GOLLLLLLLLLLLLL!!!!...
Merah kuning lambang kebangaan…
Selangor merancang kejayaan…
Gemuruh sorakkan menggegarkan...
Cabaran disahut dengan kesungguhan…
Siapa orang Selangor mesti teringatkan wira Selangor dalam Perlawanan Akhir Piala
Talib Sulaiman diketika itu masih muda. Talib Sulaiman juga seorang pemain pertahanan.
Tapi dia lah wira Selangor….
Dia telah diangkat dan diagung2kan oleh peminat bolasepak Selangor….
Namun, ada seorang lagi Talib yang menjadi wira semasa hayatnya.
Wira yang bukan calang2 wira. Wira yang menjaga keselamatan dan kesejahteraan Nabi Muhammad SAW, dari baginda SAW kecik, sampailah ketika Baginda SAW diangkat menjadi Rasulullah SAW.
Ketika puak Quraisy menentang Rasulullah SAW, Abu Taliblah orang paling hadapan membela Rasulullah SAW.
Oleh kerana kedudukannya yang tinggi di kalangan pembesar Quraisy, maka mereka tidak berani hendak mengapa-apakan Rasulullah SAW.
Kerana, walaupun dia menyokong segala usaha Nabi dalam menegakkan agama Allah, dia tetap dengan agama nenek moyang nya. Agama menyembah berhala.
Malah, Allah SWT melarang Nabi mendoakan agar dosa Abu Talib diampunkan.
Begitulah ketentuan Allah. Begitu banyak jasa Abu Talib kepada Agama Islam dan Nabi SAW, Allah tetap tidak mengampunkan mereka yang syirik dan menyekutukanNya.
Hidayah itu adalah rahsia Allah dan hak mutlak Allah. Abu Talib tidak mendapat hidayah, kerana dia tidak mahu beriman dengan Rasul Allah. Walaupun kita maklum dengan pengorbanannya dan kesusahannya kerana menyokong usaha Nabi SAW.
Tuntutan solat pun kadang2 missed. Isy…..sungguh bernasib baik kita, kerana masih
Kita tak buat apa2 untuk ISLAM tapi Allah bagi kita nikmat ISLAM. Kita rasa ‘selamat’ kerana kita dah ISLAM (ada orang kata, aku dah sunat, kira ISLAM lah tuuuuuu…isy..isy..isy..)
Wahai diri aku sendiri,
Janganlah rasa selamat kerana ISLAM kita belum diuji. Jika kita diuji seperti Abu Talib, ntah2 aku sendiri tak sanggup. Tapi Allah bagi jugak kita hidayah ISLAM buat masa ini.
Dengan itu, maka SEWAJIBnya lah kita menjaga ISLAM ini dan berkorban untuk nya.
Korbankan masa
Korbankan wang ringgit
Korbankan keluarga
Korbankan minyak kereta
Korbankan tidur
Korbankan rehat
Korbankan kesenangan
Korbankan drama, filem box office terkini, Ripley’s believe or not, yang berseparuh bogel, yang tak tutup aurat, yang perempuan cantik tutup aurat di mekup utk jadi hos rancangan atau apa sahaja bentuk hiburan dan MAKSIAT di TV!!!!!!
Korbankan DUNIA.....................(kerana ia tak lebih dari medan ujian - bilik exam pun kita tak nak duduk lama2)
Jagalah hidayah Allah dengan menjaga hati kita.
Hati ni macam sebuah tasik yang mengalir kedalamnya 4 sungai.
Sungai 1 = Mata
Sungai 2 = Telinga
Sungai 3 = Mulut
Sungai 4 = Akal fikiran
Kalau kita nak jaga hati, kesemua sungai2 ni kenalah bersih. Kalau satu je sungai ni tak bersih, maka akan kotorlah tasik, maknanya, kotorlah HATI kita.Kalau kita jaga mata tak tengok aurat, jaga telinga tak dengar fitnah, umpatan dan lirik2 yang melaikan atau muzik yang mendayu2, jaga mulut tak sebar fitnah atau mengeji dan bercakap kotor, TAPI di masa yang sama, kita fikir yang bukan2. Kita selalu bersangka BURUK dengan kawan, jiran, adik beradik, ipar duai dan tak ketinggalan BERSANGKA buruk dengan Allah, maka rosaklah hati kita.
Jagalah kesemua cabang sungai ini, agar dapat mengalir jernih airnya kedalam ‘tasik’ itu.
Berbalik kepada Abu Talib, marilah kita mengcompare diri kita dengan Abu Talib. Di manakah kita?
Nak jaga Nabi, jasad Nabi SAW dah takde.
Maka kita jagalah wasiatnya. Al Quran dan As Sunnah.
Jagalah macam kita jaga Nabi itu sendiri.
Hidupkan sunnnah. Ikutlah Al Quran.
Tinggalkanlah perkara keji. Antara perkara keji yang orang rasa ‘tak dosa sangat’ di zaman ini ialah:
1) Berbual – bual lelaki dan wanita bukan muhrim secara berdepan, melalui telefon, melalui SMS, chatting, instant messaging, bahasa isyarat,
contoh tidak penting – I luv u, nak berkawan dengan awak, sajer tanya khabar, dah makan? Lama tak dgr berita, tgh buat apa? Hari tu pergi mana? Semalam mimpi apa? Esok buat apa? Cuti balik ke tak? Penat kerja hari ni? Anak sihat? Tak pergi melancong ke? Ko penat tak? Sejuk ke..? Cantiknya baju..dan macam2 ayat gatal dan gelenyar yang memang tak penting langsung..konon nak jaga silaturrahim..piiiirrrraaaahhh. Rasullullah SAW tak suruh aku kawan dengan bukan muhrim..bengong tul aku ni..gatal sungguh!!!!
Contoh tidak darurat – "Abang Pyan, apa hukum perempuan berbogel dalam bilik sorang2?" (pompuan tanya lelaki) – PERGILAH TANYA DAN RAPATKAN DIRI DENGAN USTAZAH DULU, KALAU TAKDE BARULAH TANYA ORANG LELAKI LAIN.
Tapi kalau dah terdesak dan dah usaha, tapi tak tau nak tanya siapa, boleh lah…Tapi ingat!!! Kena carik sungguh2 yang muhrim dulu!!! Jangan nak pandai2 buat alasan!!! Takut terjadi fitnah.
2) Melihat muka wanita yang lengkap bertudung.
3) Melihat susuk tubuh wanita yang lengkap bertudung.
4) Tengok TV yang terdapat walau seimbas pompuan tak tutup aurat dalam rancangan tu. TIDAK BERCAMPUR YANG HARAM DENGAN YANG HALAL, JIKA BERCAMPUR, MAKA HARAMLAH SEGALANYA!!!! Jangan banyak citer la….selamatkanlah diri sendiri.
Dan banyak lagi…..Macam-macam Adaaaaaa!!
Bersyukurlah kita setiap saat agar ditetapkan hati dan disempurnakan Iman.
Kita tidak/jarang/sedikit berkorban, tapi Allah dah bagi hidayat. Sesuatu yang hanya HAK Allah untuk bagi, dan siapa kita untuk pertikai.
ISLAM tapi tak amalkan ISLAM (next post..pasal ni)
TAK ISLAM tapi baik macam orang ISLAM
TAK ISLAM dan tak faham ISLAM
Mereka ini pun seperti kita. Tak meminta untuk jauh dari ISLAM. Cuma Allah belum bagi hidayah.
Tapi Allah dah bagi kat kita, maka WAJIBlah kita usahakan hidayah yang kita dapat, agar orang lain pun dapat hidayah dan KITA SEMUA SELAMAT DARI API NERAKA walau sesaat.
Janganlah DIKEJI mereka, tapi hampirilah mereka dengan penuh rasa kasihan. Baikilah akhlak kita, agar mereka dapat mencontohi kita dan nampak keindahan ISLAM.
Kita, kita ,kita..yang dah ada kesedaran….
Kita , kita , kita.. yang Allah dah bagi kefahaman…
Kita, Kita, kita..yang ‘nampak’ dan boleh ‘baca’..
Kita, kita, kita.. yang akan Allah pertanggungjawabkan andaikata orang disekeliling kita tidak beriman bersungguh2.
Takut lah…takut lah ..takutlah……..hidayah diambil dari kita….no turning back..!!!
Naudzubillah…….
p/s - Apa2 yang ditulis ialah pendapat peribadi. Tidak berniat menyinggung mana2 pihak yang makan atau tak makan CILI. Hanya berkongsi buah fikiran. Tak setuju, komen, setuju ambil buat peringatan, nak marah jangan marah tapi tegurlah dengan hikmah agar aku dapat ambik pengajaran dan buat pembetulan.
p/p/s - Teguran dan peringatan untuk diri aku sendiri yang paling utama, sebab aku selalu baca balik apa yang aku tulis, so aku akan teringat sendiri. Tak semestinay aku kena perfect, baru aku boleh buat peringatan untuk diri aku. Kalau dah rasa aku dah perfect, aku tak payah doa lagi lah.....hehehe..jgn mare..
p/p/p/s - Sebarkanlah kalau rasa bermanfaat, tegurlah kalau rasa aku salah, dan deletelah kalau rasa menyemak..hehehe..
-TASBIH KIFARAH-
8 comments:
Pyan,
Kawan aku kata dia (perempuan)pegang betul dengan "tak cakap gan lelaki, tak senyum gan lelaki, tak layan lelaki gatal mengorat etc, etc..." tapi katanya hasilnya sampai kini dia yg dah tua melara masih tak der jodoh. Kawan2 dia, termasuklah aku yg mengatal masa muda2 dulu awal2 lagi dapat jodoh & bila dah tua skit sekarang ni kami (aku & suami ku) begitu juga gan pasangan kawan2 kami yg lain, yg dulunya kami tak ikut cara Islam, kini kami dah berubah & taat pada Allah &nak ikut cara Islam. Jadi kami yg buat maksiat dulu2 ni dah nampak macam untung pulak, muda2 bersuka ria, dapat jodoh & kembali kepada Allah. Yg sikawan yg tak kawin2 ni... dok melara kesunyian sampai sekarang... Aku kata kat dia, pegang saja pada kitab Allah, umur dah hampir separuh abad, kan bagus jika perjuangan nafsu ni diteruskan demi kerana Allah & jangan banding diri kita dgn orang lain sbb bentuk ujian kita berbeza2. Kita kena berserah diri kpd Allah bulat2... Sedih aku mengenangkan kawan ku yg kesepian.
Maksumah
menarik betul comment maksumah.. aku telah diberi ingat oleh isteriku supaya jangan 'pass judgement'.. sesungguhnya Allah maha mengetahui.. dan Allah jua lah yg berhak menghisab amalan kita.. sesungguhnya Allah jua yg berhak menghakimi.. aku cuma insan yang lemah, yang lupa, yang lalai, yang tak sedar diri..
hucs.. sori interframe.. dok pikir tak abis2 pasal dunia sampai bengong..
Maksumah,
Kalau itu dah ketentuanNYa, takde benda pelik...
Kalau duduk dalam gua pun, kalau jodoh ada, Allah bagi..
Allah maha mengetahui. Rahsia Allah kita tak de hak pun nak tau..
Maryam yang tak jumpa org lelaki pun bleh ngandung....Takde bezanya...Ketentuan Allah
So, back to your friend, InsyaAllah Allah lebih mengetahui...
Yang bagi runsing, resah, gelisah, sunyi senang, suka , duka, jeles tgk org lain berkeluarga, dan mcm2 perasaan, semua dari Allah. Asalkan kita tahu dan bersungguh jaga hak Allah, (hukum dan syariat) maka Allah LEBIH MENGETAHUI macam mana nak muliakan HAMBANYA...
Yakinlah dengan Allah dan cukuplah awal yang menjagi pelindung kita.
Aku sebak dan amat terharu baca kisah kawan ko ni....
Meman bagus nasihat kau tu......bagus sangat2..istiqamah...
incoginto,
amik lah frame..ni frame blogspot...hehehe.....Hakikatnya frame Allah yang punyaaa..
Pyan,
Aku nak tanya kor sikit ni... Pada pengetahuan Pyan ler, jodoh ni kita kena usaha cari tak? Kor kata kalau duduk dlm gua pun, kalau ada jodoh, Allah bagi. Kalau mcm ni nampak mcm jodoh datang menggolek jer... Patutkah kah kita kena aggresif sket bila umur dah lewat? Atau cukup sekadar berdoa & sembahyang ajer? Biasalah sbb kebanyakan ahli keluarga dalam masyarakat melayu ni selalu sibuk nak carikan jodoh utk si lelaki tapi yang sipemalu ni (sipompuan) di biarkan ajer... tunggu ajer kot2 ada orang dtg meminang. Kalau tak percaya, tengoklah sekeliling kita, bila dah pass sekolah/kolej/unibersiti, mak pun sibuk nak jodohkan anak lelakinya dgn si anu lah, si anun lah... Ade jugak si anak lelaki yg dah kawin tapi tak bahagia, siemak atau sedara-mara sibuk nak jodohkan gan orang lain... pandai ajer mereka carikan jodoh yg kononnya lebih sepadan/sesuai. Tak nampak ker pompuan tua yg tak kawin2 kat depan mata tu... usahalah carikan jodoh utk dia! Aku tak setuju betul pikiran mering mcm ni! Ader juga lelaki tua (dah pencen pun, polis pencen ker, cik gu pencen ker) kematian isteri, sibuk keluarga atau si anak carikan jodoh utk dia (sipencen ni)....haa.... masa ni barulah orang nampak pompuan2 lewat umur yang belum kawin tu! Kesian betul aku kat depa (pompuan2 tu)... Kalau nak merasa kawin, kenalah kawin dengan lelaki yg dah pencen tu... dapat cucu instant 36 orang sekali gus... aku rasa boleh dapat panic attack! Sedih.....sgt sedih, tak terhingga! Kalau kor orang ade kakak atau adik pompuan yang dah over 30 tak kawin2... tolooooooglah usahakan carikan jodoh utk mereka. Jgn biarkan mereka sendirian utk cari jodoh sendiri. Pompuan ni dalam bab cari jodoh, selalu nye pemalu. Lebih2 lagi kalau dah berumur, self esteem dah berkurangan...kita yang kena usaha kuat utk mereka (utk jodohkan mereka).
Maksumah
Wahai lelaki2 yang kurang iman, bangunlah dari tidurmu... taatlah kepada Allah & rasulNya, jadilah pemimpin yang bertanggungjawab dalam keluargamu & dalam masyarakatmu. Kawinkanlah saudara2 perempuanmu atau anak2mu yang sendirian dengan lelaki yang soleh atau yang hampir dengannya (yang nampak mcm soleh pun tak per)...
Maksumah
Maksumah...
betul part carik jodoh tu..
keluarga la kena carik..
bukan perempuan tu kena carik..pergi bersosial dan sebagainya...
Fatimah anak Nabi SAW jaga adab dan hijab. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang tau keadaan fizikal dia. Malah dia telah mewasiatkan utk dikebumikan pada malam hari supaya orang tak boleh tau susuk tubuhnya. SAmpai begitu sekali.
Maka benarlah kalau keluarga yang kena carik, mana boleh perempuan carik lelaki dengan cara chatting, surat2, promote gambar dsbnya.
Usaha tetap kena usaha...maksud aku, usaha, tapi kena jaga SEGALA adab dan tertib serta aurat bagi mengelak fitnah dan dosa kepada Allah.
Senyum kepada lelaki ajnabi is a NO-NO.
Dan segala 'USAHA' cara moden zaman sekarang, pun tak bagus...Keluarga MEMANG kena main peranan
Byk yang dah tak paham dan rosak dalam amalan masyarakat, yang aku juga hali masyarakatnya..
Maka, bagi yang tahu, berpesan2 dengan haq......
Kesian ANDALUSIA (anak dara lanjut usia - better then andartu what?)
-HANYA PENDAPAT KU SAHAJA- kalau salah tolong jolokkan
Pyan,
Andalusia adalah manusia (hamba Allah) yang dipilih oleh Allah untuk diuji ke peringkat yang sangat tinggi, kerana perang melawan hawa nafsu (khususnya keinginan berkelamin) amatlah sukar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah. Kita kenalah tabik hormat kat andalusia dek kerana kecekalan mereka selagi mereka tidak melibatkan diri dengan maksiat. Juga kita kenalah promote masyarakat utk lebih mengambil berat akan masalah cari jodoh utk andalusia. (Aku suka betul term "andalusia" ni... lebih rasa hormat kat mereka, daripada term "andartu"). Kalau aku ada anak pompuan yg umurnya melewati 23 tahun, nescaya aku tak dapat tidur selesa waktu mlm sehinggalah aku nikahkan anak ku itu dengan lelaki yang beriman...
Maksumah
BENARLAH KATAMU MAKSUMAH
Post a Comment