Wednesday, December 20, 2006

Gurindam Kisah Fiksyen Seorang Doktor Perubatan

Ada seorang Doktor yang hebat,
Teringin nak rumah baru dek income tengah lebat,
Nak buat rumah cantik-cantik,
Susah payah carik arkitek,
Mesti yang power2 punye,
Sebab katanya “aku ni, bab2 kerja arkitek ni tak le pandai mana”.

Masih lagi doktor ini,
Nak carik kontraktor bekredibiliti,
Baru la yakin dengan rumahnye nanti,
Tidaklah senget sana senget sini.
Sebab katanya “ini bukan kerja aku ni”

Doktor yang sama jugak,
Masih lagi bercongak-congak,
Nak buat interior supaya nampak indah
Interior designer mesti ternama dan gah,
Dengar kata Eric Leong antara calonnyer
Sebab katanya “Aku ni doctor, bukan designer”

Bila rumah dah siap,
Buat jamuan makan sedap-sedap,
Susah payah doktor ni carik caterer terkenal
Teringatlah kepada chef-chef yang handal,
Nak jamu orang kena la bersungguh
Sebab katanya “Tak kan aku masak? Nak mampuh??”

Bila semua sudah selesai,
Baki duit banyak lagi, mulalah gatai,
Rasa cam nak beli kereta baru,
Tapi nak tanya sapa, tak tahu.
So calling calling lah member lamer,
Ramai yang automotive engineer,
Kira boleh dapat pakar punye pendapat tepat,
Sebab katanya, “ Pasal kereta, mana aku tahu sangat”

Bila rumah dah tersergam, kereta pun besar,
Hati mula tak tenteram, rasa gusar,
Takut kat sang pencurik dan perompak,
Ambik harta orang macam hak diorang punye bapak,
Maka si doktor pun berjumpa dengan polis,
Supaya tak lah kena rompak dan jatuh muflis,
Memang doktor akui polis pandai,
Sebab katanya , “ Aku doktor klinik, bukannye spy!”

Bila semua dah selamat,
Doktor mulalah nak bersolat,
Segala buku kitab doktor rujuk,
Supaya hati jadi bersih dan dapat dipujuk,
Tapi doktor memang tak tahu sangat,
Sebab last kelas agama pun ntah bila tak ingat,
Takpelah, buku rujukan dan kitab kan ada,
Tak kan aku seorang doktor tak boleh baca sendiri agama.
Sebab katanya “Bukankah agama itu mudah?
Lainlah kalau nak buat rumah"

Malang seribu kali malang,
Sayang seribu kali sayang,
Bangang seribu kali bangang
Doktor itu pun ber DIY (do-it-yourself) sorang-sorang,
Sukalah syaitan amat kepalang,
Kerana kini terbukalah peluang.
Sesat dan menyesatkan, pada diri doktor sendiri,
Itu lah kemungkinan yang boleh terjadi.

Alangkah baiknye kalau Ulama dicari
Sebab bukankah ulamak memang mengabdikan diri,
Seluruh hayat untuk deen,
Segala pemikiran dan kehidupan penuh disiplin.
Untuk manfaat seluruh mukminat dan mukminin.

Ulamalah doktor penyakit hati,
Memang penyakit yang payah diubati,
Walaupun kita baca kitab sendiri2 berkati2,
Kalau ilmu dah tak diberkati,
Dek kedegilan sendiri dan pendapat Ulama tak dihormati,
Mudahlah syaitan mudah menghasut hingga ke mati.

Wahai ilmuan, golongan koporat, usahawan2 gemilang cemerlang dan terbilang, eksekutif muda, pelajar universiti, tokoh politik serta teknokrat ,
Kembalilah kepada ISLAM yang tepat
Carilah guru yang makrifat, agar kita mendapat berkat dan manfaat.
Hindarkanlah dari menafsir Al Quran sendiri-sendiri,
Kelak diri akan rugi,
SEPERTI AJARAN SESAT PEMUDA KAHFI
DAN segala haluan yang mempunyai CIRI SEPERTI INI.

Jangan over estimate kebolehan diri,
Kalau kail panjang seinci.
Dan otak dan hati yang tak berapa suci,
Mulanya ingat boleh cuci,
Tapi makin teruk, karat memenuhi.

Dewasa ini, begitu banyak fahaman2 yang menggunakan logik akal untuk mentafsir Al-Quran dan Agama.
Memang boleh tapi perlu ada sempadan.
Perlu ada tertib, adab dan disiplin.
Bergurulah dengan mereka yang diketahui warak.
Bukan hanya content tetapi context juga perlu difahami
Ahli Sunnah wal Jamaah itu adalah seperti yang dijanjikan Rasullah ialah golongan majority di akhir zaman.
Berpeganglah kepada fahaman salah satu dari empat mazhab dan belajarlah dari guru yang mempunyai link dengan salah satu mazhab-mazhab ini.

InsyaAllah, majority kita ialah Mazhab Syaifie,
Janganlah dicari berbagai defininasi lagi,
Bertaklid dan kajilah apa yang didepan mata dahulu,
InsyaAllah, akan ditunjukkan jalan yang tidak berliku.
Gua Caya Sama Lu……..

6 comments:

mommy@lif said...

talented.. pandai seloka..semua rhyme!
nway bravo.. terima kasih for this reminder

Anonymous said...

Best lah!!!!-@rifXOM

Abu S.H said...

Hahaha...Tima kasih...sila datang lagi...aku dah jarang update skang...heheh

kawaii_desu said...

hmm...
manusia zaman sekarang...
mementingkn kebendaan...

katakanlah kalau ada appointment dgn client or boss, mesti kena on time, tak tangguh or lewat2kan barang sesaat pun, all perfect,


demo...
kenapa solat perlu tangguh?
tak memberatkan hal2 akhirat...
memperlekehkan solat sedangkan bukankah nak mengadap Allah tu...
More superior than the bosses and clients...

hmmm...
bila memperlekehkan hl2 Agama, timbullah cerita spt kes dr di atas ni...
walhal, bukannya cost apapun, besides, apala sangat banding dgn ilmu tu...

ya Allah...
lindungi kami dr kesesatan...

Sesungguhnya kami tlh menzalimi diri kami sendiri...
Astarghfirullah...

Anonymous said...

Bila nak update-@rifxom

Lidah Penghunus said...

Assalamualaikum.

ex lasallian rupanya, sama la kita, ana la salle PJ. tapi alhamdulillah kita sama2 tdk terpengaruh dengan dakyah halus mereka.