Thursday, January 24, 2008

Tom Yam Ayam ke Tom Yam Seafood?

"Tom Yam Ayam untuk dua orang, kailan ikan masin, telur dadar dan air tembikai satu, ais kosong satu," sambil menyapu air liur yang meleleh, aku mengorder makanan.

Sungguh menggiurkan bila lunch pukul 4 petang ni. Lapar tersangat2. Semua benda nampak sedap.
Aku dan emak kepada anak2 aku pergi makan berdua je, tanpa anak2. Mesti syok makan tanpa gangguan. Ada feel.....

Sambil mengorder, aku usik mengusik isteri ku yang sudah lali dgn lawak basi aku. Sesekali perut berbunyi, tanda kelaparan yang amat sangat. Nafsu makan memuncak. Tahap maksima. Mesti impak maksima bila makanan masuk nanti.

Dan selepas 10 minit menunggu dengan sabar, makanan pun sampai.....
Tatkala melihat makanan yang baru sampai, hati ku berkata,
"Apa!!?? Tom Yam sea food??"
"Aiseh...potong la pulak....aku order tom yam ayam. Sejak bila ayam duduk dalam air? Kalau iya pun, air masin ke air tawar, atau ayam kolam pancing ni?" Hati jahat ku bernada sinis.....

Melihatkan aku berkerut dengan buruk sekali, isteri ku senyum, sebab sudah masak dgn perangai aku.

Dia pun kata," Takpelah bang. Ok je"

Aku terus jadik sejuk dan cool...Asalkan isteri aku bahagia...aku Ok je...hehe

Dan aku terus menginsafi diri ku...
Mula2 kalau ikut hati aku yang belum bersih ni, ingat nak komplen, nak panggil manager, nak saman dan macam2 lagi.
Astaghfirullahalazim. Mudah sungguh syaitan menjentik nafsu amarah aku.
Nasib baik tak jadi macam ada filem dolu-dolu yang ada si suami nak pancung leher bini sebab masak sambal tak bubuh belacann....Appaaaa daaa..

Persoalan di sini.

Yang aku nak marah tu apa hal?
Ingat Allah tak tahu yang aku order tom yam ayam?
Kalau aku dah tahu yang Allah tahu aku order tom yam ayam, apsal aku dapat tom yam sea food?
Adakah Allah saja2 nak naikkan kemarahan aku?
Adakah perlu aku marahkan dan susahkan si pengambil order yang tersilap?
Adakah memang ayam sekarang sudah benar2 duduk dalam air dan dikategorikan sebagai seafood?

Oh...
Dunia ini tempat ujian, akhirat jualah tempat yang kekal abadi.

Allah Maha Pengasih, Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Adil. Maha Suci Allah.

Allah Maha Pengasih sebab dia telah selamatkan aku dari membuatkan hidup orang lain susah dengan komplen macam bagus aku..

Allah Maha Bijaksana kerana Dia telah menghantar klu melalui isteri aku supaya aku tak marah setelah saja2 diuji dengan tom yam yang salah.

Allah Maha Adil kerana dia nak mengingatkan aku, bahawasanya, Aku LAGI BANYAK MEMBUAT SALAH KEPADANYA, namun dia tetap kasihankan aku dengan beri aku rezeki, kesihatan, kesejahteraan, keamanan. Maka aku juga sepatutnya berbuat benda yang baik kepada orang lain, tidak kira macam mana salahnya orang itu.

Maha Suci Allah yang telah beri aku ujian yang sama padan untuk aku yang lemah diuji ini. Dan Alhamdulillah kerana telah memberi kefahaman dengan peristiwa ini.
Aku yang kurang sabar pada mulanya.

Kalau kita mahu Allah pandang kita dengan pandangan ihsan, maka kita juga kena kasihankan orang lain.
Dalam kes ini, kita boleh belajar memaafkan orang lain, memudahkan urusan orang lain, melupakan kesalahan orang lain, supaya dengan kebaikan kita itu, Allah juga akan mudah memaafkan kita, memudahkan urusan kita di mahsyar nanti dan 'melupakan' kesalahan kita yang amat banyak ini.

Ampunkan kami Ya Allah, dan masukkan kami kedalam syurgaMu, tanpa sesaat pun berada ni nerakaMu, hatta walau hanya untuk asap Neraka itu pun.

Baru2 ini, aku kesusahan. Namun ada insan yang sudi menolong. Secepat kilat bantuan diberikan. Sungguh ikhlas, Sungguh mengharukan. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada hidupnya, keluarganya dan ibu bapanya. Ameen.

Insha Allah, jika kita buat benda baik kerana Allah, Dia akan hantar pembantu dan tolong selesaikan masalah kita. Kepada Allah jualah tempat mengadu.

Kita ini sebenarnya tidak ada apa2. Semuanya hak Allah. Diri kita ini diharamkan untuk sombong dan ego. Pantang ada orang lain salah, kita cepat je nak menghukum, dari memaafkan.
kalau maaf pun, dalam hati kata..."takpe, aku kasi can"
Kalau nak marah, ada cara dan tempatnya. Ada perkara kita wajib marah, dan ada perkara kita wajib tahan marah. Lelaki yang macho ialah lelaki yg dapat kawal kemarahannya.

Nabi SAW tak marah bila Aisyah isterinya mengatakan kepadanya "Jangan berbohong". Hanya kerana Aisyah sedang berhadapan dengannya sebagai individu, bukan sebagai Rasulullah. Personal matter. Tapi Aisyah dapat jugaklah sedas dari bapanya sendiri (Abu Bakar RA) kerana bohong itu ialah sifat mustahil bagi Rasulullah SAW.

Nabi SAW tak marah bila penduduk Taif baling batu bertubi2 sampai dirinya luka kerana hanya dirinya sendiri yang luka-luka.

Nabi SAW tak marah bila baginda dikasari oleh seorang Yahudi ketika menuntut hutang, malah menyuruh Umar RA membayar lebih sebab Umar RA ada mengugut Yahudi itu setelah Yahudi itu bersikap kasar kepada Rasulullah SAW.

Nabi SAW tak marah terhadap orang buta yang mengatakan baginda penipu, malah setiap hari baginda menyuap orang tua itu makan dengan begitu kasih sekali.

Namun Nabi SAW amat marah bila Aisyah memfitnah madunya yang lain. Kerana perbuatan fitnah itu menyalahi agama.

Nabi SAW juga amat marah ketika Raja Kisra mengoyak surat utusan dari seorang Rasul Allah (surat utusan Allah dan bukan surat peribadi)

Maka renungkanlah....apakah punca2 kemarahan kita???

Sikap sombong dan meninggi diri kalau ada dalam diri, maka Nerakalah tempatnya. Walau sebesar zarah. Ingatlah, kita dapat berfikir dan berkata2 pun dengan izin dan ihsan Allah.Sedarlah siapa kita, maka kuranglah rasa nak marah kita. Rendah diri. Be humble.

Kalau kita jadi customer yang always right pun, janganlah nak pandang lekeh waiter yang tersalah.
Kalau kita jadi boss yang I am da boss pun, janganlah suka2 nak tengking, marah dan hina orang lain yang di bawah kita. Menyakiti hati seorang muslim itu HARAM.
Kalau kita jadi suami yang mengetuai keluarga pun , jangan sewenang2nya nak marah isteri. Dia tu kan teman tidur kita, dan mengharap didikan kita.
Kalau kita jadi anak yang telah berjaya dalam hidup, jangan kita pandang remeh permintaan keanak-anakan orang tua kita. Sabarlah melayan mereka.Orang yang paling rugi ialah orang yang dewasa dan hidup bersama orang tuanya di penghujung usia mereka, tapi tak dapat berbakti semaksimum mungkin kepada mereka.
Kalau kita jadi pemandu bas yang super coach, jangan ingat orang naik bas tu semua faham perjalanan bas kita sampai tak boleh salah sikit, kena tengking.
Kalau kita jadi orang yang approve itu dan ini pun janganlah orang yang tersalah isi borang kita perli atau maki.

Allah hantar semua perkara yang bercanggah dengan nafsu dan kehendak personal kita ialah semata2 untuk menguji kita.
Allah dengar doa kita, Allah faham doa kita, Allah mengerti kemahuan kita.

Tapi Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.

Kita perlukan didikan untuk berjaya ke syurga. Kita perlu belajar sabar untuk menjadi ahli syurga. Kita perlu berkasih sayang dan kasihankan orang lain untuk memudahkan mendapat syurga.
Kita sebenarnya kadangkala lebih memerlukan tom yam seafood daripada tomyam ayam walaupun kita order tomyam ayam.
Kita yang tak tahu. Tapi selalu tak ingat dan perasan tahu.
Allah Maha Mengetahui. Istighafar........

4 comments:

musafir asing said...

Jangan marah aku naaa.........:)
Tapi maafkan segala salah dan silap aku, halalkan makan dan minum aku. Aku pergi tak jauh. Lift sebelah 'sana' je

Anonymous said...

rasenyer ayam skrg ni nk tukar habitatnyer since mknn yg die mkn kat darat da tak halal n diorg takut diregisterkan ke dlm group yg tak halal... ^_^

Abu S.H said...

wah...ada olang...

h@rne2 said...

salam...entry yang bersahaja tetapi penuh makna...teringat firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 216...

Good lesson learn...=)