Kisah ini berlaku di negeri ISSOTONGBOLA
Abdul Wahub ada seorang anak yang bernama Suleiman Akhlaken.
Suleiman baru berusia 6 tahun. Tapi dai sangat petah bercakap.
Abdul Wahub teramat sayang akan Suleiman dan menjaganya seperti menatang (bukan binatang ckp bahasa ganung) minyak yang penuh.
Segala kemahuannya dituruti.
Al Maklumlah, anak lelaki sulung seorang.
Hari2 Suleiman akan suruh Abdul Wahub belikan barang permainan. Since dia I kaya dan jutawan serta hartawan, takde la masalah utk dia beli kan anak dia.
Sampai lah satu hari, Abdul Wahub pergi ke store rumahnye untuk mengambil barang lama. Dah lebih 6 bulan dia tak pegi store sebab orang gaji je yang kemas and jaga store.
Bila dia bukak pintu store, habis semua barang jatuh ke atasnya. PENUH dan padat rupanya store rumah dia. DIPENUHI barang2 mainan si Suleiman.
Isk..isk..isk……pening kepala si Abdul Wahub sebab dia ingat kat bilik Suleiman je dah penuh barang mainan. Rupenye kat store pun dia buat personal storage barang mainan dia.
Maka, terpikirlah dia betapa banyak nye barang mainan Abdul Wahub. Dah lah tu..tak pernah main pun..masuk store jeeee…..
Nak buat apa mainan banyak2 ni? Nak bagi kat adik, si Suleiman ni dah takde adik. Ye lah, mak Suleiman ni, si Enon tak nak beranak lagi dah..nak jaga badan katanye…
So dia pun panggil lah si Suleiman, untuk menerangkan masalah ini.
Abdul Wahub, “ Sulei, aboh tengok banyok doh barang mainang mung…penuh habih ghumoh kite. Store pung dok muak doh?”
Suleiman, “Alaa….aboh…tu semua doh beh doh…doh lame….doh bughok, outdated kate orang kolumpo”
Abdul Wahub, “ Ginilah Sulei. Aboh sujjeh (suggest) kita dok yoh beli lagiloh mainang banyok2 ning. Bazir. Paka hok ade2 dulu. Nok banyok2 nok wak mende? Nanti bile2 kite gi tamboh lagi deh? Hok ade tu pung, bukangnye nok share ngang jirang….”
Dengan selamba si Suleiman mematahkan kata2 bapanye..,” Alaaa..aboh ning…same le kite…aboh ngan Sulei dua2 nak benda lebih, tapi dok paka…dok share pung ngan kitorang”
Abdul Wahub,”Mende pulok? Nok bende lebih, tapi dok paka? Aboh ada satu bini je. Mok mung tu le..Nok share kemende?”
Suleiman, “ Ish..ke situ pulok….aboh tu, gi sejid (masjid) dengor kulioh agama, bace buku agame, bace kitak (kitab), bace kur ang (al quran), bace hadith, tgk al kuliyyah dan macang2 lagi sebab nok tamboh ilmu. Banyok doh ilmu aboh, tapi Sulei tengok aboh macang tu jugok. Dok buak pun hok ilmu2 tu suruh.. Doh guane?
Aboh nok sipang (simpan) sapa bile? Syok kumpul ilmu, tapi dok amal hok ade2 ..dok buleh gitu aboh…."
GULP………terkedu Abdul Wahub.
Memang benar kata anaknye…….
Sunnguh banyak ilmu yang dia dapat dari pembacaan dan pembelajaran.
Tapi berapa peratus yang dia amalkan?
Addusss……..
Contoh ilmu si Abdul Wahub:
1. Mengumpat itu HARAM dan berdosa serta menghapuskan amalan kebaikan.
Maka jauhilah mengumpat.
Kalau terbuat – Istighafar, mintak maaf
2.Haram melambat2kan solat dengan sengaja seperti tengok tv, berbual, bekerja
Maka solatlah awal waktu
Kalau terlewat, bila teringat2, cepat2 istighafar dan bersegeralah
3. Tengok perempuan (muka, mata, bibir, hidung, dada dan buah-buahannya, belakang, rambut, bontot, kaki, tangan, perut, tudung) Semua tu menghapuskan amalan kebaikan
Maka bila tertengok, or tersengaja tengok, beristighafarlah cepat2….dan berpalinglah, serta beringatlah akan siksa Allah segera…
4. Tengok TV( Drama, Movie , rancangan hiburan, iklan – yang ada unsur2 dedah aurat, menjolok mata, lagha, dunia, perempuan cantik, lucah, lalai, leka)
Semua tu dah terang-terangan berdosa.
Maka elakkanlah dari melihat rancangan2 yang tak memberi faedah, malah berdosa pula.
5. Dengar lagu (Suara2 lunak datin2 dan dato2 yang menyanyi, lagu memuji paras rupa dan kecantikan wanita, lagu2 ghairah, lagu2 cinta kepada bukan isteri , ibu, ayah, nenek, datuk, kakak, abang, adik atau anak.)
Semua tu nyata dan jelas dosa.
6.Pergi majlis hiburan, berkaraoke, campur gaul lelaki perempuan tidak berbatas, kata2 manis perempuan, IM, YM dan chatting.
7. Isteri tak pakai tudung. Minyak wangi menusuk hidung lelaki lain, lipstick merah menyala.
Itu baru 7 ilmu…banyak lagi ilmu Abdul Wahub yang simple2…dan ilmu yang berat2 pun banyak…
Tapi tak satu pun dalam yang tujuh ni Abdul Wahub buat…
Sibuk nak baca kitab lagi, nak carik ilmu lagi..hadith lagi, jejak rasul lah….
Tapi yang memang dah ada…..tak amalkan…..
Nanti ILMU tu akan memakan diri sebab tak di amalkan. ngap..ngap..ngap..
Apakah jenis peringatan lagi yang Abdul Wahub dan kawan2nye yang membaca blog ni nak????????????(termasuk aku..aku la kawan abdul wahub)
Aku pun samaaaaaa……Aku punnnnn….. Apa yang payah sangat nak paham dan buat????????
Itulah….selagi tiada hidayah dan taufiq dari Allah….
Selagi itulah Syaitan akan bermaharajalela dan menipu kita….
Cam mana nak dapat hidayah Allah supaya diberi kekuatan???
Niat dengan ikhlas, ingin memperbaiki diri dan mengakui semua dosa. Taubat nasuha. Barsegera kembali kepada Allah….dan jangan berpaling lagi…
Marilah….marilah….marilah…bersama mengamalkan ILMU supaya dapat menambah ketakwaan dalam diri dan menaikkan IMAN…
Jangan tunggu lama2…….
p/s – aku yang sedih sebab ramai orang di sekeliling abdul wahub meremehkan peringatan-peringatan ‘picisan’ seperti ini (mungkin)
Ya Allah, kurniakanlah, aku, dan mereka yang membaca blog ini, KEKUATAN untuk MENGAMALKAN ILMU yang Kau HADIAHKAN, dan supaya kami sentiasa beristiqamah.
Setelah itu Kau tambahkanlah ILMU dan IMAN kami dan tambahkanlah KEKUATAN supaya Kau tetap “TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS, JALAN YANG ENGKAU BERI NIKMAT PETUNJUK, DAN BUKAN JALAN ORANG YANG KAU MURKAI DAN JALAN ORANG2 YANG SESAT” (1:6-7)
Semoga kami dan keluarga kami sempat bertaubat dan kembali kepadamu sebelum kau memanggil kami kesisiMU
KAULAH YANG MAHA MEGKEHENDAKI
Adakah Suleiman akan meminta barang mainan baru tanpa menghargai barang mainan lama? Dan adakah dia akan berkongsi mainannye bersama rakan2 sejiran?
.......adakah akan bersambung di episod akan datang??
10 comments:
Hucs, sungguh bagai dikata, pada amnya ummat Islam sekarang memang berminat membaca. Semua di baca tapi mereka pilih2 apa yang nak diamal. Mana yang bersesuai dgn naluri mereka sahaja yang diamal. Yang lain simpan dalam store je lah gamaknya. Semoga ini tidak terjadi kepada kita. InsyaAllah. Selalulah berdoa agar kita diberi Petunjuk dan HidayahNya agar sentiasa dapat berbuat apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang. InsyaAllah.
Mulai hari ni..kena main semua permainan tu..dan kena share ngan kawan2..
jgn tak main, dan jgn kedekut...
hehehe..nanti kena NGAP ngan mainan...
kapalayar,
Terima Kasih.
Post ni cerita pasal orang dah tahu ilmu, tapi Allah belum kasi hidayah.....maka mereka masih berpaling dari ilmu mereka dan tidak mengamalkannye..
Moga2 Allah sentiasa memberikan hidayah dan taufiqnye kepada kita semua....
ADA DUA SEBAB KENAPA ORANG ISLAM TIDAK MENDAPAT PERTOLONGAN TUHAN:
1. bANYAK TENGOK TV
2. tERLIBAT DENGAN RIBA.
PS: BUKAN HADITH.
(termasuk aku..)
dua je ke?
macam ada lagi je...
hehehe
juga bukan hadith..
juga termasuk aku..
assalamualaikum...
- tak semua mahu mainan yang sama ngan kita, jadi aku rasa, kita kena tukar-(jadilah, dermawan - offer saja- then bagitau skali kelebihan apa mainan yang kita ada
(simboliknya: offer saja pengetahuan yang ada smada mereka mahu atau tidak, jika pandai pujuk, maka sedikit sebanyak akan tinggalkan kesan jugak kat pendengaran mereka
-bagi aku la....
aku ni kedekut orangnya, dan aku sangat bencikan sikap aku ini-
tuhan balas aku cash,everytime i hold what i got - tapi aku tak serik-2 gak, kekadang aku terpaksa lawan sifat kedekut aku dan ia mula menjadi satu ketidakikhlasan, aku nak ikhlas dalam melakukan sesuatu, tapi seringkali, aku merasa seperti memaksa diri - walaupun - ianya dilakukan secara sembunyi-2
=betullah kata orang, makin byk harta, makin buat kita susah hati- jadi cara terbaik - dermakan saja semuanya -
tak payah kongsi, derma terus -
(ini- pendapat aku la...)
waalaikumussalam...
ye betul..offer sahaja..
and lagi best...persuade/promote lah sampai dia nak main mainan kita tu...
hehehe..benda baik..barang baaaiikk...
Bila nak update blog nih??-@rifXOM
Bila nak update blog nih??-@rifXOM
aku odit ni..
perasan sibuk...
nanti2 lah..isi byk...tp belum ada time..
Post a Comment