Saturday, January 27, 2007

Kita Sayang Allah tak?

Sempena hari asyura….(alasan sebab tak hantar coretan masa hari Jumaat baru2 ni – terskipped khutbah jumaat oleh bukan imam dan siak serta khatib atau bilal)

Berhampiran Menara Berkembar Petronas di KLCC, menjelang malam (petang pun ada, tghari buta pun ada juga...) sunggu ramai 'kembar siam' di pelosok taman, sama ada terceruk ataupun tidak tersorok. Melayu pun ramai juga...majority rasanya. Tak sangka ramai kembar siam melayu di Malaysia.

Aku pun tiba2 dapat ilham, dan post ini ditujukan kepada adik2 diluar sana, yang ghairah nafsu seks yang memuncak, tapi tak boleh nak kawin lagi.

Namun sesuai juga bagi yang suka, menghisap, menyedut, mengemam, mengunyah, menelan, atau memasukkan CILI ke dalam mulut, dan merasa kepedasannya sehingga menjilat gigi!!!


Allah MAHA PENYAYANG dan MAHA MENGASIHANI


Bila korang sakit, korang kata Ya Allah…sakitnya……

Bila korang menderita korang kata Ya Allah…tolonglah daku

Bila korang bersedih, korang kata Ya Allah hanya KAU yang memahamai

Bila korang kecewa, korang kata Ya Allah…sabar jelaaaaaa..

Bila korang happy, senang, banyak duit, takde masalah, naik gaji, dapat bonus…kepada Allah yang sama jugaklah korang buat:


Maksiat taman bunga/semak samun/pondok buruk/hotel mewah/hotel murah/dalam kereta

Maksiat minum arak

Maksiat tengok laman web lucah

Maksiat tengok bini dan anak dara orang

Maksiat bergelak ketawa dengan bukan muhrim

Maksiat rumah urut

Maksiat tengok ratu cantik atau ratu hodoh dan gelenyar

Maksiat tengok pelakon

Maksiat dengar penyanyi

Maksiat tengok rakan sekerja yang seksi, tak seksi dan seksa

Maksiat meninggalkan solat

Maksiat meninggalkan solat awal waktu

Maksiat meninggalkan puasa

Maksiat IM (instant messenger) dengan kenalan bukan muhrim. (Bukan saja cakap perkara maksiat, tapi kalau saja2 borak2 pun maksiat ye...)

Maksiat berfantasi bersama artis bukan muhrim

Dan lagi...dan lagi..dan lagii.............amboi3x....


Allah bukanlah pencegah maksiat jabatan agama – malah Allah jauh lebih tahu apa yang nak dicegah

Allah bukanlah jurugambar ala2 perasan paparazzi – malah Allah jauh lebih advance rakamannya

Allah bukanlah wartawan yang penanya berbisa – malah Allah maha adil, DIA jaga maruah korang.

Allah bukanlah kaunselor jabatan agama yang ada mengambil kesempatan (rujuk kes org kena tangkap khalwat, kena pulak 'layan' ustaz pencegah maksiat tuuu) – Malah Allah tak perlu pun amik apa2 kesempatan

Namun , jangan rasa Allah tidak akan memberi balasan di dunia.
Sekali atau seribu kali terselamat, bukan bermakna Allah akan kasik chance selamanya. Ingat Allah tak nampak? atau ingat Allah maafkan sebab korang tak kacau orang? (buat dosa sendiri-sendiri dan tak menyusahkan sesiapa)

SEBENARNYA.........................

Allah kasihankan korang..tapi korang yang tak kesiankan diri
Allah bagi peluang untuk pergi solat, meminta sebanyaknya kepadaNYA, mengadu dan menagisi dosa2 lalu, dengan Allah bagi nikmat umur dan sihat.


Allah jaga aib korang, tapi korang yang tak pandai jaga aib korang sendiri.
Allah tutup malu daripada mak/ayah/orang kampong/orang opis/orang rumah/orang suratkhabar gossip daripada tahu kegiatan tak bermoral korang. Allah bagi peluang untuk insaf dengan tunjukkan berita2 orang kena tangkap sebab arak/zina/mati selepas hubungan seksual (bagi yg berstatus anak dara)/lalai dari solat/tak bersungguh di bulan puasa dan byk sgt lagi..


Allah jaga hak korang, tapi korang tak jaga hak Allah
Allah bagi korang hidup, dan sediakan makanan, udara, kesenangan, internet, agar korang kembali dan sentiasa ingat kepadaNya. Tapi korang tak jaga hak Allah, jgn syirik dan tidak taat segala rukun ISLAM dan IMAN. Actually, dengan perangai korang macam ni, korang ada hak ke? Dah la Abdi , Hamba Abdi, tapi masih ingkar dan eksyen..pirrrrraaahhh..


Allah bagi korang chance, tapi korang tak ambik chance tu.
Bila orang tegur korang marah, korang rasa apa korang buat tu semua betul.
Andaikata ada orang ingatkan, korang kata orang tu kolot, serious, tak cool, gelabah, ntahapahantah, perasan ustaz, malaikat, kacau, cam bagus, boring, skema, membebel, leceh, potong stim…dan macam2 lagi. Padahal Allah nak bagi peringatan, tapi dah korang tu DEGIL dan SOMBONG, macam dunia ini korang yang punya..nak buat cam no?

Allah sayang korang, 70x ganda lebih daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, tapi sungguh sikit orang yang SAYANG Allah.
Orang yang harapkan kasih sayang Allah ramai lah..Orang yang perasan Allah sayang dia pun ramai, padahal Allah selalu murka, dia tak sedarrr……Nauzdubillah…

Allah bagi masa yang cukup untuk bertaubat, tapi korang tak tau buat taubat.
Korang ingat masa tu ialah RTM (rehat tunggu mati) Masa tu akan berlalu dan akan sampai masa mati. Padahal itulah SATU2 NYA modal untuk pergi ke syurga, dan jauhkan dari walau setitis api neraka

Allah dah bagi banyak peringatan tapi korang yang tak nak ingat dan tak berminat nak ingat.
TAK BERMINAT NAK INGAT!!...
TAK BERMINAT NAK INGAT!!!!!!...
TAK BERMINAT NAK INGAAAAATTT!!!!!!!!!!!!!! >> penulis pengsan kerana sedih sebab diri sendiri memang jarang ingat Allah………..maka berakhirlah post ini begini sahaja….jgn mare…pergilah ingat Allah SELALU dan setiap masa, dimana jua anda berada (kalau dalam kubur, baik tak yah….kat luar kubur je yang masih ada tawaran..ye!! kat luar kubur, macam anda yang sedang baca ni…………ye anda……..ANDA lah!!!....)..

KAU, KOME, MIKE, ANTA, ANTUM, ANTU?, TUAN HAMBA, MUNG, MU, DEMO, HANG, AWAK, YOU, KORANG dan yang utamanya AKU!!!

Jadi, marilah kembali kepada Allah dengan sesungguhnya.

Yang masih berkembar siam kat taman bunga, insaflah banyak2,
Yang masih beronline dengan bukan muhrim, cukuplah sekadar ini saje,
Yang tak solat, start lah solat,
Yang ada tinggal2 solat, jgnlah tinggal lagi,
Yang tak solat awal waktu, solatlah awal waktu,
Yang banyak duit, gunalah untuk agama,
Yang ada pangkat, jagalah betul2 amanah,
Yang isap rokok, berentilah isap...gunat duit untuk bagi kelebihan pada orang lain.
Dan tak lupa juga, yang 'makan cili' tu...janganlah 'makan' lagi.

p/s – aku dah termengantuk…….PIALA AFF - Msia kalah ngan Spore; penalty (tadi adik aku SMS)

Monday, January 22, 2007

Ada Apa Dengan Surau? (atau masjid)

“Hijraaaahh itu pengorbanaaaannn
Hijraaaahh itu perjuangaaaannnnn
Hijrraahhh itu persaudaraaaannnn
Hijraaahhh membentuk perpaduaaaaannnn…

Oleh ituuuu
Mari semuaaaaa kita sambut maal hijraaaaahhhh…
Tingkatkan semangat tegakkan syiar ISLAM
Untuk sepanjang zamaaannn..”

Teringat zaman sekolah La Salle Klang dulu, aku terpekik terlolong kat rumah hari2 nak hafal nasyid ni.
Ada persembahan sempena sambutan Maal Hijrah.

Apa itu Maal Hijrah?
Ye baru-baru ni kita telah masuk ke dalam tahun baru hijrah,
1 Muharram 1428 Hijriah.
Tanda tahun baru bagi umat ISLAM.

Apa itu Sambutan Maal Hijrah?
Sambutan Maal Hijrah ialah sambutan tahun baru. Memang banyak dibincangkan tentang sambutan ni, ada kata bida’ah hassanahlah, apa lah, inilah, itu lah..tapi aku bukan nak cakap pasal tu. Asalkan kita tak bersandarkan pada sunnah Nabi, nak buat, ikut suka hati lah….Doa2 harap2 Allah terima usaha kita yang ke arah kebaikan..

Salah satu perkara yang famous bila menjelang 1 Muharram ialah Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun.
SMS dan email silih berganti mengingatkan supaya jangan lupa membaca doa tersebut
Ramai yang mengingatkan antara satu sama lain, tentang perlunya membaca doa ini 3 kali dan sebagainya.
Itu pun aku tak menentang.

Aku pun buatlah sikit2 research, dan tanya orang itu dan orang ini tentang doa akhir dan awal tahun ni.

Maka, seperti yang kita semua maklum, jawapannya ialah bukan sunat, dan haram disandarkan pada sunnah Rasulullah SAW. Tapi takde masalah kalau nak baca, dengan penuh pengharapan agar doa itu Allah makbulkan dan kita faham yang ia bukan sunnah Rasulullah SAW.

Baiklah, jika ramai yang berebut2 hantar sms dan email untuk doa akhir dan awal tahun ni, kita kena jugaklah berebut2 hantar sms dan email setiap kali waktu makan, waktu nak pergi kerja, waktu nak masuk waktu dan macam2 masa lagi. Kerana apa?

Hanya kerana pada semua waktu tersebut ada DOA-DOA yang Rasulullah SAW suruh baca. Dan HANYA kerana ini, TUNTUTAN membaca doa-doa ini lebih TINGGI daripada doa awal dan akhir tahun tadi.

Contoh DOA yang Rasulullah ajarkan:

Doa makanan dihidangkan.
Doa lepas makan.
Doa keluar rumah.
Doa masuk rumah.
Doa masuk masjid.
Doa dalam masjid.
Doa naik kenderaan.
Doa ketika bersama.
Doa masuk bilik air.
Doa keluar bilik air.
Dan banyak lagi…..sila tanya anak kat tadika….hehhehe

Nampak remeh, budak2 pun tahu. Tapi adakah kita TAHU yang kita sepatutnya amalkan?
Adakah kita TAHU yang Rasulullah SAW tak saja2 create doa2 ni untuk ‘menyusahkan’ kita?
Adakah kita TAHU yang kita ni DEGIL dan BONGKAK dan SOMBONG kalau tak amalkan?
Sebab kita TAHU Rasulullah SAW amat sayangkan kita, maka sebab tu dia suruh kita amalkan sunnahnya untuk keselamatan dunia akhirat.

Nota : Cili hanya memedaskan mulut sesiapa yang memasukkannya ke dalam mulut mereka. (Apsal aku rasa pedasssssss ni???)
Selingan : TAHU PEPEJAL (Tofufa) memang bagus untuk menambah susu ibu bagi mereka yang menyusu secara eksklusif, boleh cuba..InsyaAllah)


Maka, janganlah ditinggalkan doa2 harian ini. Amat penting HANYA kerana ia sunnah. Kalau bukan kita yang hidupkan sunnah Nabi, siapa lagi? Tak kan nak tuding jari kat orang lain, macam lagu Bangau oh Bangau:

Ali oh Ali
Kenapa tak amalkan sunnah Nabi,
Macam mana aku nak amal ,
Abu pun tak amal.

Abu oh Abu
Kenapa tak amalkan,
Bukan aku tak nak amal,
Aku ingat Atan dah amal dah.

Atan oh Atan,
Sudah ke ko amalkan SEMUA sunnah Nabi,
Takdelah sampai semua,
Teruklah kalau aku sorang je.

Aku oh aku,
Kenapa banyak songeh?
Macam mana tak banyak songeh
Iman aku lemah.

Aku lagi oh aku lagi,
Kenapa Iman aku lemah,
Macam mana Iman aku tak lemah,
Memang salah aku……Memang salah aku

Sedihnya Nabi Muhammad SAW kalau kita tak kekalkan sunnahnye.
Kita tak cuba sedaya upaya HIDUPKAN sunnah nabi dalam kehidupan kita.
Bukan setakat tak buat, cemuh lagi pulak, lekeh dan caci pulak….
Memang tak sedar dek untung!! Eksyen! (macam P. Ramlee eksyen bila director ahmad Nisfu kata “action”!)

Kalau kita sendiri yang mengaku beriman tak hidupkan sunnah (SUNNAH WAJIB dan SUNNAH SUNAT) , maka sedikit demi sedikit ISLAM akan terhakis dari jiwa kita, dari keluarga kita, dari masyarakat kita, dari negara kita.
Masa tu, akan muncullah lah perkara2 baru dalam agama yang direka, bida’ah akan muncul. Baru la padan muka AKU. (na’udzubillah)

Tak percaya???..cuba teruskan pembacaan lagi..Aku akan cuba sampaikan apa yang aku paham.

Islam di Malaysia. (cewaah…cam bagus je)

Secara amnye dan secara kasarnye, dari pandangan cermin mata aku yang kasar, aku telah merasakan Islam kat Malaysia ni dah jadi Agama Rasmi. (Elleyyyhhhh..itu semua orang tahu…dalam perlembagaan yang Suruhanjaya Reid buat pun dah termaktub dah)

Ye, itulah orang putih nak. ISLAM sebagai agama rasmi.
O.k guna bahasa keras sket…
ISLAM dah jadi macam fahaman Kristian di Barat. Kristian agama Rasmi

ISLAM digunakan hanya secara RASMI ketika pembukaan sesuatu majlis – tak kira dah:

majlis agama,
majlis sukan,
majlis makan2 bercampur gaul lelaki perempuan yang usik mengusik bini orang dan suami orang,
majlis tarik pengundi,
majlis demonstrasi jalanan,
majlis JUARA LAGU (aku terdengar ada budak baca basmalah dan terjemahan surah al an’am(kalau tak silap) …..pergh…untuk clarification,takut terfitnah: aku TAK MENYOKONG seratus peratus dan TAK MENONTON JUARA LAGU 99.9%..hehehe…),
majlis kawin yang ada campur gaul dan nyanyi2 karaoke,
majlis pecah tanah shopping complex,
majlis projek kemasyarakatan dan macam2 majlis,
hatta majlis tari menari....oh tidaakkk!!! :(

ISLAM digunakan hanya secara RASMI bila ada orang mati, orang nak kawin, oang nak cerai, orang nak dekat mati, orang nak mintak hujan, orang nak mintak hajat, orang nak carik bini, orang nak jumpa bakal pak mentua, orang nak pergi exam, orang nak amik result exam, orang nak jumpa bos, orang nak naik rumah, orang nak beranak, orang nak…macam2..

TAPI ramai di kalangan orang2 yang buat semua benda di atas, tak menghidupkan ISLAM dan SUNNAH serta tak menegakkan SYARIAT.

Kalau kita ajak pergi surau….nanti ada orang tanya Ada apa kat surau?”

Laaa…ada apa???…surau tu kan ke masjid (masjid = tempat sujud)
Pergi sujudlah, pergi ke rumah Allah semata2 untuk sujud dan mengingati Allah.

“Tau la, tapi yang hang sungguh2 ajak aku ni, “ada apa dengan surau” hari ni? “

Ada makan kah?
Ada ceramah kah?
Ada kelas kah?
Ada bazarkah?
Ada karnivalkah?
Ada sukan kah?
Ada nasyid kah?
Ada apa2 lain yang best kah?

Aku nak tanya balik…., “Apa fungsi UTAMA surau atau masjid? Macam balai raya?"
Lagi sekali, “Apa fungsi UTAMA surau atau masjid? Macam balai raya?”

Hinanya SURAU atau MASJID???? Kalau takde benda selain dari sujud, orang tak nak datang, tak bersungguh nak datang. Tunggulah, Allah akan hinakan manusia yang sombong ini..Aku takut.....!

Maka, nampaklah di sini…..ISLAM telah menjadi Agama RASMI. Surau atau masjid jadi tempat untuk perkara2 RASMI sahaja.
Sebab tu lah solat fardhu berjemaah surau tidak penuh, melainkan ada majlis atau ceramah atau makan…….

Samalah macam orang KRISTIAN YANG SESAT itu.
Gereja akan penuh untuk upacara tertentu dan waktu tertentu.

Kita sedang menuju kearah itu. I repeat : Kita sedang menuju kearah itu
Maka berpatahlah balik sekarang juga!
Sekarang…balikkk…..cepatttt…..
Hidupkan SUNNAH WAJIB dan SUNNAH SUNNAT.

Buat sedaya upaya dan bukan bila ada belen2 tenaga atau lebihan masa atau x-tra wang ringgit.

Bersungguhlah dalam menegakkan AGAMA ALLAH. Jangan cuba nak tipu Allah. Hehehe… Hang ingat hang teraaa....piiraa.. (dialog citer Ali Setan)

Ingatlah, ISLAM tak perlukan KITA, tapi jika kita macam tak perlukan ISLAM, buat apa lagi ISLAM terhegeh2 tunggu? Baik tarik balik ISLAM dan bagi KIAMAT…

Allah tak perlukan kita untuk jaga ISLAM, tapi usaha kita jadi ASBAB untuk Allah bagi kita ISLAM dan ISLAM akan jaga kita.

InsyaAllah…

Ada Apa Dengan Surau sekarang?

-TASBIH KIFARAH-

Friday, January 12, 2007

Betul ke niiiiii.........?

Oleh seorang pendakwah yang bebas melakukan apa sahaja (sebab dia tak sedar diri dia sering di awasi...i.e byk buat dosa!!!)
Aku bukan pendakwah bebas, atau calon parti bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Talam, juga bukan calon Mufti BEsar Se-Malaysia, dan bukan ahli majlis fatwa kebangsaan dan juga bukan penasihat Islam ada had dan ada hari.
Maka terimalah sebuah pandangan peribadi


Nota Kepala (tak baik letak kat kaki tau nota ni) - ilham tercetus ketika pulang dari makan ayam kampong yang murah sajer di PNB darby park

Situasi 1
Daud PadangTembaga (bukan nama sebenar) adalah seorang ahli silap mata terkemuka dunia. Beliau datang ke Malaysia untuk membuat persembahan di Genting Highland, kota keriangan. (yang lagha lagi sesat – aku tambah sendiri)
Maka, berduyun – duyunlah orang Malaysia, Brunei dan Singapura, Batam, Siam, Medan dan banyak lagi tempat di sekitar Semenanjung Malaysia turun ke Pahang Darul Makmur.
Walaupun pilihanraya Batu Talam makin dekat, tetapi mereka yang datang lebih berminat kepada ahli silap mata ini.
Sungguh hebat tarikannya, sehinggakan pihak pembangkang politik di Malaysia juga tidak berminat dengan Batu Talam.

Namun ada seorang mamat ni, yang bernama Hussein Lempoyang berkata, “Alaaa..apa nak heran, dia pakai jin. Bukan silap mata, itu dah pakai benda ghaib tuuu…
Dia yakin si Daud tu pakai benda ghaib, padahal tak pernah jumpa pun


Situasi 2.
Isteri Hussein Lempoyang tiba2 terasa haus. Waktu menunjukkan pukul 3 pagi.
Nak ke dapur di tingkat bawah sekali (rumahnya 3 tingkat), rasa seram. Almaklumlah, sejak berpindah ke rumah baru , yang berhampiran dengan kawasan kubur Lipat Kajang yang bukan di Kajang, dia rasa seram sejuk je kalau ke dapur. Nak disuruh orang gaji, tak ada sebab baru bercuti.

ISteri , “ Abang, jom teman dinda sat, terasa nak minum air ni. Dinda takut ler bang, seram, rasa macam ada orang tengok je kalau pergi sorang2”

Hussein Lempoyang, “Laa…..dah tua bangka pun takut lagi. Awak pernah nampak apa2 ke sebelum ni? Tak pernah kan? Hissshhhh….bla bla bla ..pot pet pot pet…' sambil kaki melangkah longlai menemani isteri tercinta ke dapur.

Isterinye yakin bahawa ada benda ghaib yang sedang memerhatikan dia jika dia keseorang di dapur

Situasi 3

Bueeeekkkkkkkkkkkk!!!!....Marjina asyik muntah. Setiap kali muntah, terkeluarlah kaca, jarum dan sebagainya. MEmang mengerikan. Bila pulak dia makan kaca/
Bapanya sudah risau, dipanggil ketua kampung untuk menganalyze keadaan anaknya.

Ketua kampung : “Huish…..sah ni kena santau. Benda ni ghaib, tapi kita kena percaya. Memang tak nampak, macam mana boleh kena, tapi memang nak kena ubat dengan kuasa ghaib jugak ni. Doktor tak boleh buat apa-apa!”

Situasi 4
Diberitakan pihak pembangkang di negara ini telah memboikot pilihanraya kecil Batu Talam disebabkan beberapa factor, dan di antaranya ialah pengundi hantu.
Memang, pembangkang tak pernah dapat tangkap, tapi mereka yakin keghaiban pengundi berlaku setiap kali waktu pilihanraya.
Kata orang yang bukan pembangkang “ Ini orang, boikot sana, boikot sini, dia ada nampak ka itu hantu punya pengundi? Benda yang ghaib jangan lah percaya lebeh-lebeh. Tak ada bukti.

Begitulah antara 4 situasi ringkas, bagaimana percaya kepada perkara ghaib telah sebati dalam masyarakat orang kita. Sungguh tebal sehinggakan dalam contoh situasi 4 pun, mereka yakin ada benda ghaib (pengundi hantu…hehehe)

Tapi kepercayaan kepada benda ghaib ni, ada kalanya 100%, ada kalanye 50% ada kalanya 20%..Kadang2 naik, kadang2 turun. Yang selalunya, turun. Bila nampak bukti fizikal dengan mata kepala sendiri kat dunia ni, baru la terhegeh2 nak yakin jadi 100% balik. Tapi Ok la jugak, ada yang tak percaya langsung.

Beriman kepada perkara ghaib, bukan sahaja kepada membenarkan kewujudan Allah Tuhan yang Esa, dan mengakui syaitan itu musuh yang nyata.
Ia merangkumi segenap aspek perkara ghaib yang diberitakan Allah di dalam al Quran, dan melalui hadith2 Nabi.

Kubur, Mungkar Nangkir, Alam Akhirat, Padang Masyar dan sebagainya. Memang susah untuk kita faham hakikat ini, melainkan dengan beriman kepada perkara ghaib seperti yang dituntu dalam Islam.
Tukul malaikat sebesar KLCC, azab2 kubur yang mengerikan, kubur yang sempit dan luas, pahala yang banyak sehingga tidak dapat digambarkan, sungai madu, sungai susu, bidadari, dan segala macam cerita selepas alam dunia yang kita pernah dengar.

Sejauh manakah kita yakin dengan perkara ghaib ini? Jin Daud PadangTembaga kita yakin, hantu kubur belakang rumah kita yakin, santau dan sihir kita yakin, pengundi hantu pun kita yakin.

Kalau di ikutkan, secara kasar, semua ni aku sendiri tak pernah tengok dengan mata kasar. Tapi aku semacam percaya sebab ia selalu di ceritakan, diulang2, dan di iyakan oleh masyarakat umum.
Jadi dengan sebab itu jugalah, kita kena selalu baca dan ulang baca cerita2 mengenai ganjaran dan azab Allah, agar perasaan yakin itu timbul.

Para sahabat mengatakan bahawa Iman mereka tak akan bertambah kalau syurga dan neraka diletakkan di kiri kanan mereka. Ini kerana Iman mereka sudah tahap tepu. Tak perlu nak tunjuk secara fizikal. Keyakinan mereka terhadap ayat2 Allah dan sabdaan2 Nabi amat jitu. Tidak ada keraguan. Semuanya benar, dan dapat dirasai.
Kerana apa? Kerana...

- Mereka orang yang sentiasa memperbaharui Iman dan menambah keyakinan.
- Mereka orang yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan ilmu Allah.
- Mereka sentiasa dalam keadaan menjauhkan diri dari dunia agar tidak terhijab kefahaman mereka dan pandangan hati mereka mengenai hari selepas mati.
- Mereka tidak membenarkan tipu daya dunia ini mempengaruhi mereka.


Contoh situasi kureng sket percaya perkara ghaib berkaitan keimanan.:

Suami Hari ni nak semayang solo kat rumahlah, malas nak berjemaah kat masjid .Alaaaa 21 pahala dengan 1 pahala bukan banyak beza, bila2 boleh buat lagi. Nanti tambah la…Lagipun pahala aku pun kalau kira betul2 banyak jugak.

Isteri – Abang, hari ni tak payah la pergi majlis agama tu ye. Nak jaga anak ni, dinda kan tak berapa sihat. Tapi kalau time abang pergi kerja dinda redha lah. Nak buat macam mana, dah itu kerja abang, kalau tak tak dapat la kita semua kemewahan ni.

Anak – Ayah, bila nak pergi outstation? Nanti kalau pergi beli la hadiah untuk adik ye. Tapi adik tengok , ayah asyik pergi berdakwah je. Weekend jer pergi berdakwah, tak dapat la adik hadiah.

Rakan2 – Apa la engkau ni. Simpan janggut dan naik rimas aku tengok. Macam bai roti ada, macam Taliban pun boleh jugak. Silap2 kena tangkap KMM, kea pa ke, haa..baru kau tahu. Memang la ada pahala, tapi kalau janggut panjang sangat nampak tak cool. Tak hensem. Macam dah dimakan usia aku tengok kau ni. Banyak lagi cara lain boleh dapat pahala. Lagipun, ni zaman moden.

Keluarga – Apa nak jadi lah engkau ni. Dulu tak de lah ‘extreme’ macam ni. Sekarang ni Mak ngah tengok dah beserban sini, dah berjubah sana. Itu semua kan sunattttt…. Kita nak buat tu semua, nanti jadi menunjuk2 pulak. Buat je macam biasa. Allah tahu la niat hati kita. Tak payah tunjuk. Tengok tv pun kau tak galakkan. Kata kau, ada aurat lah, sesat lah...ish..ish..extreme betul. Mana ada filem/drama/iklan yang tak tutup aurat? Susah la mak ngan nak tengok tv cam ni.

Jika perkara ghaib in idapat disuburkan diperingatkan setiap hari, maka ramailah yang akan paham kenapa kenapa buat perkara sunat, kena tinggal benda2 haram dan makruh, kena redha suami pergi kelas agama, kena korban dan bersusah payah macam Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Kalaulah semua orang yakin atas perkara ghaib, maka dialog akan di atas akan bertukar.

Suami – Tak cukup lagi buku amalan aku ni. Hari2 buat dosa, tak kan nak solat 1 pahala je. Alang2 solat, biarlah 27 pahala terus. Kalau bersugi sebelum solat, lagi bagus, dapat 70 pahala. Aku ni dah lah bukan maksum, patutnye kena selalu buat banyak2.

Isteri – Abang, pergilah kelas agama tu. Nanti balik ajarkan pada dinda ye. Pasal anak dan diri dinda, janganlah abang risau, Insya Allah, Allah yang menjaga. Dinda pun nak berkorban jugak, Nak tambah pahala dan tak nak meyusahkan abang. Pergilah bang, moga2 keluarga kita diberkati dan kita semua dijauhi walau bahang api neraka. Abang pergi kerja sehari pun dinda boleh survive, ini ceramah sejam. Jangan risau lah bang, kitorang InsyaAllah OK.

Anak
– Ayah, pergi la berdakwah selalu agar dengan sebab ayah dakwah, Allah akan bantu keluarga kita. Nanti semua orang sihat dan hidup diberkati. Moga2 bertambah ramai orang kembali kepada Islam. Kita mestilah berkorban kan? Macam Nabi Ismail .as tuuu…

Rakan2 – Baguslah engkau ada kekuatan simpan janggut ikut cara Rasulullah SAW. Aku dengki jugak sebab aku segan. Tak dapat pahala lah aku. Engkau InsyaAllah pahala setiap saat sebab hidupkan sunnah sentiasa pada fizikal engkau. Aku akan cubalah simpan sikit2 sebab aku pun tak cukup pahala ni. Mudah-mudahan Rasulullah terima aku sebagai umatnye, walaupun aku banyak dosa dan selalu mengingkari. Dan dengan asbab aku hidupkan sunnah ni, dapatlah kiranya, aku berada dalam rahmat dan jagaan Allah untuk jadi orang mukmin lebih baik.

Keluarga – Jagalah serban dan jubah kau tu. Istiqamah lah. Benda tu, walaupun sunat, banyak beza dari segi buat dan tak buat. Biarlah apa orang nak kata. Janji kita tahu apa kita buat, jgn riak. Niat kita nak dapat pahala, kita kena menabung , umur pun dah panjang. Tengok TV pun, buang masa je, dah lah buat hilang amalan dan tambah dosa je. Isk..betul jugak cakap engkau ye, tv tu dajjal 4 segi.

Itulah yang kita nak dengar. Keyakinan dengan janji Allah. Kejarlah akhirat dengan bersungguh2, tempat kita selamanya. SELAMANYA. ABADI. Bukan 100 tahun. Bukan 1000 tahun. Bukan 1 000 000 tahun.
Yakinlah dengan berita2 Allah, dan rebutlah peluang selagi Izrail belum menyapa…………….


p/s – Jangan nanti kata “ Isk…..apsal dulu aku tak buat amal sampai kurangkan tido???? Betul lah apa yang pyan yang bukan ustaz tu kata……"
" Errr..encik malaikat, bleh tak saya nak balik solat dan tambah amal sket...kejap je, rumah saya tak jauh, dekat je. Nah saya tinggalkan IC saya, kalau tak percaya."(Naudzubillah)

Monday, January 08, 2007

Dah lah pemakanan tak seimbang, hidup pun tak seimbang

Ehem...Ehem..mic test...

Ramai yang tanya, weh pyan, bila nak update blog ni, bila nak hantar ‘Friday Tazkirah” ni. Dah dua minggu dah missed. Dan sebagainya.
Hehehe..aku yang terasa glamer ni (perasan sungguh!!! Rosak amalan tau!! astaghfirullah) pun rasa bersalah, sebab tidak memenuhi permintaan.
Tak lah banyak, tapi walaupun satu permintaan, kita kena tunaikan.
Aku yang sebenarnya terkorban, dek hanyut dengan perayaan korban yang dah lama berlalu – (alasan)
Mintak maaf lah. Aku ni ada penyakit. Penyakit ni boleh diubati. Tapi penyakit aku ni pun menyebabkan penyakit aku ni tak diubati dengan cepat.
Itulah penyakit malas. Boleh diubati. Tapi Malas nak ubat. Macam mana nak diubati?
Apa aku tulis ni?
O.klah cerita lain lah pulak.

Since semua orang sibuk membicarakan cerita korban, minggu lepas, aku tak terasa nak cerita pasal korban.
Lain kali lah. InsyaAllah, penghayatan korban ni tak basi-basi sampai bila2.
Hari2 kita kena berkorban. Bukan setakat setahun sekali RM350 dikorbankan.
Banyak benda lain kita boleh korban. Dengan asbab korban ni lah, baru kita dapat rasa kemanisan beragama, kemanisan menjadi hamba, kemanisan akhirat, dan kebusukan dunia.

Kali ni, aku nak cerita pasal seimbang dunia akhirat. Aku telah ditegur seseorang bahawa aku tidak seimbang dunia akhirat.
Lalu aku pun mula berfikir.

Ramai cakap, "InsyaAllah, hidup aku dah seimbang, dunia akhirat". Betul ke?
Encik ISmet Ulam Raja, seorang kawan aku pun kata hidup dia dah seimbang sbb dia selalu jugak solat kat masjid, baca quran dan sebagainya.

Mari kita lihat Ibadat khusus (Akhirat) vs Ibadat keperluan (dunia) dalam kehidupan seharian Encik Ismet Ulam Raja:

2300 – Tidur – keperluan dunia
0000 – Tidur – keperluan dunia
0100 – Tidur – keperluan dunia
0200 – Tidur – keperluan dunia
0300 – Tidur – keperluan dunia
0400 – Tidur – keperluan dunia
0500 – Tidur – keperluan dunia
0600 – Surau, Solat berjemaah di surau/masjid – wajib, kalau takde 14 sebab pengahalang (tempat azan dilaungkan, rumah Allah, bukan bilik solat kalau qariah tu dah ada surau/masjid) – Keperluan Akhirat
0630 – Baca Al-QuranKeperluan Akhirat
0700 – Bersiap ke tempat kerja – Keperluan Dunia
0800 – Bekerja – Keperluan Dunia
0830 – Breakfast – Keperluan Dunia
0900 – Bekerja – Keperluan Dunia
0930 – Solat Dhuha – Keperluan Akhirat
1000 – Bekerja – Keperluan Dunia
1100 - Bekerja – Keperluan Dunia
1200 - Bekerja – Keperluan Dunia
1300 – Rehat….Makan – Keperluan Dunia
1330 – Solat Dzuhur berjemaah di surau/masjid – wajib, kalau takde 14 sebab penghalang (tempat azan dilaungkan, rumah Allah, bukan meeting room kalau bangunan tu dah ada surau) - Keperluan Akhirat
1400 – Bekerja – Keperluan Dunia
1500 – Bekerja – Keperluan Dunia
1600 – Bekerja – Keperluan Dunia
1630 - Solat ‘Asar berjemaah di surau/masjid – wajib, kalau takde 14 sebab penghalang (tempat azan dilaungkan, rumah Allah, bukan meeting room kalau bangunan tu dah ada surau) - Keperluan Akhirat
1700 – Balik kerja, main sukan, minum petang – Keperluan Dunia
1800 – Rehat kat rumah, tunggu badan ‘sejuk’, main ngan anak2 – Keperluan Dunia
1900 – Solat Maghrib berjemaah di surau/masjid wajib, kalau takde 14 sebab penghalang (tempat azan dilaungkan, rumah Allah, bukan bilik solat kalau qariah tu dah ada surau/masjid) – Keperluan Akhirat
1930 – Baca Quran – Keperluan Akhirat
2000 – Makan Malam – Keperluan Dunia
2030 – Solat Isya’ berjemaah di surau/masjid wajib, kalau takde 14 sebab penghalang (tempat azan dilaungkan, rumah Allah, bukan bilik solat kalau qariah tu dah ada surau/masjid) – Keperluan Akhirat
2100 – Tengok TV – Takde tuntutan – Keperluan Nafsu yang membazirkan waktu
2200 – Tengok TV – Takde tuntutan – Keperluan Nafsu yang membazirkan waktu
2259 – Menguaaaaaaaaaaaaaaaap…………………………..- Keperluan Dunia
2300 – ZZZ – Keperluan Dunia
0200 - GoLLLLLLLL!!!!! Takde Tuntutan - Keperluan Nafsu

Kenapa aku kata Ibadat keperluan itu dunia dan Ibadat khusus itu akhirat.

Sebab ibadat keperluan itu amat perlu untuk kita hidup. Itu hak badan kita, hak kehidupan kita di dunia. Kalau tak buat hak badan kita dan tak tunaikan hak badan kita, maka kita berdosa. Sebab itu ia Ibadat. Memang islam tu cantik.
Tapi tak boleh la melebihi keperluan ibadat akhirat.

Ibadat khusus (akhirat) , kena buat paling kurang pun, seimbang dengan Ibadat keperluan. Lagi baik kalau lebih.
Ye lah nak duduk kata sana selama-nya, bukan kejap2….bukan boleh balik ,ambik tambah amalan ke apa ke…

Tapi, bagi yang menimba ilmu di jalan Allah, bagi saintis2 Islam, bagi teknokrat2 Islam, dan bagi penyelidik2 Islam, pendidik, peniaga makanan Islam, pendakwah2 Islam, dan mereka yang admin pejabat2 untuk kemajuan Islam, dan segala kerja yang mencakupi bidang fardhu kifayah, maka selagi cara kerja anda terjaga dan terkawal dalam batas2 Islam, Insya Allah ganjaran yang amat besar bagi anda kerana anda membantu ummat.

Nota kecil : (fardhu kifayah bukan bermakna: org lain buat tapi aku tak payah, tapi ia bermakna, kalau takde orang buat dengan aku2 sekali jadi payah)

Bukan kerja jaga sistem komputer dan audit macam aku kat kompeni omputih ni! Hanya keperluan dunia sahaja. Selain menjadi asbab mendapat rezeki, dan bukan menyumbang secara khusus kepada dunia islam itu sendiri.

Analogi Ibadat khusus dengan Ibadat Keperluan Dunia ialah:

Tandas adalah keperluan setiap manusia. Tempat melepaskan hajat ini sangat penting.
Maka bagi yang membina rumah, ada tandas dibina juga.

Yang membina bangunan pejabat, ada tandas dibina juga.
Yang membuat bus stand, shopping complex jusco terbesar di Malaysia, giant, gergasi, gerai makanan, pusat sukan dan macam2 lagi semua ada tandas. Ia satu keperluan penting.

Manusia dan tandas tidak dapat dipisahkan, jika terpisah rosaklah badan, busuklah manusia.
Setiap kita menginginkan tandas. Sukanya hati kalau dapat tandas time2 emergency.

Bersyukur tak terkata apabila sesebuah tempat yang kita pergi ada tandas.

Namun, sanggupkah kita duduk lama2 dalam tandas? Macam mana bersih pun tandas tu, ia tetap ‘kotor’. Ia tetap tempat yang ‘jijik’.

Kita perlukan tempat jijik tu, tapi kita tak perlukannya setiap masa.
Kita harus kembali ke dunia luar secepat mungkin.

Samalah juga dengan dunia.
Dalam ISLAM dunia ni diibarat seperti bangkai, sampah dan segala bentuk keburukan, kebusukan, disamping tipu daya yang nyata (macam hiasan kat dalam tandas jugak)
Dunia ni sebenarnya keperluan kita untuk hidup sementara. Kita tak boleh tenggelam dalam dunia lama, kelak kita akan jadi ‘busuk’.
Kita perlu buang sifat menyibukkan diri pada dunia dan tambahkan sifat menyibukkan diri pada tempat asal kita (akhirat) - Aku masih belum betul2 sibuk dengan urusan akhirat.

Dari pada jadual Encik Ismet Ulam Raja yang disertakan di atas, secara kasar, berapa jam sangatkah kita beribadat khusus (akhirat) dalam 24 jam????
4 jam. At most!. Paling banyak kalau ikut jadual kat atas. Kalau korang punya better alhamdulillah.

Dalam 4 jam tu, compare to 24 hours
Pergh…satu per enam. 16%

1/6 daripada modal (umur) kita gunakan untuk carik Akhirat?
Macam mana ni? Kat mana yang seimbang?
Kenapa zaman sekarang orang kata seimbang?
Pahamkah apa maksud seimbang? Balance?

Tanya lagi diri aku. Cukupkah seimbang? Bukankah lebih baik dilebihkan? Boleh cover dosa yang bertimbun tu.. sedey :(

Jadi apakah yang kita boleh buat? Ingatlah dakwah adalah satu ibadah khusus.
Ia bukan Ibadah Keperluan. Cuma kita harus tahu apa yang dimaksudkan dengan dakwah, bila dan bagaimana nak berdakwah, dan bagaimanakah cara dakwah yang nabi tempuhi dan lakukan. Ia lebih berkat kerana ia sunnah dan sudah diperakui berkesan.

Apa yang bermain dikepala otak aku ni, bukan bermaksud kita tak payah kerja or kurangkan kerja dan jadi pemalas.
Jadilah pekerja yang rajin, dedikasi, tidak membuang masa (jadi jauh lebih baik dari aku yang agak hampeh ini) dan SENTIASA mengingati Allah.
Relatekan segala yang terjadi semasa kita sedang bekerja dengan kekuasaan dan kehendak Allah.

Apa2 yang datang, SEMUA dari Allah. Dengan itu kita akan jadi ringan untuk pergi solat dan ingat pada Allah SETIAP masa dan DETIK walaupun tgh sibuk bekerja di pejabat atau di mana sahaja.
Namun, untuk keberkatan, WAJIBLAH mendahulukan Allah dalam setiap perkara, walau macam mana penting pun kerja kita (Tentera ISLAM, waktu di medan perang pun solat, inikan kita yang sedang perang dengan bos dan deadline….)

Disamping itu, curiklah masa untuk beribadat bagi hari akhirat.
Allocatekan masa kita untuk Allah. Jangan tunggu sampai lapang baru nak buat. Sampai bila pun tak lapang. Kena ada pengorbanan dalam nak meningkatkan Iman.
Komited dengan masa yang diperuntukkan. Istiqamah.
Mengajaklah semua orang yang kita temui kepada Allah (Dakwah). Secara berhemah. Secara Sunnah.
Pelajari ilmu fardhu ain dengan mantap, dan ajarlah kepada keluarga dan anak2.
Kurangkanlah tidur malam, tinggalkanlah selimut dan katil, tinggalkan kehangatan pelukan sang isteri/suami/bantal dan ajaklah mereka (kecuali bantal) bertahajjud. > Pesan untuk diri sendiri..hehehe

InsyaAllah, mudah-mudahan Allah berikan hidayat dan taufik untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Kita kan mungkin nak mati kejap lagi? Kan? Betul kan? Tak tipu kan? Aku tak extreme kan? Aku tak cakap merapu kan? Aku tak cakap tipu kan? Aku tak cakap main2 kan? Aku tak cakap putar alam dan putar belit kan? Aku tak 'yo yo o' kan?

Kalau begitu :
Bayangkan malam esok kita dah dalam kubur sorang2. Dah terputus amalan. Nak tambah dah tak boleh. Kantung tak lah seberat mana. Boleh survive ke??? Cuak beb…

Cuba imagine : Allahyarham Ahmad Suffian bin Osman . Cuak kan? Lagi cuak kalau mengikut kawan aku ialah perkataan Allahyarham digantikan dengan Mendiang (na’udzubillah). Parah tuuuu…..
Jangan takut sebut mati. Lagi ingat mati, lagi bijak kata Rasulullah SAW
Lainlah kalau kita tak nak di approve bijak oleh Rasulullah SAW.

Di akhiri post kali ini dengan cerita bagaimana Saidina Ali menangis mengenangkan dunia yang penuh tipu daya ini.

Dhirar bin Dhamrah al-Kinani r.a berkata kepada Muawiyah (setelah ditanya keperibadian Ali r.a)

“Demi Allah, aku bersaksi bahwa suatu ketika aku pernah melihat Saidina Ali berdiri di sebahagian sudut tempat biasa dia beribadah malam, sedang ketika itu malam hampir melepaskan selimut kegelapannya dan bintang-bintang telah tenggelam, lalu dia masuk kedalam mihrabnya sambil memegang janggutnya dan beliau duduk bersimpuh sambil menangis tersedu-sedu seperti seseorang yang digigit kala jengking, dan menangis sepeprti seorang yang sedang dirundung kesedihan.
Seakan-akan saat ini juga aku (Dhirar) sedang mendengar ratapannya. Berkali-kali dia berkata dengan penuh kerendahan di hadapan Allah,


“ Wahai Tuhan Kami! Wahai Tuhan Kami” Kemudian dia berkata kepada dunia yang fana ini, “Wahai dunia, mengapa kalian menipuku, mengapa pula kamu selalu muncul mendekatiku? Menjauhlah, menjauhlah kamu dariku! Tipulah orang lain selain aku! Sesungguhnya aku telah menceraikan kamu dengan talak tiga! Karena umurmu sangat sebentar, majlismu sangat hina dan kedudukanmu sangat rendah! Ah.. Ah.. Ah..! (Apa yang harus aku lakukan, alangkah ruginya aku ini), karena perbekalan sangat sedikit, sedangkan perjalanan amat panjang dan penuh bahaya!?”

Mendengar kisah ini, Mu’awiyah tidak bisa lagi menbendung air matanya sehingga meleleh dan membasahi janggutnya. Dia pun mengusap air matanya dengan hujung bajunya dan orang2 yang hadir dalam majlis itu pun menyedari dan ikut menangis.

Itulah kisah Saidina Ali membenci dunia. Bagaimana seseorang yang disayangi Allah dan Rasulnya (Nabi SAW bersabda sehari sebelum perang Khaibar) pun takut akan tipu daya dunia. Apatah lagi saya pemblog yang hin aini.
Sekian…

p/s - Aku pun nak cuba buat2 nangis jugak….(hati tak lembut, susah nak nangis. Kalau susah nak nangis, kena buat2 nangis dihadapan Allah, wujudkan suasana takut dan bersalah serta mengharap)

p/p/s - Timbanglah sebelum anda ditimbang (oleh Neraca Allah)

Majulah timbang untuk pembaca blog!

Wassalam.