Thursday, February 22, 2007

Berehat barang seketikaaa.....

Assalamualaikum ...

Dengan ini diumumkan, blog ini akan berehat (atau berhenti?) buat beberapa ketika tanpa sebarang sebab yang munasabah atau pun munasarawak.

Mungkin frekuensi post akan berubah dari seminggu sekali kepada sebulan sekali..atau 3 bulan sekali (atau sehari sekali? wallahu'alam)

Cuma berehatnya seketika adalah bukan berundur diri, tetapi untuk muhasabah diri, or "take a step back" - kata orang putih yang tak look stupid bila cakap bahasa orang putih.

Berehat agar dapat mencari ketenangan dan mencari keredhaan Allah dalam post2 yang kan datang.

Berehat agar segala keputusan dan tindakan, tidak dikawal oleh nafsu and dipergunakan syaitan dalam cubaan mengajak dan menghubungkan ummat kepada Allah.

Selama saya menulis, jika ada terkasar bahasa, terumpat terkeji, termengata dan tersilap, saya memohon beribu2 ampun. Ampunkanlah saya yang sentiasa diselubungi dosa ini dek kerana membenarkan nafsu saya bermaharajalela.

Sehingga ketemu di lain lapangan atau di blog ini....(atau di padang mahsyar)
Sekali lagi, mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...

Maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan saya sekarang, sebelum anda terlupa, dan sementara saya masih teringat dan hidup....

Terima kasih, Jazakumullah Khairan Kathira

Wassalam...

p/s - hidupkanlah sunnah dengan bersungguh2, dalam segenap aspek kehidupan.....kalau tak kita, sapa lagi???

5 comments:

musafir asing said...

iSH Kenapa nih...?? Aku tunggu post ko

Anonymous said...

ha'ah..ngape stop lak nih..

hamka said...

aku pun nak rehat gak..(kot)

iQaH said...

assalamualaikum. dh lame tk dgr khabar. (:
heh. i like yr posts skrg oh. worth reading (:

kawaii_desu said...

Assalamualaikum...

silalah teruskan kongsi ilmu serta teguran itu, ituy mjugak satu bentuk dakwah...