Friday, November 28, 2008

Tiru macam siapa?

Tiru macam saya - tajuk lagu lama.

Semua orang nak bagi tips kejayaan
Kalau tipsnye disukai, dia boleh kaya.
Dia boleh glamer.
Dia boleh ada 'power'.
Lepas dah glamer dan power, bolehjadik model produk.
Sign sini, sign sana, ikat kontrak - dapat duit lagi, bertambah kaya , dan raya.

Ramai sungguh orang pandai buat duit. Bagi ceramah dapat duit banyak. Yang tak mintak bayaran, orang memang bagi pun ada.

Angkasawan Negara boleh kaya bagi motivasi. Dr Fazli (Asmara ini yang hanyutkan kitaaa...) penyanyi pun dah kaya. Azizi Ali pun kaya raya. Stephen covey tak payah cakap lah.
Irfan khairi muda cute pun kaya. Amalina budak johor yang dapat 17A SPM pun dapat byk gak sambutan dan penghormatan. (dan kaya?)


Itu semua sikit2 cerita orang yang kaya dengan bagi ceramah dan tips kejayaan. tirulah mereka, anda akan berjaya dan kata .
Itulah message nye.

Sapa tak nak kaya? mana ada orang tak nak kaya?
Ada? siapa? Adaaaa........

Tapi nanti dulu....kita tengok lagi orang2 yang berjaya.
Ramai orang berjaya pun buat buku. Cerita penat payah dan susah lelah mereka.
Yang buat iklan pun ramai.

"Pak cik dulu mula2 tak boleh berjalan, pakai kaki palsu, pakcik berlatih gigih, main bola pun tertanggal kaki palsu," kata seorang pakcik sambil berjalan ke arah BMW bersupir yang telah sedia menunggu.

Tukang beli buku, tukang baca buku dan tukang tengok iklan lagilah ramai.
Berebut2 beli buku best sellers. 7 habits of highly effective people. sambung pulak dengan the 8th habit.
Wah...evolving nampak...bila nak keluar the 100th habit?
Ada buku "bapak kaya, bapak miskin"

Yang masih di habit lama. Kita.
Yang masih belum kaya (tapi dah tak miskin) kita...
Melopong. Baca ternganga. Beli segala macam buku dan tips dan kaset dan CD.
The 1st habit of highly non effective people.
atau tabiat yang tak terbuang dari mula.
hehehe

Semua orang mahu contoh teladan, supaya dia boleh ikut.
Ikut jadi pandai. Nak pergi ke alam lain.
Nak pergi ke angkasa lepas.
Nak pergi ke alam jutawan
Nak pergi ke alam penuh glamer lip lap lip lap.
Nak pergi ke alam baru, nak hijrah.
Kadang2, habih2 jadik berangan je...habuk pun tarak.
Tapi takpe..berangan tu sesetengah orang kata bagus..jadik inspirasi. Jadi keazaman.
Maka teruskan berangan.......

Cumanya..semua tadi tu contoh kejayaan dunia. tak lengkap...
Kita pulun nak kejar, nak dapat tips...tapi untuk guna 30 - 50 - 70 tahun je...


Nabi SAW diturunkan kepada kita...umat akhir zaman..
Sebagai satu contoh, idola, the most highly effective people from Adam to the last baby that will be born..
Role model, icon.
Cara hidup itulah yang kita kena ikut.
Dia dah pergi lebih dari angkasa lepas.
Dia dah jadik yang paling glamer dari semua orang yg duduk dalam dunia ni..
Dia belum lahir, zaman dia belum tiba, dah disebut dalam kitab2 lain.
Dia adalah dermawan.
Cara hidup dia....kita dah kaji? dah dapat semua tips?
Saya belum, mungkin tuan/puan dah.

Seorang anak yatim piatu, Muhammad bin Abdullah SAW
Dia tak tinggalkan buku, kaset, cd..
Dia tinggalkan mukjizat.(Al Quran).
Dia tinggalkan sunnah.
Dia tinggalkan doa2 kepada kita.

Dan dia tak kaya. Dia takde unit trust. Dia takde insuran.
Dia takde bank account. Dia takde duit$$$.

Itulah jalan sebenar.
Sunnahnya (yang wajib, yang muakkad, yang ab'ad...) semua itulah jalan menuju kejayaan sebenar..ke'kaya'an sebenar.
Sunnah itulah untuk kejayaan manusia di dunia. Bukan untuk pahala akhirat semata.
Sunnah itulah nak bentuk jadi khalifah di dunia. bukan untuk pakai kat mahsyar sahaja.
Dalam sunnah ada kejayaan. Yakin. Kalau tak yakin...jangan mengaku ummat Muhammad SAW!


Dan Allah telah perintah dan wartakan, sebagai umat yang terbaik, kita telah diamanahkan untuk follow dan sebarkan cara, gaya higup, tertib, prosedur, pakaian, amalan Muhammad bin Abdullah SAW. Tanpa meminta dan mengharapkan bayaran.
Berdakwah memintak secebis masa dari orang lain, utnuk menyampaikan peringatan dari Allah. Mengajak manusia kepada Allah. Islam dan belum Islam - ada caranya
Itulah gaya pulang ke pangkal jalan (mengikut hamka yang bukan doktor).

Kita kena buat perkara ni. Bukan kita pi follow cara dan steps Stephen Covey.
Bukan hafal biographi orang2 berjaya yang lain. Bukan tengok rahsia kejayaan angkasawan.

Belajar cara Nabi SAW, buat dulu, rasa dulu, doa mintak hidayah dan taufik, baru bagi komen. Tak tercompare nyahhh!!

Cara mana yang best.
Tekan nafsu. Cabar diri sendiri.
Lawan nafsu ni payah sebab ada element syaitan.
Lawan pedang, mungkin takde...
Lawan bola mungkin takde...
Lawan tetap lawan.....

Tapi nanti ada gak kata..
"Iyyyeeeee laaa.....aku tau la Nabi tu perfect.....
Dah Allah yang operate hati dia, Dah Allah yang jaga dia. Dia maksum. Allah guide dia.
Dan zaman dia pun lain....bukan penuh pancaroba dan materialistik macam zaman kita.
Bukannye...bla..bla..bla........."
DAH cukup!! (aku marah...aiseh..aku tak ikut cara Nabi SAW..aku dah ikut nafsu....istighafar..)

Aku cuma nak cakap cam ni lah.....
Jangan cakap ikut sedap molot...
Jangan buat perkara yang boleh buat akidah tergelincir.
Jangan sebab semata2 nak buat alasan, kata kita tak boleh ikut cara Nabi SAW. Kata cara Nabi itu obsolete etc..


Bukan yoga je boleh pesongkan akidah....Cakap macam kat atas pun boleh rosakkan akidah.
(Kawan aku yoga.... yogananthan - setakat ni dia tak rosak kan akidah aku lagi - lawak picisan pagi jumaat - mungkin tak lawak ataupun dlm category joke bangsat atau pun category joke bell kalau ikut sesetengah rakan2 aku yang amat tinggi tahap humor dan amat berhati2 dalam memilih lawak....hehehe...)

Nabi SAW diturnkan untuk memberi cahaya kepada seluruh alam.
Sebagai Nabi yang terakhir - ummatnye dilantik sebagai pembantu.
Maka wajiblah pembantu mengikut cara Nabi SAW.
Sesuai dipakai disemua zaman.
Baginda SAW contoh terbaik, sebab tu Allah operate dan cuci hati baginda SAW.
Untuk tunjukkan teladan yang terbaik yang WAJIB kita ikut.

So..to cut short the long bebel, mendaftarlah untuk kelas motivasi dan belilah 'buku/cd/kaset/dvd' tinggalan baginda SAW, baca, kaji, dalami manual dan dokumentasi untuk objek bernama manusia.

KEJAYAAN MANUSIA DI DUNIA dn di akhirat ADA DALAM SUNNAH RASULULLAH SAW !

Insha Allah.
Ameen.

Thursday, October 09, 2008

Giler cool....(apa yang cool nyer?)

It has been a while since my last post.
I must have been wrongly prioritizing the time (modal) given by Allah to other worldly activities.
* change language from English to lidah ibu.

Konon2 sibuk..busy..letih...ye laaaaaaaaaah kerja pun ibadaaaaaah.....(jgn over estimate)
Tapi saling mengingatkan, beri peringatan, mengajak manusia kepada Allah adalah ibadah yang jauh amat penting..itu adalah sebab mulianya kita jadi ummat Nabi SAW.
Kita dihisab dahulu berbanding ummat lain, umur kita pendek ibadah tak banyak mcm umat dulu, tapi Allah akan muliakan kita jika kita buat kerja dakwah.
Mengajak manusia kepada Allah, tak kira Islam atau bukan Islam.

Kalau tak jangan nanti hairan kenapa Nabi SAW tak mengaku ummat...
Dakwah tidak diwajibkan atas bahu orang biasa pada umat Nabi2 lain. HANYA pada umat Muhammad SAW terletak kewajipan berdakwah..

So sikit2...permulaan...peringatan juga boleh dikira dakwah, walaupun belum tepat dengan kehendak berdakwah cara Nabi SAW.

Kita baru lepas raya.
Selamat Hari Raya.
Semua seronok raya? Alhamdulillah. Itukan Hadiah dari Allah. Rayakan kemenangan kita.

Jangan terlebih raya.
Raya hanya sehari mengikut kehendak Allah.
Nak berziarah tu bolehlah..tapi jgn berlebih2 raya.
Dari Allah suka, jadi Allah tak berapa suka, dan takut2 pula Allah murka - dengan pembaziran, lalai, buang masa, etc..

Ada yang sokong PKR, Ada yang nak keluar PKR, ada yang sokong BN, Ada sokong SAPP, Ada sokong Ibrahim Ali, Ada sokong Nek Mun (KT), Ada sokong undi rosak.

Suma mau keadilan, Semua suka keadilan. Adakah kita sendiri adil?

Bila lambat potong que, bila terdesak selamba ambil orang punya hak.
Bila nak kerja, pakai cable. Bila nak result cemerlang, soalan UPSR pun boleh bocor.
Bila sibuk..lupa Allah.
Kita yang zalim, kita yang tak adil.

Dimanakah keadilan? Antara kita dengan Allah?
Namun Kita masih menikmati kesenangan, anugerah, nikmat dari Allah.

Buka puasa sedap sedap,
Tarawikh dalam air cond,
Moreh lagi..sedap jugak,
Solat malam boleh pakai air panas utk segarkan diri,
Ada fridge simpan makan, dan boleh reheat pakai microwave untuk sahur,
Baju raya cantik, berpasang-pasang,
Gambar raya berkeping2,
Duit raya dapat gembirakan kanak2 dan orang tua,
Kereta nak sedap, suspension, interior, exterior, semua lawa,
Gaji sedap sedap,
Elaun pun tak kurang sedap,
Pangkat sedap,
Isteri/suami sedap,
Family baguih, comel2 belaka anak2 sihat,
TAPI....rupa-rupanya.....Allah sedang murka dengan kehidupan kita.

Allah murka dengan sikap kita, lalai kita, sambil lewa kita, sempoi kita,
Allah murka dengan sombong kita, tak luang masa untuk perkara yang diperintahkan,
Allah murka dengan kita yang rasa kurang dosa, tak perlu tambah amal.
Allah murka dengan kita yang rasa 'nanti nak mati or dah tua taubat la"
Allah murka dengan kita yang selalu lebih banyak berdalih dari lebih banyak bertasbih memujiNya,
Allah murka..murka dan murka....dengan semua perkara muamalat, perbankan, jual beli, hiburan, tv, aurat, sosial etc etc...
Arghhhhh!!!


TAPI..Allah juga tak tarik nikmat2 tu kan?
Allah masih sayang kat kita walaupun dia murka?
Kasih sayang Allah ialah 70x ganda kasih seorang ibu pada anaknya....
Ibu kalau marah anak...dia masih sayang..masih boleh memaafkan..
Apatah lagi Allah..dengan sifat Rahimnya....yang MAHA PENYAYANG...

Maka..bertaubatlah....hari hari...
Nabi SAW taubat 70x ke 100x sehari...
Kita hanya tau buat....Oh saya lah....tuan/puan semua inshaAllah OK..
Manalah lah tau kalau kita takde dalam list ahli syurga...cuak tu...(naudzubillah)
Kita bukan confirm syurga lagi...bukan confirm tak kena api neraka lagi..

Kalau bawak Ferrari ke Lamborgini ke, tapi ahli neraka - apa yang coolnye?
Neraka ni pedih..bukan susah nak masuk neraka. So kena fokus elak neraka dari atas dunia ni lagi....Kena nangis banyak2.
Jangan main2. Kena Serious.

Nabi SAW dah diampunkan dosa (sebelum dan selepas) pun taubat byk2, - tanda SYUKUR katanya,...
Kita...kena byk taubat. Kena banyak istighafar. Kena banyak muhasabah.
Saya pesan utk saya sendiri. Bila kita tulis ni, kita orang pertama ingat..

Kalau rambut smart, baju smart, jam tangan cool, kasut canggih, tudung lip lap, baju labuci, parfume harum semerbak, tapi seksa kubur menanti - apa citer?
Kubur ni ibarat lubang2 dari neraka, atau taman2 dari syurga.....pilihlah..
Tak susah nak pilih...

Take care ya...jangan nakal2..
Selamatkan diri dari godaan syaitan yang baru terlepas kandang.
Selamat beraya. Selamat berpuasa 6 syawal.

Renungkan..............

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin".
Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?"

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ ".

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’."

[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Tiga perkara diatas,
dibacakan oleh KETUA PARA MALAIKAT,
di aminkan oleh KETUA PARA NABI dan
disaksikan oleh SAHABAT-SAHABAT RADIALLAHUANHUM (Redha Allah ke atas mereka).

Maka takutlah kita jika terlepas dari mendapat diampunkan dosa apabila keluar Ramadhan.
Doa, Nangis, Sangka baik dengan Allah.Insha Allah.

Mereka yang bijak ialah yang selalu ingat mati dan bersedia ke arahnya.

Jadilah bijak. Anda Mampu Mengubahnya.

-TASBIH KAFFARAH-

Friday, August 29, 2008

Luncai terjun dengan labu...Kita berserah pada Allah

*****Untuk orang selain DIA*****

Jika hari ini,
Allah beri kita kekuatan,
Untuk mengharungi dugaan,
Untuk menghadapi kepayahan,

Jika hari ini,
Allah bagi kita ilmu,
Kita berjaya menguasai ilmu,
Kita selalu mengamalkan ilmu,

Jika hari ini,
Allah bagi kita taat,
Kita jadi ahli ibadat,
Kita berkorban untuk ummat.

Jika hari ini,
Allah bagi kita kefahaman,
Kehendak Allah kita turutkan,
Untuk kita jadikan bekalan.

Adakah,
Semua kurniaan Allah itu menjadi lesen,
Untuk kita memperlekehkan orang yang belum dapat sense?
Melihat dengan jelik orang yang salah, lebih rendah dari nilai satu sen?

Adakah,
Kita sekarang sudah boleh menghina,
Memandang rendah orang yang bersalah,
Tanpa sedikit rasa simpati,
Macam kita tak pernah buat salah?

Hari ini hari dia.....
Hari ini memang hari dia...
Jangan kita leka dengan hari dia....
Bila tiba masanya hari kita...?
Tak nak bukan?

Pandanglah orang bersalah dengan rasa ihsan,
Jika kita mahukan pandangan yang sama dari Tuhan,
Terhadap diri kita yang berdosa sehari harian.
Kita juga pesalah bukan?
Simpati la sikit kawannn...

Ingatlah..
Manusia itu berakhlak hamba, dan hamba itu pada dasarnya tidak punya apa.
Kebijakan kita mengurus, mentadbir, mengatur, menimba ilmu, mengamalkan ilmu, bukanlah hak mutlak kita.
Kadang kala bila hidup kita tampak 'sempurna', akan Allah uji kita dengan berjumpa orang yang tidak 'sempurna',
Kala itu, janganlah kita memandang rendah, menghina, dan mengutuk,
mereka yang tidak bijak dan tidak sempurna.
Itu adalah ujian buat mereka, dan juga buat kita yang berhadapan dengan mereka.

*******************************************************************

*****Untuk DIA*****

Jika hari ini,
Kita diuji dengan kehidupan sementara,
Adakah kita perlu mengalirkan air mata?
Mungkin seketika, namun janganlah berburuk sangka,
Ujian dari Allah hanyalah utk mematangkan kita,
Juga sebagai penebus dosa.



Jika hari ini,
Orang mengata dan terus mengata,
Kita memendam rasa, menjeruk cuka,
Namun tidakkah kau terasa?
Itu hanya mendekatkan kita dengan yang Esa,
Baru kita kenal diri kita,

Baru kita kenal kawan/lawan sejati kita,

Jika hari ini,
Dek kesalahan kita, ramai yang menuding
Ramai yang pandai komen, namun kita seorang yang tertungging,
Janganlah kita bermasam muka berjeling-jeling,
Kepada mereka yang tak understanding,
Nanti pahala sabar yang kita boleh dapat bertukar jadi dosa kering.

Jika hari ini,
Kita dihukum dosa lalu,
Kita dikifarahkan dengan perbuatan dulu,
Sedih tahap manakah kita perlu?
Bukankah itu seperti ubat sesudu,
Yang pahit tetapi Insha Allah direstu.


Ingatlah..
Manusia itu berakhlak hamba, dan hamba itu pada dasarnya tidak punya apa.
Semua datang dari Allah, bukan kebetulan.
Terimalah dugaan dan serahlah diri pada Tuhan,
Lagi dan lagi, agar kita tidak mudah dilekakan syaitan,
Tugas kita hanya taat tuntutan,
Apa yang datang diterima dengan penuh redha dan kesabaran.

Masalah kita, Kelemahan kita, Kebodohan kita, dan Kesabaran kita........
Hanya kita yang tanggung, hanya kita yang tahu....
Biarkan..mereka dengan labu-labu ......

Biarkan....

Kepada Allah kita sandarkan harapan....
"Aku ialah apa yang kamu sangkakan"......

Friday, August 22, 2008

No IC tuan/puan start dari angka berapa?

Kisah bennerrr..

Umurnya 48 tahun.
Rumahnya besar…
Keretanya mewah..
Ulang alik ke oversea, perkara biasa.
Langsing, menawan, macam umur belum 40.

****************************************
Hari itu.
Semalamlah hari itu.
Dia makan tengahari.
Lepas makan, terpengsan.
"Ibuk..Ibuk" gerak orang gajiannya.
Senyap. Tiada respon.
Orang gajiannya kaget.
"Gimana nih sih.."
Dua anak dara juga panic.
Call SJMC.
Ambulan datang bersama tuan tabib…
Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun……

********************************************
Dua anak dara terjelupuk…
Tak mampu bangun…
Tika saudara mara datang membantu mengurus keadaan…dua anak dara masih terbaring lemah di tempat ibunya menghembuskan nafas terakhir…
Blur. Poning. Confused. Dugaan apakah ini? Betul2 atau cobaan? Mama kan masih muda?

*****************************************************************
"Kata arwahnye, lepas operation nanti nak gi umrah…nak tutup aurat dengan sempurna"

Moga niatnya disampaikan Allah SWT. Arwah ada lemah jantung dah lima tahun, tapi pakai bateri. Tak sempat tukar bateri...Dah Allah panggil .Adakah bateri energizer atau duracell boleh membantu dalam keadaaan ini?

******************************************************************

Itulah yang berlaku semalam. Saudara terdekat meninggal.
Hah? Apa? Anak paling bongsu meninggal?
Maut tak kira along dulu atau angah.
Maut tak kira yang emaknya si arwah tu sudah nyanyuk dan teramat tua.
Tak kira IC start dari 68XXXX-XX-XXXX atau start dari 88XXXX-XX-XXXX
Tak kira datuk atau anak kecil.
Itu bukan turutan. Itu bukan jaminan siapa mati dulu..

Yang paling penting, kena sentiasa bersedia.
Walaupun belum mampu capai tahap keimanan, asalkan usaha bersungguh, tepat dan komitmen untuk capai tahap keimanan yang tinggi. Itu yang Allah nak.
Bersangka baik dengan Allah.
Tunjukkan niat ikhlas ingin berubah secara konsisten..kearah yang lebih baik… seriously jadi baik...bukan baik-baik aja..
Ada program zikir (ingat) Allah, kita pergi.
Jangan malu, Jangan segan…
Marilah rapat2…Semoga Allah terima. Usaha yang sedikit.
Ada hiburan walaupun tercalit 0.01% maksiat (aurat, laki-pompuan, artis, mengumpat ..alaa..yang basic2 tuuuu) kita usaha sungguh2 jauhkan..
Baik untuk hati kita, iman kita.

***********************************************
Selepas imam habis baca doa…
Aku merenung sayu..
Kubur arwah…dalam hujan..sepanjang pengkebumian.
Pilu..sedih..…..TAKUT……mengenang kisah malaikat menyoal.

Kita boleh beriman, boleh percaya.
Namun yang pasti Arwah sedang merasa kebenarannya.

Kita? bila nak rasa? Bila dah rasa, tak boleh nak u-turn. No turning back!
So..cuba2 imagine dan rasa....Sementara boleh taubat..

Kisah seksa kubur/alam barzakh....pergh....mcm tak caya...tapi kena percaya, kalau tak murtad...

Marilah kita doakan.
Arwah : Supaya Allah ampunkan dosanya
Kita : Supaya mati dalam husnul khatimah – penghabisan yang baik…jauhkan dari azab kubur dan api neraka. Ameen……..

Mood : Kusut dengan dosa seharian!!!!!!!!! Takut!!!!

Friday, July 11, 2008

Terkenang semasa dulu....

Terkenang semasa dulu,
Belajar agama disekolah rendahku,
Satu hari satu waktu,
Satu waktu 30 minit je tuuu,
So, adalah 2.5 jam seminggu.

Terkenang semasa dulu,
Belajar alQuran dengan ustazahku,
Kayuh basikal BMX dalam gelap laju-laju,
Tajwid, makhraj kena perfect, tapi tak berlagu,
Itu pun 3 kali seminggu.

Terkenang semasa dulu,
Sambung belajar agama di sekolah orang2 melayu,
Takde banyak beza balik2 ulang tuuu..
Sirah, akhlak, shariah dan perkara fardhu
Cuma detail sikit dari kecik2 dulu,
Dan itupun.setakat 3.5 jam seminggu.

Terkenang semasa dulu,
Masih kat sekolah orang melayu tu,
Ada usrah, ada program anjuran BRU (Badan Revolusi Ugama)
Tapi most of the time aku buat tak tahu,
Sebab program (donia) lain pun banyak yang baru-baru,
Tak nak lah jadi bawah tempurung punya katak puru.

Terkenang semasa dulu,
Sambung pulak kat Institut Tolong Melayu,
Satu semester subjek agama mesti ada satu,
Belajar lebih mendalam sikit dari yang terdahulu,
Bab Munakahat Ustazah pun tersipu,
Niat di hati supaya CGPA dapat dibantu,
Bukan apa, tak susah sangat nak score subjek sebegitu.

Terkenang semasa dulu,
Ekonomi jatuh, kerajaan tak dpt nak bantu,
Sambung belajar di tanah melayu,
Tak merasa kehidupan di obesea punya U,
Kalau tak makin sesat hidup aku,
Yang asalnya memang dah keliru,
Dengan identiti, jatidiri dan halatuju,
Ada hikmah disebaliknya, aku setuju.

Terkenang semasa dulu,
Tak pernah perkara agama menjadi nombor satu,
Selalunya mesti perkara lain yang di pursue,
Hiburan, trend semasa, sukan, dan tak lupa carta lagu,
Agama? Mungkin sebab rasa aku dah tahu,
Berapa lama aku belajar? sejak dari darjah satu,
Sekarang, it's time for exploring the world infront of you,
Mula2 pakai buku, then pakai yahoo!

Terkenang kisah dulu,
Cukupkah segala ilmu?
Memadaikah setakat itu?
Bekalan untuk bertemu Yang Satu,
Untuk bekalan hidup berkarierku,
Berbelas tahun kudrat dipacu,

Namun bila pasal agamaMu
Lebih kurang, begini begitu,
Tiada komitment yang jitu,
Atau semangat yang padu,
Ibarat melepas batuk di tangga batu.


Zaman sudah berlalu,
Dulu muda sekarang dah kurang bulu (tua = botak?)
Masih samakah sikap macam dulu?
Tidak kah kita tersedu-sedu?
Mengimbau perangai lalu macam kutu?
Bila lagi nak tambah mutu?
Dalam perkara agama yang akan menjadi penentu,

Tambahkanlah usaha dan masa selagi ada waktu,
Bertaubatlah dan berhenti dari amalkan ISLAM yang baru,
Yang moden, yang simple dan yang palsu,
Yang tidak tepat dan tidak tentu.
Cukuplah Tipah sahaja yang tertipu.

Zaman sekarang zaman baru,
Juga nampak macam zaman batu (pemandangan dari opis)
Bukan setakat bangunan pencakar langit biru,
Orang pun dah macam hantu,
Jangan tuding orang lagu itu,
Aku tengah cakap pasal aku,
Bangkitlah kita semua dari beradu,
Tak sedar yang sudah sampai waktu,
Kita dalami, kaji dan verify ilmu,
Jangan perjudikan nasib akhirat dengan ilmu darjah satu,
Semua dah baligh kena buat check point selalu,

Berdampinglah dengan ulama' dan orang yang tahu,
Agar usaha perbaiki diri kita Allah bantu,
Barulah dapat faham dan amal dengan padu!.

Zaman sekarang sedang kita lalu,
Masih ada nyawa dan masih terbukak taubat punye pintu,
Kita memerlukan ilmu,
Amalkan tanpa jemu,
Kembalilah kepada guru,
Hidayah dari Allah hendaklah kita rayu,
Taufik dariNya amat kita perlu,
Agar tidak hidup dalam keadaan buntu,
Agar mati nanti hanya jasad yang kaku,
Roh keluar tanpa rasa resah dan haru,

Ameen ya Allah ya Tuhanku!

Tuesday, July 08, 2008

Pengakuan Bersumpah - Statutory Declaration

Musim ini,
Bukan musim durian,
Bukan pula musim hujan,
Bukan juga musim berkhatan.
Tapi musim dugaan dan ujian.

Musim ini,
Bukan musim mubahalah,
Bukan pula musim beralah,
Bukan juga musim mengaku salah,
Tapi musim berbalah.

Musim ini,
Bukan musim Malaysia dilawat,
Bukan pula musim alQuran tilawat,
Bukan juga musim kenduri soa selamat,
Tapi musim ralat

Musim ini,
Musim Akuan Bersumpah
Musim "Satutory Declaration" kata orang putihnyelah
Musim mengatakan yang benar itu benarlah
Musim mengatakan yang salah tetaplah salah.
Tapi dunia ini macam2 bolehlah...

Maka,
Sempena musim ini,
Tak ketinggalan diri ini,
Akuan bersumpahku dijadikan bukti,
Di hadapan Allah nanti,
Agar at least aku telah berpesan-pesan,
Dengan kebenaran dan kesabaran,
Jika ada iktibar dan kebaikan,
Samalah kita mengajarkan,
Diri kita sendiri dari berkawan,
Dan terpedaya dengan syaitan.

Harapanku,
Kami semua sempat beristighafar kepada Mu,
Menyatakan kesal dosa lalu,
Tidak mengulangi kesilapan itu,
Agar hati kembali bersih sesuci salju Katmandu,
Supaya mudah mendapat hidayah (petunjuk) dan taufik (kekuatan untuk beramal) Mu

Jika terdapat kekasaran di dalam akuan ini,
Haraplah dimaafi,
Kerana apa yang penting sekali
Kesalahan diingati,
Kebenaran disukai,
Kehendak Allah di taati,
Supaya senang bila nak mati,
Dan senang selepas mati,
Sebab hidup dan mati hanya sekali.

Akhir kata,
Harapnya aku tak membuat Akuan Bersumpah Kedua
Kerana mungkin boleh lepas didunia,
Tetapi tidak di mahkhamah Allah disana,
Teruk nanti kena! (naudzubillah)

Saya, Abu Harraz dengan ini membuat pengakuan bersumpah dihadapan screen komputer saya, beralamat dirumah saya yang saiznye sedang-sedang saja.
Dengan ini menyatakan bahawa apa yang akan saya nukilkan adalah yang benar dan tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka.
Jika ada kesalahan berbanding dengan apa yang dihukumkan Allah, adalah amat tidak disengajakan dan saya memohon ampun kepada Allah, dan memohon maaf dari pembaca.
TASBIH KAFFARAH.

1. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan, walaupun sekadar bercakap telefon mengada2 atau tidak tanpa sebab penting (kerja/emergency) adalah HARAM kot mana sekalipun

2. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan atas nama lunch break, pantry break, or lunch partner tanpa sebenar2 keperluan kerja atau emergency boleh dengan mudahnya mengundang kemarahan Allah kerana boleh diklasifikasikan sebagai bermaksiat kepada Allah

3. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan, atas nama beriadah untuk menyihatkan diri, walaupun menutup aurat boleh dengan selambanya badaknya mengundang kemurkaan Allah

4. Ketahuilah, penutupan aurat itu adalah seperti yang di dalam solat, dimana segala yang ketat, seksi, seksa, dan tidak longgar, boleh membatalkan solat. Oleh itu kalau diluar solat juga disyorkan supaya menutup aurat dengan sempurna.

5. Ketahuilah bahawa, isteri akan menjadi Pendakwa Raya No 1 di akhirat kelak, mereka akan menuntut agar segala dosa mereka, juga sama2 dipikul oleh suami.

6. Ketahuilah bahawa jika para isteri mencintai suami mereka sepenuh jiwa raga hingga ke akhirat, suruh2 lah suami korang tu mendalami agama dan mengamal dan mengajarkan agama agar korang sekeluarga boleh taat.

7. Ketahuilah bahawa, si suami janganlah malas dan berdegil utk mendalami agama untuk membimbing keluarga dan isteri kerana takut2 nanti takde peguambela di akhirat kelak.

8. Ketahulah bahawa anak2 hendaklah berkhidmat untuk ibu bapanya, jangan si adik mengharap abang tolong emak/ayah atau abang pulak harap kakak dan jadi lah satu repetitive loop (bahasa programmer computer) yang tak berkesudahan. Patutnya, masing2 perlu berebut menjaga mereka, tanpa rasa susah dan dengan rasa ikhlas.

9. Ketahuilah, mengumpat/mendengar/mengiyakan umpatan ke atas bos-bos walaupun kita teraniaya dan best adalah salah dan tetap salah.

10. Ketahuilah mengumpat/mendengar/mengiyakan umpatan ke atas sesiapa sahaja walaupun syok dan kelakar atau "yg ni last..." atau " yg ni aku tak tahan" adalah dosa yang benar dan hanya boleh ampun jika dimaafkan oleh orang yang diumpat.

11. Ketahuilah, kita semua kena hari2 beristighafar sebab banyak dosa yang kita tak kira dan hitung sendiri seperti dosa riba, dosa mata, dosa mulut, dosa telinga, dosa hidung (bau parfume jantina lain), dosa buat kerja tak sempura, dosa buang masa tgk movie, tv dan drama bersiri, dosa itu dan dosa ini.

12. Ketahuilah bahawa, walaupun aku pencinta wanita( bini aku) aku juga pendosa, hanya Nabi2 yang maksum. Peringatan ini bukan kerana aku tak ada dosa, hanya kerana amar makruf nahi mungkar dan berpesan2 dengan hak dan sabar WAJIB dilaksanakan.

13. Ketahuilah, sesungguhnya banyak lagi yang boleh disumpah-sumpahkan. Namun dek kerana aku perasan sibuk dengan urusan dunia, dan letih buat perkara baik, maka, dicadangkan anda rujuklah guru2 yang makrifat, ustaz dan ustazah atau kitab-kitab di toko toko buku berhampiran. Sementara stok masih ada!


Kalau selalu buat,
Kadang2 buat,
Pernah buat,
Atau bercadang nak buat...
Cepat lah cepat..
bawak bawak BERTAUBAT...

InshaAllah diterima....

Ditandatangani secara on-line di hadapan screen laptop 15”

Monday, June 16, 2008

Puisi orang beratur amik rebate road tax

Sebuah karya yang amat boleh dipertikaikan dari sudut sasteranya....

Hari itu hari Ahad,
Aku ke rumah Osman Saad, (my abah punye nama la)
Bukan sebab father's day, aku pun tak teringat,
Saja ziarah abahku sementara (aku dan abah) masih sihat dan belum tenat.

Aku pun belek newspaper atas meja,
Wah ada cerita menarik pasal rakyat Malaysia,
Beratur di pejabat pos panjang berjela,
Nak kutip rebat road tax, kereta, pickup trak dan motor segala.

Orang paling belakang dalam barisan,
Masih boleh nampak apa didepan,
Dan juga tahu nombor giliran,
So takde masalah, tunggu je lah panggilan.

Cerita pasal orang beratur,
Teringat pulak yang kita semua pun tengah beratur,
Barisan yang panjang bukan maknanya proses tak teratur,
Itulah barisan nak masuk ke alam kubur.

Setiap hari ada orang cabut nombor ekor,
Setiap hari juga malaikat cabut nyawa,tamatkan umur,
Setiap hari juga kita yang masih tertidur,
Diulit uncertainty oleh syaitan yang berjuta ekor.

Dalam hati dok rasa duit tak cukup,
Dosa menggunung, pahala kurang - tak sedar bakal melingkup, (naudzubillah)
Preparation tak ada, hati semakin tertutup,
Dari melihat kebenaran,dan mengamalkan ISLAM yang tepat dalam hidup.


Kena bersedia sokmo untuk dipanggil,
Balik ke tempat asal, tak boleh nak degil,
Umur kita ni lembik macam bergedil,
Anytime, anywhere, turn nyawa kita pulak untuk malaikat diambil.

Email peringatan diforward selalu,
Hingga ke hari ini, dari dahulu,
Namun hidup kita masih melulu,
Memang susah nak ubah perangai dahulu,

Usaha sedikit demi sedikit,
Barulah boleh berjaya mendaki bukit,
Nak berubah adalah lah sakit sikit,
Berkat doa, sabar dan takutkan Allah, InshaAllah capai target.


Dari 2006 hingga 2008,
Tak banyak berubah, masih samakan?
Cuma kalau 2006 ada orang tu pakai kain kaftan,
2008 pula ada antara mereka yang dah pakai kain kafan....

Akhir kata bukan majulah sukan untuk negara,
Cuma majulah Iman untuk diri kita,
Allah cipta gua dan lu untuk SEMBAH Dia,
Bukan untuk layyyaaannn keinginan nafsu gua dan lu semata.


Ini bukan peringatan untuk ahli syurga,
Sebab sapa dah confirm ahli syurga relex je ler..
Tapi bagi sesiapa rasa belum confirm syurga atau neraka, (macam saya)
Semoga kita dapat sedikit kesedaran untuk bersedia.

InshaAllah dibukakan hati kita untuk lebih mendalami dan mengamalkan AGAMA. Ameen

Thursday, June 12, 2008

Iman yang berminyak? lari tajuk....

Marahkan nyamuk kelambu dibakar,
Marahkan lalat pakai ridsect, (ini adalah iklan racun perosak)
Marahkan anai-anai, ada pest control punya pakar,
Marahkan minyak naik...mari kita memaki hamun dan berpiket (tapi jgn bakar minyak pulak (contoh molotov cocktail) hehe

Sungguh naik angin sekali kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama ISLAM
Siapa tak marah minyak naik?

bukan orang miskin je marah,
orang kaya pun marah...

bukan orang naik kereta je marah,
orang jalan kaki dan naik beskal pun marah,

bukan pembangkang je marah,
penyokong kerajaan pun marah,

bukan pengundi berdaftar je marah,
pengundi hantu pun marah,

bukan kakitangan awam je marah,
kakitangan syarikat minyak pun marah,

marah..marah...marah....mari kita marah....
gerammmm..geramm...gerammm....
hentam....hentam...hentam...
maki hamun asam garam....


Yang tak marah ialah yang tukang naikkan harga minyak...
Dan semestinya dia la jugak yang kena marah...
Siaan...dah nasib diaaaa........ dan kitaaaaa..uwaaa!!

Maka bermacam2 lah perkara di dibincangkan..

Perancangan kerajaan suruh orang jimat cermat,
Perancangan pakatan rakyat jatuhkan kerajaan,
Perancangan bloggers untuk cara berjimat,
Perancangan orang tak pakai minyak untuk terus tak pakai minyak....

Tak ketinggalan..
Kupasan menarik di kedai kopi,
Kupasan tak kurang menarik di rumah coffee ,
Topik pagi era dan hot chat hot fm,
Wanita Hari Ini juga beri peluang semua bagi idea,
Suratkhabar siarkan pendapat cerdik pandai dan yang tak pandai,
Email pasal minyak pun tersebar dari sahabat handai.

Dengan kata lain..sungguh meriah Malaysia..
Orang tak kenal tepi jalan pun boleh menyapa,
bagi pendapat tanpa di tanya.

Yang memang sebelum ni dah tak cukup pendapatannya..
Lagilah rasa teraniaya,
Yang baru nak kawin tiga,
Tak terasa pulak agaknya....
Ye lah..nak kawin......pedulik hapa harga minyak..
jangan harga minyak lintah tapa naik udahhh..

Berbalik kepada ketidakpuasan hati dan keluh kesah rakyat malaysia..
Yang tidak ketinggalan diri ini juga...
Memang perit kehidupan di dunia sementara ini..
Tapi....
LEBIH PERIT KEHIDUPAN SEBENAR YANG MENANTI SELEPAS DIKAFAN NANTI
KALAU TAK BERSEDIA SEBELUM MATI, ATAU TAK CUKUP BERSEDIA..
MASUK KUBUR PUN DAH TERSEKSA,
APATAH LAGI SETENGAH HARI DI NERAKA - PUN TAK KAN TERTANGGUNG PUNYA,
YELAH BERSAMAAN 500 TAHUN DUNIA..


Sepatutnya kalau kita nak berpiket setiap minggu sebab minyak naik,
"Berpiketlah" jugalah setiap minggu sebab peratus maksiat naik,
Rancanglah apa diri kita nak buat untuk buat
Iman kita naik
Iman keluarga kita naik
Iman kawan2 kita naik,
Iman masyarakat kita naik...

Apakah action plan kita,
Sebagai individu, sebagai masyarakat,
Sebagai pemimpin keluarga, sebagai pemimpin pekerja,
Sebagai jurucakap media, sebagai jurucakap rumahtangga..
Sebagai ummat Nabi SAW, sebagai ummat manusia

Risaukah kita dengan naiknya peratusan masjid yang lengang?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan saf yang kurang?
Risaukah kita dengan
naiknya peratusan bayi terbuang?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan pergaulan bukan mahram sewenang-wenang?
Risaukah kita dengan
naiknya peratusan orang yang tak hiraukan azan?
Risaukah kita dengan naiknya peratusan orang yang tak bersolat?


Baguslah kalau risau..
Tapi risau kena lebih dari risau harga minyak naik..
Baru la ada gaya Nabi SAW

Apakah tindakan seterusnya? Hanya sekadar risau?

Kita mesti cakap dan terus bercakap pasal kerisauan keadaan agama
Kita mesti mengajak dan terus mengajak manusia kepada agama
Kita mesti amalkan dan terus amalkan sebenar-benar tuntutan agama
Kita mesti tunaikan dan terus tunaikan amanah Allah pada kita
Kita mesti taat dan terus taat kehendak Allah pada kita, hak Allah


Berpesan-pesan dengan haq (kebenaran),
Berpesan pesan dengan sabar.

Itu yang Allah nak..
Kalau dah buat semua yang Allah nak...
barulah kita buat perkara dunia..

Perjuangkan yang perut kita
Perjuangkan keperluan kita di dunia
Perjuangkan hak kita/bahagian kita di dunia...

Piketlah....
Risaulah....
Marahlah....
Dengan kenaikan harga minyak....

HANYA selepas kita perjuangkan AGAMA kita....itu yang UTAMA..

Kalau tak..memang sah lah..kita cuma akan marah hanya jika

perut kita kempis,
perut dompet kita kempis,
perut akaun bank kempis,
perut tangki minyak kempis...

Dan langsung tak setimpal kerisauan kita tentang..
Keadaan AGAMA yang Allah amanahkan kita jaga
Keadaan AGAMA yang Allah suruh kita tunaikan dan amalkan
Keadaan AGAMA ISLAM kita
...

Renungkan
Siapakah kita sebenarnya?
Beragama ISLAM? Bernama ISLAM?
Hidup berkiblatkan minyak? Hidup mengharapkan REDHA Allah?
Mana yang lebih, kalau tersilap salah..adjust lekaih lekaih..
Sebelum...KITA DIJEMPUT/DIRENTAP PULANG

SESEORANG YANG MATI KEKOSONGAN PERUT DAN KELAPARAN KERANA TAK ADA MAKANAN
MAKA INSHA ALLAH MASIH ADA HARAPAN KE SYURGA


NAMUN

SESEORANG YANG MATI KEKOSONGAN HATI DAN JIWA TANPA HIDAYAT DAN IMAN
MAKA WAJIBLAH KEKAL DI DALAM NERAKA SELAMANYA..
(naudzubillah)

DOA.. (say with me..altogether..yeah..you at the back there...come...pray along...)
1. jauhkan dari api neraka dan azab kubur walau sesaat
2. kefahaman agama tepat seperti kehendak Allah dan Nabi SAW
3. minyak murah/mampu dibeli
4. harga barang tak naik

Ameen

Tuesday, June 03, 2008

Plagiat entry orang - Selamat panjang umur dan kaya raya


Idea asal dari www.keretamayat.blogspot.com - Sep 06. -( Hamka, sepemergian engkau menjalankan amanat Nabi SAW, amanat yang membuatkan umat ini amat dicemburui oleh semua para Nabi dan Rasul...... aku curik satu entry sebab aku rasa penting untuk dikongsikan....nanti ada masa aku belanja kepok leko tepi sekolah..kalau ingat la...hehe)

Bila ada orang kawin - kita ucap semoga bahagia dan murah rezeki
Bila ada orang sambut hari jadi - kita ucap semoga panjang umur dan murah rezeki
Bila ada orang sambut mothers day dan fathers day - kita ucap semoga panjang umur
Bila teachers day pulak - kita kata terima kasih cikgu, semoga murah rezeki cikgu
Bila ada orang mati - kita ucap daripadanya kita datang, kepadaNya kita kembali.....

Basically semua orang nak panjang umur dan murah rezeki

Dengan umur kita boleh bertaubat, dengan rezeki yang murah kita boleh membantu ahli keluarga dan masyarakat.

Namun, kebiasaannya...berapa percent dari seluruh umur kita digunakan untuk bertaubat dan beribadah? Umur yang kita selalu mintak byk2 tu...
100%? Bagus..atau
1 - 2 tahun? (ketika diberitahu mengidap penyakit kronik)

Juga, kebiasaannya...berapa percent dari seluruh harta dan rezeki yang Allah bagi free2 kat kita, digunakan untuk menolong orang, keluarga, masyarakat, AGAMA?
50%? Bagus - kongsilah rahsianya...atau
2.5 per cent? (zakat)
10 ringgit seminggu masa solat Jumaat?
atau RM 1000 setahun untuk duit raya budak2? (ni bukan kategori menolong ni..bukan sadaqah, tapi hadiah...)

Sebuah kisah fantasi dan imaginasi sendiri ketika menunggu bas di pagi hari..

Aku berjumpa dengan para remaja hip hop dan rockers serta punkers... dan bertanya...
Apa yang korang mahu?

Jawab mereka… (bukan semua)
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas.., barulah faham erti kebebasan..yoyo..yeah yeah!!

Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja , atau dah Isyak..nak witir dah.......lalu bertanya...
Apa yang Uncle dan Auntie mahu?

Jawab mereka yang tua-tua itu…(bukan semua)
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami menikmati erti hidup, merasai hasil penat lelah kami dulu…

Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai so-called intellectual and academicians and technocrats dan bertanya...
Apa yang Prof dan Dr2 mahu?

Jawab mereka…(bukan semua)
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun manusia, supaya manusia boleh hidup lebih lama dan kumpul lebih banyak harta

Hmmmmmm, tiga perkara di atas begitu penting sekali nampaknya…...
Sapa tak nak tiga perkara ni bukan?
-Harta
-Sihat
-Umur


Itu yang aku pun selalu doa: panjang umur murah rezeki ..hmmmmmm...

Baiklah, cuba kita pulang ke pangkal jalan sikit......tengok apa kata para sahabat r.a.hum
Apa yang mereka mahu?

Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud):
"Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?

Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah…(lebih kurang maksud):
"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa …, tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku…

Kata saidina Khalid ra selaku ‘pedang Allah’…ketika balik dari medan perperangan…
(lebih kurang maksud)
"Hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah…
Nota: (wahai ‘pedang Allah’.. Allah telah muliakan ‘pedang Allah’ dengan tidak pernah jatuh akan ‘pedang Allah’ di jalan Allah..subhanAllah..)

Maka telah jelas, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Panjang umur dan Harta yang melimpah ruah...

Sekarang, aku nak tanya diri aku balik.....
Sekali lagi, apa yang aku mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki....
urggghhhh.......!!! sah didiagnosiskan sebagai terkena penyakit 'wahan' (cinta dunia & takut mati)

Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu…?
Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU…

Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.)
Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud…
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku…, aku malu untuk minta sembuh…

Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael…
lebih kurang maksud…
"boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!"

Nabi Zakaria a.s ketika hendak digergaji hidup2 (dibunuh oleh ummatnya) telah diberi kata dua oleh Allah sama ada mahu kekal hidup dan ditarik pengiktirafan jadi Nabi atau mahu pasrah dan kekal dengan dugaan (iaitu dibunuh) Baginda telah memilih untuk mati kerana Allah.

Maka pembaca semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang….

Sekarang, aku nak tanya sekali lagi…
Apa yang aku mahu sebenarnya?
-"errr.......l"
(Isk..isk…)

O.k, Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?
Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya!!)

Apa yang firaun mahu?
"aku mahu panjang umur"

Apa yang Qarun laknatullah mahu?
"aku mahu murah rezeki"

Apa yang aku mahu?
".....aiseeeyyyhhhh....." tertunduk malu....
(no komen…)

Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?
Apa yang Abu bakar r.a mahu?
"aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu"
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)

Apa yang Aisyah r.a mahu?
"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!

Apa yang Umar r.a mahu?
"aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung"
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)

Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!

Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak..
Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
"aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan…"
Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!

Aku pulak?
Banyak betul masa yang ada untuk baca blog2 dan bacaan2 dan movie2, sinetron2, dan majalah hiburan, pancaindera, manggis, dan macam2 lagi yang TIDAK MENINGKATKAN IMAN..,

Jadi saya tanya awak semua pulak...(memandangkan usaha mendapat jawapan yang baik dari diri aku sendiri menemui jalan buntu)
Apa yang anda semua MAHU?
"err........chop......boleh tak jawab begini?":

"Ya Allah yang maha penyayang dan pemurah, kau
BERKATILAH umur ku,
BERKATILAH rezekiku,
BERKATILAH keluarga,
BERKATILAH kehidupanku,
Semoga ia menjadi sebab untuk aku TERLEPAS dari azab neraka Mu walau sesaat!"


InshaAllah boleh saya cuba...terima kasih atas cadangan tuan2 sekalian.


Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit "wahan" yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati…

Apa itu ‘wahan’?

Jawab nabi saw: "Cinta dunia dan takut mati!"
Dan ditambah sikit supaya kita (lebih2 lagi aku yang jahil ini), lebih memahami tentang apa itu "wahan"

Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan , di algebra dan dikalkuluskan, maka ianya dapatlah di buat kesimpulan bahawa itu adalah:

keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki.. adusss....

Tahukah kita bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah Iblis?
Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat..

Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka.

Akhir sekali, selaku bukan doktor, maka ada serba sedikit disertakan tanda tanda penyakit ‘wahan’,
Aku yang makan cili takkan orang lain terasa pedasnya kan?
Tanda tanda mungkin terkena penyakit ‘wahan’…

  • Mudah di tipu oleh skim cepat kaya…
  • Seronok bekerja hingga tak ingat solat jemaah
  • (Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang
  • Simpan duit banyak banyak dalam bank
  • Teringin nak jadi jutawan segera!!!
  • Nak jadi penyanyi
  • biarkan tanah perkuburan tuk nenek abah mak semak samun..
  • tengok Masjid kosong tak rasa apa apa.
  • Pergi pasar malam waktu azan
  • Pergi shopping hari Jumaat waktu azan zohor sedangkan belum datang bulan…
  • Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
  • Bercita cita nak tengok, spiderman part 3, superman return part 2, dan macam macam part lagi
  • Suka tengok drama TV yang bersambung…
  • Suka tengok hiburan atau sukan secara ‘live’ (sempat amik wudhuk, tapi tunggu iklan untuk solat secara express)
  • Malas baca Al-Quran
  • Malas solat jemaah
  • Selalu forward email merapu
  • Suka tengok bahagian dada perempuan.
  • Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
  • up date lagu terkini di carta TV/radio
  • Suka hias kereta
  • Suka kipas boss banyak2
  • uka jugak kalau boss kipas kita - tersipu2 senyum ke telinga
  • Suka bermain kata2
  • Up date blog hari hari - apa2 jelah asalkan update
  • Baca blog yang cerita hal dunia sahaja - keluarga, hobi, artis, hiburan, anak2 pergi sekolah, anak2 balik sekolah, pasal makan tempat mahal dan mewah etc..
  • Takut hantu
  • Takut melihat kereta mayat, rumah mayat, tempat mandi mayat
  • dan banyak lagi perkara yang LANGSUNG TAK MENINGKATKAN iman!

(clue: ingat tak ahli neraka mintak apa?) gunakan dengan baik..

Apa2 hal, bertaubatlah hari2 , Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang tidak akan letih menerima taubat kita, kita yang letih bertaubat dan letih buat dosa...

Sekian…


Ps: Jadi ahli kubur baru lah tahu apa yang di mahu…oh!.


p/ps : Kesusahan yang ditanggung oleh seorang ahli kubur, kalau nak dibandingkan dengan semua kesusahan semua umat manusia dari Adam a.s hingga ke manusia terakhir atas bumi dan dikumpul dan dijumlahkan, maka kesusahan seorang ahli kubur itu adalah lebih besar!

Friday, May 16, 2008

Siapa Anak Murid Cemerlang , Gemilang dan Terbilang

Selamat Hari Guru , Cikgu.
Hari ni hari guru utk tahun ini.
Siapakah guru kita? Dimanakah mereka?
Kalau dirumah, sihatkah mereka? Tengah buat apa ye?
Kalau di hospital, tengah kena operate ke? Doakan mereka selamat.
Kalau dalam kubur, doakan kesejahteraan mereka.
Harap tidak terseksa, kerana mereka banyak berjasa pada nusa dan bangsa.

Ce wahh..

Sejak aku ditiduri oleh seorang yang bergelar cikgu tiga tahun lalu, aku semakin memahami perasaan seorang cikgu.
Memahami apa dipikiran mereka.
Apa yang mereka sukakan, apa yang membuat mereka tersenyum, apa yang membuatkan mereka menangis
Apa yang mereka gusarkan, khuatirkan, harapkan.

Kalau sakit pun nak MC rasa berat sebab "next week budak nak periksa"
Kalau letih tak tidur malam sebab "kena tanda paper ni sebab diorang nak tahu markah diorang esok, so ada masa nak buat post morterm"
Kalau dah nak pengsan, tapi pergi jugak program tuisyen PIBG pasa waktu malamnya sebab "diorang berharap sangat, kesian budak nak belajar"
Dan macam2 kebimbangan seorang cikgu.

Tahniah dan terima kasih cikgu2 yang berdedikasi sekalian.

Namun, ada jugak cikgu yang berdedikasi, tapi sgt tak bagus.
Nama dia Syaitan.
Dia byk jadi cikgu kita , ajar itu dan ini.
Ajar supaya jgn ikut sunnah Nabi SAW, malah perlekehkan pula.
Cikgu Syaitan ada macam2 dan sgt licik.
Mendampingi kita di kala kita tidak ingat Allah (kalau dalam 24 jam sehari, majority time tu kita tak ingat Allah, itulah cikgu kita - jgn lupa bagi bunga ye sempena hari guru.)

Ikutlah "Cikgu" yang Allah turunkan untuk diteladani dan diikuti.
Dah lah dari jenis makhluk terbaik, pulak tu, manusia agung.
Sahabat yang hidup dizamannya dikatakan sebaik baik ummat.
Itulah "Cikgu" yang sentiasa teringatkan kita, risaukan kita hingga dah nak wafat pun masih sebut pasal kita.
Risaunya Muhammad SAW pada kita, mengalahkan risaunya cikgu2 kita atas perangai dan pendidikan kita.

Kalau cikgu yang saya tiduri itu risau anak muridnya tak score exam, atau tak tahu membacatulis utk kehidupan yang amat sementara ini,
apatah lagi kerisauan baginda SAW terhadap umatnya iaitu kita untuk menghadapi barzakh, mahsyar, titian sirat...
Namun sering kali kita yang macam tak risaukan diri kita..Buat relaks je.....Mati lambat lagi.......................


*Pernah tak bila kita lalu kawasan kubur, kita terpikir, dulu orang dalam kubur tu pun lalu tepi kubur macam aku skang ni jugak, last2 masuk kubur..
Nanti aku pun cam tu jugak...


Kalau guru2 dapat hadiah sempena hari guru, untuk "Cikgu" terulung, marilah kita basahkan bibir kita dengan selawat ke atas Nabi SAW, dan tajamkan fikir kita, mengikut cara fikir dan kehendak Nabi SAW.

O.k lah pendek saja kali ni, al maklumlah..busyyyy (konon)

Gua sibuk. Lu pun sibuk.
Tapi jangan lah kita sibuk sampai takde masa langsung untk ingat Allah dan melebihkan masa untuk Allah.
Jgn busy sekarang dan busy dimahsyar.
Biar busy dgn kerja yang Allah perintahkan (dakwah) agar tenang dan rehat di akhirat.
Allah is Most Merciful.
Marilah kita berlumba-lumba merebut Mercy-Nya.
We'll need it kat Masyhar nanti gua cakap lu.
Silamat hali gulu.
Babai dulu.
"Wassalamu"

p/s - oh ya, jgn lupa pada cikgu sekolah memandu....

Thursday, May 08, 2008

Kapal Korek, Kapal Selam dan Kapal biasa2 je

"You jump, I jump...."
Tagline yang amat femes bagi mereka yang pernah menonton filem Titanic ala hollywood.
Errrr..tapi bagi yg tak pernah tengok...tak payah la pulak nak tgk ye...
dan ...eerrrghh...Yang dah pernah tertengok tu, doa2lah diampunkan Allah kalau ada perkara2 yang Allah tak suka dalam filem tu..(banyak....aurat, aurat lagi, dan aurat, urat, zina, zina lagi, dan lagi... pergaulan bebas, judi, melukis guna model yang tuuutt..., ayat2 bunuh diri sebab cinta makhluk, dan macam2 lagi...arghhh...semua dosa belaka..so tak payah tengok..)

Sebenarnya, apa yg nak diceritakan bukanlah pasal filem titanic..
Nak cerita pasal kapal....

Tapi sebelum cerita pasal kapal yang belayar di samudera raya yang menjaga nama ibu pertiwi dari angkara murka....kita masuk dulu ke dalam kapal ala2 time machine....utk mengembara ke zaman sebelum dan selepas hijrah Rasulullah dan Abu Bakar As Siddiq.

To be exact..nak cerita pasal Abu Bakar RadiallahuAnh (RA - RedhaAllah ke atas dirinya).

Auta:
Nama Abu Bakar ialah Abu Bakar
Fakta:
Nama sebenar dia bukan Abu Bakar tetapi ialah Abdullah ibni Abi Quhaafah
dan nama panggilan dia pun bukan Abu Bakar, tetapi Abu Bakr..

Auta:
As Siddiq ialah nama bapak atau nama keluarga dia
Fakta:
As Siddiq ialah gelarannya kerana sentiasa yakin dengan kebenaran Nabi, dari segi apa pun...

O.k...
Serba sedikit tentang Abu Bakr RA..(kalau nak tulis semua, tak tidur lah aku malam ni (sebab aku pun tak tau semua..hehehe)...pi baca sendiri kat internet ke..ngaji ngan Ustaz ka..)

  • Orang pertama selepas Nabi SAW yang membuat kerja dakwah, menyampaikan agama kepada kaum yang sgt buruk akhlak dan sudah jauh terpesong
  • Pernah dipukul hingga pengsan, tetapi selepas bangun dari pengsan terus menanyakan tentang keselamatan Rasulullah SAW, hingga menyuruh ibunya memapahnya untuk berjumpa Rasulullah SAW
  • Dia seorang hartawan, businessman, namun dia telah mengorban hartanya untuk HIJRAH
    Mengorbankan SELURUH (rumah licin, tinggal habuk je..macam cerita tiga abdul yang kedai kena lelong ) hartanya untuk perang Tabuk sehinggakan baju yang dipakai dibuat dari guni dan butangnya dari duri2 tumbuhan. Diriwayatkan, ketika Jibrail alaihissalam turun untuk berjumpa Nabi SAW , baginda telah terkejut melihat Jibrail memakai pakaian seperti Abu Bakr (baju dari guni dan duri utk butangnya) JIbrail menerangkan, Allah teramat gembira dengan pengorbanan Abu Bakr sehinggakan seluruh penghuni langit diarahkan utk memakai pakaian seperti Abu Bakr RA!!! Subhanallah


Dan macam2 lagi pengorbanan yang dilakukan oleh insan yang digelar ABU BAKR AS SIDDIQ RA.
Kenapa dihighlightkan Abu Bakr RA pada kali ini?
Kerana agama ini memerlukan pengorbanan. Hanya dengan pengorbanan kita akan lebih FAHAM agama.


Jangan selalu tanya :

  • kenapa aku nak buat baik, tapi aku tak dapat buat baik?
  • kenapa aku tahu, tapi macam tak faham macam mana nak buat sebab aku tak selesa dan malu.
  • kenapa orang tu boleh bangun solat tahajjud atau subuh, tapi aku ngantuk dan tak tersedar?

dan macam2 kenapa lagi..


Kerana Abu Bakr RA byk berkorban dan paling banyak berkorban....
Kefahaman Abu Bakr RA tentang ISLAM adalah sgt berbeza dari sahabat RA yang lain...one level higher kata org putih, dan kadang2 hitam atau kemerah-merahan.
Allah bagi kita pemahaman berbeza, mengikut perngorbanan kita yang ikhlas mengikut cara tertib dan sunnah Rasulullah SAW.


Contoh

  • Ketika Nabi SAW bagitau yang Allah dah sempurnakan agama, sahabat RA yang lain semua bergembira kerana agama telah lengkap di zaman mereka, namun Abu Bakr RA menangis. Bila ditanya oleh mereka yang ala2 "tak tercapai akalku" itu, Abu Bakr RA berkata, dia nangis sebab Allah SWT akan memanggil balik RasulNya SAW kerana tugas sudah selesai. Nabi SAW akan wafat tak lama lagi. Maka ketika itu barulah sahabat RA yg lain menangis. Abu Bakr RA yang faham dulu.....! Hanya akal dia yang tercapai dahulu!!
  • Ketika Nabi SAW wafat, Umar AL Khattab RA tidak boleh terima kenyataan. Dia akan pancung sapa yg kata Rasullah SAW wafat. Uthman bin Affan jadik tak keruan, sedih hingga mengasingkan diri di dalam rumah. Namun Abu Bakr yang bersaiz kecil telah menumbuk didada Umar yang gagah perkasa dan menarik janggut Umar (utk menyedarkan Umar) dan mengatakan kepada sahabat RA yang lain, (mafhum) "Barangsiapa yang menyembah Muhammad SAW, maka Muhammad telah mati, namun barangsiapa yang menyembah Allah Ia tak akan pernah mati."


Dengan 2 kisah ringkas ni, kita dapat tahu bahawa pemahaman Abu Bakr "lain macam". Pelik kalau kita "tak nampak" apa yang dia nampak.

Dia faham kehendak Nabi SAW, dan kehendak Allah dek kerana pengorbanannya kepada Nabi SAW, kepada Agama!

Sekarang di manakah pemahaman kita dalam agama? Banyak bercelaru? Banyak Tak endah? Banyak tak kisah? Banyak confuse? Banyak soal/songeh?
Banyak alternative? Banyak khilaf? Banyak tak sama? Banyak mengelak? Banyak nak ambil mudah? Tak nak berkorban susah payah utntuk agama? Susah nak berkorban?
Berat jika suami nak pergi kelas agama atau bagi komitmen dekat surau/masjid?
Harap kita bukan macam tu....

Diriwayatkan, ketika hari kiamat, dan pengadilan hendak bermula, KEMURKAAN Allah sedang berada di kemuncaknya...
Semua Nabi takut untuk berjumpa Allah....masing2 sibuk menghitung nasib masing..
Nabi Ibrahim AS risau akan tiga perkara.....salah satu ialah sebab dia menipu mengatakan bahawa berhala yang paling besar yang memecahkan berhala yang lain di dalam kaabah....(sampai begitu sekali kerisauan ketika dihari pengadilan....kita kena risau la ye dak?)
Dan Nabi2 lain juga...
Namun tatkala disebut dan dihadapkan Abu Bakr RA didepan Allah, kemurkaan Allah telah pudar, dan umat Muhammad SAW telah dibicarakan dahulu sebelum umat2 yang lain.


Kenapa?

Kerana Allah telah turunkan hidayat ke bumi dek kera permulaan usaha Abu Bakr RA.
Dia telah membuat kerja para Nabi-Nabi. Dia orang pertama yang bukan Nabi yang menyampaikan. Berdakwah dengan yakin tanpa rasa takut.
Banyak pahala orang ISLAM, dia mendapat sahamnya....kerana dia memulakan..memang multilevel marketing yang sgt berbaloi! Kalah Beautiful atau BioLife Water punya MLM. Memanglah boleh dapat Toyota Wish.....
Wah..beruntunglah dia.....beruntunglah dia...
Itulah nikmat pengorbanan...Diberi kefahaman tentang agama dan kehendak Allah....

DAN PENGORBANAN MENGIKUT CARA YANG PALING MIRIP SEPERTI YANG DIANJURKAN DALAM SUNNAH2 RASULULLAH SAW adalah pengorbanan yang InshaAllah diterima dan paling disukai


Maksud menjadi muslim ialah...
Ketika kita berbuat apa saja termasuk buang air kecil, kita faham dan kita tunaikan kehendak Allah di saat itu...itu saja.....(dalam nih!)


Baiklah..apa kena mengena cerita kapal??
Kapal memerlukan air untuk berlayar...
Apakah erti kapal kalau tidak dapat berada di atas air dan belayar?
Kalau di darat, ada kapal jadi museum atau bahan pameran, dan ada yang jadi restoran....
Maka tidak berfungsilah Kapal itu...
Air amat diperlukan untuk sesebuah kapal menuju destinasi, satu tujuan, satu harapan...
Tapi kalau air masuk dalam kapal..maka nahaslah...kapal akan karam, dan tenggelam, tak sampai destinasi, tak sampai tujuan, cuma jadi tukun tiruan...


Begitu juga kita...manusia
Dunia amat kita perlukan..untuk sampai ke destinasi kita - SYURGA
Tapi kita akan KARAM jika dunia telah masuk ke dalam diri kita...

Ambil sikit2 sudahlah..yang perlu2...boleh nak cantik dan berharga, tapi ikut kemampuan, jgn nak bergaya, kalau berkualiti apa salahnya..jadilah pengguna bijak!
Jangan kumpul harta menimbun sebab itu bukan cara Rasulullah SAW dan ABu Bakr RA...
Jangan karam sebelum sampai destinasi....
Ambillah sekadar perlu..Jangan tamak lalu gunakan sepenuh masa dan kudrat yang ada untuk DUNIA.
Lebihkan masa untuk agama, bukan seimbang..tapi lebihkan!


Abu Bakr RA yang kaya raya sangat berhati2..
"Air" yang banyak....tak pernah diambil..cuma digunakan utk Allah dan agama..

Sejuta dollar Amerika (yang jatuh nilainya) kalau berada didalam akaun kita...Allah tak pernah marah.
Namun jika hanya satu bhat Thai berada di dalam hati kita..itulah yang Allah murka!!!
Jangan sayang sgt kat dunia dan harta benda, berjimat dan cermat itu dituntut, tap ibyk kes jadi terlalu sayang sampai takut bagi pinjam kat org, takut hilang, rosak dan sebagainya! Bukankah itu semua dari ALLAH!?


Janganlah jadi kapal korek, berada di darat, menggunakan air utk beroperasi, tapi tak bergerak2 menuju apa2 destinasi
Jangan juga jadi macam kapal selam, tenggelam dalam air, last minute nak sampai baru nak timbul.....itu pun kalau sampai


Janganlah kita karam di lautan DUNIA....ya kawan2..

Thursday, January 24, 2008

Tom Yam Ayam ke Tom Yam Seafood?

"Tom Yam Ayam untuk dua orang, kailan ikan masin, telur dadar dan air tembikai satu, ais kosong satu," sambil menyapu air liur yang meleleh, aku mengorder makanan.

Sungguh menggiurkan bila lunch pukul 4 petang ni. Lapar tersangat2. Semua benda nampak sedap.
Aku dan emak kepada anak2 aku pergi makan berdua je, tanpa anak2. Mesti syok makan tanpa gangguan. Ada feel.....

Sambil mengorder, aku usik mengusik isteri ku yang sudah lali dgn lawak basi aku. Sesekali perut berbunyi, tanda kelaparan yang amat sangat. Nafsu makan memuncak. Tahap maksima. Mesti impak maksima bila makanan masuk nanti.

Dan selepas 10 minit menunggu dengan sabar, makanan pun sampai.....
Tatkala melihat makanan yang baru sampai, hati ku berkata,
"Apa!!?? Tom Yam sea food??"
"Aiseh...potong la pulak....aku order tom yam ayam. Sejak bila ayam duduk dalam air? Kalau iya pun, air masin ke air tawar, atau ayam kolam pancing ni?" Hati jahat ku bernada sinis.....

Melihatkan aku berkerut dengan buruk sekali, isteri ku senyum, sebab sudah masak dgn perangai aku.

Dia pun kata," Takpelah bang. Ok je"

Aku terus jadik sejuk dan cool...Asalkan isteri aku bahagia...aku Ok je...hehe

Dan aku terus menginsafi diri ku...
Mula2 kalau ikut hati aku yang belum bersih ni, ingat nak komplen, nak panggil manager, nak saman dan macam2 lagi.
Astaghfirullahalazim. Mudah sungguh syaitan menjentik nafsu amarah aku.
Nasib baik tak jadi macam ada filem dolu-dolu yang ada si suami nak pancung leher bini sebab masak sambal tak bubuh belacann....Appaaaa daaa..

Persoalan di sini.

Yang aku nak marah tu apa hal?
Ingat Allah tak tahu yang aku order tom yam ayam?
Kalau aku dah tahu yang Allah tahu aku order tom yam ayam, apsal aku dapat tom yam sea food?
Adakah Allah saja2 nak naikkan kemarahan aku?
Adakah perlu aku marahkan dan susahkan si pengambil order yang tersilap?
Adakah memang ayam sekarang sudah benar2 duduk dalam air dan dikategorikan sebagai seafood?

Oh...
Dunia ini tempat ujian, akhirat jualah tempat yang kekal abadi.

Allah Maha Pengasih, Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Adil. Maha Suci Allah.

Allah Maha Pengasih sebab dia telah selamatkan aku dari membuatkan hidup orang lain susah dengan komplen macam bagus aku..

Allah Maha Bijaksana kerana Dia telah menghantar klu melalui isteri aku supaya aku tak marah setelah saja2 diuji dengan tom yam yang salah.

Allah Maha Adil kerana dia nak mengingatkan aku, bahawasanya, Aku LAGI BANYAK MEMBUAT SALAH KEPADANYA, namun dia tetap kasihankan aku dengan beri aku rezeki, kesihatan, kesejahteraan, keamanan. Maka aku juga sepatutnya berbuat benda yang baik kepada orang lain, tidak kira macam mana salahnya orang itu.

Maha Suci Allah yang telah beri aku ujian yang sama padan untuk aku yang lemah diuji ini. Dan Alhamdulillah kerana telah memberi kefahaman dengan peristiwa ini.
Aku yang kurang sabar pada mulanya.

Kalau kita mahu Allah pandang kita dengan pandangan ihsan, maka kita juga kena kasihankan orang lain.
Dalam kes ini, kita boleh belajar memaafkan orang lain, memudahkan urusan orang lain, melupakan kesalahan orang lain, supaya dengan kebaikan kita itu, Allah juga akan mudah memaafkan kita, memudahkan urusan kita di mahsyar nanti dan 'melupakan' kesalahan kita yang amat banyak ini.

Ampunkan kami Ya Allah, dan masukkan kami kedalam syurgaMu, tanpa sesaat pun berada ni nerakaMu, hatta walau hanya untuk asap Neraka itu pun.

Baru2 ini, aku kesusahan. Namun ada insan yang sudi menolong. Secepat kilat bantuan diberikan. Sungguh ikhlas, Sungguh mengharukan. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada hidupnya, keluarganya dan ibu bapanya. Ameen.

Insha Allah, jika kita buat benda baik kerana Allah, Dia akan hantar pembantu dan tolong selesaikan masalah kita. Kepada Allah jualah tempat mengadu.

Kita ini sebenarnya tidak ada apa2. Semuanya hak Allah. Diri kita ini diharamkan untuk sombong dan ego. Pantang ada orang lain salah, kita cepat je nak menghukum, dari memaafkan.
kalau maaf pun, dalam hati kata..."takpe, aku kasi can"
Kalau nak marah, ada cara dan tempatnya. Ada perkara kita wajib marah, dan ada perkara kita wajib tahan marah. Lelaki yang macho ialah lelaki yg dapat kawal kemarahannya.

Nabi SAW tak marah bila Aisyah isterinya mengatakan kepadanya "Jangan berbohong". Hanya kerana Aisyah sedang berhadapan dengannya sebagai individu, bukan sebagai Rasulullah. Personal matter. Tapi Aisyah dapat jugaklah sedas dari bapanya sendiri (Abu Bakar RA) kerana bohong itu ialah sifat mustahil bagi Rasulullah SAW.

Nabi SAW tak marah bila penduduk Taif baling batu bertubi2 sampai dirinya luka kerana hanya dirinya sendiri yang luka-luka.

Nabi SAW tak marah bila baginda dikasari oleh seorang Yahudi ketika menuntut hutang, malah menyuruh Umar RA membayar lebih sebab Umar RA ada mengugut Yahudi itu setelah Yahudi itu bersikap kasar kepada Rasulullah SAW.

Nabi SAW tak marah terhadap orang buta yang mengatakan baginda penipu, malah setiap hari baginda menyuap orang tua itu makan dengan begitu kasih sekali.

Namun Nabi SAW amat marah bila Aisyah memfitnah madunya yang lain. Kerana perbuatan fitnah itu menyalahi agama.

Nabi SAW juga amat marah ketika Raja Kisra mengoyak surat utusan dari seorang Rasul Allah (surat utusan Allah dan bukan surat peribadi)

Maka renungkanlah....apakah punca2 kemarahan kita???

Sikap sombong dan meninggi diri kalau ada dalam diri, maka Nerakalah tempatnya. Walau sebesar zarah. Ingatlah, kita dapat berfikir dan berkata2 pun dengan izin dan ihsan Allah.Sedarlah siapa kita, maka kuranglah rasa nak marah kita. Rendah diri. Be humble.

Kalau kita jadi customer yang always right pun, janganlah nak pandang lekeh waiter yang tersalah.
Kalau kita jadi boss yang I am da boss pun, janganlah suka2 nak tengking, marah dan hina orang lain yang di bawah kita. Menyakiti hati seorang muslim itu HARAM.
Kalau kita jadi suami yang mengetuai keluarga pun , jangan sewenang2nya nak marah isteri. Dia tu kan teman tidur kita, dan mengharap didikan kita.
Kalau kita jadi anak yang telah berjaya dalam hidup, jangan kita pandang remeh permintaan keanak-anakan orang tua kita. Sabarlah melayan mereka.Orang yang paling rugi ialah orang yang dewasa dan hidup bersama orang tuanya di penghujung usia mereka, tapi tak dapat berbakti semaksimum mungkin kepada mereka.
Kalau kita jadi pemandu bas yang super coach, jangan ingat orang naik bas tu semua faham perjalanan bas kita sampai tak boleh salah sikit, kena tengking.
Kalau kita jadi orang yang approve itu dan ini pun janganlah orang yang tersalah isi borang kita perli atau maki.

Allah hantar semua perkara yang bercanggah dengan nafsu dan kehendak personal kita ialah semata2 untuk menguji kita.
Allah dengar doa kita, Allah faham doa kita, Allah mengerti kemahuan kita.

Tapi Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.

Kita perlukan didikan untuk berjaya ke syurga. Kita perlu belajar sabar untuk menjadi ahli syurga. Kita perlu berkasih sayang dan kasihankan orang lain untuk memudahkan mendapat syurga.
Kita sebenarnya kadangkala lebih memerlukan tom yam seafood daripada tomyam ayam walaupun kita order tomyam ayam.
Kita yang tak tahu. Tapi selalu tak ingat dan perasan tahu.
Allah Maha Mengetahui. Istighafar........

Thursday, January 03, 2008

Bila Iman nak meningkat? Bila......?

Assalaamu'alaikum Warahmatullah kepada sesiapa yang membaca.

Kawan-kawan saya
Atau bukan kawan-kawan saya
Yang juga saudara saudara seislam saya
Yang juga seperti saya – hamba abdi Allah, yang akan dipertanggungjawabkan – bagaimana kita semua menghabiskan masa di dunia ini – dengan kita menjawab SEMUA soalan - satu persatu – di hari pengadilan kelak – di mana masing2 akan mendapat balasan dan habuan masing2, untuk SELAMA-LAMANYA…bukan sampai bila2..actually tak ‘sampai’ bila2 pun..infiniti..

Saudara-saudaraku yang dikasihi sekalian

Macam mana anda bernafas hari ini? Baik? Bagus? – Alhamdulillah – itulah rahmat Allah, sangat hebat sehingga kita lupa akan rahmatNya.
Ingat tak bila kali terakhir kita kena selsema? Hidung tersumbat? Batuk! Batuk! batuk! ?
Mesti kita bawak sapu tangan atau kotak tisu kemana jua.
Urut2 dada (sendiri) bila sakit sebab batuk, gosok kerongkong, komplen pasal buat keja pun jadi slow, nak berjalan pun tak larat, moody.

Itu semua sebenarnya kawan-kawanku, percikan-percikan amat kecil dari Neraka Jahannam, yang Allah bagi kita supaya dapat ‘cuba2 rasa sakit’ untuk menghapus dosa kita, yang telah kita buat secara sedar atau pun tidak dalam hidup kita hari2.
Namun kita rasa ianya biasa..nanti pulihlah…takde pelik pun..semua orang kena…kan.
Kita memang tak berapa nak nampak ‘peringatan’/’hint’/’clue’ dari Allah.
Allah sayang kita, lalu Dia dengan MAHA bijaksana, beri kita sakit. Kita yang selalu tak bijaksana dengan mengeluh dan tak ambil iktibar.

Kita merasakan kesihatan kita, keselamatan kita dan kesejahteraan kita, dan kesihatan keluarga kita, keselamatan keluarga kita dan kesejahteraan keluarga kita, kita yang jaga atau family doctor yang jaga, atau company doctor yang jaga, atau Jaga yang jaga.

Amat jaghang-jaghang sekali kita fikirkan hidup kita.
“Get a life” kata owang putih. Ya, get a good akhirat life! Itulah maksud yang kita patut terjemahkan.

Saya bukan nak cakap pasal karier kita, atau cakap pasal umur 40 nanti saya dah jadi macam ni, macam tu, ada benda ni , ada benda tu. Juga bukan pasal cita-cita untuk ‘berjaya’.

Bukan tak nak cakap, tapi memang dah ramai yang cakap, kawan2 kita, sedara mara kita, boss kita- semua cakap pasal tu, seperti apa yang Fortune magazine selalu huraikan.
Saya nak cakap pasal Kejayaan Sebenar bila pulang ke kampung halaman nanti.
Ye lah..Kejayaan yang diterima, disukai, diredhai Allah, dan bukan kejayaan yang didefinasikan oleh Fortune magazine.

Fitrah dunia ini ialah – atas apa benda kecil atau besar di sisi Allah, biasanya kita tak kan dapat pulangan yang serta merta (ada kes2 terpencil di mana Allah saja nak beri tunjuk)
Ia telah disimpan oleh Allah untuk Dunia (alam) yang lagi satu. Yang kekal abadi.

Ganjaran kepada setiap perkara selalunya tidak ditunjukkan di dunia ini.
Allah mahukan kita percaya tanpa melihat. Allah mahu kita yakin tanpa melihat. Itulah Iman.
Itulah sebab rukun Iman ada kata percaya kepada…percaya kepada.
Dan Iman ini disokong oleh kelakuan kita dan cara kita menjalani kehidupan di dunia ini.

Kita semua tahu Solat berjemaah di masjid atau surau adalah 27 ganda lebih dari solat secara solo atau single. Tapi kita tak nampak hasilnya kan?
Tapi cubalah bayangkan, lepas solat kat rumah, masa nak lipat sejadah tu, ternampak di bawah sejadah ada RM 1.00. Orang malas pun akan solat kalau macam tu kan?

Dan, cuba bayangkan, bila kita solat secara berjamaah, angkat sejadah, di bawahnya akan dapat RM 27.00. Wah!!! Pasti restoran, kedai makan, pusat mega sale, cafĂ© akan kosong dan lengang di waktu makan tengahari, maghrib dan Isya’ dan lain2 waktu juga.

Masjid pula akan penuh oleh orang lelaki. Padat. Mungkin kena buat tambahan. 5 tingkat. Surau roboh sebab ramai sangat berebut nak solat. Takpe tengah padang pun boleh. Air cond atau tidak? Tak menjadi masalah.

Perempuan pula berebut solat awal waktu di rumah. Yang tengah memasak pun matikan api, yang tengah menyiang ikan terus basuh tangan, yang tengah sidai baju berlari ambil wudhu’.

Bagi yang ingkar pulak, yang melengahkan solat, meremehkan berjemaah, satu minit lengah dengan sengaja kita akan terasa ada tahi terpalit atas kepala, busuknya boleh cium hingga 1 kilometer. Nak hilang bau amat payah. Jadi, bila terjadi macam tu, baru ramai-ramai akan elak dari lewat bersolat. Apatah lagi meninggalkan solat!

Itulah – fitrah kita. Kita dah biasa dengan hasil. Nampak hasil. Nak tengok hasil. Nak rasa hasil. Kita tak mahu dengar janji. (tapi kadang2 janji gores dan menang kita dengar pulak...hehe) Ini yang kita nak. Nak tengok dulu.

Namun Allah dengan kebijaksanaan tahap lebih jauh MAHA hebat dari tahap gaban, berkata mafhum bahawa Dia mahu lihat sama ada kita percaya apa yang Dia janjikan, barulah akan dia anugerahkan kelak. Adakah kita percaya?

Iman dan Yakin adalah dua perkara yang amat kurang dalam diri masyarakat sekarang, termasuk diri saya. Bila Iman tipis, yakin kurang, maka kita tak akan nampak kepentingan menurut segala perintah Allah lagi. Kita tak berminat dengan agama LANGSUNG. Agama remeh, leceh, sellow, sempit, kuno, boring, tak berevolusi, tak dinamik dan sebagainya.

Solat jadi lesu, lemah, layu, takde roh, takde semangat, takde hati, takde khusyu, takde ketaatan, takde minat. – semuanya pasal Iman dan yakin yang lemah.

Kita tak nampak perbezaan ambik riba/ beri riba (credit card) dan jauhkan riba, jauhkan zina (remember sambutan tahun baru yang lalu?), jauhi zina mata, tangan, mulut, telingat, hati, fikiran dan juga meremehkan jaga lidah (mengumpat).

Ramai yang secara merendah diri cakap…ya, benar, “Iman saya lemah”..”Iman saya lemah” . Tapi tak ramai yang mengaku :

“Ya Iman saya lemah, tapi saya sebenarnya tak kisah pun. Sebab tu Iman saya tak pernah improve dalam tiga, empat, lapan, duabelas tahun kebelakangan ni. Saya sama seperti 5 tahun dulu. Secara jujurnya hanya mulut yang berkata, tapi hati saya tak kisah pun pasal Iman saya sebab tu masih ditakuk lama.
Yang saya kisahkan ialah gaji tambah berapa, saya dan keluarga gembira, dan ramai kenalan serta popular. Hidup riang ria. Happy sampai takut nak pikir mati. Mati lambat lagi.

Itulah lumrahnya...itulah hakikatnya yang berlaku..

Kawan-kawanku tersayang,

Saya dan anda semua kena bagi masa. Carik masa, Jadi kreatif, curik masa,(jangan bagi syaitan curik), create masa untuk meluangkan diri kepada agama Allah, bagi memperbaiki diri.

Kita dapat lihat kesungguhan di tempat kerja, di padang futsal, di reunion-reunion. Marilah kita juga letak kan motivasi yang lebih lagi dan kesungguhan pada Agama juga. Insha Allah..Ameen.

Tahun baru 1429 hijrah semakin hampir. Tak perlu disambut. Boleh digunakan untuk muhasabah.
Berazam. Berani Berubah kata Proton….apa kata anda??

p/s - yang menulis memang belum perfect. kalau nak tunggu perfect, gamaknya takde lah yang menulis atau mengingatkan, sebab kita human ni kan perfectly imperfect...