Wednesday, September 13, 2006

Lirik lagu zaman remaja II

Lagu ni lagu jiwang....
Tapi telah disalahertikan oleh aku.....mesti kecewa penulis lirik ni kalau dapat tau.....hehehe

Kompolan : Ekamatra (apa maksudnye ek?)
Lagu : Pusara di Lebuh Raya (Kat hi-way ada kubur ke? Samy vellu tak buat tol ke untuk ahli kubur?)


Dalam perjalan ini
(Perjalanan hidup seorang muslim di dunia ini- perjalanan aku dan orang muslim seluruhnya)
Menuju destinasi
(Destinasinya ialah Allah dan hari Akhirat)
Berbagai lebuhraya dilalui
(Macam2 jalan kita lalui – Jalan susah, Jalan senang, jalan sehala, jalan dua hala (byk ganguan syaitan), jalan berliku, jalan tar cantik, jalan menyimpang dan macam2 jalan lagi)

Perjalananku terhenti
(Tiba2 perjalanan kita terhenti berehat sekejap)
Di lebuhraya ini
(Bila kita jumpa Jalan Agama Allah yang sebenar-benar Jalan, Jalan yang kita selalu minta dalam al-fatihah ayat 6 , i.e Jalan yang lurus)
Terpandang pusara diam menyepi
(Selalunya (tapi tak semua) bila benda yang menginsafkan atau menyedarkan kita berlaku….)

Terbayanglah kisah lalu
(So..teringatlah kita dosa2 kita yang lepas2, laghanye kita, jahatnye kita, jahil bodohnye kita)
Bila kau disampingku
(Bila dosa dan maksiat selalu kat keliling kita, macam takde apa2 je)
Bagaikan temasya dalam hidupku
(Memang la temasya….buat maksiat kat dunia..sronok la..setan duk layan lagi..duk encourage lagi..orang tegur, pi marah pulak orang tu kata kuno la, kolot lah, tak ikut fesyen lah, ‘bell’ lah, dan macam2 lagi..ye la..org tgh mabuk….)

Kini cinta tiada lagi
(Alhamdulillah……sekarang cinta dunia kita dah boleh buang/kurangkan……Dah nak tinggal dah maksiat2 dan dosa2 yang tak diundang tu semua)
Berkubur dalam sepi
(Senyap dah…takde huha2 tak tentu hala, buang masa,…sunyi sepi ingat pada Allah je – InsyaAllah)
Dan pusara ini menjadi bukti
(Dan benda2 yang menginsafkan dan menyedarkan kita yang menjadi titik tolak. Contoh: Kita dapat pindah rumah baru, Allah bagi nikmat, tapi masih nak kufur or cara hidup orang yang kufur, so kenalah berubah kan? Beringat sentiasa – mcm melalut tak kena dengan line je??)

Betapa aku lemah di sini
(Memang mula2 lemah la sikit nak buang sifat2 lama ni..dah sebati dalam diri kita kan. Susah la nak control mata dari tengok aweks tepi jalan,..lemaaaah je rasa…..hehehe)
Melihat cinta ini pergi
(Payah jugak la……nak buang cinta dunia ni..tapi kalau usaha selalu and istiqamah(konsisten)..InsyaAllah bolehhh)
Di sini bermula bicara
(Baru la sekarang kita boleh nak ingat dan sebut nama Allah..mintak tolong dengan Allah..)
Terpedaya(Selama ni kit amemang terpedaya dengan dunia ni….asyik nak kejar dunia je, tgk tv dan macam2 lagi)
Dan bicara itu membunuhnya
(Bila dah dapat sebut Allah, ingat Allah selalu dan sokmo, barulah kita boleh lupa pada keduniaan dan focus pada Akhirat. Sebut nama Allah pun boleh jadi penghapus dosa, InsyaAllah)

Kini engkau tiada lagi
(Sekarang, dosa2 tu kita tak nak buat lagi….buat kempen dosa sifar . Memanglah kita bukan maksum (suci dari dosa) tapi kempen inflasi sifar pun cam tu jugak….mana bleh jadi sifar kan…target je sifar..tapi usaha supaya seminimum mungkin, InsyaAllah)
Yang tinggal hanya mimpi
(Cuma tinggal kenangan2 buat dosa dulu2 la…Tapi kalau teringat tu, janganlah bangga pulak sebab nanti tak jadik taubat nasuha)
Dan cintaku yang telah bersemadi
(Moga2 hilang pupuslah cinta kita pada dunia ni. Banyak sgt benda lagha dan lalai kat dunia ni)


Ku teruskan perjalanan
(So….kita teruskan perjalanan menuju Allah bila kita dah ada kesedaran)
Ku tinggalkan impian
(Tinggalkan lah angan2 dunia nak keta mewah, rumah mewah, vacation mewah and semua tu…Guna lah rezeki untuk agama Islam. Tuntut ilmu, teknologi , semua tu memang ada fardhu ain, fardhu kifayah, tapi jangan lupa sumbangan kepada agama dan pengukuhan agama dan usaha agama (dakwah) – ini peringatan keras untuk diri aku sendiri, dan aku, dan aku dan korang jugak laaa)
Ke arah tujuan cinta abadi
(Cinta Abadi tu tak lain tak bukan..cinta Allah, cinta al-khaliq (pencipta kita), Cinta akhirat di mana zaman yang takde penghujung........kekal abadi….Semoga kita dapat cinta tuu…Amiiiiinn)

Some say : Hucs, blog nko ni nak tiru blog keretamayat ek?
Hucs says : Biarlah kalau korang nampak macam tiru pun. Hucs tak kisaaah..its NEVER between me and you, it's between me and Allah. Yang penting kita dapat amik buat peringatan benda2 yang baik dan betul. Yang salah tu tolong bagitau aku so that aku bleh edit.(kalau aku yakin ngan apa yang korang komenkan lah - macam byk orang nak komen..hehe)
Cuma nak bagitau...jawapannye ialah : tak dan iyye.hehehe.

2 comments:

KNizam said...

aku suka lagu ni. lagu jiwang kapak dulu-dulu. kalau tak silap rock zama hujung 80an or awal 90an. zaman penhujung hippies nih. zaman seluar rock ketat. zaman simpan rambut panjang. zaman berzaman......:-)

abu_harraz said...

giler..
aku tau lagu ni..tapi takde la sampai suka..
jiwang ko KNO.....hehehe :p