Saturday, May 27, 2006

Misyar yang bukan Misha Omar

Perkataan yang buat pompuan naik loya dengar…but senyum lebar untuk lelaki…

I am not suggesting anything here but just to share my understanding on this subject.

In laymen term, it means, kahwin, tapi tak payah nafkah zahir. Nafkah batin jeee…

Of course, in some cases, or locations this might apply. Wallahua’lam..aku tanak debate benda ni sebab ilmu di dada tak cukup.
Kang main cakap je..salah kang….
Maybe lah…orang yang kata boleh tu, dia anggap macam darurat la..kalau darurat, semua nye boleh kan……
Tapi ini kena ikut masalah setempat, how critical the problem and how it could help to solve the problem.
Again..itu aku tak pandai..better if I keep my mouth shut.

I personally don’t think Malaysia is in need of this kind of marriage. And from my rough assessment, I still feel that Malaysians men are not ready for Misyar although they don’t have to give material support to their wives/to be wives..heheh
Why? Let us understand the definition of nafkah zahir and nafkah batin

Apa itu nafkah zahir?
Nafkah zahir ialah nafkah dari segi material mcm rumah, makan, minum and pakaian.
So dalam perkahwinan misyar. lelaki tak payah sediakan rumah, makan, minum or pakaian kepada isterinye.
Isn’t this happening nowadays?
There are husbands who are managing the house while the wives go to office.
These husbands are taking care of the kids, send them to school, cook, take care of the house, wash clothes and so on.
I don’t want to say anything on this….Let the right people say what they have to say.

Apa itu nafkah batin?
Bila cakap ‘batin’ je, semua bukak mata luas2..ada yang terlopong terus mulut…takde benda lain……benda tuuu je orang pikir.
Actually, whether we realized or not, aktiviti seks antara suami isteri is part of nafkah batin. Hanya satu cabang.
Banyak lagi nafkah batin yang jarang orang lelaki bagi. Nak complete tuntutan nafkah zahir pun bukan senang.

1. Being a good listener, mendengar keluhan isteri,
2. menolong menyelesaikan masalah isteri,
3. meringankan beban isteri,
4. menjadi tempat isteri bergantung,
5. menjadi counselor yang baik,
6. rakan berbual,
7. bermesra dan membelai dan yang paling penting
8. memberikan pendidikan rohani.
Nampak mudah?
Cakap senang la……..tapi ini lagi susah daripada bagi duit. Serious susah….kena sabar byk2 , keep reminding ourselves.
It is part of our responsibilities as outlined by our religion.

Some husbands berlagak macam bos kat rumah. Some just don’t care about their wives emotional needs and always blame on gender equality. Some husbands wants their wives to be like Saidatina Fatimah, but they are nowhere to compare to Saidina Ali. They love the type of wives who able to sacrifice their sleep, their rest time, just to entertain the husband . Macam orang gaji dibuatnye. Isteri solehah katanya Bila bini salah masak, pasal garam pun boleh tarik muka..psycho bini…Tapi bila cakap pasal suami soleh…..where are they? Turun dapur jarang sekali..kalau tak pandai pun..jengok2 la..teman2 la…setakat basuh pinggan, bersama2 tolong bini tak kan tak bleh kot??

Dalam kursus kawin kat Malaysia ni, banyak tanggungjawab suami yang disentuh.
Sebenarnya, masak, basuh baju tu semua tanggungjawab suami. Selama ni isteri2 dah banyak tolong kita. Suami ingat itu semua tanggungjawab isteri. Isteri tu pembantu suami ….Bila nama pembantu, bukan la maknanya dia buat semua seratus peratus.
Dah la zaman skang ni suma keja..sama2 keja…apa salahnye kita sama2 tolong…
Bila kita ada kuasa, maka lebih tinggi lah responsibilitynye. Allah bagi kudrat lebey sket..ada sebabnye. Jangan ingat senang nak jaga bini or senang nak lunaskan bagi ‘nafkah batin’

Bukan aku ni perfect, aku pun fail jugak. Cuma nak share apa yang aku rasa.
I sounds very emotional? Maybe…for those who knows me…Pathetic stories like this are everywhere. I really pray and hope I will not turn to that. NAUZUBILLAH.
Da, tolong ingatkan abang sokmo naa…

Kalau setakat, masuk kuar, masuk kuar dah anggap nafkah batin….silap la….. senang2 je nak kawin misyar….
Isteri dan anak adalah tanggungjawab suami….
Kalau baru SATU dah tak larat nak jaga , jangan la nak tambah BALA…(tapi kalau larat and ok…hehehhe….sukati koranglah….)

4 comments:

Anonymous said...

quote of the day "Some husbands wants their wives to be like Saidatina Fatimah, but they are nowhere to compare to Saidina Ali" copyright ko ker ni pyan? hehehehe

princessren said...

ok hehe nih sengaja nak interframe.. nafkah batin tuh bagus yek? suami being a good listerner? now i know it's not setakat sex sajer... thx for the info :D

Abu S.H said...

knizam - tu ayat standard penceramah perempuan..hehehhe...aku reword je..

princessren - now u know...so bila nak kawin ni???dapat dua2 nafkah

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Petikan Ceramah Nikah Misyar oleh Dr Asri Zainul Abidin

Ulama' Khilaf Dalam Membolehkan Pernikahan Misyar:

1) Mereka yang mengharamkan: Sheikh Nasiruddin al-Albani dan beberapa ulama lain. Alasan mereka ialah kerana tidak sampai maksud perkahwinan iaitu kewajipan suami kepada isteri seperti nafkah, tempat tinggal dan lain-lain.

2) Tidak memberikan hukum: Ulama yang berpendapat sebegini ialah Sheikh Shalil al-Uthaimin.

3) Menghalalkan akan tetapi tidak menggalakkannya. Dipegang oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan beberapa ulama' lain. Majma' Fiqh Islam Sedunia membenarkannya.

Alasan mereka yang membenarkan ialah:
1) Bukan suami yang mengambil hak isteri, akan tetapi si isteri yang menawarkan untuk haknya ditarik. Sebagai contoh seorang wanita berkata kepada seorang lelaki bahawa lelaki tersebut tidak perlu menanggung kewangannya, dan hanya tinggal bersamanya beberapa hari sahaja. Dalam kes ini wanita tersebut sendiri yang menawarkan haknya untuk dikurangkan. Ini sama seperti kes isteri Nabi Muhammad SAW, Ummul Mukminin Saudah yang memberikan giliran harinya untuk bersama Rasulullah SAW kepada Ummul Mukminin 'Aisyah RA.

2) Bukan suami yang meminta hak itu dikurangkan, sebaliknya wanita tersebut yang menawarkannya.

3) Seeloknya di siasat benarkah isteri itu memang benar-benar sanggup menyerahkan haknya atau hanya cakap sahaja ketika sedang kemaruk cinta. Sebagai contoh, jika dia berkata bahawa si lelaki tidak perlu menanggung kewangannya, maka perlulah bertanya benarkah dia memang betul-betul mampu menanggung dirinya sendiri tanpa tanggungan suami, dan benarkah dia memang rela untuk mengurangkan haknya.

Pro dan Kontra:
Pro:
1) Perkahwinan ini dapat mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin.
2) Meredakan tekanan emosi bagi wanita berkerjaya yang mahu bersuami tetapi ramai lelaki yang enggan kerana takut untuk menanggung wanita berpendapatan tinggi.
3) Mengurangkan maksiat zina dan muqaddimah zina lebih-lebih lagi kepada golongan muda seperti pelajar-pelajar universiti, lebih-lebih lagi kebanyakan mereka sudah mempunyai pasangan masing-masing, becintan-cintun, dan ke hulu ke hilir dengan bukan mahram.

Kontra:
1) Takut-takut berlaku penindasan ke atas wanita.
2) Masalah jika si isteri mengungkit-ungkit.