Wednesday, April 04, 2007

Kemuliaan Ummat Nabi terletak pada huruf 'TA'

Mood : Serious campur sedih.. tapi kadang2 cuba melawak yang tak kelakar
Bismillaa hirrohmaa nirroheem

Bukan sedikit Nabi yang diturunkan Allah ke bumi untuk mengajak manusia kepada Allah, atau dengan kata lain berdakwah.
Beratus ribu Nabi di utuskan sejak dari Nabi Adam hingga ke Nabi yang bongsu..Muhammad SAW.

Betapa ramai para Nabi terdahulu yang jeles dengan ummat Muhammad SAW. Jika diberi pilihan, ada yang sanggup tidak menjadi Nabi, asalkan menjadi pengikut dan ummat Muhammad.
Begitulah mulianya sesiapa yang mengikut dan dipimpin oleh Muhammad.

Di akhirat kelak, ummat yang mula2 sekali masuk syurga ialah ummat Muhammad SAW.

Waduh..betapa mulianya Muhammad SAW dan ummatnya.
Di manakah letaknya kemuliaan ummat Muhammad?

Kalau seniority dijadikan ukuran, memang umat ini tidak layak mendapat kemuliaan. Umat Nabi Adam as lebih layak, kerana mereka yang mula2 menghadapi dugaan dunia ini.

Kalau umur dijadikan ukuran, tentu sekali lagi bukan ummat Muhammad. Ummat Nabi terdahulu lebih panjang umur mereka hingga beratus2 tahun. Kita? Secara purata ada la 60- 70. mungkin lebih pendek…

Kalau saiz pula, amat kerdil saiz ummat Muhammad ini. Tak terlawan dengan ummat terdahulu seperti kaum ‘Ad dan lain2.

Kalau banyaknya ibadah, maka banyak mana sangat ibadah kita dengan umur 60 -70 tahun. Tidak satu persepuluh pun ummat Nabi Sulaiman dalam beribadah. Tidak lekuk pun batu tempat kita sujud dan tidak menjadi kolam pun air mata yang mengalir (rujuk kisah Nabi Adam bertaubat)

Kalau kekuasaan dan kerajaan Nabinya, maka Nabi Sulaiman lebih besar kerajaannya. Lebih hebat dengan bala tentera yang amat besar.

KEMULIAAN datuk laksamana hang tuah terletak pada hutuf ‘ta’ – petikan kisah nujum pak belalang..

KEMULIAAN ummat Nabi Muhammad terletak juga pada huru ‘ta’ – ‘ta’ ‘ba’ ‘lam’ ‘ghain’ = TABLIGH = MENYAMPAIKAN.

Tidak ada ummat selain ummat Nabi Muhammad SAW yang difardhukan kerja MENYAMPAIKAN ini…kerja dakwah kata orang sekarang.

SEMUA kita, tak perlu tunggu dah cukup ilmu ke tidak, asalkan mengaku La ila ha illallah, maka terletak lah tanggungjawab di atas bahunya untuk berdakwah, sebagai KERJA UTAMA dan maksud menjadi ummat Muhammad.

Ada yang kata aku belum pandai
Ada kata aku malu
Ada kata aku bukan ustaz
Ada kata itu kerja orang Sri Petaling
Ada kata ada orang lain lebih berkelayakan
Ada orang kata itu kerja ulamak
Ada orang kata aku takde masa
Dan macam2 lagi alasan.

Kalau kita bersiar, dan kita tengok pemandangan cantik, mesti kita panggil kawan kita, dan kata “Eh cuba tengok tu..cantik kan?”

Kalau kita nampak benda pelik, kita akan ambil gambar dan bubuh dalam blog atau hantar email sebab nak share kepelikkan gambar tersebut.

Kalau kita suka sesuatu situasi, kita akan ingat dan bercerita mengenainya.

Kalau kita nampak benda menarik, kita akan letak dalam youtube.

Maka kalau kita dah kenal ISLAM, amalkan ISLAM dan sayangkan ISLAM dan sayangkan Nabi SAW, maka kita juga sepatutnya menyampaikan kebaikan ISLAM setiap masa di mana jua anda berada bak kata Ras Adbiba Radzi.

Unless kalau kita ni TAMAK, dan pentingkan diri.
Unless kalau kita rasa aku dapat susah2 nak share ngan orang plak, carik lah sendiri.
Unless kalau kita kata, kalau aku boleh carik sendiri, orang lain pun boleh.

Bagaimana kalau orang yang memperkenalkan ISLAM kepada nenek moyang kita dulu2 berfikiran macam kita?
Malas nak MENYAMPAIKAN sebab orang lain dah buat.
Malas nak MENYEBARKAN sebab dah tersebar dahhhhh…

Kita ada tanggungjawab.
Perjuangan yang belum selesai dan tak akan selesai selagi kita tak masuk kubur.
Yang mana dah tahu agama, walaupun sepotong ayat, sebar dan sampaikanlah…
Kena buat secara berterusan, secara bertertib dan secara ikhlas.

What you give you get back…
Lihatlah….sekeliling…akhlak ummat semakin teruk..ISLAM ditindas, diperlekeh…
Masjid tak satu persepuluh pun penuh setiap solat fardhu. Saf tunggang langgang...rapuh (tak rapat)
Kita tak jaga ISLAM bersungguh. Foundation tak kuat sebab dakwah tak menyeluruh oleh SEMUA orang.
Kerja Dakwah sambil lewa dan dibebankan ke atas orang lain.

Kita kena letak dalam diri kita,
"Dakwah ini kerja AKU. Kerja AKU. Kalau orang lain tak buat, aku kena buat. Tak boleh tinggal."

Kalau aku tak buat, jangan salahkan orang lain jika anak beranak, sedara mara, rakan taulan dan masyarakat aku termasuk aku sesat dikemudian hari.
Kerana apa? Kerana aku tidak memberi…tidak meneruskan warisan Nabi SAW.
Kerana aku tidak bersungguh menghidupkan seruan Nabi SAW. Seruan yang amat penting.

Apa speselnya aku hingga aku terkecuali dari buat dakwah seperti sahabat Nabi yang dulu2?
Yang berkorban masa , keluarga, tempat tinggal untuk menyampaikan dan menyambung tugas Nabi SAW.
Kita adalah pembantu Nabi SAW. Nabi Muhammad dah takde…Nabi Muhammad dah takde… sob sob sob.. :’(

So, apa nak buat sekarang???
Sahabat Nabi SAW semua keluar berdakwah sejurus lepas Nabi dikebumikan. Makkah sunyi 3 hari sebab ramai pergi berdakwah. Takut. Takut sebab Nabi SAW dah takde..sapa nak teruskan pengembangan syiar ISLAM kalau tak mereka, para sahabat RA

Sekarang sahabat pun dah takde..Abu BAkar, Umar, Usman, Ali..semua dah takde…

Yang ada ialah abu harraz, hucs dan kawan2nya….dan sedara seugamanya..diseluruh dunia ini..

MAKA ini ialah masa kita….Istiqamahlah dalam berdakwah….Korbankanlah masa kita…
Duit dunia tak membawa ke mana.

Kalau kerja kita sekarang tidak membawa kita dekat pada Allah, malah makin jauh dek keseronokan habuan dunia, maka ada something wrong kat situ..Juga karier….Mungkin telah lari dari matlamat asal iaitu bekerja untuk memduahkan kita menghambakan diri dan berkorban pada Allah.

60 -70 tahun terlalu sikit di bandingkan dengan ABADI….100000000000000 tahun?
Tidak…malah lebih jauh lagi…..

Bayangkanlah..renungkanlah hari2...fikirlah masak2….dan….. bertindaklah…secara istiqamah.
Insha Allah dibimbing Allah , di berkatiNya dan di redhaiNya…


Risau...Bimbang.....atas ummat.....

4 comments:

hamka said...

'aku yang bersalah',

itulah tajuk cerita kita setiap hari..

dari aku yang bersalah

Abu S.H said...

Aku yg bersalah,
Janji tak ku endah,
Terperangkap ku dengan bisikannya..

Bebaskanlah Aku
Dari dibelenggu..
Dari ........ntahtaktahu...

Midkazen said...

Baru2 nie, aku ad wat dose lg... Aku rase bersalah sebab wat dose lepas klua 3 hari..................................... Aku rase bersalah........... Aku rase mcm x layak wat keje NABI.... Sbb diri aku penuh dgn kemelut dose...

Abu S.H said...

Jangan risau.
Semua orang layak buat kerja Nabi.
Asal ada kalimah tauhid dalam diri...

Bertaubat lekas2..Jangan tangguh..
Dah Insan maknanya pelupa.
Itulah gunanya AGAMA untuk INSAN
Sebagai petunjuk.

Kita ni bukan maksum, tapi lekas2 bertaubat. Allah tidak leith menerima dan mendengar taubat hambaNya. Kita yang LETIH! (tap itak letih2 buat dosa..ampunkan aku dan kami semua ya Allah!)