50 tahun merdeka,
Sambutan nya amat menggila,
Dari awal tahun lagi,
Tahun Melawat Malaysia di rasmi,
Dari bulan ke bulan,
Macam2 aktiviti diadakan,
Bagi menyemarakkan lagi,
Sambutan Merdeka tahun ini,
Amat Bersejarah katanya,
50 tahun, sikit punya lama,
Kalau kita buat dek jer,
Tak patriotik kata mereka,
Dari banner terpanjang,
Sampailah kreativiti buat jalur gemilang,
Tak lupa latihan perbarisan petang dan pagi,
Tak ketinggalan pesta bunga api,
Dari desa , bandar dan pekan,
Semua orang mendongak, melopong sakan.
Tiba bulan lapan,
Bergemalah lagu yang dinyanyikan semula oleh Sudirman,
Tak lupa segala lagu patriotik masa kecik2 dulu,
Semua nya disuruh nyanyi oleh cikgu,
Tarikh keramat hujung bulan,
Itulah detik bersejarah mengikut perancangan.
Lagu sket :
Tanggal 31,
Bulan Lapan 2007
Meletuplah meletuplah
Bunga api semua,
Duit semua tuuu, menjadi sejarah…..!
Lagu habis
Hebat sungguh bagai dirancang
Cemerlang Gemilang Terbilang ,
31 Ogos tarikh keramat,
Dikatakan tarikh membawa sepakat.
Bagaimana pula 1 Ramadhan?
Nampaknye masih belum ada sambutan.
Kedatangan membawa pengampunan, rahmat dan selamat dari neraka punya api,
Tapi ramai buat dekkkk je dan kata “lambat lagii”
Aku tengok calendar,
Laaa seminggu lagi jer…
Awat macam tarak apa2?
Mungkin aku sendiri yang leka.
Sudah bersedia kah kita?
Fizikal dan mental segala,
Nak menyambut bulan penuh barakah,
Dengan bulan Ogos, patut tak ter comparelah.
Tinggal seminggu lagi tuan2,
Marilah kita fokuskan,
Persedian dan keghairahan,
Untuk menyambut Ramadhan.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!!!
2 comments:
Salam Abu Harraz,
Awak nie memang berbakat mencipta lirik/puisi/madah. Anak akak kata dia nak pinjam lagu Dr Sam tu utk pass kat kawan2 dia. Boleh ke ? Atau hakcipta terpelihara ? Teruskan berkarya.
Bagaimana dgn persiapan ramadhan? Sudah isikah borang2 cuti utk dapatkan iktikaf 10 malam terakhir ? Semoga Allah mudahkan segala urusan.
La...
amik lah..
mana ada hakcipta ?
semua Allah punya...
Asalkan boleh jadik asbab utk mendapat manfaat.
Isi borang?
Tak cuti kot..
Daftari jek...
Post a Comment