Cerita berlaku di dalam sebuah lautan yang luas : (hakikatnya , berfantasi dalam otak saya je..)
Ikan yang paling warak dan berilmu, serta mengamalkan ilmunya, memanggil semua ikan2.
Perhimpunan mingguan bersama kesemua ikan memang biasa di lautan ini.
Perhimpunan bertujuan untuk berpesan2 dengan hak dan berpesan2 dengan sabar.
Ikan yang paling senior memulakan ucapan.
Wahai Ikan2 sekalian,
Ketahuilah, di 'atas sana', ada dunia lain yang lebih hebat dari dunia kita ini.
Yakinlah bahawa jika kita tidak berhati2, kita akan terseksa di ‘dunia’ di atas sana.
Jauhilah larangan ku, dan ingatlah pesan ku!
Jauhilah mata2 kail dan bot2 atau bunyi enjin2 yang menarik pukat.
Ingatlah pesanku, kerana sekali kita terleka, maka buruklah padahnya.
Mereka suka melalaikan kita dengan mata kail yang yang meliuk2 umpannya.
Mereka kaburi kita dengan makanan yang menarik dan sedap2.
Kadang2 perut ayam, kadang cacing bergetah, kadang2 udang harimau.
Fuhh..memang sedap, memang melekakan, memang melalaikan.
Namun, keseronokan yang boleh membawa kelalaian ini sangat bahaya.
Keseronokan menonton tarian dan nyanyian udang2 dan cacing2 ini amat bahaya.
Kerana sedikit alpa dan terleka, kita akan cuba mendekati umpan2 ini.
Setelah tertarik, dan terleka, kita akan cuba mendekati dan memakan………..
zrapppP!!!....dan ketika itulah kita akan ditarik oleh mata kail yang amat tajam lagi kejam, menembusi rahang, dan langit2 kita.
Arrgggggggghhhhh!!!!!
Sakitnya amat tidak terhingga!!!...
Di saat kita lalai, ini boleh terjadi.
Di saat itu, kita berada di hujung nyawa…
Maka jauhilah perkara2 umpan sebegini.
Wahai Ikan2 sekalian,
Ketahuilah….
Akibat terleka dan terlalai dengan umpan2 ini…
Kita akan masuk ke dunia lain……
Kita akan di biarkan menggelupur sehingga pengembangan insang kita yang terakhir.
Tatkala nyawa kita dicabut, amat menyakitkan.
Namun, Ianya tidak berakhir begitu sahaja.
Kita akan diletakkan di dalam kotak yang gelap dan sejuk yang dinamakan icebox
Untuk beberapa ketika, menderitalah kita di sana, kesejukan, berhimpit2, gelap….sehingga kita dikeluarkan…
Setelah kita dibangkitkan dari kotak yang gelap dan sejuk, kita akan dihimpunkan.
Dihimpunkan beramai2 di sebuah kawasan yang luas.
Penuh sesak dan amat menyeksakan sekali.
Itulah dewan besar pasar borong.
Kita akan di pilih-pilih dan ditimbang di atas neraca.
Dan selesai timbangan kita, kulit kita akan disiat2,
Dan badan kita dikelar2,
Di taburi air “assaaamm di darat”, garam dan kunyit. Kadangkala cili, bawang juga dilumurkan.
Arggghhhh pedihnya!!!!Pedih tak terkata…..
Namun belum juga habis penderitaan kita……
Terdapat satu cecair yang menggelegak tersedia di dalam satu kawah yang besar.
Ia dinamakan minyak masak!!!
Kita akan dicampakkan ke dalam minyak yang panas menggelegak, yang tak pernah kita terpikirkan di dunia laut ini!!
Meraunglah sekuat mana pun…tidak ada sesiapa yang peduli.
Meraunglah……menyesallah di atas kealpaan kita di masa lalu….
Kita alpa dengan keseronokan dunia dalam air…..Kita lupa dengan ‘dunia’ lain yang memang sedia wujud.
Kita dok piker dunia kita je……Dok pikir beberapa tahun hidup untuk mengisi perut dan memuaskan nafsu….
Kita leka…lalu lupa dengan ‘dunia’ lain...Kita tidak/kurang yakin….!!
Kita akan di goreng hingga garing…..dan rangup…
Kita sedia untuk diratah oleh makhluk bernama manusia..dan tulang2 kita akan diberikan kepada makhluk beranam kucing…
Lihatlah tuan2…bayangkanlah…
‘Dunia di atas’ sana meamng wujud..memang ada!!!
Kalau ada yang tak percaya dan tak yakin….ingatlah pesan ku sekarang..
Janganlah kita leka dengan umpan2 di dunia laut ini….
Janganlah kita menyangka dunia lautan ini sahaja dunia yang ada.
Umpan2 yang memberi keseronokan sementara.
Baiklah..bersurailah, pergilah mencari rezeki dan ingatlah pesanku hari ini…….
***balik ke alam darat***
Aku kata:
Seperti juga ikan, kita lebih lagi wajib berpesan dengan hak dan sabar…
Seketika kita lalai didunia ini, itulah yang menjadi sebab untuk kita ke Neraka Allah , naudzubillah
Kerja, makan, MLM, konsert, kerja, tv, wayang, kerja ,social, sukan, kerja, kerja, berkelah, side income, rehat, makan, anak, susu anak, bini, baju bini, minum, MLM, santai, kerja, harta, hutang, mainan canggih anak2, model kereta baru, bini no 3, kejra, kerja dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi….dan kita lupa dan lalai dari mengingati Allah…
Tiba2..zzrraapPPPP!!!…nyawa kita direntap….maut tak menunggu kita selesai kerja di atas dunia..takde warning kadang2....
SO....ketika itu............
Di manakah kerja?
Di manakah filem spiderman 3?
Di manakah baju mahal dan cantik bini?
Di manakah mainan sofistikated anak?
Dimanakah MLM kita?
Dimanakah fantasi2 yang di akademi?
Di manakah pelaburan internet
Di manakah harta?
Di manakah tukan gnikah bini no 3?
Di manakah Honda CRV baru?
Di manakah Kancil replacement model?
DI manakah Manchester United atau UPB/MyTeam
Di manakah percutian gold coast?
Semua itu tak penting…Langsung tak penting....
Yang penting..
Di manakah amalanku?????
Di manakah solat, sedekah amal jariah dan doa anak2ku yang soleh???
HANYA itu yang dikira.
Kenapa aku tak buat cukup2????Kenapa aku tak paham2???
Maka kita pun mintak pada Allah dengan muka tak malu...(setelah semua nikmat Allah kita gunakan untuk kufur kepadanya)
Ya Allah...bagilah aku masa Ya Allah…walau sehari untuk aku bertaubat dan beribadat….
BAIKLAH..NAH!!...hari ini adalah harinya….Esok belum tentu kita hidup…
Beribadatlah dan berilah priority kepada Allah dalam apa jua situasi.
Jagalah solat, kejarlah Allah. InshaAllah SEMUA urusan kita akan terjaga, dan Allah akan lebih cepat menghampiri kita.
BERTAUBATLAH sekarang dengan sebenar2 taubat…..
Menyesali, membenci dan berazam tidak mengulangi dosa…
Hari ini kita diberikan oksigen dan kekuatan untuk bernafas..
Gunakanlah anugerah Allah untuk menyukakannya dan mendapat redha nya…
GUNAKANLAH SEKARANG…
p/s – Tengahari ni rasa cam nak makan ikan bakar stonor pulak……..hm..sedapnyerr..
9 comments:
Baru tadi baca kereta mayat masak ikan patin gulai tempoyak. Ha, kat sini pun cerita pasai ikan jugak. Korang ada mimpi yg sama kot semalam ? Memang betullah pesanan ABu Harraz...Kat dunia ni, kita sibuk ngan urusan2 harian. Kita janji nak seimbangkan dunia dan akhirat tapi, untuk dunia, kita bagi 23 jam. Untuk akhirat kita bagi 1 jam aje (5 waktu solat). Itu pun kadang2 tak sampai sejam kita ibadat.
SI hamka tu memang suka mimpi sama aku..asal aku mimpi je dia datang..asal dia datang je aku mimpi..hish..hehhee..
tu la..kalau nak seimbang...dunia seminit je, akhirat 23 jam 59 min.
Sebab apa?
Sebab dunia ni 70 tahun (lebih kurang)
Akhirat.....10000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 tahun dan lagi dan lagi..infiniti
Cuba nisbahkan?
70 : infiniti
adakah sama dengan
1 minit : 1439 minit?
1 minit dunia pun tak seimbang sebenarnya...
hahhahaha
So macam mana? Beribadat seikhlas dan sebanyaknya, dan jadikan SEMUA benda kita buat tu ibadat dengan menuruti sunnah dan HANYA kerana Allah...jadilah 24jam solid untuk akhirat..Insha Allah
saya adalah ikan..tapi belum lagi ditarik oleh mata kail..saya suka melihat tarian cacing yang tak berpakaian itu..
saya juga suka melihat tarian udang yang lembut...saya gigit..saya makan..berdarah insang saya bila disentap oleh mata kail..
tapi belum lagi ditarik oleh mata kail..
dalam laut, saya suka kumpul makanan dari pagi sampai petang..lepas tu sambung waktu malam..kalau bosan, saya akan pergi cari cacing yang menari sebab ia nampak sedap..
saya harap suatu masa saya tak akan terkena tipu helah cacing lagi..parah sangat luka saya ini..
dan saya harap suatu masa saya akan mati sebagai ikan emas..manusia tak makan saya...saya ditempatkan di tempat yang aman dan selesa dan diberi makan percuma...
maon..
keihklasan boleh membawa keredhaan Allah.
Keikhlasan boleh membawa kesukaan Allah.
keihlasan boleh menarik rahmat, hidayah dan taufik Allah
Keikhlasan dalam menyesali dosa, ingin berubah dan istiqamah dalam melakukan perubahan hidup..InshaAllah akan dibantu Allah.
Dosa itu tak bernilai walau segunung pun jika kita ikhlas menangis dan mengadu pada Allah..Ingat Allah MAHA pengampun, penyayang, pemurah...semuanya DIA yang tentukan..bukan kita yang judge..
Selamat jadi ikan emas.....atau flowerhorn...hehe
I like the analogy :)
i like it too...good evening..
i dont like trilogy..hahahaha....
encik abu harraz,
aku nak minta ijin kao meng kopi dan meng paste kan cerita ikan kao di portal lain, buleh?
silakanlah..ini kan hak syarikat google sdn. bhd.
p/s - hakikatnya, tulisan siapa pun, idea sapa pun..hakcipta Allah jugak..
copyright reserve from Allah..so silakanlah sebarkan benda2 baik ni..
semoga Allah memberi barkah terhadap rezeki yang kuperolehi ini..
AMIN..
Post a Comment