Friday, March 23, 2007

Gurindam Mari Berdakwah dan Korban Masa Untuk Agama

Untuk aku mengingatkan diriku sendiri....

Hari-hari kerja melewati petang,
Kerana mengejar dunia yang penipu,
Kerja dunia di tatang tatang,
Kerja Nabi wariskan dibuat tak tahu.


Bila dah penat, nak rehat dulu,
Solat penghujung waktu perkara biasa,
Hal dunia sanggup berkorban waktu,
Bab akhirat, “tengoklah kalau ada masa”.


Pabila ada masa yang lapang,
Hobi seperti golongan kafir di tiru,
Kerja dunia di tatang tatang,
Kerja Nabi wariskan dibuat tak tahu


Bila bercuti Ahad dan Sabtu,
Berseronok pulak mengikut trend semasa
Hal dunia sanggup berkorban waktu,
Bab akhirat, “tengoklah kalau ada masa”


Hari cuti pun boleh datang,
Bila boss urgently nak sesuatu,
Kerja dunia di tatang tatang,
Kerja Nabi wariskan dibuat tak tahu.

Walaupun tahu ada “Boss Yang Satu”
Macam tak de apa2 je bila buat dosa,
Hal dunia sanggup berkorban waktu,
Bab akhirat, “tengoklah kalau ada masa”



Marilah kita sepagi sepetang,
Berada di Jalan Allah agar kebaikan diseru,
Agar kerja dunia tidak terlalu ditatang,
Sebab Nabi dah wariskan kerja dakwah di bahu.

InsyaAllah kalau dah tahu,
Tinggal nak buat, maka korbankanlah masa,
Kalau pasal lagha senang je bagi waktu,
Berubahlah sekarang sebelum… “opps dah habis masa!!”

No comments: