Aduhai isteriku,
Di luar sana rakanmu cantik dengan hiasan yang indah,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tidak cantik,
Malahan keayuanmu di hijab dari pandangan liar,
Malumu umpama perisai yang ampuh dari serangan noda.
Aduhai isteriku,
Di luar sana rakanmu riang berhibur dan berlagu,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna hatimu tidak terhibur,
Suamimu sudah cukup penghiburmu,
Malahan hatimu juga mudah terhibur oleh alunan wahyu yang Esa.
Aduhai isteriku,
Di luar sana rakanmu asyik beromantika di tempat elit bersama pasangan,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tiada cinta dari aku suamimu,
Malahan cintamu lebih bermakna di mana sahaja asalkan kita bersama,
Itulah cinta abadi kita, moga kekal ke akhirat.
Cintamu yang hakiki sepatutnya kepada Allah dan rasulNya.
Suamimu menumpang cinta mu hanya di dunia sementara
Aduhai isteriku,
Di luar sana rakanmu sibuk dengan tempahan kuih raya, baju raya
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tidak bersedia untuk merayakan Aidilfitri,
Namun tidaklah engkau menyibukkan diri dengan duniawi pada Ramadhan yang barakah ini,
Yang sepatutnya di sibukkan dan dikalutkan dengan perlumbaan mengejar ukhrawi,
Kepentingan Allah mengatasi kepentingan nafsumu,
Sabar menerima pesanan dan peringatan suamimu,
Taatmu umpama tali-temali pengikat persaudaraan,
"Sami' na wa a to'na" katamu,
Moga Allah memberkati hidupMu.
Jagalah dirimu wahai isteri solehah,
Semoga dikau beroleh kemenangan,
Semoga kita beroleh kemenangan,
Semoga keluarga kita beroleh kemenangan,
Apabila hidup kita berpaksikan ad deen,
Apabila tertegaknya keperibadian ISLAM dalam kehidupan....Insya Allah..Ameen
Di olah dari sajak Aduhai Puteriku, from www.karyamuslim.blogspot.com
6 comments:
assalamualaikum.
emm bagus gak olahan bentuk macam ni. ianya memang sesuai la untuk org yang sudah beristeri macam saudara. macam saya ni isteri pun belum ada, apalagi seorang puteri (:
waalaikumussalam lidah penghunus..
ahlan wa sahlan...
maaf, curik tak bagitau..tapi ada note kat bawah tu..hehehe
cepat2 ler carik isteri...nanti bleh curik plak yang aku dah olah ni... :)
aku pulak mengolah syair buat najiha...
bershukur pada Allah dengan nikmat iateri dan puteri...
Syukur..Syukur...Syukur Ya Allah..
Syukur, Al hamdulilah..
(Lagu raihan)
assalamualaikum. syukran, insyaAllah doakan ana semoga dipercepatkan jodoh yang mendapat sorg isteri spt yang dalam sajak tu (:
takpe la ini semua kan milik Allah, seni kerana Allah berhikmah untuk manusia.
waalaikumussalam lidah,
jap lagi iftar aku doakan kao...hehe....blink blink...lepas solat raya check tgk kot2 ada orang nak suruh masuk meminang kee...amiinn..
Post a Comment