sekalipun.

kawaii_desu said...

hmm... hidup dalam kesederhanaan ini lebih bagus

Abu S.H said...

apa maksud kesederhanaan?

Bagaimana Nabi SAW bersederhana?
Bagaimana para sahabat r.anhum bersederhana?

Bagaimana aku bersederhana?

Hmm..sangat jauh...jauh...sempat beli tv kecik lagi sebab 'bersederhana' lah konon..bukan tv besar...

hahaha...aku yang tertipu dengan diri sendiri...