Tidak….
Jangan kau ucap…..
Happy Birthday to me..atau Selamat Hari Jadi atau Selamat Panjang Umur.
Ucaplah atau doakan Allah redha dengan aku dan semoga Allah menjauhkan aku dari keperitan api neraka, sengsara mahsyar dan azab kubur.
Ya,
Hari semalam, genap aku menghabiskan dekad yang ketiga dalam hidup aku.
30 tahun yang lalu…hingga sekarang, amat sikit amalan, pengorbanan, dan susah payah aku telah berikan untuk agama Allah.
Amat sikit jika dibandingkan dengan para sahabat RA yang awalnya muallaf.
Mereka adalah muallaf yang hanya dalam 5 tahun telah JAUH lebih banyak berkorban untuk agama kalau nak dibandingkan dengan aku yang banyak pentingkan diri sendiri selama 30 tahun.
Hidup ini bagi mereka HANYALAH modal. Dan dunia ini HANYA diambil sebagai keperluan sahaja. Cukup2 makan.
Harta yang banyak dikorbankan kerana TAKUT akan PENGHISABAN
Masa yang luang digunakan untuk agama kerana TAKUT DIPERSIAKAN.
Tenaga yang gagah digunakan sebaiknya dan sepenuhnya untuk agama kerana TAKUT dipersoalkan
Aku?
Harta yang belen-belen tu pun kalau confirm tak pakai..bagilah sket utk modal akhirat….ceh
Masa yang terluang (kalau ada lah), amik lah sket untuk kononnya ‘balance’ kan kehidupan dunia yang serba sibuk.
Tenaga yang tersisa akibat AMAT sibuk dengan KEPERLUAN dunia, gunalah sikit untuk update blog? Chaitzzzz…
Ya Allah,
Jauhnya aku dari kehidupan “ummat yang terbaik”, para sahabat radiallahuanhum.
Apakah ‘konsep’ hidup aku? Islam yang macam inikah yang terbaik yang aku boleh buat setelah 30 tahun aku diberikan nafas, setiap saat oleh Allah SWT?
Ya, kalau nak fikirkan balik, setiap saat Allah bagi macam2 nikmat.
Dalam satu saat, terlalu banyak nikmat Alah seperti, nafas, denyutan jantung, pergerakan darah, percambahan sel dalam badan, pekumuhan arggh…..banyaklah..
Yang masalahnya..diri ini..Nak kira Allah beri memang tak terhitung.
Adakah setiap saat kita bersyukur? Setiap saat?
Ada 60 saat dalam seminit, ada 60 minit dalam sejam dan ada 24 jam dalam sehari.
Maka dalam sehari bersamaan 60 x 60 x 24 = 86400 saat.
Berapa kali dari 86400 saat kita bersyukur dan ingat pada Allah?
Masha Allah..jauh sekali…kalau 864 kali pun baru 1%.
Itu baru kiraan saat dalam sehari, kalau kiraan saat dalam 30 tahun?
Apa yang telah aku buat utk modal sebanyak itu????
Ingat Allah bagi free2 je?
Aku yang leka, lalai dan hina……
Bukan apa,
Baru2 ini aku dapat berita tentang kematian seorang senior setahun di sekolah dulu.
Umur 31 tahun. Sakit heart attack.
Badan fit dan pernah mencuba untuk rancangan Explorace.
Arwah seorang yang diketahui kebaikannya. Bijak. Berkerja kuat dan keras.
Meninggalkan isteri, 3 anak perempuan dan seorang bayi didalam kandungan yang bila2 masa sahaja akan dilahirkan.
Aku sedih, tersentak dan INSAF!
Dikala aku sibuk beraya ke sini sana, tukar position baru di ofis, tukar lokasi baru di tepat kerja, bila2 masa Allah boleh amik nyawa aku.
Yang masalahnya….aku tak bersedia!
Meskipun born muslim, dan bukan muallaf.
30 tahun seperti tidak membawa apa2 makna. Berapa banyak lagi masa yang kita perlukan untuk kembali kepada Allah?
Apa yang kita kejarkan? Kemana kita nak pergi?
Kita nak pergi beli Toyota Wish baru? Rumah banglo baru? Isteri baru? Tangga gaji baru? Apa lagi? Sebut sahaja. Semua yang kita akan sebut ialah benda yang kita belum dapat. Memang banyak.
Persoalannya….sempat ke?
Persoalan yang lagi besarnya……kalau malam esok kita dah dalam kubur sorang2….(dan kita tahu dan yakin dan faham yang benda ni boleh berlaku kat kita bila2 masa)..apa kita nak bawa? Apa kita nak? Apa yang penting bila mata kita nampak tanah atau papan liang lahad yang menutup kubur yang sempit dan gelap itu?
Aduhaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……………takutnya (walaupun gaya hidup dan matlamat hidup nampak macam tak takut lagi)
30 tahun…aku masih leka dan belum sedar 100%.
Satu contoh.
Kalau bayi dalam perut tgh syok makan melalui tali pusat, lalu ada lah sesiapa menegur tentang kejadian mulutnya yang kurang sempurna. Ditakuti bila lahir kelak, dia tak dapat bercakap dan makan dengan mudahnya.
Bayi yang dalam perut akan berfikir dan berkata,
“Ah pedulikan, aku tak perlu semua itu. Mulut ke, kaki ke, tangan ke tak penting. Kan aku sedang hidup senang lenang dan bahagia di dalam perut mak aku ini. DI ALAM RAHIM ini semuanya takde masalah. AKu OK je…”
Namun setelah dia meninggalkan ALAM RAHIM dan masuk ke ALAM DUNIA, barulah bayi itu sedar pentingnya mulut yang sempurna, kaki yang elok dan tangan yang tidak cacat. Ketika itu baru ia sedar…dan meraung2 teringat untuk kembali ke ALAM RAHIM untuk focus dalam pembentukan anggota2 tersebut.
NAMUN sudah terlambat. No turning back…..
Proceed lah dengan apa yang ada…..
Nah…begitulah juga kata Ahli Neraka ketika di ALAM AKHIRAT.
Mereka ingin kembali ke ALAM DUNIA. HANYA untuk solat taubat dua rakaat.
Untuk memperbetulkan segala yang silap semasa di dunia. (walaupun telah diberi berpuluh-puluh tahun semasa di DUNIA) Malah di beri pesan, peringatan, ajakan, namun tidak dipedulikan semasa di dunia.
MEreka tidak nampak kepentingan AMALAN TAUBAT dan kepentingan MEMBUAT PERKARA YANG MENJADI TUNTUTAN Allah.
Mereka angkuh, geli hati, lalai, ignore, tak amik peduli, tak heran, tangguh untuk perkara kebaikan.
SUNNAH dipinggirkan hanya kerana tak sesuai dengan zaman kononnya,
Yang WAJIB sekadar melepas batuk di tangga,
Malah ada juga yang tak batuk langsung. Mengendahkan perkara WAJIB,
Yang HARAM DISUKAI dan menjadi KEBIASAAN, malah bangga dan angkuh dalam melakukan MAKSIAT.
Ketika diseksa di akhirat barulah nak sedar, dan nak kembali KE ALAM DUNIA SEKEJAAAPPPP sahaja…..Tapi No Turning back……….
PIAAAAPPPPPP!!! – di tambah pula seksaan oleh Malaikat Zabaniah
Ya Allah, janganlah kau jadikan kami dalam golongan ni. Kasihanilah Kami.
Tuan-tuan dan puan puan,
Memang dah berbuih mulut Ustaz dan orang yang bertakwa mengingatkan kita tentang kurangnya kecenderungan kita terhadap agama, terhadap pemahaman dan amalan agama dalam segenap aspek kehidupan.
Solat kita tuan-tuan dan puan-puan…
Wajiblah di awal waktu….jaga bacaan…..tak tahu? tanya, belajar…Jaga tertib dan adab solat.
Hadas kecil kita. Jaga. Hati2 Jangan lebih kurang.
Duduklah bila kencing. AMAT penting.
Pergaulan kita,
Sudah2 lah dengan bergaul bebas sesame bukan muhrim.
Mulut kita,
Seronok mengumpat dan mengata. Habis semua amalan kita yang memang sedia sikit itu terhapus. Cakap bukan2 setiap masa.
Mata kita,
Kawal lah, tundukkan pandangan.
Banyakkan baca al quran, kitab dan peringatan agama.
Telinga kita,
Asyik dengar lagu yang mengasyikkan dan yang cool2 belaka,
Dengarlah juga alunan AlQuran dan zikrullah dan majlis ilmu.
Aurat kita,
Tutuplah mengikut syariat dan bukan mengikut syarikat fesyen.
HAK seorang MUSLIM bernama Atan keatas seorang MUSLIMAH bernama Sofea ialah supaya Sofea itu menutup AURAT.
Kalau Sofea tak tutup AURAT pergi pasar, pergi kerja, berapa banyak HAK dia telah tidak tunaikan??????
Untuk orang lelaki,
Isteri dan tanggungan kita. Bersabarlah dan Istiqamah dalam mendidik mereka.
Betulkan akhlak kamu dahulu sambil memberi tauladan,
Bertanggungjawablah. Jadikanlah unit kecil keluarga kita sebagai satu sumbangan utk Ummah. Untuk kembali kepada 100% islam.
Solatlah awal waktu di masjid/surau bersama jemaah.
Untuk orang pompuan,
Taatlah pemimpin, hormatilah suami.
Suami itu teman, tapi bukan senang2 je nak melawan.
Jaga hati mereka, buat kesukaan mereka selagi tidak melanggar Syara’
Kurangkanlah aktiviti luar. Sekadar yang perlu sahaja.
Kalau nak teruskan banyak lagi. Kalau dah baca sampai sini pun dah kira bagus.
Cuma kesimpulannya,
Dah 30 tahun aku hidup.
Apakah sumbangan aku?
Apakah persediaan aku?
Banyak mana ilmu yang aku telah cari?
Banyak mana ilmu yang telah aku amalkan?
Banyak mana ilmu yang aku telah sampaikan?
DAN YANG PALING PENTING..
BILA AKU NAK JADI 100% MUSLIM YANG HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH? Dan bukan untuk Honda Odyssey, kejayaan karier, rumah 3-4 biji, bini 3, syarikat 5, SAHAM 17 LOT dan mcm2 lagi.
BILA LAGI nak jadi macam para sahabat yang:
1. Sedekahkan kebun yang amat subur dan berharga, HANYA kerana solat terganggu dan tidak khusyu disebabkan kebun?
2. Sedekahkan 100% harta untuk peperangan?
3. Setiap kali bersedekah, memberikan harta yang paling disayangi?
4. Menangis keana takut dosa samapi mata rosak (mesti ada yang ovvernyeee...tak baik tau cakap cam tu, mereka ialah SAHABAT RADIALLAHUANHU (allah telah redha dgn mereka))
5. Amat menyayangi satu sama lain walaupun kita berperang? (PERANG JAMAL)
6. dan byk lagi kisah yang boleh dijadikan ukuran betapa jauhnya CARA HIDUP ISLAM kita dengan mereka.
Ye la..nanti la…
NANTI BILA? Tahu ke bila nak ke ALAM lain?
Jangan jadi eksyen mcam bayi dalam perut yang bersenang lenang dengan makan free melalui talpuast tanpa bersusah payah.
BILA YA?
3 comments:
Ha-ah, Apalah nak jadik dengan saya nie...sibuk dengan dunia dan tertipu dengan diri sendiri. Berat betul nak alihkan pandangan dari keseronokan dunia. Mengejar dunia seperti mengejar bayang2. Lagi kita kejar, lagi jauh dia lari. Tak mungkin dapat capai. Pusingkanlah wajah kita kebelakang, di situlah cahaya yg patut kita cari.
Saya doakan Allah mudahkan & selesaikan urusan ABu Harraz supaya dapat guna diri,masa dan tenaga utk usaha atas agama. Pergilah jauh2...umat Islam memerlukanmu. Ya ALlah, kau sebarkanlah rezeki kami di serata-rata dunia. Kau matikanlah kami di jalan2 Mu.
tak tahu bila akan pindah, tapi sure akan pindah...
pindah yang tidak berpindah randah.
bwk amal dan roh..serta kain kapan.
semoga semua aman di alam baru...
Ameen
Post a Comment