Thursday, October 11, 2007

Allah berapa besar ? Ada saiz kah?

10 sen.
Hai memang berguna 10 sen rupanya.
Besar makna 10 sen bila keadaan kita yang amatmemerlukan 10 sen.
Berapa besar 10 sen?
Bila kita amat2 memerlukan 10 sen, dan rasa menyesal tak ada 10 sen lebih dalam poket kita.
Memang 10 sen itu kecik.
Tapi di saat kritikal, mungkin kita boleh membesar-besarkan nila 10 sen.

Itu lah yang terjadi pada aku.

Bila : Semalam.
Waktu : Pulang dari kerja
Tempat kejadian : LRT KLCC

Ntah kenapa orang sangat ramai beratur untuk membeli tiket manual. Korang ni takde duit kecik ke?
Aku pun eksyen….
Aku pergi ke mesin, beratur..ada la dua tiga orang, berbanding line untuk tiket manual. Hampir 40-50 orang. Panjang macam ular anaconda. Sampai ke terowong beratur.

Hehe..tu la…lain kali bawak duit kecik. Bleh pakai mesin.

Sambil tersenyum takkabur mengenangkan nasib diri yang agak baik, aku pun mengeluarkan duit utk dimasukkan ke mesin.

RM 1.60 untuk ke LRT Pasar Seni.

Aku bawak keluar singgit sehelai, dan duit siling di dalam poket.

Huh??!! Ada 20 sen seketul, dan 3 ketul duit 10 sen.?
Korek poket lagi dan lagi…
Ada la tisu pagi tadi…dan tiket bas pagi tadi..
Mana lagi 10 sen ??!! aku panikkk

Orang belakang dah mula buat2 jenguk aku. Buat2 muka “Apa yang sedang terjadi saudara ? “ sambil mengharapkan aku cepat blah kalau dah takde duit kecik.

Aiseh….10 sen…Aku menapak sugul meninggalkan mesin otomatik itu.
Hanya kerana 10 sen, aku kena jadi sebahagian dari anakonda di LRT KLCC pada petang semalam.
Padan Muka. Tu la suka buat dosa.

Memang disaat itu, kalau sapa2 sedekah 10 sen, memang orang tu lah aku akan kenang sampai mati.

Di saat itu juga terkenang2 duit seposen yang jatuh dari poket jubah aku malam tadi, terus bergolek masuk bawah meja. Aku biarkan . Esok2 boleh amik, kata hati aku yang kotor. Chaitzzz…!!!

Oh 10 sen. Betapa besarnya nilai seposen bagi orang yang amat memerlukan 10 sen.

Selepas kita paham betapa besarnya 10 sen, boleh la jugak kita cuba paham betapa besarnya Allah.

Orang selalu kata, cakaplah kalimah membesarkan Allah. Lagi dan lagi.
Fikirkan kebesaran Allah. Wujudkan kebesaran Allah sebelum nak solat dan semasa solat.
Bertakbirlah. Memuji kebesaran Allah.

Tapi??
Berapa besar Allah itu???????
Nak ukur macam mana?????

Aiseh….

Ukuran besarnya Allah itu HANYA bergantung kepada setiap individu……..
Cara Atan ukur Allah tak sama dengan cara Jiman ukur Allah.
Bagaimana Ramli nampak besarnya Allah, tak sama dengan Zainal nampak betapa besarnya Allah.

Jibril a.s (malaikat yang paling besar tak silap aku) merasakan diri dia amat kecil bila disebut nama Allah. Takut. Gementar. Rasa seperti anak burung yang baru menetas dari telur. Fragile. Lemah. Kiut miut. kecek tuek. Nothinggggggg….

Nota : Besarnya Jibril ialah sayapnya sebelah kanan boleh tutup bahagian timur bumi dan sebeah kiri boleh tutup bahagian barat bumi.
Tinggi melangit jika berdiri di atas tanah.
Besor tu Jibril a.s, still rasa diri dia kecik depan Allah.

Itulah ukuran kebesaran Allah bagi Jibril a.s

Macam mana kita nak membesarkan Allah ?
Kecikkan lah diri tatkala teringat Allah. (ingatlah selalu ye)
Kecik. Sekecik keciknya.

Walau perut kita besar.
Walau kepala kita besar.
Walau penumbuk kita besar,
Walau nafsu amarah kita besar,
Walau geng kita besar,
Walau black belt kaler hijau kita besar,
Walau gaji dan pangkat kita besar,
Walau rumah kita besar,
Walau kerajaan kita besar.

Maka di sini digalakkan kita perasan kecik walaupun cermin tu kata kita besar.

Lagi kecik dan kerdil dan hina dan hampeh, dan tak guna, dan useless, dan hopeless kita rasa bila ‘berdepan’ dengan Allah, maka lagi LAGI LAGI BESARLAH ALLAH…

Nak besarkan lagi?
Menangislah….
akui kesalahan,
akui ketidakupayaan,
akui kebodohan,
akui kelemahan,
akui kesombongan,
akui kealpaan,
akui keperasanbagusan,
akui ketidakbergunaan,
akuilah SEGALANYA,
hattaa nak lepaskan angin kentut pun Allah yang bagi…Allah yang izinkan. Allah yang redha.Betapa kita tak mempunyai apa2 kuasa.

Berapa besar Allah?
Kalau kita sentiasa merasakan kita ni hidup amat2 memerlukan Allah.
Setiap detik, setiap masa, tak boleh alpa sesaat. Masa tu kita akan boleh paham betapa besarnya Allah.
Macam kita baca berapa besarnya 10 sen dikala aku amat memerlukannya.

Di malam 1 syawal ini, sehingga pagi 1 syawal, besarkanlah Allah dengan kata2, dan gambarkanlah kebesaran Allah dengan mengimaginasi diri kita jadik lebih kecik dari Awang Kenit.
Selagi tak lelpa mata dan tak berada dalam tandas...Bertakbirlah......

Bertakbirlah……….dengan penuh semanat jihad yang membara.
Bukan dengan linangan air mata sayu lembik syahduuuuuuuuu.

Allaaaaahu Akbar!, Allaaaaahu Akbar!, Allaaaaahu Akbar!,
Laaaaila ha illallahu wallahu akbar,
Allaaaaahu Akbar wa lilla hilhamd!


Selamat Hari Raya,
Jangan emosi di jalan raya,
Tunjuk penumbuk, middle finger segala,
Kalau dah paham kita ni kecik saja,
Nak buat apa pun Allah yang izinkan,
Tak reti2 nak ingat kelemahan (aku la tuu..)
Minal Aini Wal Faizin,
Maaf Zahir dan Batin,
Kalau sentiasa rasa diri tu besar,
Sia2 je lah takbir Allahuakbar.

Salam…

2 comments:

PrincessRen said...

selamat hari raya to sufian and family. Semoga semua nya selamat dari segi makan, mengamalkan ibadah, selamat sampai dan balik dan segala-galanya. Amin :)

abu_harraz said...

Thank you Mary. Cuti panjang tak balik Bau ke?
hehe..

Tu sebut Amin ejaan melayu ke Amin ejaan english? ;)