Thursday, September 20, 2007

Apa kata Surveyyy???

Kata seorang Artis,
Masa muda ni la nak buat banyak pitis,
Orang tengah suka, takkan offer I nak miss,
Mestilah nak sambar habis,
Untuk bekalan di masa depan,
Tak ler susahkan sapa2 punya badan,
Begitulah jugak umpamanya Ramadhan,
Bulan berhabis-habisan membuat amalan,
Tak toleh kiri, tak toleh kanan,
Masa yang diberi hanya sebulan,
Untuk mengharap ibadah dalam gandaan,
Insha Allah di akhirat mendapat Ehsan

Berkata pulak budak-budak,
Tahun ni raya aku nak kutip duit banyak,
Orang nak kata apa…lantak.,
Bukannya aku nak makan sampai senak,
Duit dalam sampul tu yang aku nak,
Bolehlah buat modal beli mainan kelak,
Begitulah jugak umpamanya Ramadhan,
Bulan berhabis-habisan membuat amalan,
Tak toleh kiri, tak toleh kanan,
Masa yang diberi hanya sebulan,
Untuk mengharap ibadah dalam gandaan,
Insha Allah di akhirat mendapat Ehsan

Orang buat kuih raya pun nak cakap,
Tahun ni kena buat promosi cekap2,
Supaya tempahan utk kuih raya mantap,
Setahun sekali je oven nak berasap,
Bukan apa, takat gaji ciput mana nak harap,
Boleh lah raya ni bersiap-siap,
Melaram sakan dengan baju lip lap,
Begitulah jugak umpamanya Ramadhan,
Bulan berhabis-habisan membuat amalan,
Tak toleh kiri, tak toleh kanan,
Masa yang diberi hanya sebulan,
Untuk mengharap ibadah dalam gandaan,
Insha Allah di akhirat mendapat Ehsan

Apa pulak kata mahasiswa?
Jenis study last minute tak dan nak kejar,
Esok nak periksa malam ni pulun baca,
Tak makan, tak minum itu dah biasa,
Masa hanya sampai Subuh ni saja,
Lepas tu makanlah nak makan apa,
Janji depan kerta periksa tak lah nganga
Begitulah jugak umpamanya Ramadhan,
Bulan berhabis-habisan membuat amalan,
Tak toleh kiri, tak toleh kanan,
Masa yang diberi hanya sebulan,
Untuk mengharap ibadah dalam gandaan,
Insha Allah di akhirat mendapat Ehsan

Pemandu lori pun nak cerita,
Kejar komisen tak tentu masa,
Asalkan masyuk, rehat belakang kira,
Kalau sikit trip nanti soru miss punya,
Kerja kuat sebab kat rumah banyak mulut nganga,
Asalkan halal, kerja letih sikit tak apa,
Begitulah jugak umpamanya Ramadhan,
Bulan berhabis-habisan membuat amalan,
Tak toleh kiri, tak toleh kanan,
Masa yang diberi hanya sebulan,
Untuk mengharap ibadah dalam gandaan,
Insha Allah di akhirat mendapat Ehsan,

Akhir sekali dari peserta sukaneka,
Kena masuk air dalam botol pakai span saja,
Punyelah jenuh nak penuhkan botol kaca,
Hanay 2 minit diberi masa,
Tak hiraudah saingan di sebelah sana,
Janji botol aku penuh, lain blakang cerita,
Untuk dapat hamper istimewa,
Air gas, keropok, kacang, biskut semua ada,
Begitulah jugak umpamanya Ramadhan,
Bulan berhabis-habisan membuat amalan,
Tak toleh kiri, tak toleh kanan,
Masa yang diberi hanya sebulan,
Untuk mengharap ibadah dalam gandaan,
Insha Allah di akhirat mendapat Ehsan.

Banyak lagi contoh tuan-puan,
Yang boleh kita fikirkan,
Betapa perkara dunia sanggup kita korbankan,
Waktu rehat bersama keluarga dan kesenangan,
Untuk memburu perkara dihajatkan,
Yang nampak di depan,


Namun perkara yang lebih lagi,
Wajiblah kita ingati,
Pahala dan amalan sebleum mati,
Untuk kegunaan di sana nanti,
Maka sementara masih ada masa,
Kena pulak sekarang bulan puasa,
Banyak keberkatan dan karnival pahala,
Janganlah kita sia-siakannya,
Bukan apa, tak pasti bila boleh jumpa semula,
Ramadhan al Mubarak pemberian Allah yang Maha Esa.

6 comments:

UmmuSarah said...

Pulun jangan tak pulun...Bila lagi nak dapat ganjaran hebat2 dari Allah.

Tapi, masa kita sibuk beramal ibadat, jangan lupa mereka2 yang belum dapat hidayat. Kesian depa. Cam ne kita nak bantu ? Dakwah & Doalah yang dapat kita sampaikan. Semoga Allah terima amalan2 kita. Amin.

abu_harraz said...

Ameen...
Kesian kat depa sambil menginsafi diri kita, yang anytime Allahboleh tarik hidayah dari kita (naudzubillah) kalau kita alpa dari mengingati mati.

kawaii_desu said...

Ramadhan setahun sekali je. maka gunakanlah kesempatan yg ada siapa tahu, Ramahdan depa adakah kita masih ada di sini utk menghayatinya...

perangilah nafsu sesungguhnya musuh utama di bulan yg mulia ini adalah diri kita sendiri... antara nak dgn taknak.. semuanya nafsu semata.

p/s: fatihah utk nurin kalau betul mayat dia dlm beg tu... apalah nak jadi...

kamel said...

salam..

adeh..btullah.. time baca ur artikel ni cam terdengar ala-ala akbar tgh buat show kat sini. ayyo

abu_harraz said...

ala-ala akbar tu apa?

dell akhbar khan ke?

kamel said...

sori, br prasan ayat macam berbelit haritu..

akbar tu rapper kumpulan brotherz