Monday, September 03, 2007

Mereka! Mereka! Mereka!

Mereka! Mereka! Mereka!
(eh apa ni? Salah eja ke?)

Ya, mereka semua yang melayan perayaan merdeka dengan tak ingat Tiada Tuhan Melainkan Allah.
Ya, mereka semua yang berkorban masa dan wang ringgit hingga lupa waktu solat utntuk merayakan merdeka.
Ya, mereka semua yang mengorbankan malu, dara, mahkota, body untuk merayakan merdeka.
Ya, mereka yang mengorbankan ISLAM dan maruah diri untuk menghayati perayaan merdeka.
Ya mereka yang melopongkan mulut utk melihat bunga api merdeka hingga bangun lambat dan tak solat Subuh.
Ya, mereka yang mati bergaduh sebab mabuk di malam merdeka.
Ya, mereka yang lalai tanpa mengetahu diri mereka lalai sebab takde yang bersungguh2 menyedarkan mereka.

Sapa yang salah?

Saya! Saya! Saya!
Ya, saya yang tidak bersungguh2 dan komited untuk berdakwah.
Ya, saya yang ambik sambil lewa kewajipan berdakwah.Ya, saya yang mendiamkan diri di saat amar makruf nahi mungkar diperlukan.
Ya, saya yang kadang hanyut dengan kesenangan dunia dan kesibukan kerja dunia serta keseronokan keluarga.
Ya, saya yang pentingkan diri! Nabi pun tak kisahkan dirinya. Saya yang bersalah.

Malaysia memenangi Pestabola Merdeka edisi ke 39.
Sungguh kagum melihat kemenangan itu. Sungguh cantik gol2 nya.
Sugguh kemas barisan penyerang walaupun aku tak dapat tengok 100%.
Sungguh lincah Safee Sali dan Zaquan.
Sungguh keras Myanmar.
Sungguh determine Myanmar untuk menang.
Walaupun leading 3 gol. Tetap meresahkan bila melihat Myanmar tidak putus asa nmemburu gol.

Itulah hakikat bola sepak.
Malaysia menang sebab pertahanan yang baik, dan juga barisan penyerang bijak mengambil peluang melalui counter attack.
Malaysia mampu mempertahankan 3 gol hanya kerana Malaysia juga ada semangat menyerang dan serangan itu tepat dan membuahkan hasil.
Kalau nak harap pertahanan sahaja, tak mungkin…..tak mungkin boleh memang walaupun dah leading Myanmar.
Dah leading pun Malaysia masih melancarkan serangan. Main macam tengah nak cari gol penyamaan. Bagus. Itu lah senjata yang paling ampuh.

Pertahanan yang baik dalam sesebuah pasukan bola sepak ialah melalui strategi menyerang.

Begitu juga dalam berdakwah. Dalam mempertahankan maruah dan kesucian ISLAM.
Mengembangkan agama dengan menjalankan dakwah adalah strategi terbaik utk menangkis serangan akidah dan akhlak daripada duduk selesa di rumah dan pejabat dan tunggu serangan datang.

Dakwah yang dianjurkan oleh Nabi SAW adalah senjata yang paling berkesan dalam memelihara akidah dan akhlak mereka, mereka dan mereka.

Maka,
Saya, saya dan saya wajiblah komited dan menjalankan dakwah dengan konsisten. Agar mereka, mereka dan mereka dapat pulang ke pangkal jalan, atas izin Allah yang berkenan memberi Rahmat dan Ehsan kepada masyarakat kita kerana asbab kerja agama yang saya, dan kita jalankan.

Satu contoh yang boleh di beri:

Kalau belakang rumah kita ada semak, tidak memadai jika kita bersihkan semak kita sahaja.
Kalau ada ular dari semak jiran, ia tetap boleh masuk ke rumah kita.

Oleh itu. Logiknya, kita perlu mengajak jiran2 kita bergotong royong bersihkan semak dan pelihara agar semak samun tidak lagi terjadi di kawasan perumahan kita.

Jadi,
Mengata mereka, mereka dan mereka tidak akan menyelesaikan masalah.
Mereka, mereka, mereka ini juga boleh jadi jiran kita, rakan sekolah anak kita dan duduk dalam masyarakat kita.
Maka kena ada amar makruf nahi mungkar.
Kena ada dakwah yang konsisten, berterusan dan komited.

Bila semua dah betul, muslimin dan muslimat dah paham tanggungjawab dan laksanakan tanggungjawab, Insha Allah remaja dan muda mudi serta tua bangka semua akan kembali kepada Allah serta terpeliharalah kita dari serangan akidah dan akhlak serta hasutan syaitan laknatullah.

Tak payah tunggu Kerajaan ISLAM. Itu dari segi teknikal dan negara.
Kita mesti laksanakan juga dalam konteks kefardhuan. Individula Obligiation.Ajak. Mengajak. Menyeru dan sentiasa menyeru. Tanpa prejudis. Tanpa gusar. Dengan sangkaan yan gpaling baik. Dengan hati yang ikhlas. Amar MAkruf, Nahi mungkar.Insha Allah

Ketika itu..barulah dalam erti kata sebenar…




merDeka! merDeka! merDeka! (merdeka dari penjajahan syaitan di hati)

2 comments:

kawaii_desu said...

Assalamualaikum...

Lama tak komen kat sini..

Sgt setuju dgn entri ini..
Kita kena beri sepenuh kekuatan dalam memperkukuhkan strategi mengembangkan syiar Islam...

Paling penting berdakwah ni banyak caranya. Sambil bekerja jugak kita boleh berdakwah, secara langsung mahupun secara tak langsung... pada sapa2 yg kena overtime tu, hormatlah sikit time Maghrib, solat berjemaah, buat tazkirah...

dan kepada ibubapa pun serupa, everything begins at home. Jadi biarlah anak2 tu membesar jadi orang... bukan anak hantu..

Kalau itupun tak ingat tak tau lah...
bila org luar tengok kita tak ambil pusing soal agama kita, di situ pertahanan kita dah lemah... jgn cakaplah pasal nak menyerang...

kalau kita benar2 sayangkan kesucian agama kita, obviously something need to be done. Banyak org yg menghina agama kita.. apakah sebabnya???

Ini just pendapat...
dari saya yg jahil

Abu S.H said...

Kenapa agama kita dengan selamba di hina sekarang?

sebabnya memang nyata dan jelas..

sebab dakwah masih di peringkat melepas batuk di tangga..

kalau org nak buat dakwah, dia akan betulkan diri dan keluarganya dulu..Allah pula akan bantu..

Lepas tu bila unit2 kecil dah mantap, baru dakwah boleh berjalan dengan machonya...denagn segaknya..

Sebab itulah..niat nak berdakwah secra langsung itu amat penting..
Komited, perancangan rapi, strategi menyeluruh.

KErja kerja jugak. Dakwah ialah matlamat hidup kita dijadikan.

Banyak perbezaan kalau kita faham kat situ..

Dan dakwah adalah satu konsep mengajak. Memang banyak caranya.
Namun cara yang paling tepat ialah dengan mengikut sunnah dan tertib Nabi SAW. Bagaimana caranya? Dah ada orang buat...carikler..