Friday, January 12, 2007

Betul ke niiiiii.........?

Oleh seorang pendakwah yang bebas melakukan apa sahaja (sebab dia tak sedar diri dia sering di awasi...i.e byk buat dosa!!!)
Aku bukan pendakwah bebas, atau calon parti bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Talam, juga bukan calon Mufti BEsar Se-Malaysia, dan bukan ahli majlis fatwa kebangsaan dan juga bukan penasihat Islam ada had dan ada hari.
Maka terimalah sebuah pandangan peribadi


Nota Kepala (tak baik letak kat kaki tau nota ni) - ilham tercetus ketika pulang dari makan ayam kampong yang murah sajer di PNB darby park

Situasi 1
Daud PadangTembaga (bukan nama sebenar) adalah seorang ahli silap mata terkemuka dunia. Beliau datang ke Malaysia untuk membuat persembahan di Genting Highland, kota keriangan. (yang lagha lagi sesat – aku tambah sendiri)
Maka, berduyun – duyunlah orang Malaysia, Brunei dan Singapura, Batam, Siam, Medan dan banyak lagi tempat di sekitar Semenanjung Malaysia turun ke Pahang Darul Makmur.
Walaupun pilihanraya Batu Talam makin dekat, tetapi mereka yang datang lebih berminat kepada ahli silap mata ini.
Sungguh hebat tarikannya, sehinggakan pihak pembangkang politik di Malaysia juga tidak berminat dengan Batu Talam.

Namun ada seorang mamat ni, yang bernama Hussein Lempoyang berkata, “Alaaa..apa nak heran, dia pakai jin. Bukan silap mata, itu dah pakai benda ghaib tuuu…
Dia yakin si Daud tu pakai benda ghaib, padahal tak pernah jumpa pun


Situasi 2.
Isteri Hussein Lempoyang tiba2 terasa haus. Waktu menunjukkan pukul 3 pagi.
Nak ke dapur di tingkat bawah sekali (rumahnya 3 tingkat), rasa seram. Almaklumlah, sejak berpindah ke rumah baru , yang berhampiran dengan kawasan kubur Lipat Kajang yang bukan di Kajang, dia rasa seram sejuk je kalau ke dapur. Nak disuruh orang gaji, tak ada sebab baru bercuti.

ISteri , “ Abang, jom teman dinda sat, terasa nak minum air ni. Dinda takut ler bang, seram, rasa macam ada orang tengok je kalau pergi sorang2”

Hussein Lempoyang, “Laa…..dah tua bangka pun takut lagi. Awak pernah nampak apa2 ke sebelum ni? Tak pernah kan? Hissshhhh….bla bla bla ..pot pet pot pet…' sambil kaki melangkah longlai menemani isteri tercinta ke dapur.

Isterinye yakin bahawa ada benda ghaib yang sedang memerhatikan dia jika dia keseorang di dapur

Situasi 3

Bueeeekkkkkkkkkkkk!!!!....Marjina asyik muntah. Setiap kali muntah, terkeluarlah kaca, jarum dan sebagainya. MEmang mengerikan. Bila pulak dia makan kaca/
Bapanya sudah risau, dipanggil ketua kampung untuk menganalyze keadaan anaknya.

Ketua kampung : “Huish…..sah ni kena santau. Benda ni ghaib, tapi kita kena percaya. Memang tak nampak, macam mana boleh kena, tapi memang nak kena ubat dengan kuasa ghaib jugak ni. Doktor tak boleh buat apa-apa!”

Situasi 4
Diberitakan pihak pembangkang di negara ini telah memboikot pilihanraya kecil Batu Talam disebabkan beberapa factor, dan di antaranya ialah pengundi hantu.
Memang, pembangkang tak pernah dapat tangkap, tapi mereka yakin keghaiban pengundi berlaku setiap kali waktu pilihanraya.
Kata orang yang bukan pembangkang “ Ini orang, boikot sana, boikot sini, dia ada nampak ka itu hantu punya pengundi? Benda yang ghaib jangan lah percaya lebeh-lebeh. Tak ada bukti.

Begitulah antara 4 situasi ringkas, bagaimana percaya kepada perkara ghaib telah sebati dalam masyarakat orang kita. Sungguh tebal sehinggakan dalam contoh situasi 4 pun, mereka yakin ada benda ghaib (pengundi hantu…hehehe)

Tapi kepercayaan kepada benda ghaib ni, ada kalanya 100%, ada kalanye 50% ada kalanya 20%..Kadang2 naik, kadang2 turun. Yang selalunya, turun. Bila nampak bukti fizikal dengan mata kepala sendiri kat dunia ni, baru la terhegeh2 nak yakin jadi 100% balik. Tapi Ok la jugak, ada yang tak percaya langsung.

Beriman kepada perkara ghaib, bukan sahaja kepada membenarkan kewujudan Allah Tuhan yang Esa, dan mengakui syaitan itu musuh yang nyata.
Ia merangkumi segenap aspek perkara ghaib yang diberitakan Allah di dalam al Quran, dan melalui hadith2 Nabi.

Kubur, Mungkar Nangkir, Alam Akhirat, Padang Masyar dan sebagainya. Memang susah untuk kita faham hakikat ini, melainkan dengan beriman kepada perkara ghaib seperti yang dituntu dalam Islam.
Tukul malaikat sebesar KLCC, azab2 kubur yang mengerikan, kubur yang sempit dan luas, pahala yang banyak sehingga tidak dapat digambarkan, sungai madu, sungai susu, bidadari, dan segala macam cerita selepas alam dunia yang kita pernah dengar.

Sejauh manakah kita yakin dengan perkara ghaib ini? Jin Daud PadangTembaga kita yakin, hantu kubur belakang rumah kita yakin, santau dan sihir kita yakin, pengundi hantu pun kita yakin.

Kalau di ikutkan, secara kasar, semua ni aku sendiri tak pernah tengok dengan mata kasar. Tapi aku semacam percaya sebab ia selalu di ceritakan, diulang2, dan di iyakan oleh masyarakat umum.
Jadi dengan sebab itu jugalah, kita kena selalu baca dan ulang baca cerita2 mengenai ganjaran dan azab Allah, agar perasaan yakin itu timbul.

Para sahabat mengatakan bahawa Iman mereka tak akan bertambah kalau syurga dan neraka diletakkan di kiri kanan mereka. Ini kerana Iman mereka sudah tahap tepu. Tak perlu nak tunjuk secara fizikal. Keyakinan mereka terhadap ayat2 Allah dan sabdaan2 Nabi amat jitu. Tidak ada keraguan. Semuanya benar, dan dapat dirasai.
Kerana apa? Kerana...

- Mereka orang yang sentiasa memperbaharui Iman dan menambah keyakinan.
- Mereka orang yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan ilmu Allah.
- Mereka sentiasa dalam keadaan menjauhkan diri dari dunia agar tidak terhijab kefahaman mereka dan pandangan hati mereka mengenai hari selepas mati.
- Mereka tidak membenarkan tipu daya dunia ini mempengaruhi mereka.


Contoh situasi kureng sket percaya perkara ghaib berkaitan keimanan.:

Suami Hari ni nak semayang solo kat rumahlah, malas nak berjemaah kat masjid .Alaaaa 21 pahala dengan 1 pahala bukan banyak beza, bila2 boleh buat lagi. Nanti tambah la…Lagipun pahala aku pun kalau kira betul2 banyak jugak.

Isteri – Abang, hari ni tak payah la pergi majlis agama tu ye. Nak jaga anak ni, dinda kan tak berapa sihat. Tapi kalau time abang pergi kerja dinda redha lah. Nak buat macam mana, dah itu kerja abang, kalau tak tak dapat la kita semua kemewahan ni.

Anak – Ayah, bila nak pergi outstation? Nanti kalau pergi beli la hadiah untuk adik ye. Tapi adik tengok , ayah asyik pergi berdakwah je. Weekend jer pergi berdakwah, tak dapat la adik hadiah.

Rakan2 – Apa la engkau ni. Simpan janggut dan naik rimas aku tengok. Macam bai roti ada, macam Taliban pun boleh jugak. Silap2 kena tangkap KMM, kea pa ke, haa..baru kau tahu. Memang la ada pahala, tapi kalau janggut panjang sangat nampak tak cool. Tak hensem. Macam dah dimakan usia aku tengok kau ni. Banyak lagi cara lain boleh dapat pahala. Lagipun, ni zaman moden.

Keluarga – Apa nak jadi lah engkau ni. Dulu tak de lah ‘extreme’ macam ni. Sekarang ni Mak ngah tengok dah beserban sini, dah berjubah sana. Itu semua kan sunattttt…. Kita nak buat tu semua, nanti jadi menunjuk2 pulak. Buat je macam biasa. Allah tahu la niat hati kita. Tak payah tunjuk. Tengok tv pun kau tak galakkan. Kata kau, ada aurat lah, sesat lah...ish..ish..extreme betul. Mana ada filem/drama/iklan yang tak tutup aurat? Susah la mak ngan nak tengok tv cam ni.

Jika perkara ghaib in idapat disuburkan diperingatkan setiap hari, maka ramailah yang akan paham kenapa kenapa buat perkara sunat, kena tinggal benda2 haram dan makruh, kena redha suami pergi kelas agama, kena korban dan bersusah payah macam Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Kalaulah semua orang yakin atas perkara ghaib, maka dialog akan di atas akan bertukar.

Suami – Tak cukup lagi buku amalan aku ni. Hari2 buat dosa, tak kan nak solat 1 pahala je. Alang2 solat, biarlah 27 pahala terus. Kalau bersugi sebelum solat, lagi bagus, dapat 70 pahala. Aku ni dah lah bukan maksum, patutnye kena selalu buat banyak2.

Isteri – Abang, pergilah kelas agama tu. Nanti balik ajarkan pada dinda ye. Pasal anak dan diri dinda, janganlah abang risau, Insya Allah, Allah yang menjaga. Dinda pun nak berkorban jugak, Nak tambah pahala dan tak nak meyusahkan abang. Pergilah bang, moga2 keluarga kita diberkati dan kita semua dijauhi walau bahang api neraka. Abang pergi kerja sehari pun dinda boleh survive, ini ceramah sejam. Jangan risau lah bang, kitorang InsyaAllah OK.

Anak
– Ayah, pergi la berdakwah selalu agar dengan sebab ayah dakwah, Allah akan bantu keluarga kita. Nanti semua orang sihat dan hidup diberkati. Moga2 bertambah ramai orang kembali kepada Islam. Kita mestilah berkorban kan? Macam Nabi Ismail .as tuuu…

Rakan2 – Baguslah engkau ada kekuatan simpan janggut ikut cara Rasulullah SAW. Aku dengki jugak sebab aku segan. Tak dapat pahala lah aku. Engkau InsyaAllah pahala setiap saat sebab hidupkan sunnah sentiasa pada fizikal engkau. Aku akan cubalah simpan sikit2 sebab aku pun tak cukup pahala ni. Mudah-mudahan Rasulullah terima aku sebagai umatnye, walaupun aku banyak dosa dan selalu mengingkari. Dan dengan asbab aku hidupkan sunnah ni, dapatlah kiranya, aku berada dalam rahmat dan jagaan Allah untuk jadi orang mukmin lebih baik.

Keluarga – Jagalah serban dan jubah kau tu. Istiqamah lah. Benda tu, walaupun sunat, banyak beza dari segi buat dan tak buat. Biarlah apa orang nak kata. Janji kita tahu apa kita buat, jgn riak. Niat kita nak dapat pahala, kita kena menabung , umur pun dah panjang. Tengok TV pun, buang masa je, dah lah buat hilang amalan dan tambah dosa je. Isk..betul jugak cakap engkau ye, tv tu dajjal 4 segi.

Itulah yang kita nak dengar. Keyakinan dengan janji Allah. Kejarlah akhirat dengan bersungguh2, tempat kita selamanya. SELAMANYA. ABADI. Bukan 100 tahun. Bukan 1000 tahun. Bukan 1 000 000 tahun.
Yakinlah dengan berita2 Allah, dan rebutlah peluang selagi Izrail belum menyapa…………….


p/s – Jangan nanti kata “ Isk…..apsal dulu aku tak buat amal sampai kurangkan tido???? Betul lah apa yang pyan yang bukan ustaz tu kata……"
" Errr..encik malaikat, bleh tak saya nak balik solat dan tambah amal sket...kejap je, rumah saya tak jauh, dekat je. Nah saya tinggalkan IC saya, kalau tak percaya."(Naudzubillah)

7 comments:

Anonymous said...

dulu dalam perang badar 1000 malaikat datang bantu orang islam...

orang kapir kompius...

Bila Allah nak bagi menang takde masalah sehingga boleh wujud pengundi hantu...

Allah bagi menang bukan?, tapi menang tak bereti betul (rujuk peristiwa sekarang)

musafir asing said...

Apsal tak antar email hari ni...selalu buletin Jumaat ader..tapi harini kena masuk site..

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Eloknya PAS boikot PRU 2007 atau 2008 kalau SPR dok lagu tu saja. Khas untuk DUN Kelantan, dilewatkan pembubaran DUN Kelantan & baru ada pilihanraya & kayo le penyokong BN Kelantan.

Saya amat kuatir dengan pendokong PAS yang terdiri dari pejuang yang menegak negara Islam. Adakah PAS mampu menahan mereka melakukan tindakan bukan demokratik? Adakah kita sanggup menjadi seperti Selatan Siam?

Persoalan2 yang perlu difikirkan????

Abu S.H said...

hamka, ye betul, menang tak semestinya betul.....ye betull..

arif, aku ada hantaar, ramai dapat apa....

anonimus,
selamat datang. SPR kena tukar ke semua kena tukar?

bola2api said...

assalamualaikum

bagus site ni.. byk benda baru n ada gak yg 'refresher' untuk orang2 yg lupa..

tapi kan.. cerita tu, cerita jugak.. nasihat tu, nasihat jugak..

tapi kalo sendiri pun tak buat.. tak guna jugak kan?

tul tak, brader? if u do what u preach, that's good.. alhamdulillah.. it's just that some ppl just talk n don't do.. but they talk as if they do it.. itu yg kita taknak..

insya allah kalo niat kita baik, allah akan berikan hidayah kepada kita.

wallahualam

Abu S.H said...

waalaikumussalam..
kita mmg kena selalu amik refresher dan buat refresher - al insan= pelupa

- do what u preach is the best
- talk but dont do - still ada kebaikan, sebab later InsyaAllah kalau kita ikhlas, Allah kan beri taufik untuk kita do. Amal ma'ruf nahi mungkar tak tunggu nak buat semua benda ,perfecto, baru bleh dakwah.
- do but dont talk - byk hutang bil a hari kiamat kelak. sampai muflis
-dont talk, dont do, dont even think o rdont even try all the above - takutlah dengan azab Allah yang NYATA..

by the way, ada special hidden message utk aku ke? can't read between the lines. Sila beri tunjuk ajar.

Anonymous said...

KENAPER LAA BANGANG NYER KAMU NI!!!
TAK TAU PLAK AKU "PENGUNDI HANTU" YG PEMBANGKANG KECOH2KAN TU MERUJUK KPD HANTU BETUL!!
SETAU AKU, PENGUNDI HANTU YG PEMBANGKANG CAKAP TU MERUJUK KPD PENGUNGI TAK BERDAFTAR TETAPI BERJAYA "DIDAFTARKAN" OLEH PIHAK2 TERTENTU UTK MEMENANGKAN PIHAK UTK SECARA KOTOR!!!
BODOHNYER KAMUUU....MEMANG SEMEMANGNYA BODOH SANGAT2. NAK BUAT PERUMPAMAAN PON BIOR LER BETUL SKETT!!!
SAYA SENDIRI PERNAH ALAMI KEADAAN CAMNER PARTI YG SATU TU MENSABOTAJKAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA YG LEPAS2.
TAKPER LAA....SKRG MENIPU TAPI DI AKHIRAT SENDIRI MAU INGAT.

JADILAH BLOGGERS YG BERTANGGUNGJAWAB SIKIT. TAU KE MENDE YG KO TULIS KAT SINI???