Friday, February 09, 2007

Adakah Kita Faham Rasa Durian? (aku pun tak paham)

Atan ialah seorang pengkaji durian yang tersohor di dunia.

Dia mengkaji pelbagai jenis durian di seantero dunia. Asal usul durian, struktur dunia, bangsa pemakan durian, cara durian jatuh, bunyi durian jatuh, bila durian jatuh, cara memakan durian, cara mengupas durian, alatan yang digunakan, gelaran raja buah, harga durian, gred durian, opportunity hasil durian , by-product durian, kegunaan kulit durian, kolestrol dalam durian, warna durian, tinggi pokok durian dan segala pasal durian n such

Dia mengkaji juga musuh2 durian, pencuri durian, kebaikan durian, sumbangan durian, durian tak bermusim, cara durian dijual, pesta buah durian, lawak durian, sejarah durian, asal usul nama durian, durian tembaga, emas, kuprum, aluminium, platinum dan macam2 lagi termasuk millennium.

Segala forum, ceramah, dia cuba libatkan diri. Kertas kerja dan pendapat dibentangkan. Seminar di hadiri dan diusahakan,segala buku sains, fakta sains mengenai durian dia dah baca.
Journal-journal diterbitkan, interview oleh media dipenuhi dan berbagai2 lagi kegiatan berkenaan durian.

Dia juga sedang dalam usaha untuk menubuhkan Universiti Deghoyan (sebab dia orang Peghok Daghul Ghidzuan)
Namun disebabkan harga durian yang agak merosot dua tiga tahun kebelakangan ini, usaha itu agak lembab dan hampir terbengkalai.

Hasil usaha gigih dan kecintaanya, dia juga mendapat anugerah Nobel Durian, anugerah yang hanya ada satu di dunia ini, dan tidak akan ada duanya, sebab takde orang pelik sangat macam dia ni.
Sebuah tugu berupa separuh badannya terkeluar dari buah durian yang telah dikupas, telah didirikan di dataran sebuah pecan kecil di Perak

Namun, sekarang ini, diberitakan bahawa, dia terlantar koma di sebuah hospital terkemuka di dunia.
Hanya kerana satu soalan dari budak darjah 4, Sekolah Kebangsaan Durian Sedap.

Soalannya berbunyi : Professor Doktor Atan, bagaimanakah rasa durian itu dan adakah doktor suka makan durian?

Tatkala mendengar soalan itu, pucat lesi muka doktor. Jantung berdegup kencang, nafas turun naik. Dia tak tahu menjawab soalan itu sebab sebenarnya dia tak suka makan durian dan tak pernah menjamah durian. Dia juga tak pernah menunggu durian jatuh, mengutipnya, mengupasnya dan memakannya dengan tangan sendiri.

Maka, dalam masa kurang seminit, dia pun rebah, dan koma hingga ke hari ini.
Koma, mungkin kerana malu atau koma mungkin kerana Allah nak tunjuk, cakap byk2 tak guna..pi buat la…….

Sungguh menyedihkan, sungguh pathetic sekali certia Penerima Anugerah Nobel Durian ini.

Macam tu jugaklah jadinya kita (naudzubillah) jika kita hanya baca, baca, baca, bertanya, bertanya, bertanya, bercakap, bercakap dan bercakap pasal ISLAM.

Kutuk sana, ulas sini, komen sini, caci sana, debat sini, assume sana, assume sini. cakap pong pang, pong pang dan macam2 lagi. (Macam aku lah ni)

NAMUN, perkara paling pokok dalam ISLAM kita tak buat. Kerja utama bagi mereka yang MENGAKU ummat Nabi Muhammad SAW.

Kita tidak SUNGGUH2 berkorban pada jalan Allah, berdakwah dan menyampaikan secara istiqamah.
Kita tidak SUNGGUH2 beramal (without fail) dengan setiap yang kita tahu.
Dan kadang2, walaupun kita dah tahu, sebab kita tak boleh nak amal, kita carik pulak reason supaya kita tak payah amal, pandai2 nak ubah ISLAM ikut selera..
Aku berkomen lagi……alahai…aku ni….

Kita tidak menunggu, mengutip, menatang, memperhalusi, menghurai, memahami, mengamalkan dan mengorbankan diri untuk ISLAM.

Sekarang dah ramai professor yang bukan ISLAM mengajar pendidikan ISLAM di universiti serata dunia.

Sebab tu ISLAM sekarang, ramai yang TAHU, tapi sedikit yang FAHAM
Dalam sedikit yang FAHAM, sedikit pulak yang AMAL,
Dalam sedikit yang AMAL, sedikit yang DAKWAH (ajak orang amal)
Maka, marilah berdakwah secara istiqamah..
Kerana dengan asbab berdakwah, Allah akan bagi hidayah (FAHAM) dan taufik (AMAL). Yan gtak terdapat di dalam buku2 atau kitab2.
InsyaAllah.

Bagaimana cara BERDAKWAH yang utama?
Yang Nabi SAW sendiri buat, suruh dan ajarkan secara spesifik.
Kalau boleh cariklah sendiri, supaya anda lebih FAHAM.
Aku tak nak orang kata bias, dek kerana kelemahan dan kekurangan diri aku sendiri.

Kita mengkaji – tetapi tidak mahu mengambil iktibar
Kita menimba ilmu – tetapi tidak mahu mengamalkan sepenuh daya dan bersungguh
Kita bermuzakarah – tetapi tak ikut adab dan diakhiri dengan berdebat menunjuk kepandaian
Kita pergi masjid – namun hanya pada hari jumaat
Kita pergi universiti – hanya untuk mendapatkan pekerjaan
Kita kenali tokoh ISLAM – hanya untuk syok baca sejarah keagungan ISLAM dan bebangga bahawa terernya orang2 ISLAM ni…
Kita dengar kuliah – lagi best kalau penuh dengan lawak dan mengata kelemahan orang
Kita beli CD ceramah – sebab kita takde masa sangat nak bagi masa untuk ISLAM
Kita baca blog pasal ISLAM – sebab kita nak amik mudah, short cut pasal ISLAM
dan macam2 lagi....bukan korang..aku la..baut benda2 gini...


Kita harus berkorban, agar dapat merasa nikmat ISLAM.
Korbankan tidur , korbankan masa, korbankan kesenangan, korbankan keselesaan, korbankan perasaan (disindir, dicemuh, dipulau, hilang kawan) korbankan SEGALANYA untuk ISLAM

DAN KORBAN ITU KENA ISTIQAMAH, apa jua benda kena istiqamah dan sentiasa berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang diredhai.
DAN DAKWAH itu adalah CABANG PENGORBANAN YANG PALING BESAR


-TASBIH KAFFARAH- (tima kasih kepada cik siti mana ntah yang menegur)

7 comments:

kawaii_desu said...

Hmm....

Islam sekadar nama...
Petanda munafik, ibadah sekadar tujuan riak, bukan niat di hati...

Mintak simpangla dari benda2 ni...

Pencarut Keji said...

huhuhu... ok. aku hendak bertanya.. pin murtad.. latar belakang pendidikan? sgt tinggi sehingga melebihi langit? sampai dier buat kerajaan langit nya sendiri? ini org kate bila terlalu obses dengan agama sampai kabur mate dia! n aku pernah dengar.. lagi tinggi ilmu agama yg di kejar lagi BANYAK SYAITAN yg mengejar... :D bukan aku kate para ulama neh sume nye tak btol. tidak. tepuk dada tanya selera. sapa yg betul sapa yg tidak betul biar di tentukan dengan secara adil. siapa pin murtad? MELAYU! ya! MELAYU BOLEH! sampai begini jadinya.. belajar tinggi2.. begini jadi nya.. sedih! aku ingat bila ilmu dah byk boleh di kongsikan bersama.. tetapi di cipta nya pula agama nya sendiri.

Abu S.H said...

kawaii desu,
ikhlas tu hanya kerana Allah....
kalau ayat, "aku tolong kau ni ikhlas, sebab kau kawan aku" tu dah takkira ikhlas, walaupun niat dia memang suci....bukan menunjuk...
tu diaa..betapa susahnya nak ikhlas..kena SOLID 100% kerana Allah..

kata-kata keji,
ko takde nama yang tak keji sket ke?
manis sket bunyiknye....hehehe
pasal ilmu dah byk tu....bahaya kalau tak amal dan tak faham dan tak MENGHARAP dan BERGANATUNG pada Allah...pin..pin....harap Allah ampunkan dia dan bagi dia hidayah, Dia pandai berdakwah.....agama ciptaan dia pun ramai suka...KAlau dia berdakawah agama Allah..lagi la Allah tolong dia...

hamka said...

ya.., ya.., aku pun begitu..oh

Abu S.H said...

itu komen dan teguran untuk aku..
tak ada duanya...untuk aku tuuuu...
hehehe

Abu S.H said...

alamak....ada ke tugu cam tu pija?
aku main belasah imaginasi jer...hehehe...
ntahapahantah....

Pencarut Keji said...

aaaa.. :D sebab kate2 manusie kebanyakan adelah telalu keji.. sampai ade yg sanggup menduakan Tuhan sendiri.. tu pasal kalo gune name kata kata manis macam tak sedap. :D