Hari esok Nisfu Ramadhan,
Hari ini hari Rabu,
Hari raya nak dekat dah kan,
Macam mana persiapan baju, langsir dan sofa baru?
Hari Sabtu Nuzul Quran,
Orang Selangor takde cuti extra,
Bulan Syawal nak dekat dah kan,
Dah cukup ke order kuih raya?
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama,
Aidilfitri tak lama lagi bang,
Tak trade-in ke kereta lama?
Fun fair bungkus meninggalkan tapak,
Kuda belang maut meninggalkan belang,
Raya Puasa dah tak lama dah kak,
Tak tambah ke cincin, rantai, brooch, subang dan gelang?
Leka shopping kat One Utama,
Anak dara hilang kena culik, (Naudzubillah)
1 Syawal just around the corner,
Beg duit baru dah prepare ke adik2?
Bleh jugak shopping kat Jalan Bunus (area Jalan TAR)
Tapi cuaca panas boleh kering tekak,
Tahun ni tak ada bonus,
Raya tetap raya sakan jugak.
Banyak sangat cerita raya,
Si Abu harraz ni nak cerita apa hah?
O.k lah tadi tu mukaddimah sajer,
Ni baru nak mula tazkirah (peringatan).
Buaya air mati di tepi paya,
Buaya darat memancing di sekolah,
Sibuk sangat pikir pasal raya,
Ramadhan dah nak blah, patut sedih lah.
Karnival Jom Heboh mendapat sambutan,
Walaupun puas Mufti Perak haramkan,
Sekarang ni dah pertengahan Ramadhan,
Lagi 16 hari tamatlah karnival pahala sebulan.
Binasalah mereka yang tak dapat pengampunan,
Setelah berlalu begitu sahaja ramadhan,
Ini hadith soheh, jadikanlah ingatan,
Jibril yang doakan, Nabi SAW yang aminkan.
Para Sahabat dulu beraya sehari saja,
Raya Sebulan kata orang sekarang,
Nak jumpa Ramadhan lagi tak tahu bila,
Yang ada depan mata ambiklah peluang.
Marilah semua kawan-kawan,
Make sure jangan lupa mintak rayuan.
Kalau tak diampun sebelum keluar ‘pusat pemulihan ramadhan’,
Jangan terlalu harap diampun di lain-lain bulan.
No comments:
Post a Comment