Musim ini,
Bukan musim durian,
Bukan pula musim hujan,
Bukan juga musim berkhatan.
Tapi musim dugaan dan ujian.
Musim ini,
Bukan musim mubahalah,
Bukan pula musim beralah,
Bukan juga musim mengaku salah,
Tapi musim berbalah.
Musim ini,
Bukan musim Malaysia dilawat,
Bukan pula musim alQuran tilawat,
Bukan juga musim kenduri soa selamat,
Tapi musim ralat
Musim ini,
Musim Akuan Bersumpah
Musim "Satutory Declaration" kata orang putihnyelah
Musim mengatakan yang benar itu benarlah
Musim mengatakan yang salah tetaplah salah.
Tapi dunia ini macam2 bolehlah...
Maka,
Sempena musim ini,
Tak ketinggalan diri ini,
Akuan bersumpahku dijadikan bukti,
Di hadapan Allah nanti,
Agar at least aku telah berpesan-pesan,
Dengan kebenaran dan kesabaran,
Jika ada iktibar dan kebaikan,
Samalah kita mengajarkan,
Diri kita sendiri dari berkawan,
Dan terpedaya dengan syaitan.
Harapanku,
Kami semua sempat beristighafar kepada Mu,
Menyatakan kesal dosa lalu,
Tidak mengulangi kesilapan itu,
Agar hati kembali bersih sesuci salju Katmandu,
Supaya mudah mendapat hidayah (petunjuk) dan taufik (kekuatan untuk beramal) Mu
Jika terdapat kekasaran di dalam akuan ini,
Haraplah dimaafi,
Kerana apa yang penting sekali
Kesalahan diingati,
Kebenaran disukai,
Kehendak Allah di taati,
Supaya senang bila nak mati,
Dan senang selepas mati,
Sebab hidup dan mati hanya sekali.
Akhir kata,
Harapnya aku tak membuat Akuan Bersumpah Kedua
Kerana mungkin boleh lepas didunia,
Tetapi tidak di mahkhamah Allah disana,
Teruk nanti kena! (naudzubillah)
Saya, Abu Harraz dengan ini membuat pengakuan bersumpah dihadapan screen komputer saya, beralamat dirumah saya yang saiznye sedang-sedang saja.
Dengan ini menyatakan bahawa apa yang akan saya nukilkan adalah yang benar dan tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka.
Jika ada kesalahan berbanding dengan apa yang dihukumkan Allah, adalah amat tidak disengajakan dan saya memohon ampun kepada Allah, dan memohon maaf dari pembaca.
TASBIH KAFFARAH.
1. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan, walaupun sekadar bercakap telefon mengada2 atau tidak tanpa sebab penting (kerja/emergency) adalah HARAM kot mana sekalipun
2. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan atas nama lunch break, pantry break, or lunch partner tanpa sebenar2 keperluan kerja atau emergency boleh dengan mudahnya mengundang kemarahan Allah kerana boleh diklasifikasikan sebagai bermaksiat kepada Allah
3. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan, atas nama beriadah untuk menyihatkan diri, walaupun menutup aurat boleh dengan selambanya badaknya mengundang kemurkaan Allah
4. Ketahuilah, penutupan aurat itu adalah seperti yang di dalam solat, dimana segala yang ketat, seksi, seksa, dan tidak longgar, boleh membatalkan solat. Oleh itu kalau diluar solat juga disyorkan supaya menutup aurat dengan sempurna.
5. Ketahuilah bahawa, isteri akan menjadi Pendakwa Raya No 1 di akhirat kelak, mereka akan menuntut agar segala dosa mereka, juga sama2 dipikul oleh suami.
6. Ketahuilah bahawa jika para isteri mencintai suami mereka sepenuh jiwa raga hingga ke akhirat, suruh2 lah suami korang tu mendalami agama dan mengamal dan mengajarkan agama agar korang sekeluarga boleh taat.
7. Ketahuilah bahawa, si suami janganlah malas dan berdegil utk mendalami agama untuk membimbing keluarga dan isteri kerana takut2 nanti takde peguambela di akhirat kelak.
8. Ketahulah bahawa anak2 hendaklah berkhidmat untuk ibu bapanya, jangan si adik mengharap abang tolong emak/ayah atau abang pulak harap kakak dan jadi lah satu repetitive loop (bahasa programmer computer) yang tak berkesudahan. Patutnya, masing2 perlu berebut menjaga mereka, tanpa rasa susah dan dengan rasa ikhlas.
9. Ketahuilah, mengumpat/mendengar/mengiyakan umpatan ke atas bos-bos walaupun kita teraniaya dan best adalah salah dan tetap salah.
10. Ketahuilah mengumpat/mendengar/mengiyakan umpatan ke atas sesiapa sahaja walaupun syok dan kelakar atau "yg ni last..." atau " yg ni aku tak tahan" adalah dosa yang benar dan hanya boleh ampun jika dimaafkan oleh orang yang diumpat.
11. Ketahuilah, kita semua kena hari2 beristighafar sebab banyak dosa yang kita tak kira dan hitung sendiri seperti dosa riba, dosa mata, dosa mulut, dosa telinga, dosa hidung (bau parfume jantina lain), dosa buat kerja tak sempura, dosa buang masa tgk movie, tv dan drama bersiri, dosa itu dan dosa ini.
12. Ketahuilah bahawa, walaupun aku pencinta wanita( bini aku) aku juga pendosa, hanya Nabi2 yang maksum. Peringatan ini bukan kerana aku tak ada dosa, hanya kerana amar makruf nahi mungkar dan berpesan2 dengan hak dan sabar WAJIB dilaksanakan.
13. Ketahuilah, sesungguhnya banyak lagi yang boleh disumpah-sumpahkan. Namun dek kerana aku perasan sibuk dengan urusan dunia, dan letih buat perkara baik, maka, dicadangkan anda rujuklah guru2 yang makrifat, ustaz dan ustazah atau kitab-kitab di toko toko buku berhampiran. Sementara stok masih ada!
Kalau selalu buat,
Kadang2 buat,
Pernah buat,
Atau bercadang nak buat...
Cepat lah cepat..
bawak bawak BERTAUBAT...
InshaAllah diterima....
Ditandatangani secara on-line di hadapan screen laptop 15”
No comments:
Post a Comment