Monday, June 16, 2008

Puisi orang beratur amik rebate road tax

Sebuah karya yang amat boleh dipertikaikan dari sudut sasteranya....

Hari itu hari Ahad,
Aku ke rumah Osman Saad, (my abah punye nama la)
Bukan sebab father's day, aku pun tak teringat,
Saja ziarah abahku sementara (aku dan abah) masih sihat dan belum tenat.

Aku pun belek newspaper atas meja,
Wah ada cerita menarik pasal rakyat Malaysia,
Beratur di pejabat pos panjang berjela,
Nak kutip rebat road tax, kereta, pickup trak dan motor segala.

Orang paling belakang dalam barisan,
Masih boleh nampak apa didepan,
Dan juga tahu nombor giliran,
So takde masalah, tunggu je lah panggilan.

Cerita pasal orang beratur,
Teringat pulak yang kita semua pun tengah beratur,
Barisan yang panjang bukan maknanya proses tak teratur,
Itulah barisan nak masuk ke alam kubur.

Setiap hari ada orang cabut nombor ekor,
Setiap hari juga malaikat cabut nyawa,tamatkan umur,
Setiap hari juga kita yang masih tertidur,
Diulit uncertainty oleh syaitan yang berjuta ekor.

Dalam hati dok rasa duit tak cukup,
Dosa menggunung, pahala kurang - tak sedar bakal melingkup, (naudzubillah)
Preparation tak ada, hati semakin tertutup,
Dari melihat kebenaran,dan mengamalkan ISLAM yang tepat dalam hidup.


Kena bersedia sokmo untuk dipanggil,
Balik ke tempat asal, tak boleh nak degil,
Umur kita ni lembik macam bergedil,
Anytime, anywhere, turn nyawa kita pulak untuk malaikat diambil.

Email peringatan diforward selalu,
Hingga ke hari ini, dari dahulu,
Namun hidup kita masih melulu,
Memang susah nak ubah perangai dahulu,

Usaha sedikit demi sedikit,
Barulah boleh berjaya mendaki bukit,
Nak berubah adalah lah sakit sikit,
Berkat doa, sabar dan takutkan Allah, InshaAllah capai target.


Dari 2006 hingga 2008,
Tak banyak berubah, masih samakan?
Cuma kalau 2006 ada orang tu pakai kain kaftan,
2008 pula ada antara mereka yang dah pakai kain kafan....

Akhir kata bukan majulah sukan untuk negara,
Cuma majulah Iman untuk diri kita,
Allah cipta gua dan lu untuk SEMBAH Dia,
Bukan untuk layyyaaannn keinginan nafsu gua dan lu semata.


Ini bukan peringatan untuk ahli syurga,
Sebab sapa dah confirm ahli syurga relex je ler..
Tapi bagi sesiapa rasa belum confirm syurga atau neraka, (macam saya)
Semoga kita dapat sedikit kesedaran untuk bersedia.

InshaAllah dibukakan hati kita untuk lebih mendalami dan mengamalkan AGAMA. Ameen

6 comments:

Mummy AIDAD said...

What's u'r comment on
"Bekerjala kamu seolah2 kamu akan mati pada hari esok".....

Adakah anda setuju dengan mencari kemewahan dunia demi keluarga yang dicintai untuk keselesaan mereka?

Abu S.H said...

Tebalik aa...
bekerja seolah akan hidup selamanya, (meaning - kerja boleh ditangguhkan, sambung esok...jgn kerja sampai tak ingat tanggungjawab terhadapa keluarga, jiran masyarakat, iman diri sendiri..etc)

beribadat seperti akan mati esok hari..
(meaning- pulun lah beribadat....solat seperti solat yang terakhir..etc..)

Anyway..
answering your question..

KEnapa kena mewah? And what is selesa punya definition? And what if selesa dan mewah yang membuatkan lalai? Macam mana hidup Nabi SAW dan sahabat? MEwah? Ada yang kaya tapi tak mewah. Ada yang jutawan, tapi tak mewah - harta digunakan utk masyarkaat, golongan susah. Keluarga Nabi SAW dididik dgn penuh kesederhanaan. Anak Nabi sendiri nak jumpa ayah dia mintak doa bagi seorang pembantu....Nabi SAW tak bagi, cuma bagi zikir fatimah sahaja...dll cerita di dalam kitab2 dan buku2 sejarah Nabi SAW.

Semoga Allah guide kita ke arah kebenaran dan kefahaman yang tepat sesuai dgn kehendakNya.

-TASBIH KAFFARAH-

Hope this answer your question...tgh ada kerja lain ni...

Mummy AIDAD said...

sowey
nak cepat td
neway
tq 4 u'r answering

ok to answer u'r question back to me..
emmm
1.kenapa kena mewah
- mewah maksud i bukanla gila2 mewah macam jutawan but still ada kaitan dengan mewah untuk keselesaan keluarga

2. definisi "mewah yang selesa"
- contonhya rumah yang selesa dan mewah (besar la jugak) untuk hidup dengan family

- cth ke 2, kereta yang agak besar dan mewah (spt MPV) still untuk keluarga

- sebab bagi saya ke2 ini bukanla untuk menunjuk2 tapi sekadar untuk selesaan anak2.
- Ya betul NAbi SAW mendidik keluarga untuk bersederhana, just nak tanya adakah salah jika kita berusaha (bekerjala)untuk mencapai apa yang kita inginkan contohnya KERETA MEWAH...
- bagaimana saudara mendidik keluarga saudara dalam hal ini?

Abu S.H said...

ok saya ni bukan pandai sgt..

kalau boleh baca entry selamat panjang umur dan murah rezeki..ada citer sket2..
lagi satu..honda wish utk keluarga anak 3 atau 4, kalau mampu dan tak membebankan..bukan perkara mewah

Contoh:
Kuda Nabi SAW adalah kuda yang gagah, well trained, mahal, baka baik...begitu juga kelengkapan perang...
Sebab itu bukan barang mewah..ia diperlukan..

So kena pandai balance..takde objective answer to this..

Kalau anak dua, tapi pakai TOYOTA ALPHARD..even pakai 7 series ataupun 5 series pun dah kira mewah...

atau rumah besar 2 tingkat sebab pelan jangka panjang...anak ramai etc..nak beli dua tiga kali rumah buat penat pindah and so on..itu pun praktikal jugak..

ntahlah..pokoknya, kena jawab sendiri..agak2 boleh jawab dgn yakin dan straight bila Allah tanya nanti....InshaAllah betul lah tu....

Ini pendapat peribadi..bukan UStaz...

-TASBIH KAFFARAH-

Abu S.H said...

Lagi satu..
Sayangilah harta sendiri daripada sayangi harta orang...(ada hadith berkenaan ini tapi tak tau nak quote kat mana)

Harta sendiri = Harta yang di share, diderma, disedeqah kepada yang amat memerlukan

Harta orang = Harta yang kita tinggalkan apabila mati..

Kesimpulan - Kalau nak harta tu semua di jadikan pahala, simpan yang perlu2 sahaja utk kita, yang lain kena bagi kat org yang perlu bantuan..

Semua tu nanti akan digunakan di akhirat..
So bolehlah adjust2 nak mewah atau selesa di dunia tatu di akhirat..

Sesungguhya dunia itu penjara bagi orang mukmin..

Namun, jgn kamu lupakan bahagianmu di dunia..

UmmuSarah said...

SubhanAllah,

Yang paling susah sudah pastinya utk mencari keseimbangan hidup dunia dan akhirat. Yang pasti, hidup di dunia ini sementara.Paling lama pun 60-70 tahun. Jika kita inginkan keselesaan hidup dunia maka sudah tentunya kita lebih2 lagi mahukan keselesaan hidup akhirat. Jika kita merancang dan berusaha utk dunia, maka kita MESTI juga kita merancang dan berusaha utk akhirat. Rasulullah saw bersabda,mafhumnya org yg paling bijaksana adalah org2yg bersiap sedia utk amalannya utk hari kemudian.

Wallahualam bissawab