Tuesday, May 15, 2007

MEMBEBEL

Lanjutan dari tazkirah waktu lunch di surau opis, aku teringat pasal satu perkara.

Amaran: Penulisan ini mempunya kata2 direct dan agak keras dan ‘kuno’ bagi sesetengah orang. Namun ia adalah benda HAQ (BENAR) dan wajib dipesankan. (wajib diikuti)

Aku minta maaf bagi yang termakan wasabe. Aku sendiri pun kena jugak. Tapi benda yang benar kena cakap lah.... Kena ada azam untuk improve dan cuba improve. Insha Allah diterima.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. "

Sebelum itu, kita tanya dulu, :

SIAPA SINI MENGAKU ISLAM, DAN MENGAKU KEWUJUDAN ALLAH TUHAN YANG SATU, SERTA MENGAKUI AZAB KUBUR DAN NERAKA ITU WUJUD?

Kalau jawapan di atas ialah “Saya! Saya!”,maka boleh lah baca seterusnya.

Baiklah..
Sebagai orang ISLAM, kita kena mengamalkan cara hidup ISLAM.
Mengamalkan segala yang WAJIB, Mendukung dan menghidupkan segala SUNNAH Nabi SAW, Membenci yang MAKRUH dan meninggalkan serta menjauhkan diri dari yang SYUBHAT dan HARAM.

O.k clear…
Kalau clear..mari kita teropong hidup kita dari perspektif itu…

Zaman sekarang, banyak benda disandarkan pada ISLAM meskipun benda tu takde kena mengena dengan ISLAM malah memfitnah ISLAM dan memburukkan pemahaman orang lain ke atas ISLAM.

Contoh 1:
“Saya nak carik wanita bertudung” – Kononnya sebab dia nak wanita yang ISLAMIKlah…ada menampilkan cirri ISLAM.
Bagus..tapi jangan terperangkap dengan tipu daya syaitan. Inilah ‘perkara kecil’ yang dimaksudkan gamaknya.

Bertudung, tak semestinya menutup aurat. Apa ada pada tudung?
Kalau tudung tu jenis nipis, dan pakai pun singkat2….ia masih tidak menepati syara’ dalam menutup aurat.
Tapi kalau kita berterusan menganggap itu sudah menutup aurat….itulah permainan licik syaitan. Jangan tergelincir dengan perangkap ini.

Maka untuk lelaki bujang, atau bujang 3, 2 or 1, kalau nak carik bini, cariklah yang menutup aurat bukan yang bertudung..o.k? Niat kena betul.

Apakah itu aurat pompuan?
Senang cakap, aurat ialah apa yang kita kena tutup masa solat.
So kalau jeans ketat, baju ketat, lengan pendek, tudung mak itik (ikat bawah leher) atau tudung nipis (bawal #4), tudung nampak telinga dan sanggul serta leher, tak pakai stoking yang tak jarang, itu bukan pakaian yang menutup aurat. Nampak panty punye line dari luar, nampak tali bra…apa lagi ek?
Haa..pandai2 lah….

Yang kat atas tu bukan MENUTUP aurat. Belum lagi menutup aurat dengan sempurna.
Marilah kita menutup aurat dengan sempurna SEBELUM kita ‘ditutup’ dengan paling sempurna oleh kain kafan yang bukan jenis bawal.

Contoh 2
“Anak saya si Fishi Sindi tu, HANYA berkawan je dengan si Hucs. Biarlah budak2. Lagipun dia tahu la batas2nya. Dari kecik diorang berkawan”

Haaaa….ini sebenarnya, si emak yang tak tahu batas, anak2 apa lagi.
Kalau kita orang ISLAM, kita tak ada KAWAN bukan muhrim.
Kawan borak2 kosong atau kawan pergi pasar malam, atau kawan internet atau kawan dating.

Lelaki….. no kawan pompuan
Pompuan….. no kawan lelaki.

Cakap senang, tulis pun senang..memang nampak payah nak hindar, tapi kena jauhi.
Bila Allah dah bagi hidayah dan taufik, semuanya mudah..Insha Allah.

Aku kuno??? Jangan sedap mulut je cakap……silap2 terkutuk syariat Allah…
Itulah yang sebenarnya Allah tetapkan. Aku pun masih lagi mencari kekuatan.
Ya Allah selamatkanlah aku….

Kalau ada orang kata aku sombong, nak buat macam mana?
Biarlah orang pompuan kata aku sombong, hakikatnya, kita sedang cuba menyelamatkan dua2 belah pihak dari murka Allah dan panahan syaitan..Insha Allah…dilindungi Allah

Kalau di tempat kerja?
Kalau berkenaan hal kerja bolehla..nak borak2..sori…
Belajarlah limitkan dulu..sampai akhirnya kita berjaya menghindari borak2 kosong..
Taatlah perintah Allah kalau perasan MUSLIM!

Abis tu? Macam mana nak tingkatkan silaturaahim?
ISLAM tak suruh berkawan dengan bukan muhrim.
Bak kata ayah kepada seorang ustaz masa dia kecik dulu “ Apa!!?? Dah tak de orang lelaki lain ke kau nak kawan???!!!”

Bagi ibu2 dan bapak2….jagalah anak dara kamu, pergaulan mereka.
Sebab kalau jadik apa2..baru lah nak carik agama…barulah nak menyesal….
Baguslah nak jugak akhirnya carik agama,..tapi…
tupai sudah menebuk…….
bubur dah terlajak dari menjadi nasi….
Naudzubillah….

Contoh 3
“Lakonan mereka memang berkesan, anak sayang emak. Cium mak dia, jaga mak dia, peluk mak dia, dukung mak dia. Memang tersentuh. Menginsafkan. Inilah ISLAM nak. Anak jaga dan kasih pada Ibu.”


Satu lagi permainan tipu daya yang amat hebat.
Lelaki dan perempuan bukan muhrim berpelukan dikatakan hebat dan dipuja, dan diberi anugerah….
Hebat di mata kita setelah di “kaburi’ oleh permainan tipu daya syaitan.
Kita terhijab (terhadang/terlindung) dari kebenaran.
Tak ada pengajaran di situ, kerana yang haram telah bercampur yang halal.
Tak ada kebaikan di situ, dan tak ada KEINSAFAN disitu.
Hanya mainan emosi yang tak membawa keberkatan dalam menyedarkan kita.

Lagi pulak, sepatutnya kita benci melihat manipulasi sebegitu.
Aktor lelaki mencium, peluk, pegang, aktres perempuan atas dasar kasih sayang anak dan ibu……Konon utk menyampaikan message..message sayangi ibu…Bukankah banyak cara lain???

Kita pulak menonton..
Membuang masa yang Allah beri utk beribadah dan beramal. (Hak Al Quran ialah supaya kita khatam 2 kali setahun..nak tengok tv lagi? pergi habiskan surah Al-Baqarah tu dulu..)
Membuang masa untuk berdakwah kepada billion ummat yang belum ISLAM
Membuang masa dari memikirkan bagaimana nak membawa umat ISLAM kembali taat perintah Allah SWT.

Kata suara2 sumbang,
“Alaa…diorang berlakon je.,.bukan betul2…”
“Bukan ada nafsu pun….cerita sedih ni..”
“Macam tu semua tak boleh laaaa..”
“Kau ni otak kuning betul la..itu pun nak jadi issue…tak cool langsung…”

Ya..memang nuraka itu tidak cool…malah 70x ganda lebih panas dari api di dunia.
Memang lah benda yang tak boleh, tu, tak boleh.
Bukankah DUNIA ini penjara bagi orang mukmin?
LIMITED…..bukan bebas macam mergastua atau pun haiwan rimba.

Sebenarnya banyak lagi contoh perkara ‘kecil’. Kecil di mata kita yang pandai2 letak hukum.….seperti menghampiri zina (dating, cakap2 asmara dalam tepon, minat artis, chatting, email, borak2 tea break ngan bukan muhrim dan macam2 lagi)

Sejak Ustaz kat opis tu cakap petang tadi, aku pening memikirkan, betapa mudahnya syaitan masuk dan tak keluar2 lagi dari hati manusia…

"Lindungilah kami Ya Allah. Kami lemah, hanya mengharap pertolonganmu dalam menghadapi dugaan ini"

Kepada yang masih rasa cool dan relax lagi…boleh try baca kitab:
“Peringatan Bagi yang Lupa atau Kitab Tanbihul Ghafilin.”
Macam baca buku cerita seram, tapi buku ni buku yang paling seram…….Memang gerun, memang insaf, memang takut…

Sabda Rasulullah SAW, lebih kurang maksud:

ORANG YANG PALING BIJAK IALAH MEREKA YANG BANYAK MENGINGATI MATI, DAN BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA-ibn majah

Memang….memang tepat. Kalau selalu ingat mati, lupalah keseronokan dunia dari cakap merapu dan lagha. Maka jadi bijaklah sebab sibuk menyediakan bekalan yang tak boleh ditambah bila tiba di destinasi.



-TASBIH KAFFARAH-



Renungan:

Zaman dulu dari rumah orang islam ada je orang mengaji.
Zaman sekarang, dari rumah orang ISLAM, nak2 time cerita Hindustan, sama je bunyi dengan rumah orang bukan ISLAM jika kita berada di luar.
Kalau time bukan filem Hindustan pun, sama je DUP! DUP! DUP! (bunyi ‘BASS’ muzik dari konsert atau MTV atau Channel V atau video clip pilihan)

Zaman dulu, dari rumah orang ISLAM, keluar para Hafiz, para da'ie, para syahid, para ulama’
Zaman sekarang, dari rumah orang ISLAM lahir artis, lahir atheist, lahir perompak, lahir perogol bersiri. Malah ada masanya lebih banyak hasil yang baik dari rumah bukan ISLAM.

Manakah imej ISLAM? Kenapakah ada persamaan cara hidup atau lebih rendah dari yang belum ISLAM?

Zaman kita yang macam tu, kita yang kena berubah dan berpesan untuk berubah.

Tuesday, May 08, 2007

Ikaaan di laut.......assaaaam di darat....bertemu jua..

Cerita berlaku di dalam sebuah lautan yang luas : (hakikatnya , berfantasi dalam otak saya je..)

Ikan yang paling warak dan berilmu, serta mengamalkan ilmunya, memanggil semua ikan2.
Perhimpunan mingguan bersama kesemua ikan memang biasa di lautan ini.
Perhimpunan bertujuan untuk berpesan2 dengan hak dan berpesan2 dengan sabar.

Ikan yang paling senior memulakan ucapan.

Wahai Ikan2 sekalian,
Ketahuilah, di 'atas sana', ada dunia lain yang lebih hebat dari dunia kita ini.
Yakinlah bahawa jika kita tidak berhati2, kita akan terseksa di ‘dunia’ di atas sana.
Jauhilah larangan ku, dan ingatlah pesan ku!

Jauhilah mata2 kail dan bot2 atau bunyi enjin2 yang menarik pukat.
Ingatlah pesanku, kerana sekali kita terleka, maka buruklah padahnya.

Mereka suka melalaikan kita dengan mata kail yang yang meliuk2 umpannya.
Mereka kaburi kita dengan makanan yang menarik dan sedap2.
Kadang2 perut ayam, kadang cacing bergetah, kadang2 udang harimau.
Fuhh..memang sedap, memang melekakan, memang melalaikan.

Namun, keseronokan yang boleh membawa kelalaian ini sangat bahaya.
Keseronokan menonton tarian dan nyanyian udang2 dan cacing2 ini amat bahaya.
Kerana sedikit alpa dan terleka, kita akan cuba mendekati umpan2 ini.

Setelah tertarik, dan terleka, kita akan cuba mendekati dan memakan………..
zrapppP!!!....dan ketika itulah kita akan ditarik oleh mata kail yang amat tajam lagi kejam, menembusi rahang, dan langit2 kita.

Arrgggggggghhhhh!!!!!
Sakitnya amat tidak terhingga!!!...
Di saat kita lalai, ini boleh terjadi.
Di saat itu, kita berada di hujung nyawa…

Maka jauhilah perkara2 umpan sebegini.

Wahai Ikan2 sekalian,
Ketahuilah….
Akibat terleka dan terlalai dengan umpan2 ini…
Kita akan masuk ke dunia lain……
Kita akan di biarkan menggelupur sehingga pengembangan insang kita yang terakhir.
Tatkala nyawa kita dicabut, amat menyakitkan.
Namun, Ianya tidak berakhir begitu sahaja.

Kita akan diletakkan di dalam kotak yang gelap dan sejuk yang dinamakan icebox
Untuk beberapa ketika, menderitalah kita di sana, kesejukan, berhimpit2, gelap….sehingga kita dikeluarkan…

Setelah kita dibangkitkan dari kotak yang gelap dan sejuk, kita akan dihimpunkan.
Dihimpunkan beramai2 di sebuah kawasan yang luas.
Penuh sesak dan amat menyeksakan sekali.
Itulah dewan besar pasar borong.

Kita akan di pilih-pilih dan ditimbang di atas neraca.

Dan selesai timbangan kita, kulit kita akan disiat2,
Dan badan kita dikelar2,
Di taburi air “assaaamm di darat”, garam dan kunyit. Kadangkala cili, bawang juga dilumurkan.
Arggghhhh pedihnya!!!!Pedih tak terkata…..

Namun belum juga habis penderitaan kita……
Terdapat satu cecair yang menggelegak tersedia di dalam satu kawah yang besar.
Ia dinamakan minyak masak!!!

Kita akan dicampakkan ke dalam minyak yang panas menggelegak, yang tak pernah kita terpikirkan di dunia laut ini!!

Meraunglah sekuat mana pun…tidak ada sesiapa yang peduli.
Meraunglah……menyesallah di atas kealpaan kita di masa lalu….
Kita alpa dengan keseronokan dunia dalam air…..Kita lupa dengan ‘dunia’ lain yang memang sedia wujud.
Kita dok piker dunia kita je……Dok pikir beberapa tahun hidup untuk mengisi perut dan memuaskan nafsu….
Kita leka…lalu lupa dengan ‘dunia’ lain...Kita tidak/kurang yakin….!!

Kita akan di goreng hingga garing…..dan rangup…
Kita sedia untuk diratah oleh makhluk bernama manusia..dan tulang2 kita akan diberikan kepada makhluk beranam kucing…

Lihatlah tuan2…bayangkanlah…
‘Dunia di atas’ sana meamng wujud..memang ada!!!
Kalau ada yang tak percaya dan tak yakin….ingatlah pesan ku sekarang..
Janganlah kita leka dengan umpan2 di dunia laut ini….
Janganlah kita menyangka dunia lautan ini sahaja dunia yang ada.
Umpan2 yang memberi keseronokan sementara.

Baiklah..bersurailah, pergilah mencari rezeki dan ingatlah pesanku hari ini…….

***balik ke alam darat***

Aku kata:
Seperti juga ikan, kita lebih lagi wajib berpesan dengan hak dan sabar…

Seketika kita lalai didunia ini, itulah yang menjadi sebab untuk kita ke Neraka Allah , naudzubillah

Kerja, makan, MLM, konsert, kerja, tv, wayang, kerja ,social, sukan, kerja, kerja, berkelah, side income, rehat, makan, anak, susu anak, bini, baju bini, minum, MLM, santai, kerja, harta, hutang, mainan canggih anak2, model kereta baru, bini no 3, kejra, kerja dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi….dan kita lupa dan lalai dari mengingati Allah…

Tiba2..zzrraapPPPP!!!nyawa kita direntap….maut tak menunggu kita selesai kerja di atas dunia..takde warning kadang2....
SO....ketika itu............

Di manakah kerja?
Di manakah filem spiderman 3?
Di manakah baju mahal dan cantik bini?
Di manakah mainan sofistikated anak?
Dimanakah MLM kita?
Dimanakah fantasi2 yang di akademi?
Di manakah pelaburan internet
Di manakah harta?
Di manakah tukan gnikah bini no 3?
Di manakah Honda CRV baru?
Di manakah Kancil replacement model?
DI manakah Manchester United atau UPB/MyTeam
Di manakah percutian gold coast?

Semua itu tak penting…Langsung tak penting....
Yang penting..
Di manakah amalanku?????
Di manakah solat, sedekah amal jariah dan doa anak2ku yang soleh???
HANYA itu yang dikira.
Kenapa aku tak buat cukup2????Kenapa aku tak paham2???
Maka kita pun mintak pada Allah dengan muka tak malu...(setelah semua nikmat Allah kita gunakan untuk kufur kepadanya)

Ya Allah...bagilah aku masa Ya Allah…walau sehari untuk aku bertaubat dan beribadat….

BAIKLAH..NAH!!...hari ini adalah harinya….Esok belum tentu kita hidup…

Beribadatlah dan berilah priority kepada Allah dalam apa jua situasi.
Jagalah solat, kejarlah Allah. InshaAllah SEMUA urusan kita akan terjaga, dan Allah akan lebih cepat menghampiri kita.

BERTAUBATLAH sekarang dengan sebenar2 taubat…..
Menyesali, membenci dan berazam tidak mengulangi dosa…
Hari ini kita diberikan oksigen dan kekuatan untuk bernafas..
Gunakanlah anugerah Allah untuk menyukakannya dan mendapat redha nya…
GUNAKANLAH SEKARANG…

p/s – Tengahari ni rasa cam nak makan ikan bakar stonor pulak……..hm..sedapnyerr..

Friday, May 04, 2007

A Beautiful Day

Salam,
Cerita dari tok guru aku yang belum jadik atok..
Kisah benar tentang aqiqah and tahneek... an end-to-end process.
This story was put here for fellow readers to know the correct process and sunnah in doing aqiqah and tahneek for our own child.
It is also meant to share the experience of the father, and telling us that we can do the same as well. (of course with some preparations)

Tuesday, 1st May 2007

Subuh Aku bangun. Lepas tu gi solat, terus prepare untuk list tugasan hari ini. Hari ini walaupun cuti Labour Day sepatutnya aku di ofis sebab ada kerja penting untuk Weatherford Australia. Tapi Alhamdulillah, Allah telah lembutkan hati boss aku. Allah Maha Kaya. Aku siap-siapkan diri.

8:00am
Aku pun bertolak dari Bukit Damansara ke Bandar Sri Damansara. Ke rumah Noorul Zaman. Sebab dia tahu kat mana tempat kandang biri-biri aqiqah tu. Adam pun ada. Denis Russian pun ada. Siap bawa camera canggih lagi. Depa nak ambik gambar masa sembelih. Gementar jugak aku. Tak pernah zabah. Semalam dok revise berkali-kali agar tak ter-miss detail-detail sunnah dalam procedure Aqiqah.

8:30am
Selepas berkumpul, kami berempat pun bertolak ke Sungai Buloh. Agak jauh dan pendalaman juga tempat ni. Kawasan kampung Melayu Paya Jaras. Alhamdulillah tak sesat. Zaman kemudi yang mantap MashaAllah.

9:00am
Lepas sampai terus bebudak remaja lingkungan awal belasan tahun keluar dari rumah. Semua menyambut. Rupa-rupanya ayah mereka seorang Mejar askar bersara. Bagus si-ayahnya mentarbiah anak. Ajar jaga kambing & biri-biri. Ajar zabah. Ajar tangkap kambing. Ajar ikat kambing. Ajar lapah sekali. MashaAllah. Anak-anak bandar main PS2. Macam ni ka mau pergi jihad? Hmmm.

Kami dibawa ke kandang biri-biri. Aku remind myself - in ASWJ - the most superior is biri-biri. Then kambing putih, if not kambing tawny (beach coloured-like), then spotted, then black is last in preference. The animal should not be sick, nor blind, nor derranged, nor under-aged. Biri-biri setahun je cukup umur. Kambing 2 tahun. Aku pun survey lah. Zaman, Adam dan Denis bagus memberi syor. Last-last aku pilih yang mana aku nampak biri-biri jantan bertanduk paling tinggi dan paling besar. Lepas pilih, adik remaja pun spray-kan tanda merah atas kulit biri-biri. Marked for Zabah. My sacrifice for aqiqah InshaAllah.

9:30am
Kami berempat pun turun dari kandang. Sambil tunggu, sambil berdebar. Last-last adik remaja tu bersama adik-beradiknya dan ibunya pun bawa turun biri-biri tu. Lubang tanah untuk menyambut darah biri-biri dah ready digali sejak semalam lagi. Aku cuak juga. Kalau kantul zabah ni siap jadi bangkai je. Mereka mengikat kaki biri-biri. Aku arahkan agar hanya tiga kaki diikatkan. Tinggal kaki belakang kanan sahaja agar boleh biri-biri tu bergerak dan tidak cemas. Inilah sunnah. Diadabkan biri sembelihan ke arah qiblat, menyenggeng badannya ke kiri.

I was passed the long zabah knife. Suddenly a sudden stream of calm entered my heart at that moment. I didn't feel nervous. Subhanallah. It all went away. Allah gave confidence, and determination. Focus. Sambil dua orang memegang kepala biri-biri dan badannya. Pisau itu diletakkan di tengkok biri-biri. Aku berselawat dulu dan membaca - "Bismillah AllahuAkbar." Aku pun start menyembelih. Denis sambil memfokus cameranya macam tourist. Pasang continuous-snaps mode. Snap-snap-snap-snap.

Subhanallah - darah mengalir pantas. Zabah begitu mudah MashaAllah. Tiada masalah. Kedua-dua liang makanan dan liang pernafasan biri-biri putus. Both blood lines were also cut MashaAllah. I confirmed a last blade roll pass the sheep's neck to confirm. Everything less than 5 seconds.

Alhamdulillah. The funny thing was, after the zabah, I had this urge to slaughter more. MashaAllah - the experience gave me encouragement - and I exhort to all of you brothers to perform the zabah for aqiqah of your children yourselves as that is the sunnah. The person who will support the child should perform the Zabah.

After that the four of us observed how these youngsters and their mother prepared the meat. Kerja melapah. Begitu mudah. They were instructed not to cut the bones, but just at the joints as that is what is prescribed. Minta daging tu potong kecil-kecil. I also requested for the skin. I wanted to try to make some home-made leather. Zaman gave some advice on how to do it.

10:15am
Denis and Zaman helped to transfer the meat into the boot of the car. I paid the money due. Told the youngster to recount the money for Mu'amalat reasons. The lafaz aqad. And us four left. I sent our three brothers back to Zaman's place; and proceeded back to Bukit Damansara.


11:30am
My wife and our kids got ready. Kami empat beranak bertolak ke Masjid Sri Petaling. My wife, the baby, her elder sister - Khadijah and myself. We arrived easy Alhamdulillah.

I sent the box of meat to the madrasah's kitchen. The khidmat jama'ah were already expecting the meat. They were all helpful and listened intentively MashaAllah. Not that they knew me. but the spirit of Muslim brotherhood was there. They consisted of an Indian-Muslim jama'ah from Penang. With chefs in the jamat ! But food would be simple. Bones not cut - sweet sauce. Some chicken was also brought to complement - especially for those who couldn't eat lamb. The food would be consumed by the 'Aalim students, orphans and Ulama after Isyak solat. I was happy. Very happy.

12:00am
The principle of Madrasah Miftahul Ulum, Ustaz Abdul Hamid bin Chin was already near there. His office was nearby. I informed him about Tahneek. He was already informed earlier last week, so he knew about it. And we arranged so that we meet in the Ulama board's office. I returned to the car, and picked-up my second daughter from my wife, dates, and water and hurried to the madrasah's office.

Ustaz Abdul Hamid had already prepared his personal cushion for supporting the baby. He chose one of the dates and started chewing. He swallowed some, and gave some to the baby. I was ecstatic. It didn't take long. He hinted as to whether I knew the procedures for khuluq (shaving). I told him that I was going to shave her head myself. And he approved this action. As that is the sunnah. the father should do it himself. Fully. All done by the father. And all hair shaved off.

Next Ustaz Abdul Hamid lifted his hands and supplicated with full concentration and devotion. My eyes started to water. I was too happy. Having this chance. This privilege. It was absolute ecstasy. Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil Adheem. Finally Ustaz Abdul Hamid recommended a place for female circumcision in Section 6, Shah Alam. Dr Rosnani's clinic - opposite 7-Eleven. (Details given here so that you can send your child too, kalau belum buat lagi)


12:30pm
Next I carried my baby daughter to the west wing of the masjid. The foreign jamat room. And at the entrance I met Ustaz Hamzah - the principle of the Aalimah (Girl's) Madrasah. He was so happy to meet me. And I was so touched because this grand scholar was being so apologetic. How can this be? I am the one who is intruding and asking for his time. But such hearts of noble people are like that. They always accommodate. Always. True Ulama behave like slaves. They serve the Ummah.

The same procedure was done again. Not that twice was necessary, but because I wanted the involvement of these two noble personalities and their du'as; and their students. Ustaz Hamzah did the very same thing. The same rigorous du'a. Sheikh Muhammad was also there. Malaysia Shura; as well as other Elders. I was also holding up my hands for the du'a. I heard the words - "Ya Allah make her Aalimah."..."Ya Allah make her Hafizah"..."Ya Allah make her Da'ie"... and a lot more. Happy I was. Very happy. My daughter was calm throughout everything from the very start. Sahih & Wallahi - in Sunnah there is only Senerity and Sakinah. Even In Hardship. Even in Hardship. Subhanallah. It is all worth

13:15pm
Timing was perfect. I sent my daughter back to the car and passed her to my wife. Khadijah was okay in the car. She had no complaints. I lifted her up for a while. She smiled. I gave her a kiss. Good girl. Alhamdulillah.

The Adhaan was called out. I returned to the mosque, and was literally like a black sheep in a crowd of white sheep. The white-cladded brothers where students of Miftahul Ulum. All white. Their faces beaming with radiance of obedience. I whispered to my heart - that should I have a son - I will send him here or a similar institution. My daughters will be sent to the girl's madrasah. InshaAllah.

The Imam then stood up, and we arranged our safs as the Iqamah was called out. As soon as the Imam lifted his takbir, my heart started to tremble. As I lifted mine in concurrence, I burst into tears. Terlalu happy. many things got done today. Properly. Promptly. Manis rasanya. Allah buat semua. Allah arrange semua. I wanted to read Al-Fatihah but couldn't. My sobs and out-of-breathness let me down. But at last before the Imams rukuk, I got to finish my recitation. Solat Zuhur memang manis. Black sheep pun black sheep lah. Asalkan ada Ulama di sekeliling, kalau mati macam ni pun tak apa.

14:00pm
Arrived home and started treating the sheep-skin to make home-made leather. First step is curing. lots and lots of salt. After that had a rest.

18:45pm
Left the house for masjid Sri Petaling.

19:30pm
Sat in the talk. Did translation for Denis as he didn't understand Malay. Adam gave a tour of the markaz and madrasah for Denis. Denis was very impressed. He said he has never seen anything like it before.

20:45pm
We proceeded to the dining hall. We shared our food with the madrasah students, orphans and Ulama. I shared my plate with Zaman, Pyan and Arape. I was happy because the volume of people did not get abused by merry-making and vain-talk. Subhanallah. As I took the food from the kitchen window, I observed how the brothers in charge of khidmat in the kitchen mentioned again and again -kambing, kambing, kambing. Guess this was a bit above the ordinary for the students. The food was simple. For tarbiyah. But above standards for those undergoing tarbiyah. MashaAllah.

The bones of the lamb was left for the responsible brothers to take care off. Later I had a chance to show our brothers the madrasah, the kitchen, glimpses of tarbiyah among the students, and the ladies section of the masjid which is fully segregated to provide facility to listen to bayan. Me, Arape & Zaman hanged aroung for more. Talked about Deen, Aqiqah etc. kat kedai makan later that night.

All in all - It was a beautiful day.

I have named my daughter -ASIAH After one of the four greatest women in Paradise - Khadijah RA, Asiah RA, Maryam RA and Fatimah RA. Two down, four to go. hehehe.

Asiah RA is mentioned in the Qur'an:
And Allah cites an example for those who believe: the wife of Fir'aun when she said: 'My Lord! Build for me a home with thee in the Garden, and deliver me from Fir'aun and his work, and deliver me from evil-doing folk'; " - (Al-Qur'an: Surah At-Tahrim: Ayat 11)

Nabi Muhammad SAW has mentioned four women that had received special standing in the Hereafter, namely Khadijah daughter of Khuwailid (Arabic conglomerate, the first person to enter into Islam, the wife of Muhammad and defender of religion), Fatimah Az-Zaharah daughter of Muhammad SAW (the wife of Ali ibn Abi Talib RA), Maryam daughter of Imran (the mother of Prophet Isa AS), and Asiah daughter of Mazahim (the wife of Fir'aun, faithful follower of Prophet Musa AS).

Ibn Abbas RA said that Nabi SAW uttered:
"The prominent and knowledgeable women of heaven are Khadijah daughter of Khuwailid, Fatimah daughter of Muhammad (SAW), Maryam daughter of Imran, and Asiah daughter of Mazahim." (Musnad Ahmad)

Asiah RA was the lady who found Musa AS in the basket from the river, and begged Fir'aun to save the child. Upon following the teachings of Musa AS, Asiah RA was torchered until she died a shahid.