Tuesday, February 06, 2007

EXTREMELY EXTREME ALIEN

Semakin hari semakin dekat kita dengan kiamat.
Tak kiralah, kiamat kecil ke (mati) atau kiamat besar.
Makin rappppaat…

Sedangkan ummat…makin jaaaaaauuhh…

ISLAM menjadi kembali ASING seperti ia mula2 diturunkan.

Puak yang suka ISLAM dan suka dunia akan cuba menggabungkannya
Puak yang suka ISLAM dan suka moden, akan cuba menkontemporarikannya
Puak yang suka ISLAM dan suka muzik, akan mengislamkan muziknya
Puak yang suka ISLAM dan suka duit, akan menjualnya
Puak yang suka ISLAM dan suka gaya hidup selesa sekarang, akan memudahkannya
Dan macam-macam puak lagi….

Kerana apa? Kerana ISLAM yang dibawakan oleh Rasulullah SAW sudah kembali menjadi ASING.

ISLAM kembali dianggap totok
ISLAM kembali dianggap bosan
ISLAM kembali dianggap ‘tak rock aaaa’
ISLAM kembali dianggap pelik
ISLAM kembali dianggap menggangu keselesaan
ISLAM kembali dianggap jumud
ISLAM kembali dianggap beban
ISLAm kembali dianggap menumpang dan menagih simpati orang ramai dan ummat
ISLAM kembali menjadi leceh

ISLAM kembali dianggap EKSTREM

Ye.. EKSTREEEEMMMMM
Baru2 ini aku telah di anggap EKSTREM
Walaupun aku tak pernah main ekstreme sport
Mungkin kerana aku bersaiz hampir kepada extreme saiz
Bunyi macam eskrim, tapi eskrim itu jauh lebih sedap.

Aku perasan aku tak ekstrem kerana aku cuba mengelakkan diri, keluarga, jiran2, rakan2 dan ummat akhir zaman dari terkena api neraka yang EKSTREM panasnya.

Memang…….
Aku lah yang tak nak kena api neraka yang EXTREMELY EXTREME itu
Maka aku bukanlah golongan EKSTREM, aku cuma tak nak EKSTREM
Maka aku PUN berhati2, aku perhalusi setiap gerak geri ku
Aku berfikir lagi dan lagi
Aku mengingati lagi dan lagi
Aku cuba menyayangi semua orang lagi dan lagi
Aku cuba menyampaikan lagi dan lagi

Dan , dek kerana aku cuba berkata2 secara direct dan tidak bertapis lagi berlapik, aku di panggil EKSTREM

Aku dikatakan berkasar, padahal aku hanya mengatakan yang pahit dan pedas, yang diri aku sendiri terkena
Aku dikatakan ntahapahantah, padahal aku cuma melihat dari konteks kesalahan diri aku sendiri, di masa lalu dan masa kini..
Aku dikatakan over kerana selalau bercakap pasal mati. Maut, neraka panassss dan segala jenis kesakitan dan azab.

Sungguhlah ISLAM telah kembali menjadi asing

Yang cuba mengingati di keji dan dipandang sinis,
Yang cuba menyayangi di pandang sepi dan disindiri,
Yang bercakap benar tetapi pahit dimaki dan dijauhi.

Malah yang cuba melalaikan, dipuji dan didekati, malah lebih dekat, dan terlalu rapat walaupun bukan muhrim.
Malah yang terpesong dan jelas terpesong di agung2
Malah yang cuba berbohong di sanjong.

Kata Pak Pandir : Yang remeh temeh

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang.

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah.

Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu
Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu.

Buatlah, buatlah tak tahu
Tepuklah, tepuklah tanganmu.

Rela jadi tunggul rela patung
Tunggu di lelong
Suruh angguk, angguk
Suruh geleng, geleng.

Oh puji lah aku
Ampunlah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak.

Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu
Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu.


Tapi tak mengapa, jangan khuatir
Terima kasih atas feedback anda sekalian…
Dengan feedback melalui comment (that thing you say), SMS, email dan telefon…(cewaah..macam ramai) barulah saya tahu…..tahap kesakitan umat….

Barulah saya paham, yang saya dan kita kena banyak lagi berkorban untuk ISLAM.


p/s mohon maaf atas segala ketelanjuran bahasa. Namun diharap, bagaimana teliti saudara meneliti bahasa saya yang kasar dan ekstrem, ada baiknya juga saudara meneliti apa yang menjadi kerisauan saya, disetiap post saya, agar dapat kita SENTIASA fikir betapa fakir nya kita ini……

peace, peace kacang pis!

AMPUN BERIBU AMPUN..

-TASBIH KIFARAH-

SUNGGUHLAH , DI AKHIR ZAMAN ISLAM AKAN MENJADI ASING SEPERTI IA MULA2 DITURUNKAN, MAKA MARILAH KITA MENJADI MAKHLUK ASING DI TENGAH UMMAT YANG SAKIT INI

No comments: