Beli setem
Dah lama aku tak beli setem.
Hinggalah pada satu hari …
*bermulalah cerita fiksyen, khayalan menjelma ketika fikiran melayang menjauh mengenangkan …..
Pada hari tersebut matahari seperti biasa, cuma lebih tua sehari dari semalam.
Ciak2 burung kedengaran, tak lupa juga sesekali jeritan anak2 kecil yang nak ‘bergombeng’.
Mergastua bergembira, mungkin merayakan berita gembira yang akan kuketahui sebentar lagi.
Ku lihat post box dan ku keluarkan sepucuk surat nipis.
Rupa-rupanya, aku telah mendapat tawaran hadiah yang amat lumayan.
5 Buah rumah banglo beserta kereta Ferrari setiap satu, hasil dari cabutan bertuah di salah sebuah pasar mini kawasan rumah aku!!!!
Wah…Ini sudah bagus…tapi……syaratnya, aku kena hantar sepucuk surat rasmi kepada penganjur untuk mengconfirmkan alamat surat menyurat dan alamat rumah aku sekarang.
Sebab diorang akan reply surat aku untuk bagi detail, macam mana nak bawak pulang kunci 5 rumah banglo beserta kereta Ferrari setiap satu, yang aku menangi, satu di setiap negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia bermula dari Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Banyaknye rumaah dan keretaaa….
Tarikh tutup confirmation dari aku ialah seminggu dari hari aku terima surat.
"Isk…kalau pakai pos ni bahaya ni. Nanti lambat. Kena buat awal2," detik hatiku
Aku pun terus menaip surat rasmi tersebut yang dialamatkan kepada Syarikat TalakTipuJuaiLumah Sdn Bhd, yang didaftarkan di Sibu, Sarawak.
Aku menulis dengan bahasa yang mudah dan tidak berbunga2. Takutlah kalau tersilap..kang melepas 5 buah rumah banglo beserta kereta Ferrari setiap satu,.
Setelah selesai menulis, aku melipat dengan penuh cermat. Setelah memasukkan dalam sampul surat dengan lafaz Bismillah, aku pun menjilat sampul itu dengan gam amilase yang cukup kental bagi mengelakkan surat itu terbuka di pertengahan jalan. Klang ke Sibu..jauh ooo….
Tiba2…."Arghh!!…SETEM!
Mana nak carik setem malam2 ni??
Kedai runcit mamak yang jual setem tu ah tutup…
Aiseh..kena tunggu esok…potong betul lah.." aku mendengussss buruk...
So esoknya aku bergegas ke pejabat, dan dalam perjalanan aku berhenti di pejabat pos besar KL. Aku lihat orang masih tiada..ye lah baru pukul 7.30 pagi
Aku pun menunggu dengan penuh sabar tapi saspen. AKhirnya masa ditunggu tiba.
Tepat jam 8.30 kaunter di buka, aku terus meluru ke kaunter untuk membeli setem.
“Setem 3 posen satu kak,” seraya menghulurkan not RM 50.
“Pagi-pagi macam ni, mana ada duit tukar dik” Takde duit seeeeringgit ke?," kakak tu mengexplain.
Eh!..macam iklan dulu2 pulak..ala iklan sivik yang Singh jual setem orang marah2 sebab takde tukar tu…
O.k berbalik kepada kisah aku…
“Alamak..ini je yang saya ada kak….memang tak de tukar ke?" aku merayu panik
“Takde dik,’ jawab akak tu lembut dan manis (aku sudah mula loose focus)
"Alamak…… Mana nak carik ni..?" aku panik
Nak tak nak, terpaksa lah aku gi minum dulu..
Pecah duit RM 50 dan terus bergegas semula ke kaunter SETEM
"Adoi haiii…ramainye orang hari ni??!!!" keluh ku ketensenan
Jam sudah pukul 9.15 pagi…..Orang dah berderet beratur kat kaunter SETEM….
Tapi oleh kerana aku AMAT BERHAJAT kepada SETEM..dek kerana dengan SETEM tu aku boleh dapat 5 biji banglo beserta kereta Ferrari setiap satu,, aku pun redha dan sobar je lah….
Beratur panjang pun beratur panjang laaaaaahhhhh.hhhhhhhhhhh....
Begitu juga bulan Ramadhan ini.
Ia datang sekali dalam setahun. Kita tak tahu bila umur kita nak habis, sempat ke next Ramadhan?
(Jiran kat umah aku, eksiden 2 hari sebelum Ramadhan.
Alhamdulillah selamat tapi masih dalam koma. Daaakanlah dia ye.)
Kita nak dapatkan banglo berpuluh2 kali ganda dunia ni kat syurga nanti.
Wajiblah kita AMAT BERHAJAT kepada ALLAH.
Walaupun puasa itu lapar,
tak leh tengok awek,
tak elok buang masa,
tak elok dengan lagu,
tak boleh cakap telepon ngan boifren,
tak leh bemesra dengan bini dengan disertai syahwat,
malam pulak kena pergi tarawikh,
sahur pulak kena bangun, r
ugi kalau tak baca dan faham Al Quran sebanyak2nya,
rugi kalau tak buat perkara2 sunat dan macam2 lagi,
kita kena redha dan sabor je lah.
Itulah ujian yang sedikit dari Allah.
Dan jika kita benar2 BERHAJAT kepada ALLAH, maka sabarlah dalam mengerjakan segala ibadah di dalam bulan puasa, memperbanyakkan amalan2 sunat dan meninggalkan larangannya . HANYA untuk redha Allah agar bleh dapat banglo besar2 kat syurga kelak. Ameen..
Kenalah kita bersungguh2 sabar dan redha dengan ujian Allah.
Janganlah mengeluh dengan tarawikh 20 rakaat itu.
Janganlah mengeluh dengan sahur bersama gam di mata itu.
Janganlah mengeluh perut yang berkeroncong itu.
Bersabarlah……..sama seperti waktu kita beratur beli setem….
Selamat beratur membeli SETEM. Moga dapat SETEM yang dihajatkan, agar tercapai hadiah 5 biji banglo beserta kereta Ferrari setiap satu!!!
3 comments:
Insya Allah...
kita sekarang berada dalam kilang mencetak duit, cetaklah seberapa banyak, masa tinggal lagi 20 hari lebih..
nak cetak not besar, kecik semua boleh..
tapi, kenapa bila keluar kilang, ramai yang miskin..
sebab, kau asyik tegok TV!
kata aku dalam iklan Tv yang tidak di luluskan oleh manager siaran TV
hampeh!!
lain kali letak tv dalam kilang, sambil tengok tv sambil cetak duit?
buleh ko?
kalau tak buleh, baik cetak duit je..
p/s - blog pun mcm tv gak...aisehhh
Post a Comment