Tuesday, May 15, 2007

MEMBEBEL

Lanjutan dari tazkirah waktu lunch di surau opis, aku teringat pasal satu perkara.

Amaran: Penulisan ini mempunya kata2 direct dan agak keras dan ‘kuno’ bagi sesetengah orang. Namun ia adalah benda HAQ (BENAR) dan wajib dipesankan. (wajib diikuti)

Aku minta maaf bagi yang termakan wasabe. Aku sendiri pun kena jugak. Tapi benda yang benar kena cakap lah.... Kena ada azam untuk improve dan cuba improve. Insha Allah diterima.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. "

Sebelum itu, kita tanya dulu, :

SIAPA SINI MENGAKU ISLAM, DAN MENGAKU KEWUJUDAN ALLAH TUHAN YANG SATU, SERTA MENGAKUI AZAB KUBUR DAN NERAKA ITU WUJUD?

Kalau jawapan di atas ialah “Saya! Saya!”,maka boleh lah baca seterusnya.

Baiklah..
Sebagai orang ISLAM, kita kena mengamalkan cara hidup ISLAM.
Mengamalkan segala yang WAJIB, Mendukung dan menghidupkan segala SUNNAH Nabi SAW, Membenci yang MAKRUH dan meninggalkan serta menjauhkan diri dari yang SYUBHAT dan HARAM.

O.k clear…
Kalau clear..mari kita teropong hidup kita dari perspektif itu…

Zaman sekarang, banyak benda disandarkan pada ISLAM meskipun benda tu takde kena mengena dengan ISLAM malah memfitnah ISLAM dan memburukkan pemahaman orang lain ke atas ISLAM.

Contoh 1:
“Saya nak carik wanita bertudung” – Kononnya sebab dia nak wanita yang ISLAMIKlah…ada menampilkan cirri ISLAM.
Bagus..tapi jangan terperangkap dengan tipu daya syaitan. Inilah ‘perkara kecil’ yang dimaksudkan gamaknya.

Bertudung, tak semestinya menutup aurat. Apa ada pada tudung?
Kalau tudung tu jenis nipis, dan pakai pun singkat2….ia masih tidak menepati syara’ dalam menutup aurat.
Tapi kalau kita berterusan menganggap itu sudah menutup aurat….itulah permainan licik syaitan. Jangan tergelincir dengan perangkap ini.

Maka untuk lelaki bujang, atau bujang 3, 2 or 1, kalau nak carik bini, cariklah yang menutup aurat bukan yang bertudung..o.k? Niat kena betul.

Apakah itu aurat pompuan?
Senang cakap, aurat ialah apa yang kita kena tutup masa solat.
So kalau jeans ketat, baju ketat, lengan pendek, tudung mak itik (ikat bawah leher) atau tudung nipis (bawal #4), tudung nampak telinga dan sanggul serta leher, tak pakai stoking yang tak jarang, itu bukan pakaian yang menutup aurat. Nampak panty punye line dari luar, nampak tali bra…apa lagi ek?
Haa..pandai2 lah….

Yang kat atas tu bukan MENUTUP aurat. Belum lagi menutup aurat dengan sempurna.
Marilah kita menutup aurat dengan sempurna SEBELUM kita ‘ditutup’ dengan paling sempurna oleh kain kafan yang bukan jenis bawal.

Contoh 2
“Anak saya si Fishi Sindi tu, HANYA berkawan je dengan si Hucs. Biarlah budak2. Lagipun dia tahu la batas2nya. Dari kecik diorang berkawan”

Haaaa….ini sebenarnya, si emak yang tak tahu batas, anak2 apa lagi.
Kalau kita orang ISLAM, kita tak ada KAWAN bukan muhrim.
Kawan borak2 kosong atau kawan pergi pasar malam, atau kawan internet atau kawan dating.

Lelaki….. no kawan pompuan
Pompuan….. no kawan lelaki.

Cakap senang, tulis pun senang..memang nampak payah nak hindar, tapi kena jauhi.
Bila Allah dah bagi hidayah dan taufik, semuanya mudah..Insha Allah.

Aku kuno??? Jangan sedap mulut je cakap……silap2 terkutuk syariat Allah…
Itulah yang sebenarnya Allah tetapkan. Aku pun masih lagi mencari kekuatan.
Ya Allah selamatkanlah aku….

Kalau ada orang kata aku sombong, nak buat macam mana?
Biarlah orang pompuan kata aku sombong, hakikatnya, kita sedang cuba menyelamatkan dua2 belah pihak dari murka Allah dan panahan syaitan..Insha Allah…dilindungi Allah

Kalau di tempat kerja?
Kalau berkenaan hal kerja bolehla..nak borak2..sori…
Belajarlah limitkan dulu..sampai akhirnya kita berjaya menghindari borak2 kosong..
Taatlah perintah Allah kalau perasan MUSLIM!

Abis tu? Macam mana nak tingkatkan silaturaahim?
ISLAM tak suruh berkawan dengan bukan muhrim.
Bak kata ayah kepada seorang ustaz masa dia kecik dulu “ Apa!!?? Dah tak de orang lelaki lain ke kau nak kawan???!!!”

Bagi ibu2 dan bapak2….jagalah anak dara kamu, pergaulan mereka.
Sebab kalau jadik apa2..baru lah nak carik agama…barulah nak menyesal….
Baguslah nak jugak akhirnya carik agama,..tapi…
tupai sudah menebuk…….
bubur dah terlajak dari menjadi nasi….
Naudzubillah….

Contoh 3
“Lakonan mereka memang berkesan, anak sayang emak. Cium mak dia, jaga mak dia, peluk mak dia, dukung mak dia. Memang tersentuh. Menginsafkan. Inilah ISLAM nak. Anak jaga dan kasih pada Ibu.”


Satu lagi permainan tipu daya yang amat hebat.
Lelaki dan perempuan bukan muhrim berpelukan dikatakan hebat dan dipuja, dan diberi anugerah….
Hebat di mata kita setelah di “kaburi’ oleh permainan tipu daya syaitan.
Kita terhijab (terhadang/terlindung) dari kebenaran.
Tak ada pengajaran di situ, kerana yang haram telah bercampur yang halal.
Tak ada kebaikan di situ, dan tak ada KEINSAFAN disitu.
Hanya mainan emosi yang tak membawa keberkatan dalam menyedarkan kita.

Lagi pulak, sepatutnya kita benci melihat manipulasi sebegitu.
Aktor lelaki mencium, peluk, pegang, aktres perempuan atas dasar kasih sayang anak dan ibu……Konon utk menyampaikan message..message sayangi ibu…Bukankah banyak cara lain???

Kita pulak menonton..
Membuang masa yang Allah beri utk beribadah dan beramal. (Hak Al Quran ialah supaya kita khatam 2 kali setahun..nak tengok tv lagi? pergi habiskan surah Al-Baqarah tu dulu..)
Membuang masa untuk berdakwah kepada billion ummat yang belum ISLAM
Membuang masa dari memikirkan bagaimana nak membawa umat ISLAM kembali taat perintah Allah SWT.

Kata suara2 sumbang,
“Alaa…diorang berlakon je.,.bukan betul2…”
“Bukan ada nafsu pun….cerita sedih ni..”
“Macam tu semua tak boleh laaaa..”
“Kau ni otak kuning betul la..itu pun nak jadi issue…tak cool langsung…”

Ya..memang nuraka itu tidak cool…malah 70x ganda lebih panas dari api di dunia.
Memang lah benda yang tak boleh, tu, tak boleh.
Bukankah DUNIA ini penjara bagi orang mukmin?
LIMITED…..bukan bebas macam mergastua atau pun haiwan rimba.

Sebenarnya banyak lagi contoh perkara ‘kecil’. Kecil di mata kita yang pandai2 letak hukum.….seperti menghampiri zina (dating, cakap2 asmara dalam tepon, minat artis, chatting, email, borak2 tea break ngan bukan muhrim dan macam2 lagi)

Sejak Ustaz kat opis tu cakap petang tadi, aku pening memikirkan, betapa mudahnya syaitan masuk dan tak keluar2 lagi dari hati manusia…

"Lindungilah kami Ya Allah. Kami lemah, hanya mengharap pertolonganmu dalam menghadapi dugaan ini"

Kepada yang masih rasa cool dan relax lagi…boleh try baca kitab:
“Peringatan Bagi yang Lupa atau Kitab Tanbihul Ghafilin.”
Macam baca buku cerita seram, tapi buku ni buku yang paling seram…….Memang gerun, memang insaf, memang takut…

Sabda Rasulullah SAW, lebih kurang maksud:

ORANG YANG PALING BIJAK IALAH MEREKA YANG BANYAK MENGINGATI MATI, DAN BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA-ibn majah

Memang….memang tepat. Kalau selalu ingat mati, lupalah keseronokan dunia dari cakap merapu dan lagha. Maka jadi bijaklah sebab sibuk menyediakan bekalan yang tak boleh ditambah bila tiba di destinasi.



-TASBIH KAFFARAH-



Renungan:

Zaman dulu dari rumah orang islam ada je orang mengaji.
Zaman sekarang, dari rumah orang ISLAM, nak2 time cerita Hindustan, sama je bunyi dengan rumah orang bukan ISLAM jika kita berada di luar.
Kalau time bukan filem Hindustan pun, sama je DUP! DUP! DUP! (bunyi ‘BASS’ muzik dari konsert atau MTV atau Channel V atau video clip pilihan)

Zaman dulu, dari rumah orang ISLAM, keluar para Hafiz, para da'ie, para syahid, para ulama’
Zaman sekarang, dari rumah orang ISLAM lahir artis, lahir atheist, lahir perompak, lahir perogol bersiri. Malah ada masanya lebih banyak hasil yang baik dari rumah bukan ISLAM.

Manakah imej ISLAM? Kenapakah ada persamaan cara hidup atau lebih rendah dari yang belum ISLAM?

Zaman kita yang macam tu, kita yang kena berubah dan berpesan untuk berubah.

12 comments:

Hamka said...

mari mengumpat...

ada perempuan ni, pakai tudung labuh, tapi nampak betis..

sekali naik motor daa...

moral: naiklah motor skuter.., jangan naik RXZ(perempuan sahaja)

maon said...

hai saya maon. mak saya cakap nasi lemak daun pisang sangat sedap. tapi nasi lemak polisterina yang terdedah tak sedap.

saya belom merasa lagi nasik lemak tersebut. doakan agar saya sempat merasa nasik lemak itu.

kawan saya tidak sempat merasa. dia telah dipakaikan kain putih terlebih dahulu dari saya.

-maon-

abu_harraz said...

abang K,
ada perempuan ni
pakai baju labuh, tapi nampak betis..

sekali baju kelawar daa...
moral : pakailah kain batik kalau tersingkat...

maon,
makanlah nasi lemak daun pisang dengan meratah lemak2 lain juga...
fuyyoo...sedaaapp..

UmmuSarah said...

Cakap memang senang tapi nak amal dan istikhamah bila mengamalkannya itulah UJIAN paling SUSAH. Org pompuan nie, aurat memang terbatas sungguh. Apa kes org lelaki nak pakai seluar pendek ? Allah dah tetapkan aurat utk lelaki adalah yg paling mudah...berlengging pun masih tak berdosa...jadi, kamu semua wahai org lelaki yg ada faham...cepat2lah pergi ingatkan kawan2 lelaki yg belum faham. Zaman sekarang nie, masalah2 dunia bermula dgn kegagalan LELAKI...Kami perempuan menjadi mangsa...tiada bimbingan dan pemeliharaan. Kesian kat pompuan2; Your Mission is - Sampaikanlah pada kaum adam.Macam kita nampak org yg terbakar, takkan kita nak diam aje buat bodoh. Bagaimana 5 amal masjid kamu ? Sudahkah sempurna ? Sama2lah kita mengingat2kan sesama dan menaikkan jazbah masing2.
Terima kasih Abu Harraz kerana mengingatkan saya ttg aurat saya yg masih banyak perlu diusahakan :)

abu_harraz said...

pantun dua kerat..

wahai ummusarah,
jangan lah marah.

tulisan ni pun utk kaum adam jugak....org di bawah tanggunggan mereka...

pasal aurat kaum adam tu cerita lain lah..mungkin entry lain..

bukan niat menampakkan kesalahan pompuan....cuma disebabkan tak mengikut nasihat Nabi SAW supaya limitkan perempuan di tempat awam dan ramai lelaki...itu yang kena byk peringatan tuh..

Nurzaiti said...

salam encik abu harraz..

entry ko kali ni mengcerminkan diriku bahawa banyaknyer benda yang kena jaga oleh sorang purumpuan..

aku teringat sorang kawan ku yang baru2 ni aku jumpa balik dan dah tak bvertudung atas alasan migrain..

terkedu aku..

abu_harraz said...

salam cik nurzaiti,

kesiankan lah kawan mu itu, berbaiklah dengan dia dgn akhlakmu, agar dia nampak kebaikan menutup aurat dgn sempurna...sebelum dibungkus dengan sempurna..

doakanlah dia...

Nurzaiti said...

harapanku agar ko dapat teruskan entry sebegini..aku ni takde bakat nak menulis tapi aku suka gak membebel..ha ha ha..

encik abu harraz, aku ni dulu seorang pendosa jugak..so bila aku tegur mereka skarang mereka suka sangat mengungkapkan ayat sebegini..

"eleh..ko tu dulu apa kurangnya.."

terutama kaum keluarga aku sendirik...

sedih? menipu la kalo aku tak sedih dengan tohmahan tapi memandangkan mereka kira bagi hamper "pahala" yang aku akan redeem di akhirat kelak..so mungkin terkadang aku hepi tapi...

(arghhh..apa tapi2..nampak gaya aku kena kuatkan semangat..ohhh..)

apapun..syukron atas setiap entry berguna ko..insyaAllah aku akan war-warkan..muga kau dan keluargamu akan senantiasa dalam lindungan dan redha Ilahi..peace!

abu_harraz said...

pasal keluarga tu...
try la 'tegur' dgn akhlak dan contoh yang baik..

action is louder than words...

Allah tu Maha PEngampun.
Dosa2 kita, walau macam mana banyak pun...dapat dipadamkan dengan taubat nasuha..yang amat ikhlas.....air mata kita dapat memadamkan api neraka..

Kalau nak kira dosa, Umar RA lagi hebat.
Katalah kau hidup di zaman umar,
Kalau nak pelempang fee, bleh la cakap cam ni

" Alaaa Umar, ko jgn nak kecoh la teur orang sana sini..seburuk2 kitorang, tak pernah pun tanam
anak pompuan kitorang hidup2...hahahahahahaha"

PANG!!!! memang kurang ajor dan layak menerima pelempang..

Barang yg lepas jangan di kenang...cuma taubat yang Allah 'tunggu' dari kita...

Fikirlah ke hadapan, buat amal seikhlas dan sebanyak mungkin, HANYA untuk Allah redha ke atas kita....
Insha Allah..

UmmuSarah said...

Nurzaiti,

Mana ada bumi yg tidak ditimpa hujan. Mmg lumrah manusia, pasti akan ada membuat kesilapan. Yg ptg, sekarang nie kita dah tsedar dan usaha m'buat org lain juga sedar.Apa lagi ahli keluarga kita sendiri. In fact, mmg paling susahlah nak ajak family kita ke arah kebaikan. Tapi, kalau bukan kita, siapa lagi ?

Kesian kat depa...marilah kita sama2 bangun malam dan nangis2 utk hidayah atas keluarga kita.(Akaklah org yg paling kurang buat solat malam nie. Nyenyak tidur diulit mimpi...sob..sob)

Abu Harraz,

akak tak marah pun...ish takdele akak nie kuat merajuk cam yg Hamka cerita tu. Mungkin org lelaki bila baca posting akak terasa cam akak nie senstip gitu...hehehe. Sebenarnya akak cool aje

*tak merjauk/marah ;)

kawaii_desu said...

....
banyak yg perlu diperbaiki...
oleh semua..

kamalrul said...

salam,abu harraz di bandar puteri area puchong?ade tak ustaz ex-pondok yang mengajar kuliah harian.
tq.