Mukaddimah :
Tipooooooo,
Tahu benda tu tipu,
Tapi masih kena tipu,
Tahu kena tipu,
Tapi masih suka kena tipu,
Bukan saja suka kena tipu,
Tapi diri sendiri pulak di tipu,
Kalau orang kata kita BODOH SEBODOH-BODOHNYE, maraaahhh….
Kalau orang ingatkan, banyak pulak kita punye helah,
Kalau orang tegur agar jangan dibiarkan ditipu, kita kata boleh blah!
Kalau orang tegah pulak, nanti kita nak belasah!!
Last2 orang pulak kata boleh blah lah…..tinggal lah kita sorang yang kena tipu dengan parah…
Sesungguhnya dunia ini adalah tipu daya. Sementara. Akan musnah. Akan hancur.
Yillek.Zero.NOTHINGGGG..GG..GGG…
Akhiratlah yang kekal selama-lamanya..
Arakian, tanggal 17 Syawal 1427 Hijriah, bersamaan 9 November 2006 Masehi, lahirlah seorang lagi umat Islam ke dunia ini.
Setelah berada di alam ruh, dan alam rahim, maka inilah alam ketiga buat Shabil Harraz.
Di Alam inilah medan ujian yang berat sedang menanti Harraz. Di Alam yang penuh sarat dengan tipu daya syaitan…..awwwaaasss….
Pesan Abu Harraz kepada Ibnu Ahmad Suffian: (ala2 pesan Luqman kepada anaknye, versi buat sendiri – segala yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan sendiri, namun hakikatnye dari Allah jua)
Wahai Harraz,
Junjunglah kehidupan akhirat yang abadi, dan jinjinglah kehidupan di dunia yang sementara dan dianggap seperti bangkai ini.
Berpegang teguh lah dengan tali Allah dan JAUHILAH BIDA’AH dan ISLAM MODEN/KONTEMPORARI.
Basahilah lidah mu dan terangilah hatimu dengan Al-Quran sentiasa.
Ikutlah panduan Al-Quran dan Sunnah Kekasih Allah.
Carilah guru yang hakiki dan ilmu Allah.
Bergaullah dengan orang2 yang warak.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Sentiasalah mengingati mati dan bercita2lah untuk syahid di jalan Allah. Janganlah kau takut mati dan cinta dunia seperti baki sifat buruk yang masih wujud dalam diri ayahandamu.
Berpesan2lah kita agar sentiasa mengigati Allah bagi mendapat keredhaannya.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Usahalah atas agama Allah dengan sebenar2 yakin dan bersungguh.
Sampaikanlah ayat2 Allah dan Sabda2 Muhammad SAW.
Luangkanlah masamu untuk agama Allah.
Terhegeh2lah kau mendampingi Agama Allah dan bukannye mengharapkan agama itu datang kepada mu dalam kelas agama kat skolah atau kelas fardhu ain, atau internet.
Carilah ilmu Allah dan sebarkanlah.
Semoga kau hidup dalam jemaah dan kau menjadi sinar kepada jemaah yang kau perjuangkan.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga ini, Maka adalah tanggungjawab untuk kau menjadi pelindung kepada ummi dan kakak serta adik2 mu (InsyaAllah)
Kau patut menjadi contoh dan teladan serta pembimbing mereka selepas ayahandamu.
Maka dengan itu wajiblah kau menuntut segala ilmu akhirat dan secebis ilmu dunia untuk kau menyiapkan diri kearah itu.
Tuntutlah daripada ayahandamu, bondamu dan guru2 mu. Dan jangan sekali2 kau tidak mengamalkan apa yang kau telah tahu.
Serta kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Jika kau nampak permainan yang mahal2 ingatlah bahawa ayahandamu tidak akan membelikannye, kerana bersedekah kepada yang memerlukan adalah amat dituntut. Walaupun kau boleh assume ayah yang pokai, tapi hakikatnye, harta tidak patut dibelanjakan ke arah permaianan yang mahal2 yang boleh menghalang anak2 dari mengingati Allah dan memahami agama.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Jika kau mahukan percutian2 yang hebat (seperti ke gold coast ostolia, south afrika 2010 (world cup), dan juga ke Disneyland, hatta ke sunway lagoon sekalipun ingatlah bahawa ayahandamu tidak berkehenddakkan itu semua kerana melakukan usaha pada agama Allah itu lebih utama dari percutian di dunia sementara ini.
Sesungguhnya itu telah menyimpang dari jalan yang ditunjukkan oleh Kekasih Allah, SAW.
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Jika kau nampak kereta2 mewah dan rumah2 mewah, janganlah kau idamkannya seperti yang pernah ayahanda dan bondamu idamkan. Sesungguhnya itu semua adalah tipu daya dunia ini ke atas insan di dunia yang sering lupa ini. Semua itu tiada kebaikan selain dari tujuan bermegah dan memuaskan diri sendiri.
Berbakti dan tolong menolong dan berkorban pada agama Allah adalah lebih wajib tuntutannye.
Apa2 hal pun, lain kali, pegi haji dulu baru beli rumah tau!..
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Jika kau nampak aweks2 berkeliaran dan pakaian yang canggih , hatta yang bertudung litup, janganlah kau pandang lama2 (terpaku) atau kau syok pulak.
Hendaklah kau alihkan pandangan mu dan rendahkanlah sentiasa.
Kalau kau bukak dajjal 4 segi (tv) kau mesti selalu nampak manusia berpakaian tapi hakikatnye berbogel. Beristighafarlah banyak2…
Itulah fitnah dajjal 4 segi. Maka ayahandamu sarankan, kau jauhkanlah dirimu dari dajjal 4 segi.
Kalau kau pergi ke pasar, belilah yang perlu sahaja dan teruslah pulang ke rumah. Janganlah kau biarkan dirimu berada lama2 di tempat fitnah dunia.
Aweks sekarang, perghh………..seksiiiiiii (read: seksaaaa Allah amat berat!!!)
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Jagalah hatimu. Jangan biarkan titik hitam mengeruhkan hatimu untuk menerima cahaya makrifat dari Allah…Peliharalah ia sebaik mungkin…
Di dalam diri seseorang terdapat seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah diri orang itu dan sebaliknye.
Daging itu adalah HATI
Maka kau juga ingatkanlah ayahanda dan bonda mu akan pesan ini. Tak lupa juga kau berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara mu, pak cik dan mak cik mu, sahabat-sahabat mu, guru2 mu serta sesiapa jua di sekelilingmu.
Wahai Harraz,
Since abi buat pesanan ni spontan (kurang 1/ 2 jam)….maka, apa2 yang tak cukup, kalau ingat, nanti abi tambah lah…kalau tak, lain2 boleh tanya bila masa untuk bertanya tiba..wokkeh…
Salam perjuangan.....
Abu Harraz.
12 comments:
Aku idamkan anak yang soleh (ah)tetapi sebelum tu nak isteri solehah dulu....@rifXOM
ya, semoga anak ni jadi anak yg soleh, anak adalah anugerah dan amanah. jadi bimbinglah dgn elok.
semoga aku blh jadi isteri yg solehah dan mendapat anak2 yg taat pada Allah kelak...
@rif - cuba gi blog hamka (keretamayat) ada kak S yang nak kawin tapi tak dapat kawin2 lagi. gi la cepat..
bagus citer pasal kawin kat situ..
gi baca..
kawaii_desu
hang ada kat sini jugak nooo...
InsyaAllah..aku doakan hang...amiinn
biasalah, kaki menyibuk... tenkiu, tenkiu, syukran jazilah. banyak ilmu yg dapat dgn menyibuk kat area ni, alhamdulillah
adik saya (ur x-junior 9498)pun bakal jadi bapak. semoga dapat jadi bapak mithali...
by the way bapak kpd harraz, lupa pulak, mana tau saya org utara?
kawaii_desu
tgk profile ler..hari tu masa kecoh2 kawaii_desu kat blog noni kapet....
kim salam kat adik ..nama ap aek?
house?
insyaAllah jadik bapak mithali..bagi dia pesanan2 kepada harraz..hehehe
bab bercuti aku kurang setuju. bercuti/ziarah kalau hendak mengagumi kurniaan/ciptaan YME tak salah. bertambah iman hendaknyer.. Plus, jauh berjalan luas pandangan.
Apa yg penting niat...
fahmil...
bercuti tu takde dalam kamus hidup Rasulullah dan sahabat.
PErgi menyampaikan dakwah iye..Untuk tambah iman diri sendiri dengan bercuti berjalan2 tanpa berdakwah...tidak ada dalam ISLAM.
Ziarah takpe....ziarah bagus...
kawaii_desu, (susahnye nak type nama)
tak eknal la pulak teman..
pyan 94 kim salam , udah ler..
idris house, military band, tennis...ada kena mengena tak dengan life dia masa 1994?heheheh
by the way, mana ada nyibuk...
mlitary band? dia mmg join, niup saxaphone(tol ke spelling ni). time tu dia baru f1. my adik kurus kering dan hidung bengkok hahaha.. tak cakap banyak cam kakak dia ni
erkk??
f1 ada ke dlm band???
ke masa training jer...??
jap..jap..pikir..saxaphone..hm...
tkid ngan che tam jer...
nanti recall balik..nak tgk gambar..kot2 ada...
Post a Comment