Monday, September 10, 2007

Difference Between Knowing and Doing

Idea from ahliajannah's blog.

Tiada Tuhan Melainkan Allah,
Nabi Muhammad pesuruh Allah,
Kalimah penuh makna, Kalimah Toyyibah,
Mengajar insan erti taat, redha dan tabah,
Tapi apa dah jadi kini?
Tiada sapa yang betul2 meyakini,
Bila ramai dah mula ‘menyembah’
Duit, bos, bomoh, harta dan apa saja selain Allah.
Itulah petanda ummat sedang gering,
Akibat tak tahu beza knowing dan doing.


Dulu masa sekolah rendah,
Ada Ustaz dan ada Ustazah,
Mengajar kewajipan solat,
Kena tunaikan walaupun penat,
Tapi apa dah jadi sekarang?
Solat fardhu dah jadik lintang pukang,
Itulah petanda ummat sedang gering,
Akibat tak tahu beza knowing dan doing.

Bila umur dah masuk remaja,
Bermulalah kewajipan berpuasa,
Masa tidak dibazirkan,
Benda yang makruh dijauhkan,
Tapi sekarang apa yang dah jadi hah?
Bila dah besar panjang macam galah,
Puasa hanya level ala kadar ,
Tiada pahala melainkan lapar,
Itulah petanda ummat sedang gering,
Akibat tak tahu beza knowing dan doing.


Mula berkerja sebagai eksekutif,
Nak tunai zakat memang niat yang positif,
Memang paham tuntutan agama,
Tapi nantilah dulu, kan baru mula kerja,
Akhirnya seperti yang dijangka,
Duit diperabih untuk bersuka,
Niat zakat entah ke mana,
Dengan alasan, “belum cukup nisab apa…”
Itulah petanda ummat sedang gering,
Akibat tak tahu beza knowing dan doing.

Duit dah banyak berkepuk-kepuk,
Langsai dah semua hutang lapuk,
Bila di sebut pasal makkah,
Terhenti ketawa yang berdekah-dekah,
Bukan tak tahu wajib dah pergi haji,
Katanya "belum sampai seru lagi",
Umur dah 50 nak tunggu apa?
Maut bukan boleh tunggu kita.
Itulah petanda ummat sedang gering,
Akibat tak tahu beza knowing dan doing.

2 comments:

kamel said...

taktau kenapa asal baca entry ni, mesti pakai tone rap
huhu
good writing neways!
will wait for more

abu_harraz said...

1,2 3 dan 4,
tiada apa yang kau dapat hanya penat...

jgn tertipah sudah...