Monday, March 26, 2007

$DUIT$ = ?

Salam...

Kali ni nak cerita pasal duit….
Duit , duit , duit..
Semua orang suka duit..Aku pun suka..
Duit best…banyak duit, boleh beli macam2….boleh jugak beli benda nak bagi tambah duit.

Kita kerja hari2 sebab nak duit. Jangan tipu la..kata kerja untuk karier lah…apa lah…
Mesti nak duit punye zaman duit macam sekarang ni…
Ada orang kerja tak nak duit ke zaman sekarang ni?
Kerja sampingan ye la..masih ada yang tak nak duit, sebab ikhlas..
Ada yang tak nak duit, tapi nak pengeras..hehehhe
Tapi kalau profession? Kerja utama seseorang??….ada ke yang tak nak duit??
Takde..


Semua orang ada duit..

Budak 5 tahun ada duit, Budak darjah 6 nak UPSR ada duit, Budak remaja gatal nak bergirlfriend ada duit….Budak kerja kilang lepas SPM ada duit…Aku ada duit, Boss aku ada duit. Tak kira lah….berapa banyak..masing ada duit, 20 sen pun duit, RM 10 000 pun duit…RM 1 000 000 pun duit..
Semua orang ada duit..

Orang tinggal bawah jambatan ada duit, Orang buat jambatan ada duit, orang lalu atas jambatan ada duit, orang jaga jamban ada duit, orang nak masuk jamban pun berduit, orang buat jamban pun confirm ada duit…

Memang sah semua orang ada duit. Soalnya sikit atau banyak……kan?

Dengan duit lima posen, seorang budak nak beli motorsikal utk jadi mat rempit…mana boleh…
Dengan duit RM 5000 sebulan seorang eksekutif nak beli jet peribadi..mana boleh…
Dengan duit RM 40 000 sebulan, seorang CEO nak pergi ke angkasa lepas... mana boleh…

Senang cakap, kalau tak setimpal, mana boleh beli kan? Duit seciput, tapi berhajat besar…

Begitulah Iman kita (haa…tu si abu harraz dah start nak masuk bab2 tu lah tu……)

“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa” itu kata raihan.

Tidak seperti duit, Iman tidak boleh diwarisi…..
Tapi seperti duit pula, Iman perlu diusahakan…. Macam2 cara lah…Ok, tu citer lain..

Sekarang nak citer macam mana Iman ni boleh sama dengan duit…

Semua orang ada Iman. Asal ada kalimah La ilaha illallah dalam diri kita, Insha Allah ada Iman…
Budak 15 tahun ada Iman, Budak Baru Grad ada Iman, CEO ada Iman, Petani Moden ada Iman, Petani kuno ada Iman, Konduktor bas ada Iman (konduktor kilat takde ye….lawak la konon..), Tok Imam ada Iman, para Hafiz ada Iman, Rasullullah SAW ada Iman, Sahabat RA ada Iman….

Memang semua orang mengaku ISLAM ada Iman. Soalnya sikit ke banyak?
Sempurna atau tidak? Allah hanya menerima mereka yang beriman 100%. Iman mereka padu dan penuh kepada Allah. Mereka tidak ingkar, mereka beramal soleh, mereka sentiasa berpesan2 dengan hak dan sabar.

Untuk masuk syurga, kena ada Iman 100%.
Kalau Iman tak mantap, kena ‘cuci’ dulu dalam Neraka, sampai bersih, baru boleh masuk syurga….berapa ribu tahun dunia? NAudzubillah..

Iman kita kena usahakan supaya ia mantap.
Supaya ia membantu memudahkan kita menjauhi maksiat, dosa, kemungkaran, ingkar kepada Allah dan segala benda negative.
Iman juga dapat membantu kita merasai kemanisan dan keringanan dalam beribadah, kekuatan tauhid dan yakin serta keseronokan mengejar syurga dan keredhaan Allah.

Kalau iman kita nipis, sikit, macam mana kita nak ‘beli’ solat?
Macam mana nak ‘beli’ tahajjud?
Macam mana nak ‘beli’ jihad?
Dan nak ‘beli’ yang lain2?

Iman nipis, tapi berhajat nak solat, kesimpulannya :
solat akan terasa berat,
takde quality,
takde focus,
takde khusyu’ ,
takde kemanisan,
takde feel,
takde syok,
takde ‘dialog’
dan ‘macam macam takde’..

Iman nipis, tapi berhajat nak puasa, kesimpulannya :
Puasa terseksa,
Puasa tak terjaga,
Pahala puasa kering,
Tak sabar nak habis ramadhan…
Dan lain2 lagi

Iman nipis, tapi berhajat nak pergi haji, kesimpulannya :
Pergi haji membeli belah,
Pergi haji takde ilmu,
Pergi haji takde maksud yang lebih mendalam dan focus,
Pergi haji sebab nak title
Pergi haji sebab orang lain pergi
Pergi haji sebab ‘dah disuruh’
Pergi haji sebab ada duit lebih sikit,
Dan macam2 lagi…..

Andaikata Iman kita tebal, mantap, jitu – Semua Ibadah, InshaAllah akan terasa manis, ringan syok, feel, dan macam2 lagi..

Iman ni ibarat duit juga..
Lama2 boleh ‘habis’ (i.e luntur).
Kalau tak diusahakan, tak di perbaharui..maka Iman boleh terhakis..

Maka, point nye satu je..
Bagaimana kita usahakan duit utk datang kepada kita tiap2 bulan utk hidup 40- 50 tahun kat atas dunia ni(tolak waktu sebelum mula kerja),
Seperti itulah, malah LEBIH lagi lah, kita kena usahakan Iman datang kepada kita untuk kehidupan yang kekal ABADI…LAMAAAAAA sangat ..sampai tak tercapai akalku nak pikir…


Oleh itu, Marilah kita berfikir dan muhasabah diri kita..kat mana kita sekarang…
Tahap mana Iman kita…
Sendiri tau punyaaa…

Iman Mutiara…
Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

2 comments:

Hamka said...

kita ada duit, tapi kita belum BERduit..

orang berduit beli rumah cash.., orang ada duit, tengok sajeler.., duit ada tapi tak cukup

****

kita ada iman, tapi kita belum BERiman..

orang beriman buat amal tahap langit, aku? tengok sahaja..oh!

arif said...

Ya Allah!