Monday, January 22, 2007

Ada Apa Dengan Surau? (atau masjid)

“Hijraaaahh itu pengorbanaaaannn
Hijraaaahh itu perjuangaaaannnnn
Hijrraahhh itu persaudaraaaannnn
Hijraaahhh membentuk perpaduaaaaannnn…

Oleh ituuuu
Mari semuaaaaa kita sambut maal hijraaaaahhhh…
Tingkatkan semangat tegakkan syiar ISLAM
Untuk sepanjang zamaaannn..”

Teringat zaman sekolah La Salle Klang dulu, aku terpekik terlolong kat rumah hari2 nak hafal nasyid ni.
Ada persembahan sempena sambutan Maal Hijrah.

Apa itu Maal Hijrah?
Ye baru-baru ni kita telah masuk ke dalam tahun baru hijrah,
1 Muharram 1428 Hijriah.
Tanda tahun baru bagi umat ISLAM.

Apa itu Sambutan Maal Hijrah?
Sambutan Maal Hijrah ialah sambutan tahun baru. Memang banyak dibincangkan tentang sambutan ni, ada kata bida’ah hassanahlah, apa lah, inilah, itu lah..tapi aku bukan nak cakap pasal tu. Asalkan kita tak bersandarkan pada sunnah Nabi, nak buat, ikut suka hati lah….Doa2 harap2 Allah terima usaha kita yang ke arah kebaikan..

Salah satu perkara yang famous bila menjelang 1 Muharram ialah Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun.
SMS dan email silih berganti mengingatkan supaya jangan lupa membaca doa tersebut
Ramai yang mengingatkan antara satu sama lain, tentang perlunya membaca doa ini 3 kali dan sebagainya.
Itu pun aku tak menentang.

Aku pun buatlah sikit2 research, dan tanya orang itu dan orang ini tentang doa akhir dan awal tahun ni.

Maka, seperti yang kita semua maklum, jawapannya ialah bukan sunat, dan haram disandarkan pada sunnah Rasulullah SAW. Tapi takde masalah kalau nak baca, dengan penuh pengharapan agar doa itu Allah makbulkan dan kita faham yang ia bukan sunnah Rasulullah SAW.

Baiklah, jika ramai yang berebut2 hantar sms dan email untuk doa akhir dan awal tahun ni, kita kena jugaklah berebut2 hantar sms dan email setiap kali waktu makan, waktu nak pergi kerja, waktu nak masuk waktu dan macam2 masa lagi. Kerana apa?

Hanya kerana pada semua waktu tersebut ada DOA-DOA yang Rasulullah SAW suruh baca. Dan HANYA kerana ini, TUNTUTAN membaca doa-doa ini lebih TINGGI daripada doa awal dan akhir tahun tadi.

Contoh DOA yang Rasulullah ajarkan:

Doa makanan dihidangkan.
Doa lepas makan.
Doa keluar rumah.
Doa masuk rumah.
Doa masuk masjid.
Doa dalam masjid.
Doa naik kenderaan.
Doa ketika bersama.
Doa masuk bilik air.
Doa keluar bilik air.
Dan banyak lagi…..sila tanya anak kat tadika….hehhehe

Nampak remeh, budak2 pun tahu. Tapi adakah kita TAHU yang kita sepatutnya amalkan?
Adakah kita TAHU yang Rasulullah SAW tak saja2 create doa2 ni untuk ‘menyusahkan’ kita?
Adakah kita TAHU yang kita ni DEGIL dan BONGKAK dan SOMBONG kalau tak amalkan?
Sebab kita TAHU Rasulullah SAW amat sayangkan kita, maka sebab tu dia suruh kita amalkan sunnahnya untuk keselamatan dunia akhirat.

Nota : Cili hanya memedaskan mulut sesiapa yang memasukkannya ke dalam mulut mereka. (Apsal aku rasa pedasssssss ni???)
Selingan : TAHU PEPEJAL (Tofufa) memang bagus untuk menambah susu ibu bagi mereka yang menyusu secara eksklusif, boleh cuba..InsyaAllah)


Maka, janganlah ditinggalkan doa2 harian ini. Amat penting HANYA kerana ia sunnah. Kalau bukan kita yang hidupkan sunnah Nabi, siapa lagi? Tak kan nak tuding jari kat orang lain, macam lagu Bangau oh Bangau:

Ali oh Ali
Kenapa tak amalkan sunnah Nabi,
Macam mana aku nak amal ,
Abu pun tak amal.

Abu oh Abu
Kenapa tak amalkan,
Bukan aku tak nak amal,
Aku ingat Atan dah amal dah.

Atan oh Atan,
Sudah ke ko amalkan SEMUA sunnah Nabi,
Takdelah sampai semua,
Teruklah kalau aku sorang je.

Aku oh aku,
Kenapa banyak songeh?
Macam mana tak banyak songeh
Iman aku lemah.

Aku lagi oh aku lagi,
Kenapa Iman aku lemah,
Macam mana Iman aku tak lemah,
Memang salah aku……Memang salah aku

Sedihnya Nabi Muhammad SAW kalau kita tak kekalkan sunnahnye.
Kita tak cuba sedaya upaya HIDUPKAN sunnah nabi dalam kehidupan kita.
Bukan setakat tak buat, cemuh lagi pulak, lekeh dan caci pulak….
Memang tak sedar dek untung!! Eksyen! (macam P. Ramlee eksyen bila director ahmad Nisfu kata “action”!)

Kalau kita sendiri yang mengaku beriman tak hidupkan sunnah (SUNNAH WAJIB dan SUNNAH SUNAT) , maka sedikit demi sedikit ISLAM akan terhakis dari jiwa kita, dari keluarga kita, dari masyarakat kita, dari negara kita.
Masa tu, akan muncullah lah perkara2 baru dalam agama yang direka, bida’ah akan muncul. Baru la padan muka AKU. (na’udzubillah)

Tak percaya???..cuba teruskan pembacaan lagi..Aku akan cuba sampaikan apa yang aku paham.

Islam di Malaysia. (cewaah…cam bagus je)

Secara amnye dan secara kasarnye, dari pandangan cermin mata aku yang kasar, aku telah merasakan Islam kat Malaysia ni dah jadi Agama Rasmi. (Elleyyyhhhh..itu semua orang tahu…dalam perlembagaan yang Suruhanjaya Reid buat pun dah termaktub dah)

Ye, itulah orang putih nak. ISLAM sebagai agama rasmi.
O.k guna bahasa keras sket…
ISLAM dah jadi macam fahaman Kristian di Barat. Kristian agama Rasmi

ISLAM digunakan hanya secara RASMI ketika pembukaan sesuatu majlis – tak kira dah:

majlis agama,
majlis sukan,
majlis makan2 bercampur gaul lelaki perempuan yang usik mengusik bini orang dan suami orang,
majlis tarik pengundi,
majlis demonstrasi jalanan,
majlis JUARA LAGU (aku terdengar ada budak baca basmalah dan terjemahan surah al an’am(kalau tak silap) …..pergh…untuk clarification,takut terfitnah: aku TAK MENYOKONG seratus peratus dan TAK MENONTON JUARA LAGU 99.9%..hehehe…),
majlis kawin yang ada campur gaul dan nyanyi2 karaoke,
majlis pecah tanah shopping complex,
majlis projek kemasyarakatan dan macam2 majlis,
hatta majlis tari menari....oh tidaakkk!!! :(

ISLAM digunakan hanya secara RASMI bila ada orang mati, orang nak kawin, oang nak cerai, orang nak dekat mati, orang nak mintak hujan, orang nak mintak hajat, orang nak carik bini, orang nak jumpa bakal pak mentua, orang nak pergi exam, orang nak amik result exam, orang nak jumpa bos, orang nak naik rumah, orang nak beranak, orang nak…macam2..

TAPI ramai di kalangan orang2 yang buat semua benda di atas, tak menghidupkan ISLAM dan SUNNAH serta tak menegakkan SYARIAT.

Kalau kita ajak pergi surau….nanti ada orang tanya Ada apa kat surau?”

Laaa…ada apa???…surau tu kan ke masjid (masjid = tempat sujud)
Pergi sujudlah, pergi ke rumah Allah semata2 untuk sujud dan mengingati Allah.

“Tau la, tapi yang hang sungguh2 ajak aku ni, “ada apa dengan surau” hari ni? “

Ada makan kah?
Ada ceramah kah?
Ada kelas kah?
Ada bazarkah?
Ada karnivalkah?
Ada sukan kah?
Ada nasyid kah?
Ada apa2 lain yang best kah?

Aku nak tanya balik…., “Apa fungsi UTAMA surau atau masjid? Macam balai raya?"
Lagi sekali, “Apa fungsi UTAMA surau atau masjid? Macam balai raya?”

Hinanya SURAU atau MASJID???? Kalau takde benda selain dari sujud, orang tak nak datang, tak bersungguh nak datang. Tunggulah, Allah akan hinakan manusia yang sombong ini..Aku takut.....!

Maka, nampaklah di sini…..ISLAM telah menjadi Agama RASMI. Surau atau masjid jadi tempat untuk perkara2 RASMI sahaja.
Sebab tu lah solat fardhu berjemaah surau tidak penuh, melainkan ada majlis atau ceramah atau makan…….

Samalah macam orang KRISTIAN YANG SESAT itu.
Gereja akan penuh untuk upacara tertentu dan waktu tertentu.

Kita sedang menuju kearah itu. I repeat : Kita sedang menuju kearah itu
Maka berpatahlah balik sekarang juga!
Sekarang…balikkk…..cepatttt…..
Hidupkan SUNNAH WAJIB dan SUNNAH SUNNAT.

Buat sedaya upaya dan bukan bila ada belen2 tenaga atau lebihan masa atau x-tra wang ringgit.

Bersungguhlah dalam menegakkan AGAMA ALLAH. Jangan cuba nak tipu Allah. Hehehe… Hang ingat hang teraaa....piiraa.. (dialog citer Ali Setan)

Ingatlah, ISLAM tak perlukan KITA, tapi jika kita macam tak perlukan ISLAM, buat apa lagi ISLAM terhegeh2 tunggu? Baik tarik balik ISLAM dan bagi KIAMAT…

Allah tak perlukan kita untuk jaga ISLAM, tapi usaha kita jadi ASBAB untuk Allah bagi kita ISLAM dan ISLAM akan jaga kita.

InsyaAllah…

Ada Apa Dengan Surau sekarang?

-TASBIH KIFARAH-

8 comments:

arif said...

try tgk little mosque on the prairie...

Anonymous said...

Saya faham dan setujulah ttg apa anta ckp ttg masalah rakyat msia yg x suke pergi surau ni. Ttp perlu diingat jugalah, masa zaman nabi dulu surau itu bukan shj tempat solat. Malahan pusat ilmu dan mcm2 lg. Saya pun x mahu hurai panjang. Boleh je researh kalau nak.

abu_harraz said...

Jazakallah kerana singgah dan komen.....

Masa zaman NAbi SAW, para sahabat dan zaman kegemilangan ISLAM memanglah surau/masjid bukan tempat solat sahaja.
Memang jadi pusat ISLAM, pusat pemerintahan, balai raya, dsbnye..

Cuma apa yang dibicarakan di sini, ialah fungsi UTAMA, bukan fungsi sampingan. Kalau tak kenapa dinamakan "tempat sujud" dan bukan tempat mesyuarah atau tempat menimba ilmu? sebab apa yang berlaku sekarang dah terbalik...

Contoh benar- Sambutan maal hijrah PENUH surau, tapi bila solat fardhu...tak bukak pun surau..kunci dan tertutup rapat. Dan kalau yang bukak pun, tak semeriah mana....orang tak ramai....mungkin depa solat kat office kot....(aku cuba bersangka sebaik mungkin)

Bersamalah kita risau dan bimbang kerana agama...InsyaAllah Allah akan bantu umat...

Anonymous said...

Aku ni pompuan & rumah aku betul2 depan surau. Kau rasa aku patut gi sembahyamg kat surau ke atau lebih baik aku sembahyang kat rumah. Aku sangat musykil dgn persoalan ni sbb aku rasa janggal betul bila gi sembahyang kat surau sbb aku sorang jer pompauan kadang2 tu... Tolong bagi nasihat ye... sbb aku ni belum kawin, aku takut dapat fitnah.

Aku pompuan

abu_harraz said...

Solat kat umah.
InsyaAllah lebih afdhal.

Aku lelaki

abu_harraz said...

Solat kat umah.
InsyaAllah lebih afdhal.

Aku lelaki

abu_harraz said...

apsal 2 x ni???
isk..

-aku masih lelaki-

Anonymous said...

Time kasih abu harraz.

Aku solat kat umah -- dipublished 2x sbb nak mengukuhkan yg aku kena solat kat umah....

Aku pompuan