Friday, December 08, 2006

Kerja = Beban x Jarak Sesaran ?

Sempena minggu bahasa malaysia yang dilancarkan oleh rakan-rakan sekolah ‘kelas 94’ di dalam “senarai berwarkah” (mailing list) koleq9094@googlegroups.com, maka saya nukilkan pendapat saya kali ini dengan seratus peratus bahasa melayu.

Apakah kerja kita di dunia?

Peguam?
Majistret?
Doktor?
Pelakon Tambahan?
Ahli Musik?
Tukang Kebun?
Pengutip Sampah?
Ahli Perniagaan?
Agen Insuran?
Angkasawan?
Pensyarah?
Juru Audit? Grrrr….nasib baik hari ni hari terakhir mereka - selepas 7 minggu!!!
Pembaca Blog?
Penanam Anggur?

Memang banyak jenis kerja dalam dunia ini. Bermacam-macam sampai ada manusia yang pilih lebih dari satu bidang kerja.
Sungguh seronok aku bekerja.
Tapi adakah kerja aku diterima Allah?
Adakah aku bekerja kerana aku menjalankan salah satu ibadah? Ataupun sebenarnya aku bekerja untuk membayar komitmen dan hutang ku pada pihak bank disebabkan keghairahan untuk menjalani cara hidup gaya ahli neraka?

Kenapa aku bekerja?

1. Nak beli rumah yang melebehi keperluan (rumah dua tingkat di kira melebihi keperluan bagi orang baru ada dua anak kecik)
Orang mungkin kata:
a. Apa salahnya untuk pelaburan di masa depan.
b. Beli rumah bukan selalu. Sekali je dalam , mungkin 15 -20 tahun..

2. Nak beli kereta yang ‘sedap’ sikit

3. Tak mahu anak dan bini kempunan tak dapat benda dan kemewahan seperti kebanyakan orang di dalam televisyen (hasutan dajjal 4 segi)

4. Nak beli baju mahal dan ada kellass….Tak kan nak pakai baju murah kot

5. Boleh makan apa sahaja kehendak di hati

6. Supaya boleh mengumpul harta

7. Dapat mengamalkan cara hidup moden yang amat-amat memerlukan wang untuk beroperasi (contoh berhibur, berumah kopi (bercoffee house), menonton wayang, pergi ke taman tema, melancong dan bersukaria)

Itu secara kasar dan secara ikhlas tujuan aku mula bekerja dulu. Itulah yang paling utama dalam kepala (selain dari nak kawin masa tu)

Namun, kerja yang di letakkan atas bahu aku sebaik sahaja aku berakal (baligh) tidak pernah aku usahakan. Tidak terlintas pun untuk aku bersungguh-sungguh melaksanakannya.

Ia adalah kerja yang paling utama dalam semua kerja.
Ia adalah kerja khusus bagi mereka yang beriman kepada Allah dan mengaku menganut dan mengamalkan agama ISLAM
Ia adalah kerja yang paling mulia dan wajib bagi setiap umat ISLAM
Ia adalah kerja yang sebenar-benarnya dalam ISLAM
Ia adalah kerja yang aku mesti buat dan tinggalkan kerja lain jika aku tak buat kerja ni lagi
Ia sepatutnya menjadi tulang belakang dalam cara aku mengaturkan hidup…

Ia adalah kerja Dakwah. Amal makruf, nahi mungkar. Menyampaikan

Dakwah bagaimana?
Sila baca kisah hidup sahabat berkenaan dakwah, sungguh jauh kita dari cara hidup yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Itulah cara dakwah yang sebenar. Bukan blog jeeeeee…..

Malangnya….aku tertipu, aku benarkan diri aku di tipu dan aku pun menipu orang lain dengan mengatakan:
1 . kerja komputer yang aku buat ni pun ibadah
2. Kerja carik nafkah itu pun ibadah
3. Apa yang kita buat semua (kerja) adalah ibadah.


Maka di sini, ingin aku mengingatkan diri aku yang memang benar semua benda yang aku buat adalah ibadah jika:
1. Aku berniat kerana Allah
2. Aku mengikut syariah ketika bekerja (solat ikut waktu , amat menjaga pergaulan lelaki perempuan i.e tidak bercampur dan sebagainya)
3. Aku sudah membuat kerja yang UTAMA yang disuruh Allah. Dan kerja ini adalah LEBIH UTAMA dari kerja ofis/cari nafkah yang aku sedang buat.

Itupun kerja opis ni belum lagi sebaik-baik ibadah…

Aku mesti menyumbang pada jalan Allah, selagi terdaya, sepenuh hati, hasil atas kerja2 aku. Cuma sebahagian kecil sahaja yang aku perlukan untuk hidup (Cari kisah cara hidup nabi, makan nabi, harta nabi.)

Ada kerja yang kita kena buat walaupun kita takde pekerjaan, menganggur, lepas SPM, cuti dan sebagainya.
Dan kerja yang Allah suruh ini, tak ada istilah cuti. Hanya bila dah mati. Baru lah percutian yang abadi.
Dan kerja ini mestilah peratusannya melebihi kerja kita yang dok buat hari2 carik duit.


“Carilah bahagianmu di akhirat, jangan lupa bahagianmu di dunia.”
‘Jangan lupa’ disini bermaksud:
1. Eh, terlupa pulak aku aku kena carik bahagian kat dunia
2. Oh, ada jugak bahagian aku kat dunia ye. Oh Allah Maha Mengetahui kehendak hambanya
3. Ambik la sikit benda kat dunia tu, sebagai asbab je untuk terus hidup

Nak tunjuk betapa tak pentingya dunia ini seperti yang aku sangkakan


Nanti ada pulak orang kata:
"Kalau macam tu, miskinlah orang islam"
"Mana boleh zaman sekarang macam tu, semua benda nak duit. "

Itu pikir sendiri lah..sila pikir dalam-dalam.
Jawapannya ada di lubuk hati sendiri. Ada. Aku tak tipu. Yang tipu tu syaitan.
Jangan benarkan dia menipu.
Mohonlah dibimbing Allah supaya kita mengerti tentang keyakinan terhadap Allah Maha Berkuasa dan “Kun Fa Ya Kuun..”
Tolak semua alasan ketepi dan pikirlah dengan niat yang ikhlas untuk mendapat jawapan yang tepat.
Mohon bimbingan Allah untuk memahami hakikat kejadian manusia. Hakikat kita dihidupkan di dunia.

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.”

“Bekerjalah seperti kau akan hidup selamanya dan beramal seperti kau akan mati esok hari ” (Bukhari)

Kalau kita nak mati esok, macam mana ibadat kita? Adakah kita akan menumpukan ibadat pada jenis ibadat umum seperti carik nafkah, kerja ofis dan sebagainye? Sudah tentu tidak.
Kita akan beribadat secara khusus, solat tak berhenti, menangis bermunajat, berdoa, bertaubat tanpa henti dan seangkatannya.

Dan bekerja disebut disini bagi menggambarkan:
1. Kerja tu boleh tangguh. Berhentilah, solat dhuha, solat fardhu awal waktu, balik rumah, solat Maghrib berjemaah, solat Isya berjemaah, Solat Subuh berjemaah. Baca Quran, Hafaz Quran . Kaji Quran, ajar anak bini, ajak jiran dan seumpamanya . Ini sibuk pikir pasal kerja pejabat/perniagaan.
2. Hidup lama lagi, jangan la sibuk kerja sampai takde masa untuk akhirat
3. Setelah kita selesai beribadat seperti nak mati esok, haa..cariklah kerja….

Ini bukan alasan orang malas.
Ini peringatan dari Allah dan dari Nabi Muhammad SAW.
Adakah kita tidak yakin?
Adakah kita mahu mempersendakan suruhan ini?
Adakah kita pandai dengan mengatakan zaman sekarang ni kena kerja kuat2, zaman nabi dulu memang lah takde tol, takde minyak, takde itu dan ini.

Kerja ikut keperluan. Bukan ikut nafsu dan kehendak zaman/semasa.
Bukan untuk mengumpul harta. Rasulullah pun wafat tanpa meninggal harta. Ada la baju perang dan kuda. Itu je.

Tetapi, kalau kerja kita tu dapat mengumpul pendapatan yang lumayan, jangan lupa bersedekah. Kita hanya pemegang amanah.
Janganlah pikir hendak bermewah abu harraz oiiii….Haji tak pergi lagi. Duit tak cukup lagi. Padan muka banyak sangat komitmen. Dulu tak nak pikir.

Tapi takpe, sekarang dah ada kesedaran. Ubahlah cara hidup untuk menyukakan Allah. Jangan jadi istidraj pulak (perasan Allah redha dan suka dengan kita, maka Allah kurniakan harta yang banyak)

Yang sudah2 tu biarlah, kita buat pembetulan dalam hidup, satu persatu. Asalkan beristiqamah dan bersungguh mahu memperbaiki diri. InsyaAllah



8 comments:

kawaii_desu said...

hmm.... tak payah dajjal 4 segi tu pun blh kempunan jugak lah abg pyan, father of shabil harraz...
persekitaran jugak memainkan peranan...

sebenarnya, itu semua ujian lah...
kalau had tu pun kita tak daya nak tepis jgn cakaplah tentang ujian yg lebih getir.

kerja ni pun satu ibadah jugak,
jangan memperlekahkannya,
cuma niat kena betul.

cuba kita tengok pada golongan yang miskin, makbapak mereka bergolok gadai supaya anak2 mereka jadi manusia yang berguna
dan apabila anak2 dah berjaya dan mendapat pekerjaan yang elok2,
inilah masa nak menjaga dan memelihara ibubapa pulak, sungguhpun penjagaan kita tak setanding dengan jerih-payah mereka membesarkan kita...
kerja untuk menjaga ibu bapa, supaya ibu bapa boleh naik haji,
dan perkara2 yang sewaktu dengannya.
bukankah itu satu ibadah, abg pyan?

memang dakwah itu sgt2 penting kerana melalui dakwah yang diiringi niat yang betul serta penuh hikmah lah yang akan menjana umat yang lebih berkualiti, bukan muslim pada nama sahaja.

tetapi, dakwah ni perlu bermula dari rumah, Rasulullah SAW dulu pun tidak terus berdakwah secara meluas terus, baginda mula secara berperingkat jugak... bukan senang nak ajak org buat baik, ke arah jalan yang benar... maklumlah, nafsu ni kan sentiasa beraja di hati manusia....

tapi terima kasih banyak2 kerana sudi berdakwah dekat sini. di samping meluahkan nasihat serta ingatan kepada Shabil Harraz dan kengkawan, namun kami serta orang luar2 lain yang selalu singgah sini pun sedikit sebanyak mendapat manfaatnya. Terima kasih banyak-banyak. Sejuk je blog ni, tak macam blog lain...

saya pun bekerja jugak, tapi Lillaahi Taala...
ada niat nak kumpul duit pi haji dengan family, Insya Allah...

lagipun makbapak kita bukannya masih muda, jadi selalu sakit, makanya kita perlu menjaga mereka, tapi dengan apa?

maka kita perlu bekerja...
tapi... kerja, kerja jugak,
ramai yang jadikan kerja suatu alasan bila lompat(nak kata skip sebenarnya sebab ni minggu bahasa melayu kawan2 abg pyan)solat...

ini pendapat sahaja.
Wallahu'alam

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya terima ini sebagai satu "pendapat peribadi" yang cukup baik dari segi mengajak kita supaya membetulkan niat dalam melakukan pekerjaan, supaya ianya jadi satu ibadah yang diterima Allah, dan rezeki hasil kerja tu halal dan diredhai Allah.

Kalau nak kata kerja ala kadar, supaya cukup kemampuan dan tak mengumpulkan harta..logik aqal akan berkata mcm mana nak sedekah banyak dalam jihad islam kalau tak ada harta. Macam mana nak sumbangkan zakat yang banyak kalau tak ada harta, mcm mana nak tingkatkan sosio ekonomi Islam kalau tak ada harta. Bagi saya, biarlah kerja kuat dan istiqamah dalam kerja sebagaimana sahabat Rasulullah yg kaya dan jutawan Abd Rahman Auf r.a, yang sanggup serahkan semua harta dalam jihad Islam. Saya rasa ini yang terbaik. Begitu juga dengan Tha'alabah yang gigih berkerja dan menjadi kaya, serta tidak lupa jihad dalam perang Badar. (Berdasarkan kajian hadith oleh ulama yang mu'tabar, cerita bahawa Tha'labah tidak bayar zakat dan dilalaikan oleh hartanya adalah tidak benar dan palsu belaka).

Pesanan ringkas untuk semua sekali termasuk saya: Berhati2 dalam menggunakan Hadith Rasulullah SAW. Jgn cakap tulis satu teks itu sebabai Hadith atau Sunnah kalau tak pasti soheh atau palsu. Rasulullah dah pesan jangan datangkan sesuatu yang palsu dari diri Baginda dan mengatakan yang Baginda kata ini dan buat ini, kerana itu fitnah dan nerakalah tempatnya bagi orang yang memfitnah Baginda SAW. Untuk lebih rujukan, surf al-qayyim.net, atau laman web siri tulisan Dr.Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis.

Wassalam
Saudara Seagama.

kawaii_desu said...

Terima kasih. itulah gunanya ada forum dan ruangan komen seperti ini supaya kita sesama Islam blh bertukar2 pandangan, pendapat serta saling tegur menegur antara satu sama lain..

andainya saya tersilap dalam mengutarakan pandangan silalah tegur, Insya Allah pandangan itu akan diambil kira.

Walau apapun, semua yg kita buat, tak kiralah berdakwah ke, kerja ke, menolong orang ke, beribadah ke atau sekadar menasihati sedara sekalipun, ianya haruslah diiringi niat serta keikhlasan, niat Lillaahi ta'ala...

apa jua yg dilakukan mesti ikhlas kerana Allah. Memang betui, bila tak bekerja, macam mana nak menjana pendapatan dan ekonomi org Islam? Macam mana nak menolong org Islam? Takkan kita nak mengharap pertolongan bangsa lain.

Abg pyan tau tak, pendekatan agama lain adalah secara halus danmereka menggunakan kekuatan ekonomi utk menarik org lain.

Cthnya masa tsunami melanda, pihak buddhist tu awai2 lagi dah sampai... malah, banyak kes2 sedara2 seIslam kita yg miskin dan mempunyai penyakit kronik dibantu olh mereka... Bahaya tu...
Saya sendiri dengaq depa dok cerita bila kami turun ke tempat depa... Kadangkala, kemiskinan dan penyakit serta pelbagai bentuk kesusahan dan kepayahan yg lain ini adalh salah satu bentuk ujian Allah tuk menguji tahap keimanan kita, tetapi ada jugak yg kecundang... jadi, kengkadang bila dh susah sgt, dan terima pulak bantuan dr pihak lain (nonmuslim)mulalah timbul masalah lain...

tapi Wallahu'alam...
apa2 pun abg pyan jgn marah nooo...
Chek cuma bagi pendapat...

coldstarz_12 said...

assalamualaikum...
-petikan hadis yang aku suka-

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : 'Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati.'"

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

Abdullah bin Mas'ud r.a. mengkhabarkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan berasa iri hari, kecuali kepada 2 orang, iaitu orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang baik), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya

Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Adapun orang Mukmin, maka pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."


-sekadar membuat iklan-

abu_harraz said...

Salam semua..

kawaii_desu,
Harap dapat membuat kajian mendalam tentang dakwah Rasulullah, kerja Rasulullah dan sahabat.
Mereka pun ada anak bini, tapi merekalah yang sampai ke Asia Tenggara, and dengan asbab pengorbanan mereka, datuk nenek kita dpaat hidayah....dan kita pun dapat..
Cari cerita 12 orang shabat redah himalaya untuk ke China...
Semua tu ada anak bini...
Carik lagi dan lagi pasal makna dakwah....pengertian dan pengorbanan dalam berdakwah.
Siapa yan gboleh dan patutu berdakwah...dan byk lagi...

Memang kita tak perlukan sesiapa pun di dunia ni unutk menolong kita dari segi apa pun....(dalam maknanya ni)

Pasal tsunami dan segala bencana alam, kita berpusu2 pergi beri bantuan kewangan, kemanusiaan dsb...
Mengapa sebelum tsunami, kita tak bantu masalah sosial mereka yang kronik, kita tak bantu kukuhkan ISLAM mereka, kita bantu kukuhkan pemahaman mereka?
Utk pemahaman lanjut, ada baiknye baca blog www.keretamayat.blgospot.com (the last 2 or 3 entries) baguih...

Kita pun tak perlu ekonomi untuk mengembangkan agama..
Kita perlu DOA dan cara Rasulullah SAW.
Itu yang kita perlu..
Kita tak perlu perjuangkan hudud, kalau masjid tak penuh setiap kali solat fardhu.
Kalau kita menang dan dapat tubuhkan negara ISLAM, tak kan bertahan lama kalau subuh tidak penuh seprti solat jumaat.

"Solatlah kamu di tempat azan dilaungkan" dan "Solatlah kamu bersama orang2 yang ruku'"

Walaubagaimanapun terima kasih atas komen.

By the way, memang aku dah jangka benda ni akan menimbulkan byk soalan, dari pembaca senyap, dan juga pembaca tak senyap. Aku dah boleh agak.
Cuma aku nak bagitau, aku bukannye bagi ilmu, tapi aku sedang cuba menghubungkan manusia dengan Allah.


Anonymous,
Terima kasih...
tapi nak tanya sikit, semua jutawan pada zaman Rasululullah SAW tu jadik jutawan lepas mereka ISLAM atau sebelum?

Siapa yang masih jutawan selepas ISLAM berkembang?

Khadijah - habis hartanya,
Abu BAkar - habis hartanya (sehingga ada riwayat mengatakan dalam satu perang tabuk rasanya, dia sampai menyapu keselruhan rumahnya untuk memastikan takde benda lagi yang tertinggal, hatta jarum pun...untuk disedekahkan apda jalan Allah)
Abdul Rahman bin Auf masih kayakah dia?
Dan lain2 sahabat....

Sila beri pandangan.Terima Kasih

kawaii_desu said...

musuh Islam sekarang dasyat2 abg piyan, tanpa ilmu pengetahuan, kekuatan agaman dan backup yg mencukupi, susah tau...

bukanlah nak memperlekehkan saudar2 kita tapi.... hakikatnya, kita perlu memperkuatkan benteng kita (benteng Islam) dari pelbagai segi....

apa2 pun saya akan baca website yg abg pyan bagi tu, terima kasih.

abu_harraz said...

hehe...
carik makna tersirat dalam my comment..
AMAAAAAT dalam.....

Anonymous said...

Aku nak bagi derma/sedekah yang terada sikit tapi duit aku cukup2 utk keperluan aku utk hidup selesa. Aku nak keluar dari rumah utk berdakwah pun susah sbb aku ni pompuan (takut fitnah). Aku nak jaga kemaslahatan suami & anak2 pun tak boleh sbb aku ni belum kawin (tak der semua tu). Kau rasa apa patut aku buat ekkk??? Konpius...

Aku pompuan