Thursday, October 04, 2007

Seloka Hari Raya (apa nak kena buat ek?)

1 syawal bakal menjelma,
Perayaan kemenangan untuk ummat Muhammad (SAW)
Ini ada pantun untuk semua,
Agak low quality, namun harap ada manfaat.

Jangan dicemuh pantun saya,
Yang dipenuhi ayat biasa-biasa,
Apa nak buat di malam raya?
Mulut kumat kamit bertakbirlah sentiasa.

Pekara percuma antaranya tazkirah,
Tujuan utama nak bagi ingatlah,
Lailatul jaizah malam anugerah,
Malam raya yang sepatutnya pulun beribadah.

Bagi tazkirah byk kelemahan diri,
Itu yang kadang2 ayat terlaser,
Macam mana nak mandi sunat aidil fitri,
Macam mandi wajib niatnye je beza.

Nak share ilmu kena berhemah,
Supaya diri tak dianggap kolot,
Pagi raya make sure Subuh berjemaah,
Itulah yang amaaaaaaaaaaaaat dituntut.

Ilmu yang sampai perlu ditilik,
Jangan terima membuta tuli,
Dah bersiap pakai pakaian cantik,
Janganlah ke masjid last minute only.

Jangan jadi orang yang rugi,
Akibat tak amal ilmu yang penat dicari,
Makanlah kurma beberapa biji,
Sebelum ke masjid utk solat sunat Aidilfitri.


Menuntut ilmu hari ke sehari,
Didakinya gunung, dituruni lembah,
Berwudhuk di rumah amalan bestari,
Darjat naik, dosa terhapus, pahala pulak bertambah.

Adab menuntut dari guru yang makrifat,
Jangan menyampuk menokok tambah,
Solat sunat hari raya 2 rakaat,
Lepas salam duduk dulu dengar dua khutbah.

Dengan guru hendaklah taat,
InshaAllah mendapat ilmu barakah,
Bemaafan sesama insan selepas solat sunat,
Untuk kembali kepada fitrah.

Setelah semua selesai bersalaman,
Nikmatilah breakfast yang sebulan ditinggalkan,
Ziarah menziarahi menjadi amalan,
Adab, hayaa dan aurat WAJIB dipertahankan.

Assalamualaikum!! laung tetamu,
Wa'alaikumussalam warahmatullah di jawab lebih,
Bila ipar duai dan biras bertemu,
Sakat menyakat, usik mengusik itu dah lebihhhhh.

Muda mudi beraya sakan,
Hi Hi Bye Bye sapaan moden betina jantan,
Jangan beraya lelaki perempuan (bukan muhrim)
Kalau tak nak rosak usaha sebulan.

Pergi ziarah bukan sekadar adat,
Amalan penghuni syurga yang berkekalan,
Leka beraya bersama kaum kerabat,
Waktu zuhur jangan dilewatkan.

Adab berziarah sila fahamkan,
Ukhuwwah terpelihara sesama muslimin,
Sambung beraya bersama rakan,
Waktu asar sahutilah seruan muazzin. (bilal)

Shahindah beraya bersama Dang Anum,
Harraz beramah mesra dengan Wan Kamarulzaman,
Kembung perut makan dan minum,
Jangan tersadai, maghrib di lengahkan.

Hiburan di TV belajar hindarkan,
Bertemu sesama islam perlu diutamakan,
Sunat berziarah meletihkan badan,
Janganlah pula Isya dikorbankan.


Yang akhir bukannya tak penting,
Cuma ikut kronologi 1 syawal,
Bukan nak kecoh, bukan nak bising,
The best is esoknya mulalah puasa enam syawal.

Banyak sangat sunat nak buat,
'Alaaa...sunnah je', kata sesetengah orang,
Kalau bukan kita yang mengaku ummat,
Sapa lagi yang nak hidupkan sunnah di zaman sekarang?



Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, (in advance)

Salah yang sengaja, lawak yang laser, tulisan yang mengguris hati,
perkara yang membuang masa pembaca, peringatan yang poyo,
serta segala yang tidak disengajakan,
memanglah atas kelemahan diri sendiri dan kelemahan iman yang belum mantap.

Dari hati yang ikhlas tulus....Maaf Zahir dan Batin

5 comments:

kawaii_desu said...

Selamat hari raya jugak

UmmuSarah said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Abu Harraz sekeluarga...Raya tahun nie balik mane ?

abu_harraz said...

Rumah parent, syawal 3 baru rumah mertua kat ganu...Insha Allah bleh jumpa encik kereta mayat utk buat muzakarah....kitorang mmg selalu plan, tapi jarang dapat jumpa..sekali je...hehe

UmmuSarah said...

Kalau jumpa dia, kirim salam lah ek..Nampaknya kat Kereta Mayat tu ramai org Terengganu atau ahlia Terengganu. Berhati-hati kat jalan KT-Kemaman-Kuantan tu...dengar kat selalu ada accident.

Mertua akak ada kat Shah Alam. Selalu jugak kami ke Klang sbb keluarga suami ada ramai di Klang/ Meru/Jeram.

Alfian_Troxion said...

buleh tahaan a pantun kau supiyan 'putih'. nanti raya aku bajet nak serbu rumah rakan2 di KL ni :D hehehe.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Bathin mamat supiyan... semoga akan diberkati Allaah senantiasa dema sekorga... dan juga semuga janggut jadik lagi panjang mcm Yasir Qadhi :P