Apa kena dengan kau ni? (Ada apa dengan hati)
Dek kerana kerosakan hati,
Akhlak jadi keji,
Khuyuknya amalan syaitan curi,
Sombong menjadi2,
Bodoh sombong pulak tu yang teruk sekali,
Iri hati dan dengki mendengki,
Tak lupa juga caci mencaci,
Kononnya halal kerana berjuang untuk islam yang suci,
Salah sendiri never diakui,
Salah orang itu yang digali,
Rasa perfect diri sendiri,
Tak boleh di tegur mula suara meninggi,
Mata bulat bersinar macam nak keluar api,
Kadang2 bunyi hon sikit dah mencarut b@b!,
Bila dengar pendapat yang tak selari,
Terus dicantas macam ilmu dah penuh dalam diri,
Ingat2 lah sikit siapa pemilik roh dan jasmani,
Masih nak kerek lagi?
Jadi , ni nak pesan kepada DIRI SENDIRI,
Ingatlah Allah Yang Maha Mengetahui,
Juga Maha Mengkehendaki,
Juga Maha Menyayangi,
Jadi, apa yang busuk sangat hati?
Marah sana, tengking sini,
Ya Allah kau genggamlah hati ini,
Dan kau bentuklah akhlak diri,
Yang mazmumah di hindari,
Mahmudah, itu yang dicari,
Banyak sangat akhlak buruk yang sebati,
Walau aku cuba mencari,
Jati diri Mukminin yang diredhai,
Degil, liat nak salahkan siapa lagi?
Ku cuba basuh dosa dan cantik kan rohani,
Impikan ganjaran di akhirat nanti,
Untuk tampung dosa yang bukan seguni,
Malah mengalahkan Everest tinggi,
Dengan amal ibadat seikhlas hati,
Paksa diri agar menjadi serasi,
Tekan nafsu agar mudah mengerti,
Hidupkan sunnah walau dikeji, (mood: nangis..sob..sob)
Kolot, tak cantik, tunjuk alim, tak cool cam orang lain dan berbagai lagi,
Agar yang Maha Mendengar rintihan ini,
Merasa kasihan dan simpati,
Atas percubaan yang tak henti, (tapi kadang2 byk gak berenti)
Namun belum di anugerahi,
Akhlak seperti para nabi,
Atau koman2 pun macam para wali,
Atau lagi rendah sikit dari ahli sufi,
Tak pun macam mufti yang diredhai,
Agar mudah menjadi daie,
Agar tak terfitnah ISLAM yang suci,
Agar lebih mudah diikuti dan difahami,
Agar lebih ramai yang simpati dan mencebur diri,
Agar kemunduran ISLAM dan AKHLAK ISLAM di hari ini,
Dapat dinaikkan semula seperti zaman Nabi (SAW),
HANYA untuk MENYUKAKAN Allahu Rabbi.
Ameen………
:`(~
No comments:
Post a Comment